Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, July 12, 2013

Bab 2 : Lelaki Idaman Si Dia


BAB 2
           
            MULUT aku dari tadi terkumat-kamit menahan geram. Kenapa tak ada sesiapa pun yang cakap yang hari ni Abang Wan balik dari outstation dan aku yang kena jemput dia? Tiba-tiba pukul 10.00 tadi, Kak Huda telefon tanya sama ada aku dah bertolak nak ambil Abang Hazwan ke belum. Nasib baik hari ni hari Sabtu, kalau tak memang dah lama aku menjerit dekat dalam studio tadi.
            “Kenapa tak ada orang bagitahu yang abang balik hari ni?” ucap aku sebaik sahaja Abang Wan angkat telefon.
            “Abang ingat Hana tahu.”
            “Hana tak tahu langsung. Ingat abang balik lusa. Kak Huda dengan Humaira tak cakap apa-apa pun. Nasib baik hujung minggu tau. You’re so lucky, abang!”
            Abang Wan dah ketawa di hujung talian. “Ya, abang sangatlah bertuah sebab dijemput oleh adik abang yang cantik dan manis bernama Hana binti Taufiq ni. Come join me at Secret Recipe. Lapar sangat dah ni!”
             “Hana dari tadi tunggu abang dekat arrival ni tapi rupanya abang tengah sedap makan dekat sana ye. Sampai hati! Hana pun lapar jugak…”
            Abang Wan ketawa. “Abang belum makan lagi la. Jomlah makan sekali. Abang tunggu Hana.”
            “Sayang abang!” Aku ketawa kecil. “Okey… okey. Hana nak lasagne please? Nak pergi ladies kejap.”
            “Anything else, sis?”
            “Orange juice,” jawabku selepas berfikir beberapa minit.
            “Okey…”


SEBAIK sahaja aku sampai dekat Secret Recipe, mata aku mula mencari Abang Wan. Apabila nampak aje dia yang tengah baca surat khabar dekat sudut bahagian belakang, perlahan-lahan aku berjalan ke arah dia sambil tersengih.
“Sorry lambat.” Aku sengih lagi sebelum mencapai tangan dia untuk bersalam. Abang Wan hanya jungkit kening sebelum meletakkan surat khabarnya ke tepi dan menolak lasagne yang masih panas tu ke arah aku.
“Makanlah…”
“Abang makan tu je?” Aku menjuihkan mulut ke arah pinggan Abang Wan yang berisi fish and chips. Kenyang ke abang aku ni nanti kalau makan fish and chips aje?
“Abang dah makan kek tadi.”
“Sejak bila abang suka makan kek?” Tanya aku pelik. Selama ni kalau aku beli kek, tak pernah pula Abang Wan nak makan sebab abang aku ni bukan peminat kek. Kalau makan pun, sesudu aje. Tu pun aku yang suapkan.
“Sejak abang kena tunggu adik abang pergi toilet. Hana buat apa lama-lama sangat?”
“You know…hal perempuan.” Sekali lagi aku sengih. Memang kerja aku tersengih jelah hari ni. Abang Wan dah tayang muka bosan.
“Fine… makan cepat.”
Laju aje lasagne masuk dalam mulut. Memang sesuai sangatlah abang ajak makan dekat Secret Recipe sebab aku memang dah lama mengidam nak makan lasagne ni. Tambah pula sekarang ni waktu lunch, memang elok sangat la kan?
“Assalamualaikum Wan.”
Tiba-tiba Abang Wan bangun dari duduknya sambil tersenyum. Aku pula terus berpaling ke belakang dan memandang lelaki tinggi lampai yang berdiri di belakang aku sekarang ni.
“Waalaikumsalam Izz! Long time no see…”
“Kau apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Kau?”
“Alhamdulillah. Eh, jomlah duduk sekali. Oh by the way, ni Hana.” Ingatkan Abang Wan dah lupa yang aku ada lagi dekat sini. Aku hanya senyum sebagai tanda menyapa dekat kawan abang tu sebelum mencapai jus oren.
“Your wife?”
Aku yang tengah minum terus tersedak. Ya Allah, perit tekak aku! Abang Wan laju aje menggosok belakang aku sambil tahan ketawa.  Hampeh Abang Wan! Berani dia gelakkan adik dia sendiri!
“Bukanlah. She’s my sister…”
“Ohh… sorry.”
“It’s okay,” ucapku perlahan sambil menggosok dada yang terasa perit.
“Okey tak ni?”
“Okey… okey. Tersedak sikit je ni.” Sempat lagi aku tengok baju yang Izz pakai. Lepas tu, aku tengok pulak beg roda yang terletak elok dekat sebelah kanan meja yang kita orang duduk ni dan ada peak cap yang di atasnya.
Aku pandang Izz yang tengah khusyuk bersembang dengan Abang Wan. So, he’s a pilot!


“HANA tak pernah tahu abang kawan dengan pilot.”
Abang Wan pandang aku sekilas. “Tak pernah tanya. Hana, signal belah mana ni? Abang lupa…”
Aku angkat kening. Amboi, mentang-mentanglah bawak kereta aku, terus lupa signal belah mana.
“Kanan.”
“Kenapa tiba-tiba Hana tanya abang pasal Izz ni?” Soal Abang Wan sambil tersenyum walaupun matanya masih lagi fokus ke arah jalan.
“Saja jelah tanya sebab Hana tak pernah tahu yang abang kawan dengan pilot.”
“Dia sekelas dengan abang masa dekat MRSM dulu. Dah lama kita orang tak jumpa. Last jumpa masa reunion hari tu la. Eh, takkanlah Hana tak nampak dia?”
Dahi aku dah mula berkerut. Kalau dia sekelas dengan abang, maknanya dia senior aku jugak la kan? Tapi kenapa muka dia sangatlah tak familiar?
“Tak ingatlah bang. Ramai sangat senior.”
“Kalau abang tunjuk gambar nanti, abang rasa Hana kenal dia tu.”
Kali ni aku terus berpaling ke arah Abang Wan dengan muka pelik. Apa maksud abang ni?
“Kalau Hana kenal dia, mesti Hana dah tegur dia. Abang ni biar betul?”
            “Balik rumah nanti abang tunjuk. Just wait and see…” Abang Wan sengih sebelum kenyit mata dekat aku. Wait and see? Haa… ini yang bikin suspens!


            ALBUM GAMBAR yang berwarna hitam itu aku pandang lama. Ni album gambar aku, jadi kenapa gambar Izz kawan abang boleh ada dalam ni? Abang Wan masih lagi duduk dekat depan aku dan nampaknya dia memang tak sabar-sabar nak suruh aku tengok balik gambar-gambar dalam album ni sebab dari tadi dia asyik tayang muka teruja.
            “Abang sure gambar dia ada dalam ni?” Soalku sekali lagi. Manalah tahu kut-kut Abang Wan tersalah bagi album gambar. Patutnya dia bagi yang dia punya tapi tersalah ambik yang aku punya ke?
            “Absolutely!”
            “Buat apa gambar dia ada dalam album Hana?”
            “Kenapa tanya abang pulak? Hana yang letak gambar dia dalam album tu,” balas Abang Wan tenang. Senyuman di bibir dia pulak langsung tak hilang dari tadi.
            Sekali lagi aku memandang album gambar tu dengan rasa tak percaya yang gambar Izz boleh ada dalam album gambar aku ni tapi perlahan-lahan aku selaklah juga satu-persatu gambar. Semuanya gambar aku dan kawan-kawan masa dekat MRSM Taiping dulu. Makin aku menyelak ke belakang, tiba-tiba ada beberapa keping gambar yang buat aku berhenti menyelak.
            Gambar seorang lelaki yang tengah buat origami kapal terbang kertas sambil duduk atas bangku dekat tepi padang. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh tangkap gambar budak lelaki ni walaupun aku langsung tak kenal dia.
            Abang Wan berdeham kecil dan aku terus angkat muka memandang dia yang tengah mengangkat kening.
            “Gambar Izz tak ada pun dalam ni…”
            “Jadi gambar siapa yang Hana tengah tengok tu?”
            “Hana tak kenal dia… He’s just someone…” Mata aku terus membulat dan aku pandang Abang Wan sambil menggeleng kecil. Tolong jangan cakap yang ni gambar Izz!  Tapi apabila Abang Wan angguk kepala, makin bulat mata aku.
            “Tulah Izz. The same person yang kita jumpa tadi. Nampak lain kan?”
            Laju aku mengangguk. Lain sangat kut! Kalau aku letak gambar lama Izz ni dengan gambar dia yang sekarang, mungkin orang akan ingat yang lelaki dalam gambar-gambar tu adalah dua orang yang berbeza.
            “Sangatlah lain…”
            “Dulu chubby sikit, sekarang dah kurus. Dulu rambut serabut sikit, sekarang dah kemas.”
            Aku angguk tapi kalau tengok lama-lama gambar Izz ni, memang nampak persamaan Izz yang lama dan Izz yang baru. Nak-nak dekat bahagian mata dan hidung tu. Dah nama pun orang yang sama.
            “Abang sebenarnya dah lama nak tanya Hana pasal gambar-gambar ni. Kenapa Hana tangkap gambar dia?”
            “Sebab… dia nampak menarik kut pada masa tu. Masa orang lain tengah sibuk buat kerja masing-masing, tiba-tiba dia duduk dekat padang sambil buat kapal terbang kertas,” ucapku perlahan. Kemudiannya aku tutup album gambar tu dan terus pandang Abang Wan.
            “Jangan bagitahu dia yang Hana pernah tangkap gambar dia tau.”
            “Takut ke?”
            “Takdelah takut tapi risau nanti dia ingat Hana syok kat dia pulak.”
            Abang Wan hanya senyum sebelum mengangguk kecil. “Yelah. Abang tak ada niat pun nak bagitahu dia. Abang naik atas dulu ye. Penat!”
            “Okey. Hana pun nak balik dulu ni. Kunci pintu ni…”
            “Awalnya nak balik.”
            “Nak pergi cari barang sikit.” Aku salam tangan Abang Wan dan mula bergerak ke pintu tapi entah kenapa, aku pusing balik dan ambil album gambar tu. Sila jangan tanya kenapa aku buat macam tu sebab aku pun tak tahu!

Photobucket

7 comments:

  1. Okey.. Interesting! Hehehehe

    We want moreeeeeeeeeeee xD

    ~m.a~

    ReplyDelete
  2. nice n cute...nak next entry..^^

    ReplyDelete
  3. nice and sweet..next please..hihi..

    ^^

    ReplyDelete
  4. hai... kite datang... hehe.. ^_^

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...