Thursday, August 29, 2013

Kata Dari Hati 3




BAB 3
            AMMAR memang tak tipu pasal udara dekat kampung memang jauh lebih segar daripada dekat bandar. Sekarang ni barulah dia reti nak bersetuju. Hari tu ego tinggi melangit tak nak mengaku perkara yang satu ni. Rasa segar badan ni apabila dapat hirup udara yang bersih dari pencemaran. Hilman pandang jam dinding dekat dalam bilik tetamu ni. Lagi beberapa minit dah nak pukul 7.15 pagi dan lepas tu dia kena pergi ikut Rania dengan Ros pergi kandang lagi sekali. Awal-awal Subuh tadi, Reza dah ketuk bilik dia bagitahu pasal hal ni. Walaupun mula-mula rasa nak merungut tapi akhirnya dia redha ajelah. Merungut sampai esok pun, dia tetap jugak kena ikut si budak tak cukup tinggi tu.
            Tok! Tok!
            Hilman melangkah ke pintu dan tersenyum apabila melihat Puan Rohana sebaik sahaja pintu bilk dibuka.
            “Jom makan, Hilman. Makcik dah masak nasi lemak.”
            Hilman mengangguk dan mengekori langkah Puan Rohana ke dapur. Orang pertama yang dia nampak dekat meja makan, tak lain tak bukan, budak yang jatuh motosikal semalam. Tengah makan nasi lemak dengan penuh berselera sambil mulut comot pun tak sedar.
            “Mulut tu lap. Habis comot…” Puan Rohana hulur sehelai tisu dekat Rania yang baru perasan kehadiran Hilman di belakang maknya.
            “Rania, cedukkan nasi dalam pinggan Hilman.”
            Rania dah pandang Puan Rohana dengan mata terbeliak. Cedukkan nasi untuk Hilman? Walaupun hati memberontak tak nak buat tapi dia tetap capai mangkuk nasi lemak dan menceduknya ke dalam pinggan Hilman.
            “Cukup tak ni?”
            “Cukup.”
            “Hari ni kita tak jadi pergi kandang.”
            “Betul ke?” Hilman dah mula tersenyum lebar. Yeay! Seronoknya tak payah pergi kandang! Rasa macam nak melompat dekat sini aje sekarang ni.
            “A’ah. Kita pergi resort Abang Reza.”
            “Nak buat apa pergi sana?”
            “Ikut jelah. Adalah kerjanya nanti…” Rania ceduk nasi lemak ke dalam pinggannya untuk kali kedua. Nasi lemak buatan air tangan Puan Rohana memang kegemarannya. Tak sah kalau tak menambah.
            “Kenapa kau kerja dekat kampung?” Soalan yang keluar dari mulut Hilman mengejutkan Rania. Tak sangka sebenarnya yang Hilman boleh nak tanya soalan macam ni.
            “Sebab aku suka.”
            “Bukan sebab kau tak dapat kerja dekat bandar?” Kali ni Hilman mengangkat muka untuk memandang Rania.
            “Tu pun salah satu sebab tapi aku tak kisah pun sebab duduk dekat kampung ni best.”
            “Tapi kat sini tak moden macam bandar?”
            Rania tersenyum nipis. Dulu dia pernah jugak fikir macam tu tapi apabila dia makin dewasa, dia mula sedar yang dia tak perlukan semua kemodenan dekat bandar tu. Sekurang-kurangnya dekat sini bolehlah jugak dia menolong mak ayah dengan abang.
            “Kadang-kadang tu moden sangat pun susah. Aku suka duduk dekat sini. At least, aku takdelah terlalu exposed dengan benda-benda yang senang nak buat orang terpengaruh.  Do you know what I mean?” Nanti takut syok sendiri pula bercakap. Dia faham lain, Hilman faham lain.
            “I see…”
            Kiranya Hilman fahamlah apa yang dia cuba nak sampaikan kan?
            “Dulu kat US ambik apa?” Soal Hilman tiba-tiba.
            “Business.”
            “I see…”
            “Kau?”
            “Business jugak.”
            Rania mengangguk kecil. Kali pertama dia dan Hilman bercakap secara damai dan dia mula rasa awkward tapi elok jugaklah macam ni. Dia pun tak larat nak bergaduh setiap hari dengan budak bandar ni. Boleh kering air liur!     
            “Cepatlah makan.”
            “Okey.”


            WHERE do you think you’re going, Miss Rania?” Hilman bertanya apabila melihat Rania berjalan dengan terhencut-hencut. Takkan nak jalan dengan kaki sakit macam tu? Rasanya Reza dah pesan suruh naik kereta tadi.
            “Moto Farouk kan tak ambik lagi. Nanti hilang pulak.”
            Dahi Hilman dah berkerut sebelum dia menggeleng kecil. Macam-macamlah Rania ni!
            “Kau tunggu dalam rumah. Biar aku pergi ambik moto Farouk tu. Lepas tu kita terus pergi resort Reza.”
            “Tak apa ke?”
            “Kalau tak boleh, takdelah aku offer nak pergi ambik. Nanti luka kat kaki kau makin teruk pulak. Tak pasal-pasal nanti aku kena marah dengan mama dan papa sebab buli kau.”
            Kunci kereta diserahkan kepada Rania yang tengah pandang dia dengan muka tak percaya. Buat baik pun tak boleh ke? Dia tak adalah kejam sangat nak biarkan wanita yang kesakitan berjalan kaki nak pergi ambik moto.
            “Thank you, Man!” Rania tersengih. Alhamdulillah! Sebenarnya memang dia berhajat nak suruh Hilman yang pergi ambil moto tu tapi dia segan. Takut pulak Hilman cakap dia membuli tapi kalau tuan badan sendiri yang dah offer, dia terima dengan hati yang terbuka.
            “Kau panggil aku Man lagi sekali, aku suruh kau pergi ambik moto!” Hilman dah bagi pandangan maut dekat Rania. Tak habis-habis nak panggil dia Man. Hilman tu susah sangat ke nak sebut?
            Rania sengih lagi sekali sebelum melambai tangan dekat Hilman. “Jaga diri elok-elok. Kalau ada orang tak kenal tegur, jangan layan tau.”
            Sekali lagi Hilman bagi pandangan maut dekat Rania. Ingat dia budak ke apa?


            SAMPAI aje dekat resort Sayang Selamanya, orang pertama yang Rania nampak adalah Reza yang dah menanti dekat receptionist dan kemudiannya bersalaman dengan Hilman. Rania pula cepat-cepat menghulurkan tangannya dekat Reza, minta dipapah ke kerusi. Saja nak bermanja dengan abang sendiri.
            “Bukan teruk sangat dah kaki tu. Saja nak ngada-ngada.”
            Rania jelir lidah. “Biarlah. Bukan selalu pun…” Dia mengangkat tangan dekat Nadia yang berada di receptionist sebagai tanda menyapa.
            “Kenapa dengan kaki tu, Kak Nia?” Soal Nadia dengan dahi berkerut.
            “Jatuh moto semalam…”
            “Hahaha… kena piat telinga tak?”
            Rania sengih sambil mengangguk. “Haruslah kena. Oh ye, ni Hilman.” Terlupa pulak nak memperkenalkan Hilman dekat Nadia.
            Hilman mengukir senyuman sebelum menunduk kecil.
            “Ni la anak kawan Pak Long Mad yang Abang Reza cakap tu ke?”
            Reza mengangguk. “Nilah orangnya. Ni pulak babysitter dia.” Jari Reza dihala ke arah Rania yang dah mencebik. Babysitter la sangat!
            “Babysitter?”
            “Bukanlah. Pandai-pandai je Abang Reza ni. Usah dilayan dia sangat,” balas Rania dengan nada bosan sebelum mencubit lengan abangnya. Tak habis-habis nak panggil dia babysitter! “So, apa kerja kita orang hari ni?”
            “Nia ajar Hilman macam mana nak kemas bilik boleh? Kalau kaki tu sakit sangat, abang boleh panggilkan si Amy tu.”
            Cepat-cepat Rania menggeleng. “Insya-Allah kuat lagi ni, bang. Kalau suruh Amy yang tolong, Nia tak sure sampai ke petang Hilman tahu kemas bilik ke tak. Macamlah abang tak kenal Amy tu kan?” Amy tu pantang nampak lelaki dahi licin sikit teruslah nak tergedik-gedik. Tapi nasib baik bukan gedik yang melampau cuma misi Amy memang nak mencari lelaki bandar yang kaya dan kacak untuk dikahwini supaya dia boleh tinggalkan kampung ni dan itu yang buat Rania risau nak tinggalkan Hilman dengan dia. Nanti Puan Maznah dengan Encik Yusuf ingat dia tolong carikan jodoh untuk Hilman pula daripada melatih Hilman untuk jadi lebih berdikari.
            Reza terus ketawa. Ni kalau Amy dengar, mahu bergaduh lagi! Tak sah kalau tak gaduh walaupun sehari. Adik dia ni memang suka cari gaduh agaknya.
            “Yelah. Nia tahu kan apa nak buat?”
            Rania mengangguk kecil dan perlahan-lahan bangkit dari duduknya. “Jom Man. Kita ambik barang-barang dulu.”
            “Aku dah cakap jangan panggil aku Man.” Hilman dah mengetap gigi. Tak faham bahasa betul budak sorang ni. Rasanya dah berpuluh-puluh kali dia cakap benda yang sama.
            “Ala, nama kau jugak kan?”
            “Penat la nak cakap dengan kau.” Akhirnya Hilman dah malas melayan. Baik dia pergi buat kerja daripada melayan Rania.
            “Dekat mana barang-barang tu, Reza? Biar aku pergi ambik.”
            “Dekat utility room. Jom ikut aku. Biar aku bawak kau pergi sana.”
            “Nia ikut…”
            “No, stay where you are!” Suara tegas Hilman buat langkah Rania terhenti. Amboi, garangnya pak cik ni!
            “Lagi banyak kau berjalan, lagi teruk bengkak kat kaki kau tu nanti. Duduk je situ.” Terus Hilman tinggalkan Rania dekat situ dan mengekori langkah Reza. Rania hanya mampu mendiamkan diri sambil bermain dengan jarinya sementara menanti Hilman.
            “Caringnya dia.” Satu suara yang begitu dekat dengan telinga buatkan Rania tersentak. Dia berpaling ke belakang dan melihat Amy yang tengah tersengih.
            “Muka pun sedap mata memandang. Not bad…”
            “Kau jangan, Amy. Dia tu di bawah jagaan aku tau. Jangan nak lebih-lebih. Karang aku debik kau, nak?”
            Amy terus ketawa sebelum mengenyit mata dekat Rania dan Rania tahu yang Amy memang sengaja nak cari pasal. Dia orang memang suka bergaduh tapi belum sampai tahap benci-membencilah. Lagipun dia orang dah berkawan sejak dari kecil lagi.
            “Aku main-main jelah. Jangan risau, Nia. Dia tu kau punya.”
            “Apa kau? Aku dengan dia tak ada apa-apa pun. Jangan nak buat kontroversi. Nanti tak pasal-pasal mak aku ingat aku berkenan dengan dia.”
            “La, kalau kau suka dia pun apa salahnya?” Amy mencucuk-cucuk bahu Rania sambil senyum mengusik.
            “Aku baru kenal dia dua hari kot!”
            “So?”
            “Dah-dah. Jangan banyak cakap. Dia dah datang sini.” Rania pandang Hilman yang tengah menolak troli dan Reza pulak tengah membelek fail.
            “Tak banyak sangat bilik pun yang Nia dengan Hilman kena kemas. Yang lain-lain tu biar staff yang handle. Nombor bilik yang Nia kena pergi semua abang dah tanda.” Fail dah bertukar tangan. Rania mengangguk kecil sebelum menyuruh Hilman untuk mengikutnya.
            “Kau memang buat macam-macam kerja kan?”
            “Maksud kau?”
            “Jaga kandang, housekeeping, babysitter aku.”
             Rania pandang Hilman. Perlu ke babysitter tu nak dimasukkan sekali? Yang tu bukan kerja rasmi dia. Tu kerja untuk enam bulan sahaja!
            “Pengalaman tu penting. Kau buat banyak kerja, insya-Allah bertambah ilmu pengetahuan kau.”
            “Hmm…” Hanya itu yang mampu Hilman balas.

P/s : tak sempat nak edit :) harap enjoy!

Photobucket

3 comments:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers