Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, January 18, 2013

Novel : Dia Mr Right! 1


Masa kecil-kecil dulu, kalau boleh hari-hari aku nak ajak ayah datang sini. Aku nak tengok kapal terbang sampai bosan! Ayah tak pernah merungut bila aku ajak datang sini sebab ayah tahu yang anak dia yang sorang ni minat sangat dengan kapal terbang. Kalau boleh nak bawak kapal terbang sendiri tau!
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Itu 12 tahun yang lepas. Sekarang ni, aku datang ke sini bersendirian sambil tengok kapal terbang tanpa teman. Kalau dulu, ayah yang selalu teman tapi sekarang, hanya aku di sini. Kadang-kadang rindu jugak suasana masa ayah masih ada. Bercerita pasal kapal terbang dengan ayah tak bosan sebab ayah pun minat kapal terbang. Ayah pernah cakap nak jadi traffic controller tapi opah tak bagi dan akhirnya ayah jadi cikgu tapi memandangkan ayah suka budak-budak, jadi dia memang sangat sayangkan kerjaya dia sebagai seorang cikgu tu.
            Dulu, aku pernah berjanji dekat ayah dan mak yang suatu hari nanti, aku akan berjaya dapatkan lesen untuk bawak kapal terbang dan bawak mak dan ayah naik tapi ternyata aku hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Siapa duga yang aku bakal kehilangan mereka berdua pada hari pertama aku daftar dekat sekolah berasrama penuh.
Aku ingat lagi waktu tu, aku baru lepas mandi apabila warden datang jumpa aku dan hantar aku balik ke rumah bersama-sama dengan Abang Hazwan tanpa bagitahu apa-apa pun dekat kami berdua. Bila sampai je dekat rumah, orang ramai dah berkumpul dan aku nampak Kak Huda yang dah tersedu-sedan sambil memeluk Humaira. Saat itu jugak aku tahu ada sesuatu yang tak kena dan aku dah agak ada perkara buruk yang dah berlaku dekat mak dan ayah. Aku sendiri tak sedar bila masa aku menangis. Yang aku ingat, tiba-tiba je Mak Su Ida datang dekat aku dan peluk aku.
            “Cik adik, berangan apa ni?”
            Aku terus berpaling ke belakang sebelum tersengih bila nampak Abang Hazwan.
            “Lama dah sampai?”
            “Tak. Abang dah agak yang Hana mesti ada dekat sini,” balas Abang Hazwan sebelum duduk dekat sebelah aku.
            “Lapar tak?”
            “Laparlah jugak. Jom makan dulu before balik.”
            “Okey.” Perlahan-lahan aku bangkit dari duduk sebelum membawa beg laptop Abang Hazwan. Abang Hazwan pulak tarik beg roda dia. Memang selalunya aku yang jemput Abang Hazwan setiap kali dia outstation. Kak Huda sibuk dengan anak-anak dia, Humaira pulak sibuk belajar. Aku sorang ni je yang agak tak sibuk sebab aku kerja sendiri. Bukak butik baju-baju muslimah sejak 3 tahun yang lepas.
            “Pergi food court jelah ye.”
            Aku mengangguk. Bukannya aku nak makan sangat pun. Nak temankan abang je. Sebelum datang sini tadi, aku dah selamat makan nasi goreng dengan Farah. Entah kenapa hari ni rajin sangat Farah nak bawak nasi goreng pergi kedai aku. Selalunya dia datang jumpa aku lepas tu kitaorang pergi makan luar.
            Sampai je dekat food court, aku terus pergi dekat favourite spot aku yang agak terselindung sambil bawak beg roda abang sekali. Abang pulak terus pergi cari makanan. Nampak sangat tengah lapar.
            “Hana sure ke tak nak makan ni?”
            “Sure. Dah kenyang dah. Tadi Farah bawak nasi goreng pergi kedai.” Aku sengih sambil tengok abang.
            “Ohh…”
            “Macam mana meeting abang?”        
            “Alhamdulillah okey. Lega sebab dah selesai…” Abang Hazwan tersenyum sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Aku pulak ambik air dia sebelum aku minum perlahan-lahan.
            “Hazwan…”
            Aku dengan abang terus angkat muka dan pandang lelaki yang tengah berdiri di sebelah meja kami berdua. Tiba-tiba abang terus bangkit sebelum memeluk lelaki yang aku langsung tak kenal ni. Kawan abang yang mana satu pulak ni?
            “Long time no see! Kau apa khabar?”
            “Alhamdulillah sihat. Kau?”
            Aku dekat tengah-tengah ni terdiam. Tak tahu nak mencelah dekat mana. Akhirnya aku senyap dan minum air abang je. Habis nanti boleh beli yang lain.
            “Aku pun Alhamdulillah sihat. Oh ye, ni adik aku. Hana… Hana, ni kawan abang. Nama dia Izz.”
            Kawan abang tu pandang aku sebelum mengangguk kecil. Aku pulak hanya tersenyum sebagai tanda menyapa.
            “Come join us.”
            “Takpe ke?”
            Abang Hazwan mengangguk dan menarik kerusi untuk Izz. Bila Izz dah duduk, semerbak bau minyak wangi dia. Aku yang duduk berhadapan dengan dia ni pun boleh terbau sekali.
            “Kau dari mana ni?”
            “Dari Aussie. Ada meeting. Kau?”
            “Cairo…” Bila dengar Izz sebut Cairo, terus aku pandang dia dan tilik baju dekat badan dia. Uniform warna putih dengan 4 golden bars epaulette. Beg roda hitam dan peak cap. Kot berwarna hitam yang diletakkan dekat atas beg roda tu. So, he’s a pilot!


Jom lunch sama-sama.
            Aku tersengih bila nampak mesej daripada Farah. Selalunya kalau cuti, boleh aje makan sorang-sorang.
Kenapa nak lunch dengan aku pulak ni?
            Sementara nak tunggu Farah balas mesej aku, sempat lagi aku mengemas baju-baju yang bersepah dekat bilik stor. Ni semua stok yang baru siap, cuma tinggal nak gantung je lagi.
Saja. Meh la. Aku datang ambik kau eh?
Yelah. Pukul 12 nanti datang ambik.
            Entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu je yang Farah ni nak cakap sebab hari ni dia nampak lain daripada biasa. Boleh pulak dia termenung masa tengah basuh pinggan. Dahlah hari ni dia ambik cuti. Jarang sebenarnya Farah ambik cuti sebab dia tu jenis yang workaholic jugak.
            “Wardah!” Aku memanggil Wardah yang berada di luar.
            “Ya, Kak Hana?”
            “Nanti jaga kedai ye. Akak nak keluar kejap dengan Kak Farah…”
            Wardah hanya mengangguk sebelum membantu aku mengangkat baju-baju yang akan disusun di rak. Selain Wardah, aku ada beberapa orang pekerja yang lain. Masa mula-mula bukak butik ni dulu, aku hanya bekerja dekat rumah. Yelah, tak ada modal nak bukak butik sendiri. Alhamdulillah, ramai jugak yang buat tempahan. Bila aku dah ada modal sikit-sikit dan hasil dari bantuan Kak Huda dan Abang Hazwan jugak, Alhamdulillah aku berjaya jugak ada butik sendiri. Segala design yang ada di butik aku  ni, aku yang reka sendiri dan pekerja-pekerja yang aku upah memang kebanyakannya pandai menjahit. Cuma tinggal nak bagi aje design tu dan dia orang akan siapkan. Aku pun ada jugak menjahit tapi disebabkan aku sibuk pada satu-satu masa tertentu, aku hanya sempat menjahit sehelai dua baju je dalam masa sebulan.
            “Akak balik lambat ke?”
            “Akak tak sure lagi. Apa-apa hal, akak call okey.”
            “Okey. Kalau ada orang cari?”
            “Ambik nombor telefon dia. Cakap dengan dia, bila akak balik nanti… akak call,” jawabku sebelum tersenyum puas hati melihat baju-baju yang sudah siap bersusun. Tak serabut sangat dah sekarang ni!
            “Okey kak.”
            “Terima kasih ye, Wardah.” Aku menepuk bahunya lembut.
            Wardah terus tersenyum. “No problem!”
            Aku tersenyum senang. Wardah ni memang pekerja yang paling boleh diharap. Dia ni sebenarnya anak kepada kawan baik arwah mak dulu. Arwah mak selalu cakap yang Wardah ni budak baik. Selalu tolong arwah mak pergi beli barang dulu. Jadi, sebagai membalas jasanya yang banyak membantu arwah mak, aku tawarkan kerja sebagai pembantu aku.  Lagipun, dia memang berminat dalam perniagaan.
And I will make sure to keep my distance.
Say I love you when you're not listening.
And how long can we keep this up, up, up?
            “Kejap ye, Wardah. Akak nak angkat telefon.” Aku cepat-cepat pergi pejabat dan capai telefon bimbit yang diletakkan dekat atas meja.
‘Farah’
            “Dah siap ke belum?” Tanya Farah.
            “Dah. Kau kat mana?”
            “Dah on the way. Lagi sepuluh minit aku sampai.”
            “Okey… aku tunggu.”


            MEMANG! Memang aku dah agak ada yang tak kena dengan Farah dan telahan aku memang betul. Aku perasan yang muka dia bukan main kusut masa datang ambik aku tadi. Bila makan pun, dia duk kuis-kuis aje nasi goreng paprika kesukaan dia tu sampaikan aku yang tolong habiskan nasi dia sebab tak nak membazir!
            Lepas tu yang lagi pelik, dia siap ajak aku pergi shopping tau! Dari satu kedai ke satu kedai dia jelajah sampaikan aku dah naik penat. Beg kertas dekat tangan dia usah cakaplah berapa banyak. Aku dah geleng kepala dari tadi. Kadang-kadang naik takut aku bila tengok seseorang yang jarang pergi shopping dan bila sekali dia pergi shopping, dia macam nak beli satu shopping mall ni!
            “Farah, dah la tu. Aku penat ni…”
            “Sabarlah. Sikit je lagi.”
            “Berapa banyak lagi baju kau ni beli ni?” Tanya aku bengang. Karang aku balik sendiri baru tahu! Shopping la sorang-sorang!
            Farah menarik nafas sebelum memandang aku. Dari pandangan mata dia tu, aku tahu dia tengah fikir sesuatu yang sangat penting.
            “Jom pergi tasik nak?” ajakku.
            Memang setiap kali salah seorang daripada kami tengah bersedih, kami akan pergi tasik sebab kalau nak pergi pantai, memang taklah. Dekat Putrajaya ni mana nak jumpa pantai. Yang ada Tasik Putrajaya tu aje tapi okeylah jugak daripada tak ada apa-apa kan?
            Perlahan-lahan Farah mengangguk dan aku terus paut bahu dia ke kereta.


            “OKEY, cuba cerita dengan aku. Apa masalah kau sebenarnya?” Tanya aku sebaik saja kami duduk di salah sebuah bangku yang disediakan. Farah pandang aku sekilas sebelum menghela nafas panjang.
            “Azrul…”
            “Kenapa dengan dia?”
            “Dia ajak aku kahwin.”
            Terbeliak mata aku dibuatnya. Azrul ajak Farah kahwin?! Azrul kawan baik Farah dari zaman sekolah ajak Farah kahwin?!
            “Tahniah!” Aku peluk Farah sambil tersenyum lebar. Akhirnya perasaan Farah berbalas jugak. Dah lama aku tahu yang Farah memang dah lama sukakan si Azrul tu. Setiap kali aku keluar dengan Farah dan jugak Azrul, aku perasan macam mana cara Farah pandang Azrul tapi…
            “Kenapa kau nak bersedih pulak?”
            “Bukan sedih la. Aku cuma terkejut sampaikan aku tak boleh nak fikir apa-apa.”
            “Muka macam asam keping je tadi sampai makan pun tak lalu,” perli aku sambil ketawa kecil.
            “Dah tiba-tiba ada orang ajak aku kahwin. Mana la aku tak terkejut. Yang ajak aku kahwin tu pulak si Azrul.”
            Aku mengangguk faham sambil tersenyum. Untung Farah sebab dapat jugak hati si jejaka yang dia idamkan selama ni. Dari dulu lagi, tak habis-habis Farah duk bercerita pasal Azrul. Azrul yang baik, Azrul yang gentleman… Azrul yang macam-macam lagi! Bila Farah selalu bawak aku jumpa Azrul, jadi lama-lama aku dengan Azrul pun dah jadi baik.
“Tapi kau terima kan?”
            “Aku suruh dia bagi aku masa.”
            “Tak apa, Farah. Kau buat solat istikharah dulu dan moga Allah bagi petunjuk yang akan buat kau bahagia. Insya-Allah!” Bahunya aku peluk erat sebelum kami berdua sama-sama memandang ke langit dan tiba-tiba ada sebuah kapal terbang yang lalu. Terus aku bangkit sambil melambai-lambai.
            “Bye! Bye!”
            “Suka sangat kapal terbang…”
            Aku hanya tersengih dekat Farah. Kalaulah Farah tahu yang aku ni boleh bawak kapal terbang jugak. Agak-agaknya apa yang dia akan cakap?
            “Dahlah. Jom balik. Penat shopping tadi…” ajak Farah sambil memaut bahu aku. Tahu pun penat! Aku yang mengikut ni lagilah penat.
            “Jom!”


p/s : Doakan agar cerita ni siaplah~


Photobucket

3 comments:

  1. nak lagi...ehheheh

    ReplyDelete
  2. sambung lagi ye..permulaan yg menarik.. =)

    ReplyDelete
  3. semoga dpt buat yg terbaik diklgn yg trbaik

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...