Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Wednesday, November 21, 2012

Novel : Bertemu Cintaku 4


BAB 4
“KATAKANLAH, dengarkanlah, percayalah...” Liya menyanyi sambil menyiapkan nota Sejarahnya. Sekarang ni memang waktu Sejarah tapi Cikgu Faridah tak datang sekolah sebab demam. Jadi cikgu suruh kami semua siapkan nota saja. Dia menjeling ke arah Zafran yang asyik-asyik tengok dia macam nak telan. Hahahaha! Liya ketawa jahat dalam hati. Padan muka kau! Dah dekat dua minggu dia bersekolah di sini tapi takde satu pun peraturan yang Zaf bagi dia ikut. Semuanya dia langgar!
“Ku terlena sejenak dan merindu...” Sambung Liya lagi. Sengaja nak naikkan darah Zafran lagi.
“Kesian orang tu. Nak nyanyi tapi suara macam katak.” Suara Zafran mula kedengaran selepas Liya masih tak berhenti-henti menyanyi. Dah banyak kali dah dia bagi signal suruh Liya diam tapi Liya buat bodoh je! Dia tersenyum sinis apabila melihat muka Liya yang dah cemberut. Tadi dia cuba nak bersabar tapi minah kecoh ni memang sengaja je nak sakitkan hati dia!
Liya mengetap gigi. Katak?!! Aku dibandingkan dengan katak?! Haish, memang nak kena budak ni!
I was in love for a day...Love! In a way...Love!
“Lagu omputih pulak dah!” Sekali lagi Zafran bersuara sambil memandang Liya dengan tajam. Nak je aku staple mulut minah kecoh ni.
Take my hand, take my whole my life too...For I can’t help falling in love with you.” Liya menyanyi lagi tanpa mempedulikan Zafran. Tapi...err...kenapa aku nyanyi lagu cinta pulak ni?! Jiwangnya....
“Dahlah tu nyanyi.”
“Kau sibuk apahal?” Soal Liya dengan kening yang terangkat.
“Kau mengganggu aku tau tak?!”
“Ye? Alahai...kesiannya!” Liya merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sambil membuat muka kesian. Dalam hati, dah ketawa macam orang tak betul. Sengaja je sebenarnya dia nak sakitkan hati Zafran tapi kan mamat ni berhati batu? Takkanlah usik sikit dah sentap?
 “Aku malas layan kau. Buatlah apa yang kau nak buat, aku tak kisah!” Ucap Zafran dengan muka yang serius.
Liya tergelak kecil tapi dia masih belum berpuas hati. Walaupun mamat perasan tu marah tapi muka dia tetap cool je. Selalunya kalau orang marah, mesti muka dia jadi merah. Ke aku sorang je fikir macam tu?
“Zaf...”
“Peraturan ketiga...” Balas Zafran tanpa memandang Liya.
Liya mencebik. Peraturan-peraturan! Benci betul aku dengan peraturan dia tu! Huh!  Macamlah aku kisah sangat kan?!
“Kenapa kau sombong?”
Zafran diam. Malas nak melayan minah kecoh dekat sebelah dia ni. Liya menggigit bibir sambil menarik nafas dalam-dalam. Lantak dia Liya! Kau jangan layan orang sombong macam tu. Relaks....
Pap!
Sehelai kertas kajang diletakkan di atas mejanya oleh Zafran. Liya berpaling ke arah Zafran dengan dahi yang berkerut. Apa benda pulak ni?
“Apa ni?”
“Baca dulu...”
Liya merengus sebelum menjeling Zafran. Asyik-asyik bagi kertas kajang! Tahulah kau Raja Segala Kertas Kajang!
Perjanjian khas buat Minah Kecoh!
Saya Liyana Damia dengan ini berjanji tidak akan menganggu Zafran Adha sepanjang saya bersekolah di sini. Saya juga tidak akan bercakap langsung dengan dia dan dia boleh membayangkan bahawa saya adalah halimunan sama macam Sue dalam Fantastic Four. Sekian, terima kasih.
Mulut Liya terlopong luas. Dia terus keronyok kertas di tangan sambil menarik nafas. Zafran yang sedang memandangnya dengan pandangan tidak bersalah dikerling.
“Tandatangan kat bawah tu,” ucap Zafran sambil menjuihkan bibir ke arah kertas kajang yang Liya pegang.
No way!”
Yes way!”
“Takde! Takde! Tak hingin aku tandatangan perjanjian mengarut kau ni. Sue Fantastic Four konon! Ceh!” Liya letak balik kertas kajang tu dekat atas meja Zafran. Sempat jugak dia menjelir lidah dekat Zafran.
“Kalau kau tak nak tandatangan...” Zafran bangkit dan menghampiri Liya. Dia meletakkan tangan kirinya di atas meja sebelum tunduk memandang Liya.
“Ingat peraturan dan berhenti ganggu aku!” Sambungnya dengan muka yang sehabis serius.
“Penting sangat ke peraturan tu?” Soal Liya dengan muka yang blur. Serius tak faham sangat. Perlu ke ada peraturan tu?
Zafran diam sebelum berlalu ke tempat duduknya. Soalan Liya dibiarkan begitu saja tanpa jawapan. Malas nak jawab!
“Penting ke?”
Zafran merengus geram sambil memandang Liya dengan tajam.
“Buat kerja kau tu je. Jangan ganggu orang lain,” marah Zafran dan segera mencapai pen hitam lalu mula menulis nota Sejarah. Baik dia siapkan kerja dia ni daripada Liya yang dari tadi tak habis-habis nak memekak je.
Liya pulak tercengang sekejap sebelum tersenyum. Nampak sangat takde jawapan! Hahahaha!
***
“Esok kena stayback tau. Ada latihan merentas desa,” kata Nahiyatul ketika dia, Liya dan Tinah tengah rehat dekat kantin.
“Awalnya dah merentas desa!” Tinah merungut sambil menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya. Sedaplah pulak nasi ayam hari ni. Sesudu lagi nasi ayam dimasukkan ke dalam mulutnya.
“Letihnyaaaa....” Liya mengurut dahi. Dia memang tak suka merentas desa ni. Lemah segala sendi badan!
“Belum start pun dah letih ke?” Liya berpaling dekat Haikal dengan Taufiq yang baru datang menyampuk. Zafran yang berdiri di belakang mereka pulak hanya diam. Langsung tak tengok Liya pun.
“Suka hatilah!” Balas Liya tenang. Dia pun langsung tak pandang Zafran dekat belakang Haikal dengan Taufiq tu. Mamat tu kan halimunan. HAHAHA!
“Kau rumah mana hah, Liya?” Soal Haikal.
“Rumah Utarid. Kenapa?” Satu sudu nasi ayam dimasukkan ke dalam mulut.
Spontan muka Zafran berubah riak. Nampak macam terkejut pun ada. Mereka berempat ketawa melainkan Liya dan Zafran. Apa yang lawak sangat? Masuk rumah Utarid pun lawak ke?
“Kau sama dengan Zaf la.”
Liya tercekik. Tercungap-cungap nafas mencari air. Lupa nak beli air tadi! Baru je dia nak bangkit, tiba-tiba ada tangan meletakkan sebotol air mineral atas meja. Tak kisah dah siapa yang bagi, terus dia meneguk rakus. Lega...
Thanks...
Welcome...” Balas Zafran selamba.
Erk? Liya pandang Zafran. Mulut dia terlopong luas, tak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang ni! “Kau ke yang bagi aku air ni?”
So?
Ek eleh, aku tanya lain...dia tanya lain pulak.
“Berapa ringgit ni?” Soal Liya sambil menayangkan botol mineral di tangan kanan. Tangan kiri pulak menyeluk poket baju nak ambil beg duit.
“10!”
Membulat mata Liya. Air mineral ni RM 10! Biar betul! Cekik darah la mamat perasan ni!
“Mahal gila! Kat koperasi pun 80 sen je.” Liya mencebik tak puas hati. Kalau aku tahu tadi dia yang bagi air ni, memang tak minum tau. Tapi nak buat macam mana, dah terminum kan? Reda jelah.
“Dah kau tanya berapa ringgit, aku jawablah 10! Kalau kau tanya berapa sen, aku jawablah 80 sen. By the way, aku ikhlas. Tak payah nak bayar balik.” Jawab Zafran selamba sebelum melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Haikal dan Taufiq di situ.
Liya menjelir lidah sambil buat gaya macam nak baling botol dekat Zafran.
“Kawan kau tu kan...memang suka cari pasal eh?!” Liya merengus geram sambil memandang Haikal dan Taufiq. Kedua-duanya terdiam. Terkejut jugak sebenarnya. Zafran jarang buat perangai macam tu. Selalunya dia okey je walaupun memang jarang sangat dia nak sembang-sembang dengan budak perempuan lain. Diorang pun tak tahu kenapa Zafran dingin sangat dengan perempuan.
“Zaf sebenarnya jarang buat perangai macam tu,” jawab Taufiq sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
“Kalau dia start buat perangai macam tu, kiranya kau ni istimewa lah kot,” sambung Haikal pulak sambil tersenyum sumbing.
Mulut Liya terlopong. Kalau dia buat perangai macam tu dekat aku sorang je, bukan istimewa namanya tu! Tu maknanya aku ni calon yang paling sesuai untuk dia cari pasal! Arghh! Menyampah!
“Aku nak pindah tempat duduk la kalau macam ni! Nahi, tukar dengan aku nak?”
Nahi cepat-cepat menggeleng. Gila ke nak duduk sebelah Zafran? Menakutkan okey! Dulu memang dia pernah duduk tepi Zafran tapi sekejap je sebab tak mampu nak tahan bila tengok Zafran asyik study je. Dia ni bukannya orang yang suka study sangat. Jadi bila tengok orang selalu study, dia jadi tension! Lagipun, Zafran pendiam sangat! Nak cakap apa pun tak tahu dengan dia!
“Kau tukar dengan Tinah!”
Liya berpaling memandang Tinah sambil buat muka kesian. Dikelip matanya berulang kali dengan harapan Tinah naklah tukar tempat duduk dengan dia.
“Liya, aku bukan tak nak tau. Tapi...err...memang tak bolehlah. Kau je calon yang paling sesuai duduk sebelah dia,” ucap Tinah turut buat muka kesian. Dia pun tak mampu nak duduk sebelah Zafran. Sebelah orang lain, takpe lagi tau tapi tepi Zafran, memang tak mampu!
Liya menggigit bibir. Semua orang tak nak duduk tepi Zafran! Menakutkan sangat ke mamat perasan tu? Takpe-takpe Liya. Kau relaks je... kita tengok nanti Zafran tu menakutkan tahap mana. Kita tengok siapa yang lagi menakutkan? Liyana Damia ke Zafran Adha?!
“Memandangkan I’m the special one, aku reda jelah duduk sebelah dia walaupun dia anggap aku ni halimunan macam Sue Fantastic Four!” Kata Liya sehabis tenang. Dia bangkit lalu membawa pinggannya dan memasukkannya ke dalam bakul. Sempat jugak dia memandang ke arah kawan-kawannya yang tercengang.
“Sue Fantastic Four?” Tanya Nahi pelik dengan dahi yang berkerut.
Yup!” Liya mengangguk sebelum melangkah ke kelas.


SELEPAS SELESAI solat Zuhur dan menyalin pakaian sukan, Liya segera menuju ke kantin. Tinah dengan Nahi pergi kantin dulu sebab dah terlampau lapar. Liya berjalan perlahan sambil mengelap peluhnya di dahi. Panas betul cuaca sekarang ni.
Buk!
Liya terdorong ke belakang sedikit. Sakitnya hidung aku! Dinding ke apa ni?! Sambil menggosok hidung dan dahinya, Liya memandang hadapan. Patut la sakit gila! Berlanggar dengan beg rupanya! Dahlah besar gila beg tu!
“Mata letak dekat lutut...” Sindir Zafran perlahan.
Liya mengetap gigi. Huh! Langgar beg dia rupanya! Dia beralih ke tepi sebelum meneruskan perjalanan ke kantin. Perut yang dah berdondang sayang ni perlu diisi. Kalau layan si mamat perasan tu, sampai esok lusa belum tentu habis!
            “Aku ada tawaran nak bagi dekat kau.”
            Liya berpaling ke belakang sambil memandang Zafran yang sedang bercekak pinggang.
            “Tawaran apa?”
            “Kalau kau sampai dulu sebelum aku masa latihan nanti, aku bagitahu dekat kau kenapa peraturan tu penting.” Zafran mencabar Liya sambil menjungkit kening.
            Liya mengecilkan mata sambil memandang Zafran dengan tajam. Tawaran berat sebelah! Nahi dengan Tinah awal-awal dah bagitahu yang budak lelaki yang kena lepas dulu. Memang sah-sah la dia yang sampai dulu!
            “Malas layan kau.” Liya berpaling ke belakang.
            “Takut?” Zafran tersenyum sinis.
            Langkah Liya terus terhenti. Cabar aku nampak?!
            “Ni Liyana Damia la! Tak takut pun,” balas Liya cuba bertenang. Mamat perasan ni kalau nak lawan dengan dia, kita kena jadi cool macam dia jugak. Baru menjadi...err...kot?
            Zafran berjalan menghampirinya dengan senyuman yang susah sangat nak ditafsirkan. Tapi Liya yakin tu senyuman mengejek!
            “Kalau aku menang, apa pulak tawaran kau?” Soal Zafran.
            “Aku belanja kau makan dekat kantin esok!”
            Zafran menggeleng. Tak best langsung!
“Lain?” Setakat belanja makan kat kantin, apa kelas? Kasilah yang istimewa lagi.
            “Dah tu kau nak apa?!” Liya tanya balik. Orang nak belanja makan pun dah kira untung tahu tak? Ingat makanan kat kantin tu, murah ke? Nasi lemak pun dah RM2.00 sekarang ni!
            Zafran tersenyum.
            “Nanti aku fikir apa dia yang aku nak kau buat. Sekarang ni, kita tengok siapa yang menang dulu,” ucapnya sebelum berlalu pergi dari situ. Membiarkan Liya tercengang seorang diri dekat situ.
            “Senangnya dia... Kalau aku menang, dia bagitahu sebab je. Tapi kalau dia menang, aku kena buat apa yang dia nak. Banyak cantik muka kau!”
            Liya menggeleng perlahan. Selain perasan, satu lagi sifat Zafran adalah kurang betul! Yup, dia pasti tentang tu!


NAHI DENGAN TINAH memandang pelik ke arah Liya yang nampak macam terlampau bersemangat. Baru latihan je kot, takkanlah over excited sampai macam ni? Lainlah kalau nak bertanding betul-betul.
            “Apasal kau excited sangat ni, Liya?” Tanya Tinah pelik. Liya ni bukan boleh agak sangat. Walaupun baru kenal dua minggu tapi perangai gila dia boleh tahan jugak.
            “Aku ada buat perjanjian dengan mamat perasan.” Balas Liya sambil melakukan apa yang disuruh oleh Cikgu Muslim dekat depan. Kena stretching dulu, baru tak sakit-sakit badan masa berlari nanti.
            “Dengan Zaf? Apa dia?” Soal Nahi pulak. Baik dah ke diorang ni?
            “Adalah... Kalau aku dah menang nanti, aku cakap kat korang. Tapi kalau aku senyap je, faham-faham jelah ye.” Jawab Liya sambil tersengih.
            “Err...okey. Kami tunggu.”
            Liya memandang ke arah pelajar lelaki yang bersedia untuk dilepaskan. Matanya sibuk mencari Zafran. Akhirnya dapat jugak dia cam Zafran yang berdiri di barisan yang agak hadapan. Adoi, ada peluang tak aku kalahkan dia ni?!
            Sebaik saja mendengar bunyi siren dibunyikan, Liya masih lagi memerhatikan Zafran. Dah jauh ke depan tu! Okey, peluang untuk menang telah berkurangan sekarang ni.
            “Liya, cepatlah. Dah nak kena lepas ni.” Tinah dengan Nahi menarik tangannya supaya berdiri di barisan hadapan.
            “Korang, kalau aku tinggal korang kat belakang...takpe kan?” Liya bertanya sambil tersenyum. Walaupun tahu peluang nak menang tu memang sikit tapi dia tak naklah putus asa! Kena cuba sehingga ke akhirnya!
            “Takpe. Ala, kami tak kisah pun. Kau kejar je Zaf tu! Chaiyok!” Balas Nahi tersengih. Tinah mengangguk.
            “Chaiyok!” Liya mengangkat tangan ke udara sebelum berlari sebaik saja siren dibunyikan. Sempat dia melambai tangan ke arah Nahi dengan Tinah yang masih dekat belakang. Go go go, Liya!


ZAFRAN BERPALING ke belakang sambil mengelap peluh. Dia tersenyum gembira bila tengok tak ada langsung kelibat seorang pelajar perempuan pun dekat belakang. Confirm Liya tak boleh kejar ni!
            “Aduh! Sakit...” 
            Zafran berpaling ke sebelah kiri. Seorang budak lelaki kecil tengah pegang lututnya yang berdarah di sisi basikal kecil berwarna merah.
            “Adik okey tak ni?” Zafran melutut di sebelahnya sambil melihat luka di lututnya.
            “Saya jatuh basikallah bang. Macam mana nak okey?! Darah ni!” Tiba-tiba budak lelaki tu membentak sambil mengelap air matanya. Zafran tercengang sambil menggaru kepalanya. Okey, memang dia tanya soalan tak logik pun tadi.
            “Zaf, kenapa dengan budak ni?” Cikgu Shah datang menghampiri mereka berdua dengan menunggang motosikal.
            “Jatuh basikal, cikgu. Kaki dah berdarah.”
            “Abang boleh hantar saya balik tak? Sakit nak jalan ni. Nak bawak balik basikal lagi.” Tanya budak lelaki tadi dengan mata yang mula berkaca.
            Zafran mula serba salah. Hantar balik? Habis Liya macam mana? Mesti dia potong aku nanti?
            “Kamu hantarkan dia balik ye. Takpe, cikgu izinkan,” kata Cikgu Shah pulak. Zafran menarik nafas sebelum mengangguk. Dia mengangkat basikal budak kecil tadi yang dah terjatuh.
            “Jom dik. Abang hantar balik...” Zafran menghulurkan tangannya untuk memimpin budak lelaki tadi balik ke rumah. Dapat pahala tolong orang ni walaupun lepas ni dia kena berdepan pulak dengan Liya.
            “Ala, minah kecoh tu senang je nak handle,” ucap Zafran sambil memandang ke belakang.
            Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Dikeluarkan sehelai kertas kajang dari poket seluarnya dan sebatang pen. Cepat-cepat dia mencoret sesuatu di atas kertas tersebut sebelum berlari anak ke arah Cikgu Shah yang masih memerhatikan pelajar lain.
            “Cikgu, saya nak mintak tolong boleh?”
            “Boleh. Apa dia?”
            “Tolong bagi kertas ni dekat Liya,” kata Zafran sambil menyerahkan kertas kajangnya kepada Cikgu Shah.
            “Okey. Nanti cikgu bagi.”
            “Terima kasih cikgu...” Zafran menunduk kepala sedikit sebelum berlari balik ke arah budak kecil tadi. Dia tersenyum nipis.
            ‘Kau takkan menang, Liya!’
            Dia senyum lagi. Best jugak kacau orang ni rupanya.

p/s : Dah dekat nak bulan 1 :))



Photobucket

3 comments:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...