Happy reading! :) Maaf di atas segala kekurangan.
BAB 4
“AGAIN, Kak Huda?” Aku
pandang muka Kak Huda dengan pandangan tak percaya. Patutlah beria Kak Huda
suruh aku datang rumah dia hari ni. Oh my! Oh my! Kenapalah Abang Wan ni suka
sangat outstation? Tak boleh ke dia duduk diam-diam dekat pejabat tu? Kenapalah
bos dia suka sangat suruh Abang Wan pergi outstation? Why?! Why?!
“Macam la tak biasa dengan kerja
Angah. Selama ni dia outstation, memang
Hana yang ambik kan?”
Aku raup muka cuba untuk menenangkan
perasaan. Patutlah Abang Wan nampak macam sibuk aje apabila mereka bertemu
minggu lepas ketika makan malam di rumah Kak Huda. Rupanya minggu ni dia kena
pergi outstation lagi! Haih, mahu aku
suruh Abang Wan berhenti jadi jurutera kalau macam nilah caranya. Dulu tu
memang aku tak kisah nak ambil Abang Wan dekat KLIA tapi sekarang ni…
Arghh! Aku dah fobia dengan tempat
tu!
“Hana… okey tak ni?” Soal Kak Huda
sebelum tangannya mendarat dekat dahi aku.
“I’m
okay, kak… Cuma Hana fobia je.”
“Hah?” Dahi Kak Huda dah berkerut.
Sekali lagi aku meraup muka. Sungguhlah aku tak rasa nak pergi KLIA buat
sementara waktu ni. Setiap kali aku pergi KLIA, aku terus teringat kisah aku pakai
tudung terbalik tu dan aku selalu terasa yang aku bakal jumpa dengan kawan
Abang Wan tu setiap kali aku pergi sana.
“Ada apa-apa yang Hana nak bagitahu
akak?” Soal Kak Huda sekali lagi dan aku tahu aku kena jawab juga soalan tu
kalau tak nak kena paksa dengan Kak Huda.
“Yes.”
“Apa dia?”
“Hana tak boleh nak pergi KLIA untuk
sementara waktu.”
“Kenapa pulak? Akak ingat Hana suka
pergi sana…”
“Memang! Hana suka sangat pergi sana
tapi baru-baru ni Hana dah malukan diri Hana dekat sana…So, I’m mentally traumatized!” Aku tunduk merenung lantai. Nak
cerita dekat Kak Huda tapi aku malu sebab aku tahu yang mesti Kak Huda akan
gelakkan aku nanti. Bukannya baru pertama aku buat perangai pakai tudung
terbalik tapi dah banyak kali cuma kali ni kes dia lain sikit.
“Mentally
traumatized? Cuba cerita dekat akak…”
Aku tarik nafas sebelum mula
menceritakan apa yang telah berlaku sebulan yang lalu. Sambil aku bercerita tu,
Kak Huda tak habis-habis cuba kawal diri dia daripada ketawa. Aku dah agak yang
Kak Huda mesti nak gelakkan aku!
“Hahahaha…” Habis aje aku bercerita,
terus Kak Huda gelak sepuas hati sambil menepuk peha aku berkali-kali. “Lawak!
Lawak!” Sampai berair mata dia kot! Aku rasa macam nak cubit akak aku ni.
Sampai hati gelakkan adik dia sampai berair-air biji mata. Ini sudah lebih!
“Tak lawak pun…” Aku peluk tubuh dan
mencebik.
“Abang Wan tahu tak pasal ni?”
“Tak. Akak jangan mengada nak
bagitahu dia!”
Sekali lagi Kak Huda ketawa tapi
kali ni aku terus cubit kedua-dua belah pipi dia. Padan muka! Gelakkan sangat
aku ni!
“Sakit! Sakit!” Kak Huda menepuk
tapak tangan aku apabila aku tak nak lepaskan cubitan aku dekat pipi dia.
Akhirnya apabila aku dah puas hati, barulah aku lepaskan pipi dia dan kak Huda
terus usap pipi dia sambil mengomel. Tahu pun geram! Aku lagi geram sebab kena
gelak.
“Akak bagitahu angah nanti baru
tahu!”
Aku angkat tangan aku dan Kak Huda
terus pegang pipi dia. Kali ni aku pula yang ketawa. Tahu pun takut!
“Tapi Hana… Hana seorang je yang
boleh tolong ambil Abang Wan. Apa guna adik-beradik kalau tak boleh ambik abang
sendiri kan? Akak ni kalau boleh nak ambik angah tu tapi sejak akak mengandung
lagi ni, mana Abang Firdaus kamu nak bagi akak drive jauh-jauh sangat. Lagipun, tak semestinya Hana jumpa dengan
kawan Abang Wan tu. Dia bukan kerja dekat situ pun kan?”
Lama aku terdiam sambil memandang
Kak Huda. Nak suruh Humaira, memang taklah. Kelas dia bukan menentu masanya.
Cuma aku aje yang boleh diharap sekarang ni. Takkan nak suruh Abang Wan naik
teksi semata-mata sebab aku tak nak pergi KLIA aje kan? Tak sampai hati aku ni
walaupun Abang Wan sebenarnya tak kisah pun kalau kena balik naik teksi.
“Yelah. Insya-Allah nanti Hana ambik
Abang Wan.”
KALI
ni
sebelum keluar rumah, aku pastikan yang aku tak pakai tudung terbalik lagi.
Bukan setakat tudung, baju kurung aku ni
pun aku check sekali. Takut kejadian
yang sama berlaku lagi walaupun kemungkinan untuk aku jumpa dengan kawan Abang
Wan tu macam 0.00001 peratus aje!
Seperti biasa sambil menjinjing beg
plastik berisi makanan ringan, aku melangkah ke anjung tinjau dan aku terus
tarik nafas lega. Alhamdulillah, semuanya nampak okey aje setakat ni.
“Assalamualaikum…” Terus jantung aku
rasa macam nak berhenti berdegup. Suara ni! Aku kenal suara ni! Walaupun tak
banyak kali dengar tapi suara dia dah melekat dalam kepala aku macam pita
rakaman. Nampak tak betapa hebatnya kesan dia dalam hidup seorang Hana Taufiq?
“Waalaikumussalam…” Teragak-agak aku
nak berpaling. Apabila nampak Izz yang sedang tersenyum, aku terus rasa nak
pitam. Kenapa dia ada dekat sini lagi?! Macam mana dia boleh ada dekat sini?!
“How
are you, Hana?”
“Alhamdulillah… sihat…” jawabku
tergagap-gagap. Sungguh aku rasa macam tengah bermimpi sekarang ni. Kawan Abang
Wan ni memang kerja kat sini ke apa? Ke dia ni upah orang intip aku?
“Good.
You look nice today…” ucap Izz dan aku terus angkat kepala. Amboi, sindir
aku ke apa ni?!
“Saya tak sindir awak tau…”
Eh, macam tahu-tahu pula apa yang
aku tengah fikir!
“Awak buat apa dekat sini?” Kali ni
giliran aku pula menyoal dia.
“Saja nak jalan-jalan. Jom duduk…”
Dia kemudiannya melangkah ke arah kerusi panjang yang tersedia di situ dan
duduk. Nasib baik kerusi ni ada empat seat jadi tak adalah aku kena duduk
sebelah dia. At least, dia boleh
duduk hujung sebelah kanan dan aku hujung sebelah kiri.
“Kenapa awak suka duduk sini?” Soal
Izz tiba-tiba setelah beberapa minit kami berdua hanya mendiamkan diri. “Dah
banyak kali awak duduk sini tapi tak buat apa-apa pun. Awak setakat tengok
kapal terbang lepas tu balik. Cuma baru-baru ni aje saya nampak awak datang
jemput Wan.” Kata-kata dia yang seterusnya buat aku pelik. Dah berapa puluh
kali dia nampak aku dekat sini sebenarnya?
“Dah berapa kali kita jumpa
sebenarnya?”
“Selalu jugak.”
“Apa maksud awak? Saya tak pernah
jumpa awak pun sebelum ni. Awak kerja sini ke?” Aku garu kepala. Puas aku
selongkar memori aku ni tapi aku memang pasti yang aku tak pernah jumpa dia
sebelum ni.
“Saya nampak awak tapi awak je yang
tak nampak saya.” Dia senyum kecil sambil membelek telefon bimbit dia. Aku
angkat kening dengan muka penuh syak wasangka. Selamat ke aku duduk dekat sini dengan
dia sekarang? Aku tak naklah perasan ke apa tapi kalau dia aje yang asyik
nampak aku, gaya macam dia stalk aku tapi muka dia ni tak nampak macam stalker
pun!
Tiba-tiba Izz ketawa dan dahi aku
makin berkerut. Kalau dahi aku berkedut sebelum tiba masanya, sila salahkan Izz
okey! Dia yang buat aku pening dengan perangai dia.
“Saya selalu datang sini dan setiap
kali saya datang sini, saya akan nampak awak. Mula-mula saya ingat awak kerja
dekat sini tapi bila saya jalan-jalan dekat sini, takde pulak saya nampak awak.
Saya rasa dah dekat 20 kali saya nampak awak.”
“20 kali?! Awak kira ke apa ni?”
Naik terbuntang mata aku apabila dia siap sebut berapa kali dia nampak aku.
Dan sekali lagi dia ketawa. “Saya
pakat sebut je tu. Janganlah takut sangat. Saya bukannya stalker awak pun. So,
don’t worry.” Dia tersenyum kecil. Amboi, sempat lagi nak perli aku pasal
stalker segala dan macam mana dia tahu yang aku tengah fikir pasal stalker? Ada
sixth sense ke apa kawan Abang Wan
ni?
“So…
back to my question. Kenapa awak suka duduk dekat sini?”
“Sebab saya suka kapal terbang… Saya
suka tengok kapal terbang bila dia terbang dekat udara. Macam burung. Nampak carefree sangat…” Aku kerling dia. “Awak tak jawab lagi soalan saya tadi. Awak
kerja sini ke?” Soalku, masih tak berpuas hati apabila dia seolah-olah mengelak
dari menjawab soalan aku tadi.
“Saya suka kapal terbang dan awan
macam awak sebab tu la saya datang sini.Untuk soalan awak tadi tu, nope. Saya
tak kerja dekat sini. I work somewhere else.”
Aku mengangguk kecil. Berpuas hati
dengan jawapannya.
“Apa yang awak rasa bila awak tengok
awan?” Entah kenapa soalan macam tu
boleh keluar dari mulut aku. Akhirnya aku hanya mampu tersenyum sumbing dan
menggaru kepala apabila Izz memandang aku.
“Abaikan jelah soalan saya tadi.”
“Kenapa pulak? Saya suka soalan awak
tu. Setiap kali saya nampak awan,
semakin bertambah rasa kagum saya pada ciptaan Allah SWT. Bila saya tengok
langit, saya rasa tenang. Macam semua masalah saya dibawa lari…”
Tak berkelip aku memandang dia sebab
aku tak sangka yang kami berdua boleh fikir benda yang sama. Nampaknya kami
berdua ada persamaan juga.
“Awak tak rasa macam tu ke?” Soalan
dia buat aku gigit bibir tapi perlahan-lahan aku mengangguk juga.
“Exactly
the same…” Balas aku dengan nada suara rendah. Selepas tu kami berdua
kembali senyap dan aku mula rasa gelisah. Apabila aku gelisah, mulalah tangan
aku tak reti duduk diam. Sekejap aku main dengan hujung tudung, tak lama lepas
tu aku main pula dengan jam tangan aku.
“Dah dekat pukul 3 ni. Rasanya
Hazwan dah dekat nak sampai.” Aku terus berpaling ke arah dia dengan dahi
berkerut. Macam mana Izz tahu yang aku datang nak ambil Izz?
“Macam mana awak tahu yang…”
“Awak tunggu Wan?”
Aku mengangguk kecil.
“Dia bagitahu hari tu and that’s why I’m here today. Manalah
tahu kut-kut boleh jumpa awak lagi,” ucapnya sambil ketawa kecil. Nampak macam
dia main-main aje masa cakap tu tapi jantung aku ni bukan main berdegup kencang
sampaikan aku boleh dengar degupan jantung aku sendiri!
“Err… saya rasa saya patut pergi
sekarang.” Cepat-cepat aku ambil beg tangan dan bangkit dari duduk sambil
memandang makanan ringan aku yang langsung tak berusik. Tak apa, Hana! Boleh makan
dekat rumah nanti dengan Farah.
“Take
care. Kirim salam dekat Wan nanti…”
“Insya-Allah! You too… Assalamualaikum.” Aku mengukir senyuman sebelum melangkah
meninggalkan dia dan apabila aku berpaling, dia masih lagi memandang aku sambil
tersenyum.
Dan sekali lagi jantung aku mula
buat hal.
SEJAK
balik dari jemput Abang Wan tadi, aku hanya bertapa dalam bilik. Langsung tak
keluar makan walaupun Farah dah panggil banyak kali. Bukan tak nak tapi
entahlah… perut ni rasa lain macam. Macam penuh dengan rama-rama.
Penuh rama-rama? Erk, kenapa pelik
sangat bunyinya tu?
“Hana… kau tak nak makan lagi ke?”
Sekali lagi Farah mengetuk pintu bilik aku.
‘Tak nak…” Terus aku sumbat telinga
dengan earphone dan mencari butang play
dekat Ipod mini aku ni. Start of Something Good by Daughtry mula berkumandang
dan aku rebahkan tubuh dekat atas katil. Orang sekarang ni banyak layan One
Direction, Demi Lovato tapi aku masih lagi layan lagu-lagu Daughtry dengan
Nickelback. Si Farah tu pun dah tak layan Nickelback padahal dulu bukan main
minat dengan lead singer kumpulan tu. Dia cakap aku ni tak ikut perkembangan
muzik terkini.
“Farah nak kahwin… Maira pun dah
dekat nak kahwin. Aku?” Aku renung siling. Sebenarnya dalam sudut hati aku yang
paling dalam ni, aku pun nak juga berteman. Ada seseorang yang menemani aku
sampai ke tua tapi nak buat macam mana… belum sampai jodoh lagi. Siapa la yang
tak nak kahwin kan?
Aku menarik nafas panjang. Sampai
sekarang Humaira tak bagi kata putus dekat Wafiy. Kesian pula aku dengan Wafiy
tu. Budaknya pun baik walaupun kadang-kadang agak sengal. Memang padan
sangatlah dengan Humaira tu. Lagipun beza umur Wafiy dengan Humaira tu dua
tahun aje jadi perangai pun memang lebih kurang sama. Wafiy dengan aku pulak
beza setahun aje tapi dia tetap bahasakan aku dengan panggilan akak. Walaupun
terasa tua dipanggil akak tapi memang patut pun aku dipanggil akak. 27 tahun tu
bukan muda lagi okey!
“Hana… baik kau keluar sekarang
sebelum aku rempuh pintu bilik kau ni sampai tercabut,” kali ni suara Farah
makin tinggi. Geram sangat agaknya apabila aku buat perangai tak nak makan ni.
Perlahan-lahan aku bangkit juga dan buka pintu bilik dengan muka kosong.
“Kau ni kenapa tak nak makan
segala?” Soal Farah dengan muka bengang sebelum menarik aku keluar dari bilik.
“Aku kenyang…”
“Kau bukan makan apa-apa pun hari ni
kan?”
Aku angguk. Memang tak makan apa-apa
pun tapi macam aku cakap tadi, perut aku ni rasa lain macam.
“Orang yang selalunya tak lalu nak
makan ni… tengah jatuh cinta,” ucap Farah tiba-tiba sebelum berpaling memandang
aku sambil mengangkat kening.
“Aku nak jatuh cinta dengan siapa?”
“Manalah aku tahu kalau kau tak
bagitahu…”
Rasa nak ketawa pun ada sekarang.
Sejak nak kahwin ni, makin merepek-repek kawan baik aku yang seorang ni.
“Takdelah Farah. Aku cuma tak ada selera
je.” Aku senyum sambil menepuk bahu dia tapi dia langsung tak endahkan aku dan
sebaliknya menyuruh aku duduk di meja makan. Kemudiannya dia masuk ke dalam
dapur dan kembali dengan membawa semangkuk bubur nasi.
“Makan ni dulu. Malam ni kita dinner
dekat rumah Azrul.”
“Hah?” Aku pandang Farah dengan mata
terbeliak. Makan malam dekat rumah Azrul?!
“Tak naklah! Segan kot!”
“Apa kau nak segannya? Macamlah kau
tak kenal dengan mak cik…” Farah menyudu sesudu bubur nasi dan menyuap aku.
Hahaha… bila lagi nak bermanja dengan kawan baik sendiri kan?
“Malulah…”
“Takde malu-malu. Kau kena teman aku
jugak!”
Aku mencebik tapi apabila
mengenangkan kesedapan masakan Mak Cik Ramlah, terasa rugi pula kalau aku
menolak tak nak pergi. Rugi woo tak makan masakan Mak Cik Ramlah!
“Yelah-yelah…”
“Sayang kau!” Terus dia peluk aku
dan apabila dia nak cium pipi aku, aku tolak muka dia ke tepi.
“Kau jangan nak cemarkan pipi aku
dengan bubur nasi kat mulut kau tu!” Patutnya dia suap aku bubur nasi tu tapi
akhirnya bubur nasi tu masuk ke dalam mulut dia pula!
“Hahaha! Meh sini… aku suap kau
lagi.”
“Tak payah. Aku nak makan masakan
bakal mak mertua kau. Lagi sedap!” Aku jelir lidah dekat dia sebelum berlari
naik ke bilik apabila Farah dah mula jegil biji mata. Karang tak pasal-pasal
melayang mangkuk bubur nasi tu dekat atas kepala aku.
“JEMPUT
MASUK…” Aku bersalaman dengan Mak Cik Ramlah sebelum mengekori langkah
Farah yang sudah jauh ke depan. Mentang-mentanglah pergi rumah bakal mak mertua
dia, laju aje kaki tu nak melangkah ke mana-mana.
“Hari ni ramai sikit orangnya sebab
mak cik ada ajak sepupu-sepupu si Azrul tu,” kata Mak Cik Ramlah sambil
tersenyum mesra.
“Ohh… lagi ramai lagi meriah, mak
cik. Rindu ni nak makan masakan mak cik.”
“Nanti Hana makan banyak-banyak ye.
Mak cik nak ke dapur kejap ye.”
“Biar Hana tolong ye.” Aku nak
melangkah ke dapur tapi Mak Cik Ramlah cepat-cepat pegang tangan aku.
“Tak apa. Hana duduk je sini. Mak
cik dah siap masak pun. Tinggal nak hidang je lagi. Ada Natasha dekat dapur tu
tolong mak cik.”
Akhirnya aku mengalah. “Okey mak
cik. Kalau ada apa-apa nanti, panggil je Hana.”
Mak Cik Ramlah tersenyum kecil dan
mengangguk, menyuruh aku duduk sementara dia ke dapur. Farah pula dah menghilang entah ke mana.
Konon aje nak suruh aku temankan dia dekat sini tapi akhirnya dia menghilang
dan tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini. Nasib baiklah aku dah selalu juga
datang sini. Kalau tak, mau juga aku lari balik rumah sebab segan!
Tiba-tiba aku dengar bunyi orang
tengah bersembang dekat luar dan tak lama lepas tu, pintu rumah terbuka luas.
Apabila nampak Azrul, aku terus sengih sambil tayang peace tapi apabila aku
nampak orang di belakang Azrul, mati terus sengihan aku. Apa yang dia buat
dekat sini?
“Hana?”
Terlopong mulut aku dibuatnya. Oh,
kenapa asyik berjumpa ni?
“Kau orang kenal ke?” Tanya Azrul
pelik. Izz mengangguk dan aku hanya mendiamkan diri. Terkedu sangat apabila
nampak Izz dekat sini. Jangan bagitahu aku yang sepupu Azrul tu adalah dia?!
“Dia adik Wan…”
“Wan? Kawan yang selalu kau cerita
tu eh?”
Sekali lagi Izz mengangguk tapi kali
ni dia memandang aku pula. “What are you
doing here?” Soalnya dengan dahi berkerut.
“Dia bestfriend Farah. Kau ingat
lukisan kat pejabat aku yang kau suka
sangat tu? Dia la yang lukis…” Azrul yang menjawab soalan dia apabila melihat
aku yang masih lagi terkedu sampai tak tahu nak cakap apa. Is this for real? Memang dia ke yang berdiri dekat depan aku
sekarang ni?
“Lukisan tu dia yang lukis?” Soal
Izz pada Azrul.
“A’ah.”
Izz pandang aku dengan pandangan
yang aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Terkejut pun ada. Tak percaya
pun ada.
“Eh, Izz dah sampai!” Mak Cik Ramlah
yang tiba-tiba muncul memang menyelamatkan keadaan.
“Apa khabar, Mak Ngah?”
“Alhamdulillah sihat. Izz sihat?
Aisyah tak ikut?”
“Alhamdulillah, Izz pun sihat.
Aisyah ada group discussion mengejut. Dia cakap dia mintak maaf sebab tak dapat
datang tapi dia ada suruh Izz bagi something
dekat mak ngah.” Izz mengeluarkan sesuatu dari poket seluar sukannya dan aku
yang berdiri di sebelah Mak Cik Ramlah pun sibuk nak tengok sekali.
“Fridge
magnet!”
“Boleh tambah koleksi mak ngah ni.
Cakap dekat Aisyah, yang mak ngah suka sangat dan terima kasih.”
Izz mengangguk sambil tersenyum.
“Jomlah kita makan. Nanti sejuk
pulak lauk tu...”
Baru aku nak mengekori langkah Mak
Cik Ramlah, tiba-tiba Izz memanggil nama aku. “Apa?”
“Bak tangan.”
“Nak buat apa?”
“I’ve
something for you. Entah kenapa memang hati saya tergerak nak bawak benda
ni hari ni. Petanda Allah bagi dekat saya agaknya.” Dia senyum nipis.
Dahi aku dah berkerut. Apa benda
pulak yang dia nak bagi ni? Perlahan-lahan aku hulurkan juga tapak tangan.
Azrul pun dah pandang semacam sambil tersenyum nakal.
Mulut aku terbuka sikit apabila
tengok apa yang ada dekat tapak tangan aku sekarang ni. Keychain kapal terbang!
“Untuk saya?” Soalku teruja. Macam
mana Izz tahu aku suka kumpul keychain
kapal terbang ni?
“Yup.
Hope you like it.”
“Like
it? I love it! Thank you so much! Macam mana awak tahu yang saya suka
kumpul benda ni?” Keychain tadi aku belek dengan penuh minat.
“Untuk seseorang yang suka kapal
terbang, bagi kapal terbang kertas je
pun dia dah suka. Apatah lagi kalau beri benda macam tu, lagilah suka.”
Aku tersengih. “Thanks again.”
“No
problem. So… friends?”
“Kita bukan memang dah kawan ke?”
“Saya ingat awak tak suka saya lepas
apa yang berlaku dekat anjung tinjau dulu-dulu tu…” Beria-ia Izz menekankan perkataan
‘DULU’ untuk mengingatkan aku pada peristiwa tudung terbalik pada hari tu.
“Bukan tak suka la. Lebih kepada
awkward sebenarnya. Segan pun iya jugak. Not
to worry, we are friends though. Kawan Abang Wan, kawan saya jugak.” Aku
senyum lebar.
“Baguslah kalau macam tu tapi boleh
saya bagitahu awak sesuatu?”
“Apa?”
“Saya suka bila awak senyum.
Tolonglah jangan buat muka macam nak telan saya.”
Aku gelak sebelum mengangguk dan mula
melangkah ke arah dapur tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu. Sesuatu yang aku
kena bagitahu dekat Azrul.“ Azrul…” Aku berpaling semula ke arah Azrul dan Izz.
“Terima kasih sebab buat Farah gembira. It means a lot to
me.” Ucapku ikhlas.
Azrul menggaru hujung keningnya sambil tersenyum malu.
“My pleasure, Hana. My pleasure.”
ehem....sweetnya abam izz <3 <3
ReplyDeletesapa aisyah pada izz?
ReplyDeletewah2.. hana xlama lg bau lah nasi minyak ea..
ReplyDeletesuka nya...izz dgn hana
ReplyDeleteuhhuk uhhuk.terbatuk2 pulk.amoiiii,manyak sweet la u izz.kali ni bukn mcm ada rama2 tp mmg konpem penuh rama2.huhu
ReplyDeleteassalamulaikum bila nak sambung lagi. izz memeng sweet tapi hana nampaknya macam dah berminat
ReplyDelete