BAB 5
Liya mengenggam kuat kertas di
tangannya sambil menanti Zafran dengan penuh perasaan bengang dan geram di
hati. Kertas di tangan ditilik lagi sekali. Terkejut jugak bila tiba-tiba aje Cikgu
Shah bagi kertas ni tadi. Ingatkan surat apa tadi, rupanya surat dari mamat
perasan. Cikgu belum cakap nama lagi, dia dah tahu siapa yang bagi surat tu. Sah-sah
ada tulis kat depan kertas tu, untuk Minah Kecoh. Siapa lagi yang panggil aku
minah kecoh selain mamat perasan tu kan?
MK,
Perjanjian
kita batal.
Liya
mengetap gigi. Ikut suka hati dia je nak batalkan perjanjian. Buat penat aje dia
berlari macam tak cukup tanah tadi. Kalau tahu Zafran nak batalkan perjanjian
diorang, confirm dia berjalan je
tadi. Penat tau berlari! Dia ni bukan suka sangat berlari! Setakat jogging tu
takpelah! Ni dia siap pecut lagi walaupun termengah-mengah!
Liya memandang pintu pagar sambil
bercekak pinggang. Sebaik saja nampak Zafran yang baru melangkah masuk ke dalam
kawasan sekolah, dia segera berlari anak ke arah Zafran.
“Zafran Adha!” Panggil Liya kuat.
Zafran memandang Liya sekilas
sebelum berjalan terus. Tak berhenti langsung walaupun memang dah nampak Liya
tengah nak bercakap dengan dia. Haa, tu mesti nak mengamuk pasal surat tadi!
Zafran menahan senyum. Biarkan je minah kecoh tu!
“Zaf!” Jerit Liya lagi. Sekali lagi,
dia buat derk je.
Liya terus berdiri di hadapan Zafran
sambil menghala tangan kanannya ke hadapan. Tangan kiri pulak menayangkan
kertas di tangannya tepat ke muka Zafran.
“Apa benda?” Tanya Zafran tenang.
“Buat tak tahu pulak dah! Janji kau!
Aku nak tuntut!” Liya dah bercekak pinggang. Buat-buat tak tahulah pulak!
Sah-sah dia buat perjanjian tu tadi!
Zafran berpeluk tubuh sambil
memandang Liya dengan muka takde
perasaan.
“Perjanjian tu batal. Aku dah
bagitahu kau kan?” Selamba Zafran berkata-kata. Liya menarik nafasnya
dalam-dalam. Ni tak suka ni! Janji mesti dipatuhi okey!
“Takde!
Takde! Apasal pulak ikut suka hati kau je nak batal?!”
“Kecoh... aku adalah sebabnya. Kau
tak payah nak tahu,” balas Zafran selamba sebelum melangkah dari situ.
Cepat-cepat Liya berdiri di depannya sambil mendepangkan tangan.
“Perasan...apa sebab dia?” Dia
panggil aku Kecoh, aku panggil dia Perasan. Adil dan saksama!
“Kau tak payah tahu.”
“Kenapa dengan kau ni? Apasal aku
yang jadi mangsa kau?” Tanya Liya dengan muka yang pelik campur bengang. Pelik
sangat-sangat mamat ni! Bukan setakat pelik, menyakitkan hati pun sama! Entah
datang dari mana planet mana. Tapi Liya rasalah Zafran ni dari planet Pluto
sebab dia dingin macam ais! Ya, Pluto!
“Mangsa?”
“A’ah. Mangsa! Mangsa kau nak cari
pasal! Dah elok-elok kita janji tadi kan? Kalau aku menang, kau kena bagitahu
sebab apa peraturan tu penting? Sekarang ni aku yang menang. So, bagitahu aku cepat!” Bentak Liya
geram. Dia jarang nak marah orang sebenarnya tapi sekarang, dia memang tak puas
hati dengan mamat sorang ni.
Zafran mengurut kepalanya sambil
memandang Liya yang bercekak pinggang. Sebijik
macam mak cik! Haih...
“Tadi aku tolong budak lelaki sorang ni. Dia jatuh basikal...That’s why perjanjian kita batal! Aku
bukan sengaja nak lambat tadi. Kalau nak diikutkan, aku dulu yang sampai. Kau
memang dah jauh ketinggalan tadi.” Zafran menjawab tanpa riak di muka. Pening
aku layan mak cik sorang ni.
Liya terdiam. Kalau diikutkan logik,
alasan Zafran memang boleh diterima pakai. Walaupun ada kemungkinan yang Zafran
tipu tapi biar jelah! Tak larat dah pergi siasat sama ada betul ke tak Zafran
pergi tolong orang! Baik dia balik dan tidur! Akhirnya Liya mengangguk
perlahan.
“Fine,
perjanjian kita batal. Aku balik dulu. Assalamualaikum...” Liya terus berlari
anak balik ke surau untuk ambil beg sekolah. Dalam hati ni, kecewa sangat sebab
tak tahu kenapa peraturan tu penting! Entah kenapa jugak, dia percaya alasan Zafran tu. Mungkin sebab muka Zafran
langsung tak menunjukkan yang dia menipu.
“Liya!” Nahi menepuk bahunya sambil
tersengih.
“Hmm...”
“So,
macam mana? Kau menang kan?” Tanya Nahi.
“Takde apa-apa pun,” balas Liya
dengan suara yang perlahan.
“Errr...maksud kau?”
“Dua-dua tak menang. Dua-dua tak
kalah. Kami seri je,” balas Liya lagi
sebelum menyandang beg sekolahnya.
“Aku balik dulu... Sakit badan aku
ni hah. Assalamualaikum...” Liya mencapai beg kain sembahyangnya sebelum
berjalan perlahan-lahan ke pintu pagar. Tak sabar nak landing atas katil!
TOK!
TOK!
“Masuk...”
Hannah menolak perlahan pintu bilik
kakaknya. Dia tersengih sebaik saja melihat Liya yang tengah duduk atas katil
sambil mengurut kaki kanan.
“Sakit ke?” Tanya Hannah sambil
melabuhkan punggung dekat atas katil.
“Tak. Best sangat ni...” Balas Liya dengan nada menyindir. Mestilah
sakit! Kalau tak, takdenya aku urut
kaki ni.
Hannah ketawa besar. Macam-macam
kakak aku ni. Dia mencapai minyak gamat di atas meja lalu mengurut kaki kiri
Liya.
“Yang akak pergi lari macam nak
lawan Olimpik tu kenapa?”
“Nasib baik macam je. Kalau betul nak lawan
Olimpik, lagilah bersemangat akak lari tadi,” jawab Liya selamba. Dia mengaduh
kecil bila Hannah sengaja mengurut kakinya dengan kuat.
“Sakitlah!”
“Loyar buruk lagi.”
Liya mencebik sambil mencubit lengan
adiknya. Hannah hanya mengekek ketawa sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil
Liya. Lama dia merenung siling bilik kakaknya tanpa perasaan.
“Akak,
tadi Hannah nampak akak dengan sorang lelaki ni. Siapa dia?” Tanya Hannah
akhirnya sambil memandang Liya yang duduk bersandar di kepala katil.
“Lelaki?
Oh! Zafran...”
“Zafran? Kawan baik Hannah cakap
hari tu, abang dia nama Zafran. Kelas 5 Sains 1.”
Liya
berpaling ke arah Hannah dengan mulut yang terlopong. Sekarang ni, dia terus
menghadap adiknya dengan muka yang teruja.
“Nama adik dia apa?” Soal Liya
sambil tersengih. Peluang keemasan ni! Boleh dia korek banyak rahsia nak
kenakan mamat perasan tu nanti! Yeay!
“Maya
Arina.”
“Form 2 jugak lah ye?”
“Yelah. Sama kelas dengan Hannah.
Adik dia lawa sama macam abang dia.” Secara tak langsung Hannah memuji Zafran.
Liya buat gaya macam nak muntah. Yang bahagian adik dia lawa tu boleh tahan
lagi tapi bahagian sama macam abang dia pun tak boleh nak blah! Wrong statement!
Hannah tergelak kecil. Nampak macam
kakaknya ni anti sangat aje dengan Zafran tu? Dia hanya memerhati Liya yang
tengah memasang laptopnya. Kemudian dipasangkan headphone di kepala.
“Abang
dia tak lawa langsung okey, Hannah Arisa!” Kutuk Liya selamba sambil log in ke account facebooknya. Dia
tersenyum sebaik saja melihat permintaan rakannya. Haikal, Taufiq, Nahi dengan
Tinah semua add dia.
Lepas
tu ada sorang lagi yang add dia. Hah! Mamat perasanlah!
Wah...terkejut aku! Zafran ni ada terhentak kepala dekat mana-mana ke masa
balik dari sekolah tadi? Tiba-tiba je add
aku!
Dia
klik confirm sebelum melihat profile Zafran. Nasib baik Zaf letak
nama sebenar. Kalau dia letak nama pelik-pelik, memang aku tak approve. Dahlah letak gambar Power
Rangers. Tapi macamlah aku letak gambar sendiri kan? Hahaha! Aku suka letak gambar teddy
bear!
“Zafran
Adha... Eh, ni bukan abang Maya ke?”
“A’ah. Ni la mamat perasan tu.”
“Ada
photo tak?” Hannah sudah bersila di
sebelah Liya.
Liya klik ke bahagian photo. Langsung tak ada satu pun gambar
si Zafran. Yang ada gambar Power Rangers dengan anime. Tak sangka mamat ni minat anime jugak rupanya...
Tiba-tiba
notifications menunjukkan Zafran
telah post sesuatu dekat wall. Terus
Liya klik profile sebelum tercengang
melihat apa yang dihantar oleh Zafran.
MK,
aku tak add kau. Ni kerja si Haikal dengan Taufiq. Entah macam mana diorang
boleh tahu password aku. Kalau kau nak buang aku dari friend list pun aku tak
kisah. Kalau kau tak nak, pun aku tak kisah. Harap maklum.
Liya mengetap gigi. Arghh! Rasa
macam nak lempar je laptop ni!
“Wow,
ayat dia...” Hannah yang turut membaca apa yang dihantar oleh Zafran melopong.
Dah faham kenapa akak benci abang Maya ni.
“MK,
what is that?”
“MK stands for Minah Kecoh. Mamat perasan
tu lah yang cipta!” Balas Liya sambil menarik nafas dalam-dalam. Ikutkan hati
nak je delete Zafran dari friend list dia tapi kalau delete, tak boleh tahu apa-apa dah pasal
Zafran contohnya macam status update
dan lain-lain. Kesimpulannya, tak nak delete.
Dia bukan stalker tapi teringin nak
tahu jugak apa yang bermain-main
dalam fikiran mamat perasan tu walaupun status dia terlampau susah dia nak
faham. Ayat dia berbelit-belit.
Tapi
status yang baru saja diupdate oleh Zafran beberapa saat yang
lepas ini membuatkan Liya berfikir.
People
never say exactly what they truly think and feel. It's because they either
don't want to say it or they don’t know how to express it.
“Hmm... what are you trying to say, Zaf?” Tanpa membuang masa, Liya
terus hantar komen kepada Zafran.
Maksudnya
bila kau kata benci, sebenarnya kau nak kata kau suka?
Liya menanti untuk beberapa minit
sebelum mendapat balasan daripada Zafran.
You’ll
never know...
“Dia
misteri!” Ucap Hannah perlahan sebelum turun dari atas katil. Dia berpaling ke
arah Liya yang masih memikirkan ayat yang sesuai untuk dibalas kepada Zafran.
“Nak tidur dah ke?” Tanya Liya
sambil memandang adiknya yang sudah menguap.
“A’ah.
Ngantuk gila dah ni. Akak pun patutnya kena tidur dah ni. Esok sekolah...”
Hannah sudah memegang tombol pintu sebelum berpaling sekali lagi ke arah Liya.
“Akak... dia mungkin nampak teruk,
tapi Hannah tak rasa dia macam tu.”
“Siapa?”
“Abang Zafran tu la. Dari status dia
tu, dia cuba nak cakap something
secara halus...”
Dahi Liya berkerut.
“Maksudnya?”
“Entah... Hannah pun tak tahu.
Okeylah, nak tidur. Good night and
assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam...”
Balas Liya perlahan sambil menaip papan kekunci laptopnya.
Adik
aku kata kau misteri tapi aku tahu kau sengaja nak buat aku tertanya-tanya kan?
Dia
tekan butang enter. Lama jugak Liya menanti balasan Zafran. Takkan dah tidur kot?
Okeylah, aku nak tidur. Liya, you
should sleep now too. Assalamualaikum.
Liya
menghela nafas panjang sambil mengeliat sedikit. Dah agak yang Zafran akan
terus buat dia tertanya-tanya. Macam tak biasa pulak kan?
Waalaikumussalam.
Kali
ni, Liya sendiri yang mengemaskini status dia. What’s in your mind? Laju tangannya menaip papan kekunci di atas
laptop.
When someone decides to stop
listening, that's your cue to stop speaking. Communication is key. So, that’s
what I’m doing right now. Peace, MP! :p Good night all!
Zafran yang membaca status Liya
tersenyum. MP eh?
p/s : Enjoy! :)
ngaaahahaha saya rindu <3
ReplyDeleterindu jugeee ;)
DeleteWah...lame sudah tak update...update lah selalu ye..~
ReplyDeletebakal terbit tak lama lagi. jgn lupa beli ye <3
Deletesmbng lgi..
ReplyDeletehehehe :D insya-Allah.
DeleteNi ulang balik n3 lame dulu ker? Bila agaknya buku ni akan diterbitkan?
ReplyDeletebulan 1, insya-Allah :)
ReplyDelete