Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, February 8, 2010

One Love Part 3


Rania menepuk perlahan dadanya cuba untuk mengurangkan rasa geramnya terhadap Hilman.Dah ada girlfriend rupanya tapi ada hati nak bertunang dengan aku! Lepas tu siap letak Sayangku Farisya lagi! Menambahkan bara di hati aku ni.

"Girlfriend encik telefon.Takkan saya nak jawab pulak."

"Hah?"tanya Hilman terkejut.Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum mengambil telefon bimbit dari tangan Rania dan segera menjawabnya.Rania terkejut dengan reaksi Hilman yang sanggup berhenti semata-mata untuk menjawab panggilan Farisya.Maknanya memang betullah Farisya tu girlfriend dia!

"Hello Risya."

Rania mencebik melihat Hilman begitu mesra berbual-bual dengan Farisya.Naik sakit mata menengok! Tiba-tiba, Rania keluar dari kereta dan terus berlari.Hilman yang sedang berbual tersentak dengan tindakan Rania.

"Danila!!!"jeritnya kuat.Tetapi Rania langsung tidak berhenti.Hilman melihat jam tangannya sebelum ketawa kecil.

"Patutlah dia macam marah.Dah lewat nak pergi sekolah rupanya."ujar Hilman sebelum masuk ke dalam perut kereta dan meneruskan perjalanannya ke pejabat.

"Hish, bukannya dia nak kejar aku!"marah Rania yang ketika itu sedang bersembunyi di sebalik sebatang pokok.Buat letih je aku keluar dari kereta dengan penuh dramatik tadi.

"Maaf dik, dah pukul berapa sekarang?"Rania berpaling sebaik sahaja seorang wanita menegurnya.

"Pukul 7.30,mak cik."

"Terima kasih."balas wanita itu sebelum berlalu pergi.Rania masih berdiri di situ sebelum dia tersedar sesuatu.

"Alamak!!! Dah lewat!!! Hari pertama pulak tu!!"

************************************************************************************


Rania termengah-mengah sebaik sahaja sampai di hadapan sekolahnya.Perlahan-lahan dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya.Dia bersyukur kerana masih ramai lagi pelajar yang baru sahaja sampai walaupun jam sudah menunjuk ke arah pukul 7.40 pagi.Rania melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dan terpegun melihat betapa gahnya bangunan-bangunan sekolah di situ.

"Kena cari pejabat dulu."

Rania menuju ke salah sebuah bangunan yang agak besar berbanding dengan bangunan-bangunan yang lain.Dia pasti yang pejabat sekolah berada di bangunan ini.Dengan penuh yakin dia menaiki setiap anak tangga dan akhirnya dia ternampak papan tanda pejabat.

"Eh..eh..adoi."rintih Rania ketika dia dilanggar oleh seseorang.Dia mengurut tangannya yang sakit dan terkejut sebaik sahaja melihat dia terjatuh di atas seorang lelaki.

"Oh my, sorry! Saya tak sengaja!"sepantas kilat Rania bangun dan mengelap kesan debu di baju lelaki itu.Lelaki itu menolak lembut tangan Rania.

"Tak apa.Salah saya jugak sebab tak hati-hati."balas lelaki itu sebelum berlalu pergi.Rania memerhatikan langkah lelaki itu yang semakin menjauh sebelum mengatur langkah ke arah pejabat.Secara tidak langsung, dia melihat sesuatu di tempat dia jatuh sebentar tadi.

"Apa tu?"tanya Rania kepada dirinya sendiri sebelum mula mengambil barang itu yang rupa-rupanya sebuah buku berkulit nipis.

'Airil Ikhwan bin Mohd Suhaimi.'

"Buku sape lah ni? Lelaki tadi ke? Baik aku simpan dulu."

Dia melangkah masuk ke dalam pejabat yang besar.Seorang wanita sedang sibuk menaip sesuatu dihampirinya.

"Maafkan saya, saya pelajar baru."

"Ohh, baru nak daftar?"tanya wanita itu yang dikenali sebagai Cik Lina berdasarkan tag nama yang dipakainya.Rania menganggukkan kepala.

"Isi borang ni dulu.Lepas siap, nanti saya akan beritahu kelas awak dekat mana."

"Terima kasih."ucap Rania seraya mengambil borang yang dihulurkan oleh Cik Lina dan menuju ke salah sebuah meja yang disediakan.

Seseorang membuka pintu pejabat sebelum tergesa-gesa masuk ke dalam.Matanya meliar-liar mencari sesuatu atau mungkin seseorang sebelum pantas berjalan ke arah Rania yang sedang sibuk mengisi borang kemasukan ke sekolah ini.

"Awak."

Rania mengangkat kepalanya."Ye?"

"Awak ada nampak buku saya tak?"

"Ohh ye..ni dia.Saya terjumpa dekat luar pejabat tadi.Jadi, saya tolong simpankan."ujar Rania seraya menghulurkan buku itu kepada lelaki itu.

"Terima kasih.Saya Hanif..awak pelajar baru sekolah ni ke?"

"Yep.Saya Rania Danila.Panggil Rania.Buku tu bukan awak punya ke?"

"Eh, taklah.Tu kawan saya yang punya.Saya pinjam je.Okaylah Rania.Nice meeting you..saya pergi dulu ye."

"Okay.Bye!"Rania tersenyum senang.'Yes! Dah dapat kawan baru!'


"Haiz! Pening main macam ni."keluh Rania setelah hampir beberapa kali dia mengelilingi kawasan sekolah itu tetapi kelas 5 Dahlia masih tidak ditemui.Kakinya sudah naik lenguh berjalan dan akhirnya dia membuat keputusan untuk berehat sebentar.

"Rania, awak buat apa kat sini?"tegur seseorang.Rania mengangkat mukanya dan tersenyum sebaik sahaja melihat Hanif.

"Saya cari kelas tapi tak jumpa-jumpa."keluh Rania sambil mengelap peluh di dahinya.

"Ohh..awak masuk kelas apa?"

"5 Dahlia."

Hanif mengukir senyuman."Kelas saya tu."

"Lah, ye ke? Nasib baik saya jumpa awak."

"Jom, saya tunjukkan kelas kita dekat awak."

Rania menggalas begnya dan mula berjalan seiring dengan Airil.Menurut kata Hanif, kelas mereka terletak bersebelahan dengan sebuah kebun bunga.

"Ni dia kelas kita.Masuklah."ujar Hanif sebelum melangkah masuk terlebih dahulu.Rania masih lagi berdiri luar kelas tersebut.

"Cantiknya kebun bunga tu!"Rania begitu teruja sebaik sahaja melihat pelbagai jenis bunga ditanam di hadapan kelas 5 Dahlia.

"Rania, tak nak masuk ke?"tanya Hanif apabila dia mendapati Rania masih lagi berdiri di luar.

"Sorry.Saya masuk ye.."Rania kagum apabila melihat pelajar-pelajar kelas itu sedang sibuk belajar dan langsung tidak membazirkan masa mereka untuk berbual-bual kosong walaupun ketika itu guru tiada dalam kelas.Berbeza betul dengan sekolah lama Rania.

"Wah, senyapnya kelas ni."puji Rania.Murid-murid dalam kelas itu mengangkat muka mereka.Rania memberikan senyuman kepada mereka semua.

"Nif, ni sape?"tanya seorang budak lelaki yang duduk di belakang sekali.

"Kawan-kawan, biar aku perkenalkan.Ni Rania, budak baru kelas kita."ujar Hanif sambil tersenyum.

"Apa khabar semua? Saya Rania Danila.Sila beri tunjuk ajar."

"Hai Rania.Saya Mahirah, penolong kelas ni.Jom, saya bawak awak pergi dekat tempat duduk awak."ujar seorang gadis yang comel.Rania tersenyum sebelum mengikuti langkah Mahirah ke arah seorang pelajar lelaki yang daripada tadi hanya mendiamkan diri dan ralit membaca buku.

"Awak duduk tepi Airil ye.Airil, please be nice to her."

Airil yang mendengar kata-kata Mahirah mengangkat mukanya sedikit sebelum tunduk kembali.Dia hanya mengangguk sebagai tanda mendengar apa yang diperkatakan oleh Mahirah.

"Thanks Mahirah."ujar Rania sambil meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi.Sesekali matanya menjeling ke arah Airil yang sejak dari tadi langsung tidak mengeluarkan sebarang suara.Naik rimas Rania dibuatnya.

"Nama awak Airil kan?"tanya Rania.Airil mengangguk sedikit.

"Saya Rania."Sekali lagi hanya anggukan diberikan oleh Airil.

'Dia ni tak ada suara ke?'

"Awak baca buku apa tu?"tanya Rania lagi cuba untuk berbual-bual dengan mat dingin di sebelahnya ini.

"Awak rasa?"tanya Airil dingin.'Ek, main suruh-suruh rasalah pulak.'

"Entah.."

"Saya baca komik."jawapan Airil menyebabkan Rania terkejut.Komik rupanya,mati-mati aku ingat dia baca buku sekolah.Hish-hish..

************************************************************************************
Hilman Danish mengeluh kecil.Dia masih memandang ke arah pintu pagar utama sekolah namun kelibat Rania masih tidak kelihatan.Walaupun aircond sudah dipasang tapi dirinya sudah berpeluh kerana bimbang akan keselamatan Rania.

Tuk! Tuk!

Hilman tersentak dan berpaling ke arah tingkap.Rania memandangnya dengan wajah yang pelik.Hilman memberi isyarat menyuruh Rania masuk ke dalam kereta.

"Encik, buat apa kat sini?"tanya Rania sebaik sahaja dia duduk dalam kereta.Hilman terus memandu pergi keretanya.

Hilman menjeling Rania."Saja je..apa punya soalanlah? Aku tunggu kaulah."

"Erk, ye ke? Dah lama ke encik tunggu?"tanya Rania serba-salah.

"Nak kata lama, lamalah jugak."jawab Hilman selamba.Dia ingin ketawa apabila melihat muka Rania yang serbab-salah tapi ditahannya.

"Kau buat apa lama-lama kat dalam tu?"

"Saya jumpa cikgu pasal pertukaran saya ke sekolah ni."

"Aku ada benda nak tanya kau."

Rania mengerling sekilas ke arah Hilman."Apa?"

"Hmm, kenapa kau jadi orang gaji? Masalah keluarga ke?"

Rania tersenyum sedikit."Taklah.Keluarga saya masih mampu menanggung saya."

"Habis tu apa yang menyebabkan kau boleh jadi orang gaji?"

"Sebab saya nak berdikari."

"Berdikari?"

"A'ah.Saya nak berdikari. Eh, encik bawak saya pergi mana ni?"tanya Rania pelik sebaik sahaja kereta Hilman memasuki perkarangan sebuah hotel yang mewah.

"Kita pergi lunch dengan someone."

"Sape?"

"Tak payah tanyalah.Jom cepat."Hilman membuka pintu kereta sebelum menarik Rania keluar.Rania yang masih kaget apabila melihat hotel mewah itu hanya menurut langkah Hilman.Hilman langsung menuju ke arah restoran dan menanyakan sesuatu kepada seorang pelayan di situ.Ada juga mata-mata yang memandang apabila melihat Rania hanya memakai pakaian seragam sekolah manakala Hilman segak dengan baju kemeja berwarna ungu.

"Encik Danish nak bawak saya pergi mana ni?"

"Kau ikut jelah.Aku nak bawak kau jumpa someone."

"Sapelah someone tu?Cakap jelah."desak Rania apabila melihat senyuman di bibir Hilman.

"Farisya."

'Huh! Dia lagi!!! Sapelah Farisya ni?!!!' jerit Rania di dalam hatinya.

"Tu dia."Rania terkejut melihat wajah wanita di hadapannya.Tiada kata yang dapat diluahkan.

"Cantiknya."puji Rania spontan.Farisya hanya mengukir senyuman.

"Memang cantik pun."puji Hilman pula sambil matanya turut memandang ke arah Farisya.

'Erk! Betul ke apa yang aku dengar ni?'





p/s: Enjoy! ;)


3 comments:

  1. saspen2. smbung cepat ye!

    moon pindah bila?

    ReplyDelete
  2. :) Hana blk ke?
    Hmm, hujung bulan ni..

    ReplyDelete
  3. ala..hilman dah ade gf ke? x sabar nak bace next episode ni :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...