Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, February 14, 2010

One Love Part 5


Hilman mendengar setiap butir bicara mommynya dengan penuh khusyuk.Hujung minggu nanti mommynya ingin bertandang ke rumah bakal tunangnya dan sudah menjadi satu kemestian untuk dia turut serta.Walaupun dia sebenarnya keberatan untuk pergi.Yelah kan, jumpa dengan bakal tunang!

"So, Man boleh pergi kan?"tanya Puan Dian dengan muka yang penuh berharap.

"Ek, ek..Man kena tengok schedule Man dulu.Takut ada hal penting hari tu."

Muka ceria Puan Dian terus berubah menjadi muka masam."Hal ni lagi penting daripada hal-hal lain.Man, kena pergi no matter what happens.Mommy akan call daddy untuk pastikan yang Man tak ada langsung hal masa hari tu.And you, young man..no excuses."pintas Puan Dian dengan pantas apabila melihat bibir Hilman mula ingin berkata-kata.Tanpa menunggu dengan lebih lama, Puan Dian mengangkat kaki ke dapur.Hilman dibiarkan seorang diri di ruang tamu.

"Mommy..."panggil Hilman dengan lembut.Dia mendekati Puan Dian yang sedang memasak di dapur bersama-sama dengan Mak Mah dan Rania.Hilman menjeling sekilas ke arah Rania yang sedang memotong bawang lagak seperti chef.

"Man boleh pergi but with one condition."Puan Dian berpaling memandang Hilman begitu juga dengan Mak Mah.Manakala Rania hanya mendengar kerana tidak sanggup memandang muka Hilman.Hati dan perasaan dia tak tenang sejak mamanya menelefon sebentar tadi..dup..dap..dup..dap je.

"Apa?"

"Danila kena pergi sekali!"tutur Hilman dengan tegas sambil matanya tajam merenung Rania yang sedang memandangnya dengan mata yang sudah membulat.'Apa kes ni ajak aku pergi sama?'

Puan Dian mengukir senyuman kecil."Mommy tak kisah.Rania?"

"Saya..saya..tak bolehlah mak cik.Sebab dah janji nak balik rumah mama hujung minggu ni."balas Rania.

"Hujung minggu ni kau cuti ke?"Hilman bertanya sambil meneguk air mineral.

"Mommy kasi Rania cuti hujung minggu ni."Puan Dian yang menjawab bagi pihak Rania.Rania mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Dian cuma di dalam hati je.

"Lah, tak boleh ke tangguh?"

"Tak boleh encik.Saya dah janji dengan mama saya."

"But..but.."

"Kesian dekat Rania, Man.Dia nak jumpa mama dia."sampuk Puan Dian.Hilman kehilangan kata-kata.Wajah Rania dipandangnya.Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala sebelum melangkah keluar dari dapur dan menuju ke biliknya.

************************************************************************************



Rania memerhatikan lelaki yang sedang duduk di taman sambil merenung jauh ke dalam kolam ikan.Dia bergegas ke dapur dan menyediakan jus oren sebelum melangkah ke arah Hilman dan dengan selambanya duduk di kerusi yang bertentangan.Hilman memandangnya sekilas sebelum kembali memandang ke arah kolam ikan.

"Encik Danish."

"Hmmm.."masih lagi tidak memandang Rania.

"Boleh saya tanya?"

"Apa?"masih sama reaksinya.

"Boleh pandang saya tak?"

Perlahan-lahan Hilman mengangkat kepalanya sebelum menongkat dagu dan memandang wajah Rania."Dah pandang.Now, what is your question?"

"Encik nak pergi mana esok?"tanya Rania walaupun dia sudah mengetahui jawapannya.Hilman mengeluh perlahan.

"Esok, aku kena jumpa dengan bakal tunang aku."

"Bakal tunang?!"Rania berpura-pura terkejut.

"Ohh ye, aku tak cerita lagi kan.Meh sini, biar aku cerita."Rania meneguk jus oren sebelum menganggukkan kepala menyuruh Hilman meneruskan ceritanya.

"Sebelum kau datang sini, daddy dengan mommy suruh aku kahwin dengan anak kawan daddy.Dan aku terima walaupun aku tak tahu sebab apa aku terima.And then, daddy cakap lepas Rania habis belajar, baru aku kahwin dengan dia.Sekarang ni kami hanya akan bertunang dulu."Hilman meraup rambutnya."Nama dia sama macam kau."

Rania tersentak."Kebetulan je kot."dia meneguk air lagi untuk mengurangkan rasa gugup.

"I guess so.Ataupun memang kau ni Rania bakal tunang aku."

Purrr!!!

"ARGHH!! So sorry.Tak sengaja.Biar saya lapkan muka encik."dengan pantas Rania mencapai tisu dan mengelap muka Hilman yang basah dengan jus oren yang secara tidak sengaja tersembur keluar dari mulut Rania.

"Tak apa..tak apa.Aku naik bilik dulu."ujar Hilman seraya berlalu pergi.Rania terjelepok di tepi kolam ikan.

************************************************************************************
Sebaik sahaja Hilman masuk ke dalam rumah, Rania hanya duduk di tepi kolam ikan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mama dan papanya hari ni juga.

"Mak cik, boleh tak kalau Rania balik hari ni?"

Puan Dian memandangnya dengan pelik."Boleh tapi kenapa?"

"Rania ada kerja sikit dekat rumah."

"Hmm..pergilah balik.Kirim salam dekat mak dan ayah ye."

"Baik mak cik."Rania berlari naik ke biliknya dan mengemas barang-barangnya.Sebuah teksi sudah menanti ketika dia turun di bawah.Rania mengucapkan selamat tinggal sebelum menaiki teksi.Dia juga sempat memandang tingkap bilik Hilman sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan.

Hilman yang mengintai di celah-celah tingkap mengeluh.Dia menyentuh mukanya yang sudah dibersihkan sebentar tadi.

"Rania Danila bt. Mohd Izhar.I found you.."ucapnya perlahan.

Rania terbaring lemah di atas katilnya di rumah Encik Izhar dan Puan Rohaya.Puan Rohaya melangkah masuk dan menyentuh dahi Rania sebelum meletakkan sehelai tuala basah di atas dahi Rania.

"Macam mana boleh demam, Nia? Banyak sangat ke kerja?"

"Taklah ma.Nia cuma letih sikit je.Bila diorang nak sampai?"

"Sekejap lagi sampailah tapi tak payah risau.Mama cakap dekat Mak cik Dian yang Nia demam."

"Thanks ma."Perlahan-lahan Rania menutup matanya.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Dengan drastik dia bangun dari pembaringan dan duduk tegak.

"Assalamualaikum Encik Danish.Kenapa call saya?"

"Awak demam ke?"Kening Rania bercantum.Ke mana menghilangnya panggilan 'aku' dan 'kau'?

"A'ah.Demam sikit.Macam encik tahu?"

"Your mom cakap."

"Huh?"

"Your mom, Puan Rohaya yang cakap."Bertambah lagi kerutan di dahi Rania.Macam mana dia kenal mama ni?

"Macam mana encik kenal mama?"tanya Rania dengan pelik.

"Because you are my future fiancee."balas Hilman dengan tenang.

Mulut Rania terlopong luas.Macam mana dia tahu?!


2 comments:

  1. aiyok...kantoi..
    jeng3...what's next?
    tak sabar nak tahu neh...
    hehehehe...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...