Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, July 12, 2013

Bab 1 : Lelaki Idaman Si Dia



Doakan saya dilimpahkan idea yang melimpah-ruah untuk manuskrip ke-2 ni :) Moga cepat siap dan cepat boleh hantar ke publisher. Amin :D

BAB 1
            AKU DAH geleng kepala dekat belakang sambil memandang Farah yang tak habis-habis menjelajah dari satu kedai ke satu kedai. Beg dekat tangan tu usah cakaplah, memang dah tak larat nak bawak tapi si Farah tu gigih lagi! Aku ni pun dah penat bawak beg sendiri padahal beg aku tak adalah sebanyak si Farah tu. Farah ni tak penat-penat ke? Kadang-kadang naik takut aku bila tengok seseorang yang jarang pergi shopping dan apabila sekali dia pergi shopping, dia macam nak beli satu shopping mall ni!
            “Farah, dah la tu! Aku dah penat.”
            “Sikit lagi.”
            “Berapa banyak blouse kau nak beli ni?”
            Farah sengih sambil angkat empat jari dia. Aku dah geleng kepala balik. Budak ni nak pakai blouse banyak-banyak ni untuk apa?
            “What for?”
            “I need to calm myself down. Aku tahu aku jarang buang tabiat ajak kau shopping macam orang tak betul but this is a therapy for me right now.”
            Dahi aku dah berkerut seribu. Kenapa si Farah ni nak tension segala? Dia ada masalah yang dia tak cerita dekat aku ke?
            “Kenapa ni?”
            Farah tarik nafas. “Nantilah aku cerita. Jom shopping lagi.” Terus dia gerak ke hadapan dan meninggalkan aku yang agak tercengang tapi perlahan-lahan aku melangkah ikut Farah masuk ke dalam kedai baju. Biarkan jelah dulu Farah tenangkan fikiran...

AKU HANYA diam sambil menenangkan Farah yang sejak dari tadi memang tak henti-henti menangis. Apabila aku tanya kenapa dia menangis, dia angkat tangan suruh aku diam dulu dan aku memang sengaja bawa dia datang tasik ni lepas habis shopping tadi. Biar suasana dekat sini menenangkan Farah yang tengah tak stabil emosinya.
“Dia tu gila!”
Terus aku pandang Farah dengan kening bertaut. Siapa pulak yang gila ni? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak marah-marah pulak!
“Azrul memang gila!” Kali ni Farah sebut nama sekali dan aku terus ternganga. Farah kutuk Azrul? Woo, first time kot aku dengar Farah cakap Azrul tu gila. Macam tengah bermimpi pun ada sekarang ni!
“Apa dia buat dekat kau?”
“Dia ajak aku kahwin.”
Kali ni aku tercengang pulak. Terus aku cucuk pipi Farah dengan jari sampai terteleng kepala kawan baik aku ni. Siapa yang gila sebenarnya? Si Farah ni ke? Ataupun si Azrul?
“Dia ajak kahwin pun gila ke?” tanya aku geram. Ajak kahwin aje kot?! Bukan ajak pergi terjun bangunan KLCC pun! Kalau Azrul ajak Farah pergi terjun bangunan KLCC, bukan setakat Farah yang cakap dia dah gila, dengan aku sekali cakap Azrul tu gila!
“Dia ajak aku kahwin! Sweet sangat! Sebab tu aku rasa dia gila sebab jadi sweet sangat!” Farah mengelap air mata dia. Aku pulak rasa macam nak debik  je kawan aku ni. Memang sesuai sangatlah dengan si Azrul tu. Sama-sama tak betul!
Aku betulkan tudung yang dah tak berapa elok sambil memandang air tasik yang beralun tenang. Kemudian aku mendongak memandang langit. Subhanallah indahnya ciptaan Tuhan. Tiba-tiba teringin pula nak pergi melancong. Dah lama jugak sebenarnya sejak kali terakhir dia melancong.
Pap!
Aku tersentak dan terus pandang Farah sambil jongket kening. “Apa?” Tanya aku perlahan. Orang tengah khusyuk menikmati pemandangan, tiba-tiba ada orang kacau daun!
“Kau tak nak kahwin ke?”
Perlahan-lahan aku tarik nafas. Kenapa gaya semua orang cakap macam umur aku dah masuk 46 tahun? I’m 26 years old! Tak nak kahwin lagi! Enough said.
“Tak nak lagi.”
“Kenapa?”
“Nak relaks dulu. Dah-dah, jangan nak cakap pasal aku. So, kau macam mana? Ready nak kahwin?”
Farah sengih sebelum mengangguk dengan muka merah. “Alhamdulillah dah rasanya. Nanti aku nak mesej dia cakap yang aku setuju.”
“Kenapa tak mesej je dia sekarang?”
“Saja.”
“Saja nak seksa hati dia?” Aku ketawa kecil. Bukannya aku tak kenal dengan Farah ni. Kalau tak diseksanya si Azrul tu, memang tak sah tapi Farah dan Azrul memang sweet sangat! Aku ingat lagi masa tu, hari lahir Farah. Azrul bawak kek perisa vanilla kegemaran Farah and of course, akulah yang buat kek tu. Apa gunanya ada kawan yang suka buat kek kalau tak guna kan? Tu kata Azrul.
“Seksa sikit-sikit.”
            Aku jelir lidah sambil menolak bahu Farah. Seksa sikit-sikit la sangat. Sekali lagi aku mengalihkan pandangan memandang tasik.
            “Jom balik. Penat shopping tadi…” ajak Farah sambil memaut bahu aku. Tahu pun penat! Aku yang mengikut ni lagilah penat.
            “Jom!”




Photobucket

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...