Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, April 25, 2010

One Love Part 19


Hilman tersenyum memandang adiknya yang ayu mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna emas.

"Cantiklah adik abang."

Heliza tersenyum manis."Thanks abang.."

"Tapi lawa lagi Danila."usik Hilman sebelum tergelak kecil.

Heliza mencebik.Suka betul abangnya yang seorang ini mengusiknya.

"Liza nak jumpa Nia tu..Dia datang tak hari ni?"

Hilman mengangkat bahu."Abang tak sure.Mama dia dah lama sampai tapi batang hidung dia pun belum nampak lagi.Abang dah try call tapi tak angkat."

"Dia lambat sikit kut tapi kalau dia dah datang, bagitahu Liza tau."

"Ok-ok! Nak kahwin pun tetap suka membebel."

"Abang!"pantas sahaja jari-jemari Heliza mencubit lengan abangnya.

"Sakitlah..Kesian Fuad nanti.Mesti teruk dia kena cubit dengan Liza nanti."

"Kat Fuad, Liza tak cubitlah.Liza kan sayang dia."

Hilman membuat muka geli."Nak muntah rasa."

Heliza tidak marah sebaliknya hanya mengukir senyuman.

"Sah dah angau."usik Hilman lagi.Inilah masanya untuk dia mengusik adiknya puas-puas.Lepas ni dah susah sebab Liza dah tinggal asing.

"Biarlah..angau dengan bakal suami sendiri."

"Yelah..yelah..Abang nak keluar dulu tau.Nak tunggu my future wife."

"Pergilah.."

~~~~~

Rania sudah berselubung di atas katil.Rafiq dan Radi yang memujuk dari tadi sudah kehabisan idea.Jarum jam semakin menganjak ke pukul 8.30 malam.

"Nia jomlah kita pergi.Mama dah banyak kali call suruh pergi."

"Nia tak nak.Nia tak sihatlah!"

Rafiq menggeleng kepala.Dia memandang Radi sebelum masing-masing mengangguk kepala.Mereka berdua mencapai tangan Rania sebelum Rafiq mengendong Rania masuk ke dalam bilik air.

"Abang!! lepaslah!"jerit Rania sambil menampar-nampar lengan Rafiq.

"Nia jangan nak ngada-ngada.Pergi mandi."ucap Rafiq sebelum Radi mengunci bilik air dari luar.Terpekik-pekik Rania menjerit nama abang-abangnya dari dalam bilik air.

"Open this door!!"

"Mandi cepat!"

"Nia tak nak!"

"Kalau Nia tak mandi, abang call Man suruh datang sini."ugutan Radi mendiamkan Rania.

"I don't care."

"Fine..abang call sekarang."Radi terus mendial nombor Hilman.Rania sudah mendiamkan diri di dalam bilik air.

"Man,datang sini sekarang boleh?"

"Kenapa?"

"Nia.."

"Kenapa dengan Nia?"

"Dia buat hal."

"Buat hal?"

"Dia tak nak pergi."

Hilman mengangguk."Ok..kejap lagi aku sampai."

"Beres..cepat tau.And kalau boleh ajaklah teman sekali ye..yang perempuan."

"Ohh..okay-okay.I'm on my way."

Radi memutuskan talian sebelum mengetuk pintu bilik air Rania.

"Abang dah call Man.Nanti dia datang..kalau Nia tak malu bila dia tengok yang Nia belum mandi..Tak payahlah mandi.Abang nak keluar dulu."

"Abang.."

"Hmm.."

"Nia mandi."

Rafiq dan Radi tersenyum.Nia..nia..

~~~~~

Hilman memandang Rania yang senyap dari tadi.Dikerlingnya ke arah Rafiq dan Radi pula.Mereka berdua mengangkat bahu.

"Kenapa ni Danila?"

Rania menggeleng.

"Habis tu kenapa tak nak pergi majlis Heliza?"tanya Farisya pula.

"Encik Danish tipu saya."

"Tipu? Sejak bila aku tipu kau?"

"Heliza tu bakal isteri encik kan?"

Hilman menepuk dahi.Sah, Rania dah salah sangka!

"Ya Allah..Heliza tu adik kandung akulah..Takkan nak kahwin dengan adik sendiri.Kau tak pernah jumpa dia sebab selama ni dia study dekat Australia jugak."

Rania memandang wajah Hilman.Ingin mencari kebenaran.

"Macam manalah hubungan kita nak berjaya,kalau kau tak percaya aku."kata Hilman sambil menyebak rambutnya.

Muka Rania berubah warna.Terasa bersalah kerana memikirkan yang bukan-bukan.

"Sejak bila kita ada hubungan?"soal Rania cuba menahan kegugupannya apabila Hilman terus memandangnya.

"Sejak dua minggu lepas.Bukan ke aku dah confess?"

"Memang encik dah confess tapi encik tak cakap apa-apa pun lepas tu."

"Macam mana aku nak cakap kalau kau dah off telefon lepas tu?"

Pap!

Bagaikan ada sebiji bola boling menghempap kepala Rania sekarang.

'Tulah kau Rania..emosional sangat.'marah Rania terhadap dirinya sendiri.

"Jomlah kita pergi Kak Farisya."

Rania menarik tangan Farisya yang tersenyum dari tadi.Dah tua pun perangai macam budak-budak.Farisya menggeleng perlahan.

"Ingat lepas ni jangan nak merajuk.Kalau ada yang tak puas hati, cakap terus tau."pesan Hilman yang sudah berdiri di sebelah Rania.

"Suka hatilah nak merajuk ke tak.Encik pun macam tu jugak dulu.Merajuk sampai ke Australia.."

Hilman menjegilkan matanya."Sindir nampak.."

"Memanglah.."

"Tak apa..tak apa.Sekarang ni bolehlah kau sindir-sindir aku tapi nanti bila kita dah kahwin..."Hilman sudah tersengih-sengih.

"Ek, bila saya cakap nak kahwin dengan encik?Rasanya tak ada kan."usik Rania sebelum masuk ke dalam perut kereta Toyota Vios miliknya.

"Danila!"

~~~~~

"Jadi nilah Rania buah hati abang."

Hilman yang berdiri di sebelah Rania sudah tersengih-sengih.

"Nia, nak tahu tak? sejak Nia pergi UK, abang tak habis-habis peluk gambar Nia."

Hilman tersentak.Dia menjegilkan mata ke arah adiknya.Dah jadi isteri orang pun tak sedar diri lagi! Mulut tu pun tak boleh simpan rahsia.

"Mana encik dapat gambar saya?"

"Er..er.."

"Kat mana?"

"Aku ambik masa kau tengah tidur..time balik sekolah."

Rania cuba mengingat kembali."ohh..masa saya tunggu encik tu eh."

Hilman mengangguk.

"Encik dah kira mencabuli hak asasi saya.Encik kena bayar ganti rugi!"

"Kena bayar ke?"

"A'ah.."

"Ala.."

"Tak ada ala-ala..bayar jugak!"

"Yelah-yelah..nak kena bayar apa?"

Rania mengukir senyuman jahat.Mindanya mula memikirkan pelbagai idea nakal.

"Kau janganlah senyum macam tu.Takutlah aku tengok."

Meletus ketawa dari mulut Rania..siaplah encik Danish!

p/s: Moon pun dah pening dgn diorang berdua ni..macam budak2 :D

5 comments:

  1. hhoohoh....
    btul2x...
    mcm bdk2 la cik moon....
    pe kta cik moon kawen kan je 2 bdk ni...
    sng crta...
    pas kawen nak jd bdk2 pun x pe...
    kehkeh..

    ReplyDelete
  2. jgn la penin2..kang xsiap cite nih

    ReplyDelete
  3. ya la saya setju ngan epy elina
    kawen je hilman ngan nia....pastu kita tgk kehidupan dia org,jadi budak2 ke cmana.....best entry kali ni,salah faham dah terjawab.ala nia ni mulut kata x nak kawen ngan hilman tp dlm hati....

    ReplyDelete
  4. byr dgn mas kahwin................

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...