Wednesday, May 14, 2014

Cerpen - Dia Berada Di Carta Hati (1)



Setelah sekian lama tak menulis. Harap-harap anda semua terhibur. Cerpen kali ni memang ada banyak kelemahannya tapi saya dalam proses belajar menulis kembali setelah lama tak menulis :) 

“Tak nak!” Jerit aku sekuat hati ketika Amanina menarik tangan aku ke arah kereta yang dah elok terparkir dekat luar rumah aku.
“Jom!”
“Tak nak!” Aku geleng sambil menarik tangan aku. Sebelah tangan lagi sibuk menekup pipi menahan rasa sakit dekat gigi.
“Syaza, gigi kau dah makin teruk tu!” Amanina memang dah bertekad habis nak bawak aku pergi klinik gigi. Siap tipu aku lagi tau! Dia cakap nak bawak aku pergi makan tapi rupa-rupanya dia nak bawak aku pergi klinik gigi! Siap buat appointment lagi!
“Aku tak peduli!” Kalau Amanina bertekad nak aku pergi klinik, aku pulak bertekad tak nak pergi tapi tiba-tiba aku terasa tubuh aku dah diangkat.
“Abang!”
Abang aku hanya tengok aku sekilas sebelum meletakkan aku di tempat duduk belakang. Dia ambik kunci kereta dari tangan Amanina sebelum menyuruh Amanina masuk ke dalam kereta. Awal-awal lagi, dia dah bagi warning suruh aku jangan nak lari. Aku ni kalau dengan abang, takutlah jugak sebab bila dia garang, dia menakutkan tapi kalau dia baik, percayalah cakap aku yang dia ni sweet sangat! Tak percaya cakap aku, tanya Amanina! Dah lama dia suka abang aku tapi dia buat senyap je!
“Apa nama klinik tu, Nina?” Tanya abang. Aku yang duduk dekat kerusi belakang dah muncung macam itik. Aku tak suka pergi klinik gigi! Lainlah kalau doctor gigi tu, doctor gigi aku masa kecik-kecik dulu. Kalau doctor tu, aku nak tapi kalau doctor lain! Tak nak tak nak!
“Klinik Harmoni.”
“Tu klinik kawan abang...”
Abang memalingkan kepalanya ke arah aku. Aku hanya memandangnya dengan muka geram sambil berpeluk tubuh.
“This is for your own good, dik.”
Aku diam dan terus pandang ke luar tingkap. Malas nak cakap apa-apa dah sebab aku tahu apa yang abang cakap tu memang betul. Aku je degil! Kalau gigi aku rosak, kan dah tak cantik gigi aku yang tersusun ni!
Abang hanya mengeluh lemah sebelum terus memandu pergi dari situ. Aku pulak tak tahu nak buat apa dalam kereta ni. Nak memberontak, tak ada gunanya. Baik aku pergi je klinik tu. Malas nak bertekak bagai dengan abang. Dahlah dia ada penyokong paling setia, si Amanina tu!
“Abang...”
“Hmm?”
“Pasang radio, please.”
Abang dah tersenyum. Dia tahu aku kalau merajuk tak pernah lama! Seminit dua je lepas tu aku mesti cakap jugak dengan dia.
**
Aku renung Amanina yang tengah khusyuk memerhati abang aku yang tengah bercakap dekat telefon. Aku tersenyum apabila melihat Amanina yang tiba-tiba tersenyum sebelum menunduk kepalanya. Entah apalah yang minah tu tengah fikir agaknya?
“Ehem...ehem!”
Amanina pandang aku sebelum menjongket kening tanda bertanya. Aku hanya tersenyum sumbing sambil menghalakan jariku ke arah abang. Dia terus membulatkan matanya, konon-konon tak suka padahal aku tahu dia suka! Saja je tu!
Selepas abang selesai bercakap dekat telefon, terus dia masuk dan duduk di sebelah aku.
“Siapa tu?” Soalku sambil memandang telefon bimbit di tangan abang.
“Kawan...” jawabnya ringkas sebelum memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Dahi aku berkerut. Entah kenapa aku macam tak percaya apa yang abang cakap.
“Abang jangan tipu Syaza.”
Abang pandang aku sebelum ketawa kecil. “Kenapa pulak nak tipu?” Dia berkata sambil menjongket kening.
“Abang....”
“I like her...”
Aku terdiam. “Siapa dia tu?”
Syahrul pulak yang terdiam. Aku garu kepala sebelum memandang ke arah Amanina yang duduk agak jauh dari kami berdua. Kalau dia tahu hati abang dah berpunya, apa agaknya reaksi dia?
“Nor Syaza binti Ahmad...”
“Doktor dah panggil tu...”
Aku pandang abang sebelum bangkit dari duduk dan masuk ke dalam bilik doktor. Memang kalau ikutkan hati, tak ada maknanya aku nak masuk sorang-sorang dalam bilik doktor tu tapi masa abang cakap nak teman aku dalam kereta tadi, aku cakap tak nak. Konon-konon nak buat berani tapi bila dah masuk dalam bilik ni, rasa macam nak menjerit panggil abang kat luar.
“Cik Nor Syaza?”
“Ya...” Aku pandang doktor lelaki dekat depan aku sekarang ni. Dia hanya tersenyum sebelum menghalakan tangannya pada kerusi panjang. Aku menelan liur sebelum tersenyum sumbing. Jantung pulak dah berdegup kencang.
“Duduk dekat sini ye, doktor?”
“Ya... Duduklah. Saya nak check dulu. Oh ye, saya Doktor Ridhwan.” Dia memperkenalkan diri sambil menyarung sarung tangan getah.
Aku angguk sikit sebelum duduk di atas kerusi panjang tu. Aku menurut lagi apabila doktor tu suruh aku baring dan bukak mulut luas-luas. Nyaris aku nak termuntah bila dia masukkan cermin tu ke dalam mulut aku.
“Gigi awak berlubang...”
“Besar ke kecik?”
“Sederhana...” Dia tersenyum kecil. “Kita terus tampal ye?” Dia mengarahkan sesuatu dekat pembantu dia sebelum kembali memandang aku yang dah serba tak kena.
“Okey...”
“Awak takut ke?”
Aku angguk. Memang tak nak tipu. Aku memang takut! Takut sangat-sangat!
“Relaks je. Tak sakit pun.” Dia memujuk perlahan sambil melabuhkan duduk di atas kerusi di sebelahku. Aku pandang muka dia lama. Comellah pulak muka doktor ni bila dia asyik senyum. Manis je!
“Kita start sekarang ye...”
 “Doktor!” Aku jerit kuat sebelum duduk. Doktor Ridhwan dah pandang aku lain macam. Dia yang baru nak menyentuh alat-alatan yang tersusun dekat atas dulang besi terus terhenti.
“Err... doktor nak tampal gigi je kan?” Tanyaku cemas.
“A’ah. Kenapa?”
Aku menggeleng sambil menarik nafas lega. Setakat tampal takpe lagi, tapi janganlah cabut. Mau bergegar klinik ni nanti dengan jeritan aku!
“Kalau awak nak saya tampal hati awak pun boleh.”
Aku tercengang. Kenapa nak tampal hati pulak ni? Apa kaitan hati dengan gigi?
“Kenapa pulak, doktor?”
Doktor Ridhwan tersenyum sebelum menyuruh aku baring balik. Aku hanya menurut tapi aku tetap jugak nak tahu kenapa dia nak tampal hati aku ni?
“Doktor, kenapa?”
“Kenapa apa?” Dia suruh aku bukak mulut.
“Kenapa doktor nak tampal hati saya?”
“Supaya ada nama saya dekat hati awak tu,” balas Doktor Ridhwan tenang sambil tersenyum. Mata aku terus membulat. Ya Allah, mulut doktor ni! Manis bukan main! Sebab selalu check gigi orang ke?
“Haaa... okey, doktor boleh tampal GIGI saya sekarang.” Aku tekankan perkataan gigi.
Doktor Ridhwan hanya ketawa sebelum melakukan kerja dia. Aku pulak dah terpaku. Melihat wajah dia yang sedang bersungguh-sungguh menampal gigi berlubang aku, entah kenapa buat aku rasa tenang. Buat semua ketakutan aku hilang. Sama macam doktor gigi aku masa kecil dulu.
**
            “Bila Syaza tengok muka Doktor Ridhwan tu, Syaza ada ingat apa-apa tak?”
            Aku terus pandang muka abang dengan dahi berkerut. “Maksud abang?”
            “Syaza ada rasa macam pernah jumpa dia tak sebelum ni?”
            “Takde rasanya. Kenapa? Syaza pernah jumpa dia ke sebelum ni?”
            Abang tersengih. “Cuba Syaza ingat balik. Dulu-dulu abang kan ada kawan baik lelaki yang selalu datang rumah kita. Dia selalu bagi Syaza coklat. Ingat tak?”
            Lama aku mendiamkan diri sebab nak cuba ingat balik. Aku memang tak suka bab-bab nak selongkar balik memori ni sebab menyeksakan kepala otak je. Abang ni pun satu, penting sangat ke untuk aku ingat balik pasal benda ni?
            “Coklat apa yang dia selalu bagi?”
            “Choclairs.”
            Dengar je ‘Choclairs’ terus aku tekup mulut. Ya Allah! Doktor Ridhwan tu crush aku masa dulu-dulu!
            “Dah ingat ke?”
            Aku pandang abang dengan mata terbeliak. “Dia tahu ke Syaza minat dia sebelum ni?”
            “Abang pun tak tahu yang Syaza minat dia sebelum ni?”
            Oh seriously Syaza! Kau dah bagitahu abang rahsia terbesar kau sekarang ni! Mulut tu memang tak reti nak duduk diam kan?
            “Lupakan apa yang Syaza cakap tadi. I was just…”
            “You were just?”
            “Joking.”
            “Do you really think that I’m going to believe that?” Kening abang dah terjungkit. Dia memandng aku sambil memeluk tubuhnya. Oh you’re doomed, Syaza!
            “Just forget about it, shall we?”
            “Nope. I don’t think so.”
            “Abang! Janganlah nak jadi complicated sangat boleh?” Aku dah mula bercekak pinggang. Orang suruh lupa tu, lupa jelah. Tak payah banyak songeh sangat boleh tak?
            “Abang tak cuba nak buat benda ni jadi complicated pun. Syaza tu yang nak buat benda jadi complicated.” Sela abang bersahaja.
            “Syaza malas nak cakap pasal benda ni dah.” Aku bangkit dari duduk dan melangkah ke arah tangga. Makin lama aku dekat sini, makin banyak rahsia hati yang terkeluar nanti. Mulut aku ni bukan reti nak bekerjasama dengan hati aku. Hati kata jangan tapi mulut laju je nak cakap.
            “Lari la. One fine day, insya-Allah abang akan tahu jugak.”
            Aku mencebik geram, menjeling abang yang hanya tersenyum sinis.
**
Entah kenapa hari ni aku datang lagi dekat klinik Doktor Ridhwan ni. Aku pandang lama tanda nama klinik ni sambil bercekak pinggang. Kau buang tebiat ke datang sini setiap hari, Syaza?
“Syaza....”
Aku terus berpaling ke belakang sebelum tersentak sebab tengok Doktor Ridhwan tengah berdiri dekat belakang aku sambil tersenyum manis. Ikutkan hati nak aje aku lari sekarang tapi nanti apa pulak kata doktor ni.
“Awak buat apa kat sini?”
“Saya saja lalu kat sini,” balasku cepat.
“Pejabat awak dekat sini ke?”
Aku geleng. Ya Allah, kenapa cepat sangat badan aku memberi reaksi? Nampak sangat aku sengaja lalu depan ni walaupun aku pun tak tahu sebabnya!
Doktor Ridhwan tersenyum lagi. “Awak nak jumpa saya ke?” Tanyanya sambil memeluk tubuh.
“Buat apa saya nak jumpa doktor? Gigi saya dah elok dah...”Aku tayang gigi aku dekat dia. Doktor Ridhwan tersengih aje sebelum berjalan masuk ke dalam pintu kliniknya. Eh, dah nak masuk dalam ke?
“Jom masuk dulu. Sekarang ni takde patient,”ajaknya sambil membuka pintu luas untuk aku. Lama aku terdiam dekat situ. Nak masuk ke tak nak? Kalau masuk, nanti dia ingat aku betul-betul nak jumpa dia tapi kalau tak masuk....
“Syaza... jom masuk.” Dia memanggil aku lagi sekali.
“Takpelah, doc! Saya nak balik dulu. Nanti abang saya risau pulak. Assalamualaikum...” Laju aje kaki aku melangkah meninggalkan Doktor Ridhwan tapi sempat lagi aku berpaling ke arahnya yang masih lagi bersandar di muka pintu sambil memerhati aku. Aku terus berpaling ke depan dan terus melangkah dengan hati yang berdebar-debar. Doktor ni dah buat apa dengan hati aku?!  
**
            Abang tersengih lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia masih lagi tersenyum sebaik sahaja duduk di sebelah aku dan kemudiannya dia menayangkan telefon bimbit dia pada aku.
            “Apa?”
            “Cuba baca...”
            Aku ambil telefon bimbit dari tangannya dan membaca satu mesej yang agak panjang daripada seseorang. Makin lama aku baca, makin besar mata aku dibuatnya. Gila ke apa orang ni?!
            “Abang! Lelaki gila mana pulak ni?!”
            “Lelaki gila apa kebendanya?”
            “Gilalah!”
            Abang dah ketawa. “Dia tak gila. Dia cuma dah falling in love...”
            “He’s crazy! Jauhkan orang macam tu dari Syaza.” Aku memeluk tubuh. Siapa agaknya lelaki yang ajak dia kahwin tu? Siap mesej dekat abang lagi cakap yang dia sayang aku. Hah, entah apa-apa!
            “Kesian Doktor Ridhwan. Sampai hati Syaza cakap dia gila...”
            Aku terus pandang abang dengan muka tak percaya. Doktor Ridhwan? Doktor Ridhwan yang comel bila senyum tu ke? Doktor Ridhwan yang dah buat jantung aku berdegup kencang setiap kali aku jumpa dia tu ke?
            “Doktor Ridhwan, Klinik Harmoni?”
            “Ya la. Kawan abang. Crush Syaza dari dulu sampai sekarang tu.”
            Aku gigit bibir. “Bukan crush Syaza la!”
            Abang tersengih aje. “Dia cakap dia nak pinang Syaza.”
            “Tipu! Syaza tak percaya tu dia.”
            “Tak percaya cuba call dia. Tengok suara siapa yang angkat phone.” Abang dah bagi balik telefon bimbit dia dekat aku dan tanpa sempat aku nak cakap apa-apa, dia terus tekan butang dial. Sengaja dia tekan pembesar suara supaya aku boleh dengar dengan jelas siapa yang angkat telefon tu nanti.
            “Assalamualaikum Rul. Kenapa?”
            Nafas aku bagaikan terhenti. Jantung yang berdegup kencang tadi menjadi semakin kencang. Lama aku pandang telefon bimbit abang dengan muka yang terkejut sebelum tiba-tiba aku menjerit lantang dan berlari naik ke tingkat atas. Aku langsung tak pedulikan abang yang dah ketawa besar dan suara Doktor Ridhwan yang terkejut apabila mendengar jeritan aku. Arghhh! Aku malu!
            **
            “Sakit gigi ke?” Dia tersenyum mesra ketika aku datang ke klinik giginya pada waktu tengah hari. Aku hanya menjeling tajam sebelum menghalakan pandangan pada jam tangan aku.
            “Tak lunch?” Soalku.
            “Nak temankan ke?” Dia tanya balik.
            “Saya cuma nak tanya, kenapa doktor hantar rombongan meminang? Saya tak beri kata putus pun...” Aku tanya sambil duduk di hadapannya. Dia hanya tersenyum seperti biasa dan merapatkan kedua belah tapak tangannya sambil merenung aku.
            “Tapi awak terima kan? Kalau tak terima, awak takkan setuju nak terus bertunang hari tu jugak.”
            Aku pulak yang terdiam. “Ala, jawab jelah soalan saya.”
            “Kan saya dah cakap dalam mesej tu yang saya suka awak.”
            “Doktor bukan kenal saya pun. Saya ni kalau tidur malam-malam, memang lasak tau. Saya ni kuat makan walaupun saya ni nampak kecik.”
            Doktor Ridhwan hanya ketawa. “You’re perfect enough to me...” ucapnya lembut tapi berjaya buat aku melayang-layang. Alahai, susah kalau dah suka ni!
            Aku berdehem kecil. “Doktor ni! Main-main je!”
            “Bila masa saya main-main? Saya serius ni.”
            “Saya tak faham. Doktor ni bukan main handsome! Takkanlah takde girlfriend ke apa sebelum ni? Tiba-tiba cakap suka kat saya ni. Kalau saya tak sakit gigi, saya tak datang klinik ni pun tau!”
            Doktor Ridhwan menghela nafas. “Itu takdir, Syaza. Allah pertemukan kita... kalau awak tak sakit gigi, Rul takkan bawak awak datang sini dan saya takkan dapat jumpa adik dia yang dulunya kecik dan comel tapi sekarang ni dah jadi wanita yang cantik...”
            Aku dah terbatuk-batuk.
            Doktor Ridhwan senyum kecil. “Semua ni takdir. Andai memang ditakdirkan awak jodoh saya, kita jumpa dekat mana pun... hati saya akan kata awak untuk saya.”
            Aku terdiam. Buat aku makin tak percaya yang takde sesiapa pun yang minat kat dia. Cuba tengok cara dia cakap tadi. Sweet okey!
            “Terharu ke?” Soalnya sambil tersengih.
            Aku mencebik. “Saya nak balik dululah. Assalamualaikum...” Aku dah bangkit dan mencapai beg tangan. Sekejap lagi nak balik pejabat tapi nak mintak balik awal dekat abang. Tak larat badan ni!
            “FiancĂ©e...” Panggil Doktor Ridhwan.
            “Apa?”
            “Teman makan, boleh? Lapar...”
            Aku tengok dia lama. “Malaslah...”
            “Please... karang tunang awak sakit, susah tau!” Dia berkata sambil mengusap perutnya. Lapar sangat ke apa tunang aku ni? Amboi Syaza, dah panggil tunang tu...
            “Yelah tapi sekejap je tau.”
            Doktor Ridhwan terus tersengih lebar dan terus menanggalkan kot putihnya. Dia kemudiannya menghampiriku sebelum membuka pintu dan menyuruh aku supaya keluar terlebih dahulu.
            **
            Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Aku memang dah jadi tunang Ridhwan tapi kadang-kadang tu aku tak percaya yang aku ni dah jadi tunang dia. Setiap kali aku cakap macam tu dekat dia, mesti dia buat suara sedih. Dia cakap, “Sebak hati saya bila awak cakap macam tu” tapi nak buat macam mana, memang tulah perasaan aku.
            Nak-nak, kami memang jarang berjumpa. Dia sibuk dengan kerja dia dan aku sibuk dengan kerja aku. Kalau nak jumpa pun, dia akan datang rumah aku tapi selalunya dia lebih banyak bersembang dengan abang dan akhirnya aku terus naik atas bilik dan tidur!
            Entah kenapa, hari ni aku teringin nak ajak dia makan tengah hari dekat restoran kegemaran aku. Tadi masa aku call dia, dia cakap dia tengah sibuk tapi sekarang ni dah dekat pukul 12.30 tengah hari. Memang dah lunch break pun!
            “Haaa.... nak pergi jumpa dialah!” Aku terus bangkit dari duduk dan mencapai beg tangan yang diletakkan di atas meja.
            **
            Aku tersenyum lebar sambil membawa bungkusan makanan yang berisi makanan kegemaran Ridhwan. Nasi putih lauk ayam masak merah dengan kacang buncis goreng.
            “You ni lawak betullah, Wan.”
            Kaki aku terus berhenti melangkah sebelum mendekatkan telinga dekat pintu bilik Ridhwan. Suara perempuan mana pulak ni?
            “I’m serious, Amy. You calon yang paling sesuai untuk position ni.”
            “What about your fiancĂ©e?”
            “What about her?”
            Aku gigit bibir. Calon apa yang Ridhwan maksudkan sekarang ni? Takkan calon isteri kot!
            “Dia tak kisah ke?”
            “Dia insya-Allah tak kisah.” Jawab Ridhwan tenang. Dahi aku dah makin berkerut. Tak kisah apa ni? Tangan aku mula nak tolak pintu. Makin lama dekat luar, makin bertambah perasaan ingin tahu aku ni. Baik masuk dan tanya sendiri!
            “Dia tahu ke relationship kita sebelum ni?”
            “Tu benda yang dah lepas. I tak rasa dia perlu tahu.”
            “I don’t want anything bad happens after this.”
            “Assalamualaikum…” Ucapku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Ridhwan, dengan senyuman di bibir. Plastik yang berisi makanan Ridhwan aku genggam kuat dan aku terus letak dekat atas meja dia.
            “Your lunch. Sorry ganggu.” Aku senyum sekilas dan cepat-cepat ingin berlalu dari situ. Mulut memang nak bertanya macam-macam benda tapi lepas dengar perkataan ‘relationship’ tu, aku terus lupa semua benda. Yang aku tahu, aku nak balik sekarang ni.
            “Syaza… jom makan sekali dengan saya.”
            “It’s okay, Doktor Ridhwan. Saya dah makan tadi.” Laju aku menjawab, cuba untuk senyum dan kali ni memang aku dah tak pedulikan panggilan dia lagi.
***
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” Aku mengangkat muka dan tersenyum mesra sebelum senyumanku mati apabila melihat lelaki yang tengah berdiri di hadapanku. Aku pandang dia dengan muka tak senang sebelum merengus kecil. Dia hanya beriak selamba dan menarik kerusi lalu terus duduk di hadapan aku.
“Nak apa?” Tanya aku dengan nada suara yang tertahan-tahan. Serabut betul aku tengok dia berdiri dekat depan aku sekarang.
“Salah ke saya nak jumpa dengan tunang saya sendiri?” Dia bertanya balik. Aku hanya mencebik.
“Kenapa lari dari saya?”
“Bila masa saya lari?”
Ridhwan mengeluh panjang. “Saya ada buat salah ke?” Dia pandang aku lama. Aku mengangkat muka sekejap sebelum kembali tunduk.
 “Malas nak cakap sekarang ni. Saya busy.”
Ridhwan merampas pen di tanganku sebelum meletakkannya ke dalam poket baju. Aku hanya menjeling geram sebelum mengambil pen yang lain dari dalam bekas pensel tapi sekali lagi dia mengambilnya. Bekas pensel pun disembunyikannya sekali! Aku mula menarik nafas panjang. Aku cabut semua gigi tu karang, baru tahu! Aku pulak yang jadi doktor gigi nanti!
“Awak nak apa ni?! Pergilah cakap dengan perempuan yang saya nampak kat klinik tu! Buat apa nak cakap dengan saya?!” Aku menghamburkan kemarahan aku. Habis keluar semua perasaan cemburu aku! Mana tak cemburu kalau tengok ada perempuan yang tergedik-gedik dengan tunang sendiri!
Dia dah tersenyum-senyum. “Awak jealous?”
“Eh, takdelah!”
“Awak...”
“Saya busy.”
Ridhwan mengeluh lemah. Lama dia memandang aku sebelum dia bangkit dari duduknya. Aku pandang dia sekilas sebelum kembali membelek kertas-kertas yang berterabur dekat atas meja ni.
“Awak...” Dia panggil lagi dengan nada sayu.
“Apa?”
“Saya takde apa-apa dengan Amy tu. Dia kawan saya je. Trust me! Hanya awak yang ada dekat hati saya ni. No one else.”
Aku mencebik.
“Relationship.”
“Awak curi dengar ke?”
Aku mengangguk selamba. Dah memang aku curi dengar kan? Buat apa nak takut, mengaku je terus!
“Tak nak tanya apa-apa ke?” Soal Ridhwan dengan kening terjungkit. Siap berpeluk tubuh lagi depan aku.
“Tak.”
“Betul ke?” Soalnya lagi. Kali ni sambil tersenyum pulak.
“Buruk buat muka macam tu.”
“Tapi muka nilah yang awak suka kan?”
Aku kembungkan pipi. “Baliklah. Karang ramai orang kat klinik tu.”
“Takpe. Saya dah ambik doktor baru.”
“Siapa?”
“Orang yang awak jealous tu la...”
“APA?!” Mata aku dah terbeliak. Dia pulak boleh tersenyum macam tak ada apa benda pun yang berlaku.
“Saya ambik dia bekerja dengan saya sebab dia mampu buat kerja tu dengan baik.” Ucap Ridhwan tenang sebelum menyerahkan kembali bekas pensel aku.
“Hmm…” Hanya itu balasan aku. Malas nak cakap lebih-lebih dah.
“Tu je?”
Aku angkat muka dan terus pandang dia dengan muka tak puas hati. “Saya ni tunang yang tak suka cari pasal dengan tunang dia so please…”
“Fine… fine…” Ridhwan angkat tangan tanda menyerah kalah. Dia kemudian tersengih sebelum menghulurkan tangannya ke arah aku.
“Bagi tapak tangan awak. Saya nak hadiahkan sesuatu dekat awak.”
Dahi aku berkerut tapi tapak tangan tetap aku hulurkan ke arah dia dan sebiji Choclairs dari tapak tangan dia jatuh ke tapak tangan aku.
“Ni nak kembalikan kenangan zaman dulu ke?”
“Nope. I just wanna give something sweet to my sweet fiancĂ©e.”
“Cheesy. Lelaki memang suka bagi ayat-ayat cheesy ke?” Tanya aku tenang sebelum memasukkan Choclairs tadi ke dalam mulut.
“Tak. Saya sweet dengan awak je.”
“Kalau awak sakit gigi, siapa yang tolong rawat gigi awak tu? Saya risau nanti gigi awak rosak sebab selalu cakap bermulut manis sangat.”
Ridhwan ketawa besar. “Pandai jugak awak bergurau rupanya.”
Aku tayang muka malas nak melayan. “Saya nak balik dulu.”
“Okey. Take care. Assalamualaikum…” Ridhwan masih dengan senyumannya.
“Waalaikumussalam.” Aku terus bangkit dari duduk, mencapai segala barang-barang aku dan terus berlalu dari situ. Sempat aku berpaling ke meja kami duduk tadi dan memandang ke arah Ridhwan yang rupanya tengah memerhati aku.
Ceh, kantoi!
Photobucket

5 comments:

  1. Suwettnya....bestla...sambung lagi....

    ReplyDelete
  2. Suwetttnya....bestla...sambung lagi....

    ReplyDelete
  3. lame da akak xbace cerpen moon... ade sambungan en cte ni? macam tergantung pulak

    ReplyDelete
  4. Sweet giler...hehe...sweet sampai rasa mcm Hana pun perlu jumpa dr gigI...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers