Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, March 21, 2010

One Love Part 9


"Danila nak teddy bear tak?"tanya Hilman ketika mereka berdua berada di hadapan sebuah kedai cenderamata.Kedua-dua ibu bapa mereka ketika itu sedang berbual-bual selepas tamat sahaja majlis hari jadi yang ke-6 bagi Danila.

"Abang nak belikan ke?"

"A'ahlah, sebab tu abang tanya."balas Hilman sambil tersenyum.

"Nak-nak!"Rania terlompat-lompat kegembiraan.

"Ok, jom kita masuk."Hilman menarik tangan Rania sebelum menghampiri sudut yang menjual teddy bear yang comel.

"Nak yang mana?"

Rania menghampiri sebuah teddy bear yang sangat besar berwarna coklat.Tangan kecil Rania mengelus bulunya yang lembut.Kemudiannya disentuhnya mata teddy bear itu yang berwarna hitam.

"Nia nak yang ni.Dia cute."

"Pasti ke nak yang ni?"

Soalan Hilman dijawab dengan anggukan.Dia menarik tangan Hilman menuju ke kaunter sambil memeluk erat teddy bear tersebut.

"Nia.."panggil Puan Rohaya dengan lembut.

Rania tersentak.Jauh benar dia mengelamun."Ye mak?"

"Are you okay?Dari tadi mama cakap dengan Nia tapi Nia tak bagi respons pun."

"Hmm...Nia..Nia.."

"Nia apa?"tanya Puan Rohaya sambil tersenyum.

"Semuanya tak seperti yang mama sangka."

"Habis tu?"

Rania duduk di sebelah mamanya.Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Nia cuma mengagumi Encik Danish."

"Mengagumi?"

"A'ah sebab masa kecil Encik Danish selalu beri nasihat dekat Nia."

"Nia tak sukakan Hilman?"

Rania terdiam.Entah kenapa begitu sukar untuk dia menjawab soalan mamanya.Padahal dia yakin yang sememangnya dia tidak sukakan Hilman.Dia cuma menyayangi Hilman seperti seorang abang tapi mengapa begitu sukar sekali untuk menuturkannya.

"Nia anggap Encik Danish sebagai abang je."

Puan Rohaya mengeluh kecil."Tapi dalam diari,Nia cakap Nia sukakan Hilman sebab Hilman menepati ciri-ciri lelaki idaman Nia."

Rania mengukir senyuman."Memang Encik Danish memenuhi impian lelaki idaman Nia tapi tu masa dulu.Sekarang Nia cuma anggap Encik Danish sebagai abang je.Lagipun masa tu Nia baru 6 tahun.Tak boleh berfikir dengan matang lagi.Memang dah biasa kalau jumpa dengan lelaki macam Encik Danish tu,budak kecil akan suka."

"Tapi Nia kena cuba terima dia.Tak lama lagi majlis pertunangan kamu berdua.Hilman pun dah datang jumpa mama masa hari tu.Dia mintak cincin contoh sebab nak beli cincin tunang Nia."

Mata Rania membulat."Cincin tunang?"

"A'ah.Nia tak tahu ke?"

"Tak tahu langsung.Bila dia datang?"

"Mama dah lupa.Tapi masa tu Nia tak ada kat rumah."

Dahi Rania berkerut seribu.Apa yang dirancangkan oleh Encik Danish? Masakan dia betul-betul nak bertunang dengan aku sedangkan dia sukakan Cik Farisya.Nanti mesti mama ingat yang bukan-bukan.Memang cari bala sungguhlah!

************************************************************************************

"Happy Birthday!!"jerit kami semua serentak sebaik sahaja Mahirah masuk ke dalam kelas.Terlopong luas mulut Mahirah apabila melihat kelas mereka sudah dihias dengan belon.

"Apa ni?"

"Birthday party untuk kaulah.Happy birthday.Ni hadiah untuk kau.."balas Hanif sambil menghulurkan topi hari jadi kepada Mahirah.

"Topi hari jadi je?"

"Bersyukur jelah.Sekurang-kurang ada jugak hadiah yang aku beri dekat kau."sindir Hanif.Mahirah hanya mencebik tetapi cebikannya tidak bertahan lama apabila Hanif menghulurkan satu beg kertas kepadanya.

"Aku tahu kau tipu."

"Huh! Aku saja je nak uji kau.Aku harap kau suka hadiah aku ni sebab aku tak reti nak pilih hadiah untuk perempuan."

"Tak apa.Aku tak kisah asalkan ikhlas."

Rania menghampiri Mahirah sebelum memeluknya dengan kuat."Happy Birthday!"

"Thanks Nia.Terima kasih semua sebab susah-susah buat party ni untuk aku."

"No hal lah.Benda kecik je."balas Ikmal sambil tersengih.Giginya dipenuhi krim coklat.

"Mal, gigi kau rongaklah!"ejek Siti sebelum memberi Ikmal cermin kecil yang sering dibawanya ke mana saja.

"Hish, pegang jap kek aku ni.Aku nak pergi tandas."

"Yelah.."

"Ingat jangan makan kek aku tu!"jerit Ikmal kuat sebelum berlari keluar dari tandas.

Mereka semua ketawa."Tak hinginlah aku makan kek kau.Kalau belum makan tak perlah jugak tapi ni dah makan."

"Ini untuk kau."Airil menghulurkan sebuah beg kepada Mahirah.

"Teddy bear?"

"Kenapa?"

"Sejak bila kau kisah pasal teddy bear?"

"Rania yang tolong aku pilih."

Mahirah mengukir senyuman.Dia memandang Rania yang sedang menuang air minuman ke dalam gelas.

"Kau suka Nia eh?"

"Mana ada!"

"Tipu!"

"Betullah!"

"Kalau kau tak suka dia, kenapa kau asyik pandang dia?"

"Bila masa?"tanya Airil tetapi matanya tetap memandang Rania.

"Tu..kau tengah pandang dia."

"Tak adalah.Aku tak mungkin suka dialah.Lagipun aku kan baru je kenal dia."

"Cinta tu tak mengenal usia perkenalan."

"Aku tak suka dialah."

"Kau boleh tipu orang lain tapi jangan harap kau boleh tipu aku yang dah kenal kau dari kecil lagi."

Airil mendiamkan diri.Matanya merenung wajah Mahirah yang jauh lebih rendah darinya.Memang benar, dia tidak boleh menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan Mahirah.Dari kecil lagi, apa-apa sahaja masalah yang dihadapinya, pasti dia akan mencari Mahirah.

"Ok fine! Memang aku suka dia.Puas hati kau sekarang?"

Mahirah tersenyum."Puas sangat-sangat."

"Tapi aku tak rasa dia sukakan aku."ucap Airil perlahan.

"Kenapa?"

Airil tidak terus menjawab.Dia memandang Rania yang sedang rancak berbual dengan Hanif.

'Sebab Hilman..'bisiknya di dalam hati.

***********************************************************************************

Rania menunggu lama di luar pintu pagar sekolah.Bayang kereta Hilman langsung tidak kelihatan.Dia menjeling jam tangan.Sudah hampir sejam dia terpacak di situ.Kebanyakan rakannya sudah pun pulang ke rumah.Hanya tinggal sebilangan saja yang tinggal kerana menghadiri latihan sukan.

"Nia, kenapa tak balik lagi?"tanya Airil sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Rania.Pakaian sekolahnya sudah ditukar dengan pakaian sukan.

"Saya tunggu Encik Danish.Awak ada latihan sukan ke?"

"A'ah.Minggu depan ada perlawanan bola keranjang dengan sekolah lain."

"Awak kapten pasukan kan?"

"Yep."

"Mesti awak terror.Saya selalu tengok anime pasal bola keranjang."

"Slam Dunk?"

Rania ketawa kecil."A'ah.Dear Boys pun best jugak.Awak pun suka tengok anime?"

"Suka tengok bila nak release tension."

"Samalah.."balas Rania sambil memandang jam tangannya lagi sekali.

"Awak nak saya hantar?"

"Hantar saya pergi mana?"

"Balik rumah."

"Eh, tak apa.Kejap lagi Encik Danish sampailah tu.Dia memang macam ni."

"Awak dah call dia?"

"Dah.Dia cakap dia dah on the way."Sebenarnya Rania cuma menipu.Hilman tidak menjawab panggilan telefonnya walaupun sudah berkali-kali dia menelefon.

"Saya tak suka tengok awak macam ni."kata Airil perlahan.

"Huh?"

"Tak ada apa.Saya nak masuk dulu.Awak ok ke duduk sorang-sorang?"

"Saya ok.Pergilah masuk dalam.Good luck."

"Hmm..kalau dia tak datang, awak masuk dalam jumpa saya.Saya hantar awak balik nanti."

Rania tersenyum."Ok."

Hilman memandu laju keretanya.Berulang kali dia melihat jam di dashboard.Dia sudah terlambat menjemput Rania kerana sibuk berbincang dengan Farisya mengenai projek pembinaan sebuah lagi hotel milik keluarganya.Dari jauh, dia melihat Rania sedang duduk sambil menekup mukanya dengan buku.

"Danila.."

"Dia tidur."ucap seorang lelaki.Hilman segera berpaling."

"Tidur?"

"Dia penat sebab tunggu abang tadi.Saya nak hantar dia balik tapi dia cakap dia nak balik dengan abang."kata Airil dengan tenang.

Hilman memandang kembali wajah Rania.Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Rania sebelum memanggil namanya berulang kali.

"Danila, bangun.Jom kita balik."

"Sekejap je lagi.Ngantuk ni."

"Balik tidur kat rumah."

"Yelah."dengan keadaan yang masih mamai, Rania bangun dan mencapai beg sekolah sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Encik, cepatlah masuk dalam kereta.Saya nak balik ni!"

"Macam mana saya nak naik kalau awak duduk dekat tempat pemandu?"

Mata Rania yang hampir-hampir terkatup rapat kembali terbuka.Dia melihat stereng kereta di hadapannya.

"Sori, tersalah tempat."tuturnya sambil ketawa.Hilman yang berdiri di luar juga turut ketawa.Airil yang memandang hanya mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah.Sakit hati melihat kemesraan mereka berdua.

"Danila,aku nak minta maaf."

"Untuk apa?"

"Sebab lambat ambik kau."

"Tak apa.Saya tahu Encik Danish sibuk."balas Rania sambil tersenyum.Dia cuba membuka matanya seluas mungkin walaupun rasa mengantuk lebih menguasai.

"Mengantuk?"

"Sikit."

"Tidurlah."

"Tak apa.Dah dekat nak sampai ru..."akhirnya Rania tidak dapat menahan matanya lagi.Hilman memandang Rania yang nyenyak tidur.Terdetik rasa bersalah di hatinya.Maafkan aku Danila..





3 comments:

  1. hohohho...
    aku trtnya2 sape hero ni???
    daniel suke farisya....
    airel suka rania...
    hm.....
    best2x...

    ReplyDelete
  2. sweetnye ;D
    alah airil, amikla org len

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...