Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, January 22, 2013

Dia, Mr Right! 2




BAB 2
AKU pandang lama gambar keluarga yang terakhir ditangkap bersama arwah mak dan arwah ayah kira-kira 12 tahun yang lalu. Rasa macam kejap sangat masa berlalu. Tak sangka dah dekat 12 tahun sejak arwah mak dan ayah tinggalkan kami adik-beradik disebabkan kemalangan tu.
Aku ingat lagi, masa tu arwah ayah dan arwah mak baru aje lepas hantar aku dan Abang Hazwan ke asrama tapi tak lama lepas tu, warden datang jumpa aku dan kami berdua balik ke rumah. Apabila aku tanya pada Puan Fatimah kenapa kami dihantar balik ke rumah, dia hanya mendiamkan diri dan aku mula pelik. Sampai aje dekat rumah, orang ramai dah berkumpul dan aku nampak Kak Huda yang dah tersedu-sedan sambil memeluk Humaira. Saat itu juga aku tahu ada sesuatu yang tak kena dan memang betullah apa yang aku rasa sebab apabila aku masuk dalam rumah, aku nampak mak dan ayah dah siap dikafankan. Masa tu, aku langsung tak tahu nak cakap apa. Abang Hazwan pun dah terkedu dan aku sendiri tak sedar bila masa aku menangis. Tiba-tiba aje Mak Su Ida datang peluk aku dan menenangkan aku.
            “Hana…” Entah bila Abang Hazwan berdiri di sebelah aku sebelum memaut bahuku. Dia tersenyum sebelum turut memandang gambar kami sekeluarga.    “Abang dah siap?”
            “Dah. Tunggu Humaira je lagi. Kak Huda suruh kita sampai on time…” balas Abang Hazwan sambil memandangku.
            “Abang sayang Hana…”
            Aku tergelak kecil sebelum membetulkan songkok abang dan mengemaskan kedudukan butang baju melayunya. Kenalah nampak segak. Barulah orang cakap anak Encik Taufiq dan Puan Rashidah semuanya kacak dan cantik! Walaupun aku agak pelik kenapa Kak Huda beria suruh kami pakai baju kurung dengan baju Melayu. Padahal nak sambut hari lahir Rania aje.
            “Hana pun sayang abang...”
            Dia tersenyum lagi sebelum mengusap kepalaku. “Hana tak nak kahwin lagi ke?”
            Aku tarik nafas dan hanya tersenyum tawar. Tiba-tiba pulak tukar topik pasal kahwin. Nak cakap apa pun tak tahu. Memang dah ramai sangat orang tanya aku soalan yang sama sampaikan aku dah tak larat nak cakap apa-apa dan akhirnya aku diam aje. Habis cerita!
            “26 years old…” ucap Abang Hazwan perlahan tapi aku tahu maksud dia. Dia nak mengingatkan aku tentang umur aku sendiri. Yes, I am 26 years old and proud!
            “Muda lagi tu…” balas aku tenang.
            Abang Hazwan menghela nafas panjang. Itu tandanya dia dah mengaku kalah daripada tanya aku soal kahwin lagi. Aku tahu yang Abang Hazwan risaukan aku. Yelah, Humaira pun dah ada teman istimewa tapi aku ni masih lagi single and definitely not ready to mingle! Even Abang Hazwan sendiri pun dah bertunang hujung bulan lepas dan akan berkahwin tahun depan, insya-Allah.
            “Abang jangan risaulah ye…Insya-Allah, one fine day…”
            “Prince Charming akan datang jemput Hana binti Taufiq ke istananya…” sampuk Abang Hazwan.
            “Oh please… sangat fairytale tu! I don’t believe in fairytales yang happily ever after. Kalau macam Once Upon A Time tu, boleh diterima lagi…” Aku buat muka bosan bila abang kaitkan aku dengan kisah dongeng macam tu.
            Abang Hazwan hanya ketawa bila dengar komen aku. Humaira yang baru muncul tu pun join sama gelak. Entah dia faham ke tidak apa yang aku dengan Abang Hazwan bualkan tadi.
            “You’re so weird, Kak Hana. Cerita Once Upon A Time tu lagi complicated tau. Rumpel tu boleh pulak jadi Beast.”
            “He’s cool, okay!”
            “Not as cool as my Prince Charming…”
            “Whatever…” balas aku malas. Memang Prince Charming tu cool tapi he’s not my cup of tea walaupun dia sangat kacak!
            “Bertenang puteri-puteri sekalian. Biar Putera Hazwan yang menjaga kalian berdua…” ucap Abang Hazwan sambil menggawangkan tangannya ke atas. Aku dan Humaira serentak ketawa sebelum kami berdua menumbuk perlahan bahu Abang Hazwan. Putera Hazwan la konon!
            “Jomlah cepat. Karang Kak Huda mengamuk, baru padan muka sorang-sorang!”
            “Bukan salah abang. Maira yang lambat!”
            “Maira tolong abang gosok baju la tadi! Sebab tu lambat!”
            Pecah ketawa Abang Hazwan bila Humaira cubit pinggang dia. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi dan bila nampak nombor Kak Huda, aku dah mula panik. Bukan takat aku yang panik, Abang Hazwan dengan Humaira pun dah panik!
            “Cepat naik kereta!” arah Abang Hazwan laju dan aku biarkan je telefon berbunyi. Maaf, Kak Huda!

            “I’M so pissed off!” Sampai-sampai aje dah kena dengan Kak Huda dan yang paling teruk kena marah adalah Abang Hazwan sebab dia paling tua. Aku dengan Humaira diam dari tadi. Tak berani nak menyampuk sebab takut kena marah pulak dengan Kak Huda. Semenjak mengandung anak ketiga ni, garang Kak Huda bukan main lagi. Pembawakan budak kot?
            “Nasib baik tak lewat tau! Kalau lewat…” sengaja Kak Huda biarkan ayat dia tergantung. Maksudnya dia suruh kami pandai-pandai la fikir.
            “Sorry kak…” ucap Abang Hazwan perlahan sambil tayang muka kesian. Abang Firdaus pulak cuba menenangkan Kak Huda. Berpesan pada si isteri supaya bersabar sambil mengusap belakang Kak Huda.
            “Nasib baik korang semua tak rosakkan surprise tu.”
            Senyap lagi. Layankan ajelah bebelan Kak Huda. Macam tak biasa pulak kan?
            “Bawak hadiah? Bawak baju?”
            Aku angkat beg kertas yang mengandungi hadiah aku, Abang Hazwan dan jugak Humaira. Memang dah lama belikan semata-mata untuk hari lahir Rania ni. Tengoklah betapa penyayangnya pak cik dan mak-mak saudara Rania ni. Humaira pulak mengangkat beg yang berisi pakaian.
            “Good.”
            “I’m going to take her out now. Make sure everything is ready by 12 p.m..”
            “Yes bos!” Serentak kami mengangkat tabik dan Kak Huda hanya tersenyum. Dia marah sekejap je dan lepas tu dia akan okey. Macam sekarang ni, sempat lagi memeluk kami bertiga sebelum dia keluar dengar Rania. Abang Firdaus pulak kena membantu kami menyiapkan apa yang patut.
            “So?”
            “Let’s begin!” jerit Humaira teruja.


            “ALLAH selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nurul Rania. Allah selamatkan kamu…”
            Bukan main gembira lagi si Rania bila balik aje dari berjalan-jalan, ada surprise party pulak. Melebar senyuman dekat bibir anak saudara aku tu. Abang dia yang baru sekolah tu pun bukan main menyibuk jugak nak meniup kek.
            “Nasib baik ada kek…” ucap Humaira sambil menarik nafas lega. Aku mengangguk setuju. Sebenarnya tadi ada kes yang sangat mencemaskan! Kek Rania yang Kak Huda beli semalam dah cair sebab Abang Firdaus terlupa nak masukkan balik dalam peti sejuk lepas dia sembunyikan daripada Rania pagi tadi. Dah namanya pun ice-cream cake. Memang senang sangat nak cair tapi alhamdulillah, aku telah berjaya mendapatkan sebuah kek aiskrim yang hampir sama tapi tak serupa macam yang dah hancur tu.
            “Where did you get that cake?”
            Terkejut semua bila Kak Huda tanya soalan cepumas tu tadi. Aku pandang Abang Hazwan, Abang Hazwan pandang Humaira dan Humaira pandang Abang Firdaus. Maknanya Abang Firdaus yang kena menjawab!
            “It’s all my fault, sayang. Abang lupa nak letak dalam fridge. Sorry…”
            Aku sebenarnya tak sangka yang Kak Huda akan tersenyum sebelum melentok kepala dekat bahu Abang Firdaus. Eh, akak ni! Tak beragak-agak nak romantika de amour pun!
            “It’s okay. Thanks…”
            Tapi dalam geli-geli bila tengok Kak Huda bermanja dengan Abang Firdaus, rasa sweet jugak tengok diaorang ni. Kak Huda berkahwin dengan Abang Firdaus selepas Kak Huda tamat belajar dekat maktab. Abang Firdaus masa tu dah dekat dua tahun dah mengajar. Kiranya Abang Firdaus ni senior Kak Huda la. Mula-mula Kak Huda ni kemain lagi berlagak dengan Abang Firdaus tapi lama-lama cair jugak! Sekarang ni dah hampir sebelas tahun diaorang berkahwin. Anak pun dah nak masuk tiga orang.
            “Abang Daus! Ni Farid datang…”
            Aku berpaling ke arah pintu dan aku nampak Abang Hazwan berdiri di situ bersama-sama dengan seorang lelaki yang memang aku langsung tak kenal. Siapa pulak Farid ni?
            “Farid! Tak sangka kau datang jugak.” Abang Firdaus memeluk lelaki nama Farid tu.
            “Ni wife aku. Huda… kau ingat lagi kan?”
            Aku yang sejak dari tadi jadi pemerhati hanya mendiamkan diri. Malas nak ikut campur.
            “And that’s my sister-in-law. Hana…”
            Nyaris-nyaris aku nak tersedak air limau ni apabila Abang Firdaus tiba-tiba memperkenalkan aku dekat kawan dia tu. Aku hanya mengangguk kecil bila Farid tu tersenyum sebagai tanda menyapa.
            “She’s still single.”
            “I see…”
            Eh, apa kaitan aku single dengan mamat tu?!
            “Pernah dikecewakan?”
            “Entah. Dia tak pernah bagitahu…”
            Aku pandang Kak Huda yang nampaknya sangat tenang. Akak sedar tak diaorang cakap pasal adik akak ni?
            “Ehem-ehem… I’m still here,” ujar aku sambil tersenyum. Manalah tahu kot-kot diaorang ingat aku dah ke dapur ke apa?
            Abang Hazwan pulak macam nak tergelak dan bila aku pandang dia dengan jelingan tajam, terus dia ketawa macam orang tak betul. Hampeh punya abang!
            “Papa!” Tiba-tiba ada seorang budak lelaki berlari masuk ke dalam rumah sebelum memeluk kawan Abang Firdus tu dan tak lama lepas tu, ada seorang wanita pulak melangkah masuk.
            “Perkenalkan ni isteri saya. Sasha…”
            Aku dan Abang Hazwan pandang satu sama lain sebelum kami berdua ketawa. Memang dah agak yang kami berfikir benda yang sama. Mesti Abang Hazwan ingat yang Abang Firdaus sibuk nak jodohkan aku tadi.
            “Kenapa korang berdua gelak ni?” Tanya Kak Huda dengan muka pelik.
            “Nothing…” balas aku setelah ketawa aku reda tapi Kak Huda masih lagi pandang aku dengan muka mintak jawapan tapi bila aku buat isyarat mulut cakap ‘I’ll tell you later’, terus dia pandang tempat lain.


            KAK HUDA gelak bukan main bila aku dah ceritakan kenapa aku dengan Abang Hazwan ketawa tadi. Siap dia tepuk-tepuk lagi peha aku tau! Nak kata lawak sangat, takdelah lawak sangat pun tapi Kak Huda gelak macam aku buat lawak antarabangsa!
            “Kami takkan buat macam tu la…” ucap Kak Huda lepas dia berhenti ketawa.
            “Who knows?”
            “Yang lawaknya Hazwan pun boleh fikir macam tu.”
            Aku mengangguk tapi aku rasalah kan… kalau orang lain pun mesti dia orang ingat benda yang sama. Yelah, siap bagitahu dekat Farid tu yang aku ni single lagi!
            “Hana…” Tiba-tiba suara Kak Huda berubah jadi serius. Ni mode suara yang paling aku tak suka. Takut pun ada jugak sebenarnya!
            “Yes?”
            “Hana masih ingatkan dekat dia lagi?”
            Tak berkelip mata aku memandang Kak Huda. Terkejut jugak sebab aku tak sangka yang Kak Huda boleh bangkitkan pasal ‘dia’ selepas bertahun-tahun lamanya. Kalaulah Kak Huda tahu betapa aku cuba nak lupakan tapi kejadian tu macam pita rakaman dalam kepala aku ni.
            “Kak, tak rasa macam nak cakap pasal benda ni.” Aku senyum tawar sebelum mengerling Humaira yang dah lama lena dibuai mimpi. Kak Huda gelak tadi pun bukannya dia dengar.
            “Dah tiga tahun…”
            “Tiga tahun tu bukannya lama kak…” Balas aku perlahan dan mula masuk ke dalam comforter. Kak Huda hanya menghela nafas sebelum bangkit dari duduknya.
            “Good night.” Kak Huda cium dahi aku dan dahi Humaira sebelum berlalu keluar. Malam itu, sekali lagi aku menangis.



Photobucket

5 comments:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...