Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, November 13, 2012

Novel : Bertemu Cintaku 3


BAB 3
            BAM!
            Spontan Zafran mengangkat kepala. Bunyi bising yang agak kuat menganggu dirinya yang sedang sibuk membaca buku ni. Dia berpaling ke sebelah kiri. Haikal tengah khusyuk bukan main buat karangan Bahasa Melayu. Memang bukan dia dah yang buat bising! Terus dia berpaling ke sebelah kanan. Sah! Memang minah kecoh ni yang buat bising. Dia menundukkan kepala sambil memandang ke arah Liya yang tengah mengusap kepalanya di bawah meja.
            “Kecoh.”
            Liya mendongak dari bawah meja sambil memandang Zafran dengan tajam. Dia mengetap gigi. Apa kau ingat aku pekak ke?! Asyik nak sakitkan hati aku je!
            “Sibuk!” Balas Liya geram sambil duduk di atas kerusi. Kepalanya yang masih sakit diusap lembut. Mulut terkumat-kamit mengutuk Zafran yang tak habis-habis nak sakitkan hati dia ni. Apa benda yang dia cakap semuanya macam arrghhh!!! Sangat-sangat menyakitkan hati okey! Langsung tak boleh nak cakap baik-baik. Dari semalam sampai sekarang ni, Zafran masih jugak nak cakap itu ini pasal dia.
Serius dia cakap! Siapa yang undi dia jadi ketua pengawas memang nak kena ceramah betul dengan dia! Arghh! Semuanya tak betul dekat mata dia. Liya buat apa pun semua dia nak kritik! Patutnya dia ni jadi pengkritik tau tak?! Classmates lain okey je. Takde pun banyak kerenah macam dia ni. Itu salah, ini salah. Baru dua hari Liya dekat sini tapi tahap kebencian dia terhadap lelaki bernama Zafran ni dah banyak sangat! Macam dia dah sekolah dekat sini 5 tahun tau!
            “Kau nak ambik apa kat bawah meja tu?”
            “Ni hah!” Liya tayang pemadam yang berada di tangannya.
            “Kenapa tak suruh Zul yang ambik?” Soal Zafran. Pensel kayu yang berada di tangan diketuk-ketuk di atas meja.
            “Kau tak nampak ke Zul tengah buat apa tu? Dia tengah tidur,” balas Liya sambil menjuihkan bibir ke arah Zulhilmi.
            Zafran memandang Zulhilmi. Mamat ni kalau dah start tidur, cuma sorang je boleh kejutkan dia. Tak lain dan tak bukan si Emilia. Suara Emilia memang power! Badan je kecik tapi suara besar!
            “Fine. Lepas ni jangan bising dah. Duduk je diam-diam kat situ. Aku nak study pun susah!” Zafran kembali menghadap buku di hadapannya.
            Liya mencebik bibir. Macamlah aku sengaja nak buat bising! Daripada layan Zafran yang perasan bagus sangat, baik dia melukis. Sekurang-kurangnya tenanglah jugak hatinya yang sedang membara macam gunung berapi sekarang ni.
            Dia mengeluarkan buku lukisannya yang terkoyak sana-sini dari beg sekolah dan menyimpan buku latihan matematiknya. Satu-persatu helaian diselak sehinggalah dia terhenti di helaian terakhir.
            Apakah?!
            Liya menekup mulutnya.Bulat matanya memandang lukisan itu.Zafran disebelah dipandang dengan muka yang terkejut.
            Kenapa gambar mamat perasan ada kat sini?!


BENCI! BENCI! BENCI!” Kertas di tangan digumpal-gumpal lalu dilempar ke dinding. Puas hati aku!
            Tak lama lepas itu, dia mengutip balik kertas kajang yang dah berkedut seribu itu sebelum dirapikan kembali. Tulisan kemas Zafran kembali terlayar di mata.
Peraturan ketika duduk di sebelah aku!
1. Jangan nak tidur dalam kelas. Kalau nak tidur, pergi balik rumah!
2. Jangan nak bising-bising. Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.
3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar. Aku paling tak suka orang ganggu aku!
4. Jangan mengelamun!
5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!
6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.
7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.
8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.
9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.
10. Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!
                Sepuluh kali Liya baca balik peraturan kurang cerdik Zafran dan sepuluh kali jugak dia kutuk mamat perasan tu. Arghh! Tension tau kena duduk sebelah dia.Geram! Sakit hati! Dahlah perasan gila! Mulut pulak memang langsung takde insurans. Dia main cakap apa je dia rasa nak cakap. Kalau discan hati dia sekarang ni, dah bernanah dah pun!
Buku lukisan yang diletakkan di atas meja belajar diambil sebelum dibuka sehingga ke helaian terakhir. Laju saja dia melukis raut wajah Zafran sekali dengan tahi lalat di bawah mata kanannya itu. Di bahagian bawah lukisan itu, dia menulis ‘MAMAT PERASAN PALING KEJAM!’
“Puas hati aku!” Liya menutup buku lukisannya dengan hati yang lega.


PERISTIWA semalam menyedarkan Liya kembali. Dia menghela nafas kasar. Macam mana dia boleh tak ingat yang semalam dia lukis gambar si Zafran sebab terlampau geram?! Dia menepuk dahinya sendiri sambil memandang Zafran. Tersentak apabila melihat pandangan pelik Zafran terhadapnya. Cepat-cepat dia menutup buku lukisannya.
“Kau melukis ke?” Tanya Zafran sambil memandang Liya. Sebelah tangannya digunakan untuk menongkat dagu sambil jari-jemarinya mengetuk meja.
“Err...a’ah.Kenapa?”
“Nak tengok boleh?”
Liya dah kelam-kabut. Kalau Zafran tengok buku lukisan ni, mesti dia jumpa gambar tu nanti. Bila dia dah jumpa, mulalah dia fikir yang bukan-bukan. Dan bila dia mula fikir yang bukan-bukan... arghh! Habislah aku!
“Nak buat apa?”
“Nak tengoklah.Takkan nak buat makan pulak,” balasnya sambil tersenyum sinis. Apa punya soalan? Sah-sah dia cakap nak tengok. Haih... Lainlah kalau cakap bahasa Jerman ke apa.
“Aku bukan tak nak bagi tapi...”
Liya menggigit bibir.Kenapa susah sangat nak sebut “Tak boleh!” Liya mengeluh lemah.
“Tapi apa?”
“Aku tak nak bagi mamat perasan tengok!” Akhirnya terlontar jugak jawapan yang memang menyakitkan hati. Liya mengenggam tangannya kuat. Haaa...kau saja nak cari pasal, Liya!
Zafran hanya diam sambil memandang Liya dengan pandangan mata yang dingin.
Fine then!” Ucap Zafran sebelum kembali membaca bukunya. Liya menggigit bibir. Takkan Zafran sentap kot?! Serba-salah betul dia sekarang ni. Bagi jelah buku lukisan kau tu, Liya!
“Zafran ...err... tunggu kejap.” Liya berpaling membelakangi Zafran. Lukisan Zafran tadi dikoyak dengan berhati-hati. Sekali-sekala dia berpaling ke belakang untuk memastikan Zafran tidak cuba mengintai apa yang sedang dia lakukan.
“Apa kau buat tu?” Tanya Zafran apabila melihat Liya yang seperti menyembunyikan sesuatu.
“Kejaplah.”
Liya menarik nafas lega. Dia tersenyum sambil berpaling menghadap Zafran. Eh? Hilang? Mana mamat perasan tu pergi?
“Bila masa kau lukis gambar aku ni?”
Tiba-tiba kedengaran suara Zafran di belakangnya. Dia menggigit bibir sambil mengenggam tangannya kuat-kuat. Habis! Habis! Macam mana dia boleh ambik lukisan tu?
Dengan teragak-agak dia berpaling ke arah Zafran yang sedang memegang lukisan potretnya. Pandangan Zafran yang tajam dan agak menggerunkan itu membuatkan Liya kecut perut. Dia tersenyum sumbing.
“Err...”
“Kau ni stalker eh? Main lukis-lukis gambar aku pulak dah!” Celah Zafran.
Cepat-cepat Liya menggeleng kepala. ”Mana adalah!”
“Dah tu, ni apa? Tanya Zafran sambil menayang kertas lukisan tadi betul-betul di depan muka Liya.
“Itu...err...susah nak terangkan dekat kau,” ucap Liya teragak-agak sambil memintal hujung tudungnya.
“Jangan cakap dengan aku yang kau dah...” Sengaja Zafran membiarkan ayatnya tergantung. Dia pasti Liya faham apa yang dia nak cakap.
Please la! Apa yang kau ingat tu memang jatuh meleset, tergolek, terlentang dekat atas tanah. Takde maknanya aku nak suka kat kau! Kenal pun tak!” Balas Liya dengan tegas. Takde maknanya nak suka kat dia! Puhhleeassseee!
“Jadi tolong bagitahu aku sebab yang sebenarnya.” Zafran sudah duduk di tempatnya kembali. Sengaja dia menarik kerusinya supaya lebih dekat dengan Liya. Serentak Liya menarik nafas dalam-dalam. Tak selesa okey!
“Tak ada sebab yang spesifik. Aku saja nak lukis.”
“Selagi kau tak bagi tahu aku sebab kau lukis gambar aku ni, selagi tu aku akan duduk sini,” ugut Zafran cuba menakutkan Liya.
“Duduklah. Ada aku kisah?”
“Betul ke kau tak kisah?” Duga Zafran sambil mendekatkan kerusinya dengan Liya.
“Tak!”
“Betul?” Duga Zafran lagi. Dia tersenyum sinis apabila melihat pipi Liya memerah.
“Tak kisah langsung!” Liya terbatuk-batuk. Nada suaranya juga semakin perlahan. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Benci betul main ugut-ugut macam ni!
Zafran tergelak kecil sebelum menarik kerusinya menjauhi Liya. Dia mengerling ke arah Liya yang hanya mendiamkan diri. Spontan bibirnya mengukir senyuman.
‘Macamlah aku tak tahu yang kau takut.’ Bisik hatinya perlahan dengan bibir yang masih mengukir senyuman.


 “ASSALAMUALAIKUM…” Zafran duduk di muka pintu sambil menanggalkan kasut dan stokingnya.
“Umi…”
Senyap.
“Umi…”
“Ya…umi ada kat belakang ni.” Puan Suraya menyahut panggilan anak lelakinya.
Zafran berjalan ke belakang rumah sambil menggalas beg sekolah. Dia tersenyum apabila melihat Puan Suraya tengah terbongkok-bongkok menanam di belakang rumah. Umi memang suka menanam. Bunga-bunga yang ada dekat halaman rumah ni pun umi yang tanam. Umi cakap rumah akan lebih ceria bila ada banyak bunga yang cantik-cantik! Dia mengaku, memang nampak ceria pun!
“Macam mana sekolah hari ni?” Tanya Puan Suraya sambil melabuhkan punggung di kerusi santai berhadapan dengan sebuah kolam ikan buatan manusia. Jus oren diminum untuk mengurangkan lelahnya.
“Okey je.”
“Macam mana dengan budak perempuan yang Zaf cerita semalam?”
Dengar aje soalan umi, terus Zafran tersenyum lebar. Bila ingat balik apa yang berlaku dekat sekolah tadi, terus dia rasa macam nak tergelak. Kali pertama mengusik budak perempuan. Entah datang dari mana keberanian untuk mengusik Liya dan yang paling dia suka bila muka Liya jadi merah.
“Dia pun okey.”
“Zaf ada kacau dia tak?”
Kening Zafran bertaut. Kacau?
“Maksud umi?”
“Zaf ada buat dia marah tak?”
Zafran menjungkit kening. Hebat! Umi macam tahu-tahu aje!
Zafran mengangguk.
”Tapi taklah teruk sangat. Kacau macam tu je. Dia tu kecoh sangat.”
Puan Suraya menggamit Zafran supaya duduk di hadapannya. Dia memandang lama wajah anaknya sebelum tersenyum kecil.
“Sejak bila anak umi reti nak kacau anak dara orang ni?”
Zafran tergelak kecil. ”Sejak hari ni.”
“Kenapa dia?” Soal Puan Suraya. Dia hairan macam mana Zafran boleh tertarik dengan Liyana Damia? Dan yang paling menghairankan, kenapa peraturan pelik tu boleh wujud? Apa motif anaknya yang sorang ni?
“Kenapa dia?” Soal Zafran kembali kurang mengerti soalan ibunya.
“Zaf suka dia eh?”
Air yang diminumnya nyaris-nyaris nak tersembur dekat muka Puan Suraya. Dada terasa sakit sebab tersedak. Wajah maknya dipandang dengan pandangan kurang percaya.  Aku, Zafran Adha sukakan Liyana Damia, minah kecoh tu? Huh…impossible!
Impossible. Tak langsung!”
“Habis tu, kenapa mak tengok Zaf macam minat je dekat dia? Dahlah bagi peraturan pelik dekat dia. Nanti confirm dia ingat Zaf ni perasan. Mak pun ingat anak mak ni dah perasan tau.”
 “Dia dah memang ingat Zaf ni perasan, mak,” ucap Zafran perlahan.
“Iya?”
“A’ah…Dia panggil Zaf mamat perasan.” Jawab Zafran sambil menyebak rambutnya ke belakang.
Puan Suraya ketawa besar. Padanlah kamu berdua.Seorang mamat perasan, seorang lagi minah kecoh. Lepas ni, apa lagi ya?



Photobucket

7 comments:

  1. assalamulaikum.nak gelak dulu se'round'. hahahaha. Suka ngn gelagat Zaf dan Liya. Zaf yg giat mengusik tp maintain gaya cool n dingin plus liya yg sdg bengang tp terusik.comel.Mak cepat jer dpt tangkap apa yg Zaf rs tuh.mmg 1 tabiat pelik luar alam lah bila Zaf yg macho tiba2 buat perangai usik anak dara org kannn. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam :D hehehe! zaf macho? takde maknanya dia tu nak macho :p

      Delete
  2. bestlah citer ni... x sabar nk baca sambungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :D hehehe..bln 1 nanti insya-Allah kuar versi cetak under JS :)

      Delete
  3. best sngt suka kat watak zaf n liya,usik mengusik tu kn bawa bahgia....mulut kata lain,tapi ati lak kata lain!susah nyer kalu soal ati neh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah bila libatkan hati ni :) terima kasih kak :)

      Delete
  4. aaaa.. habeslahhhhh... tia jatuh suka pada zafran!!! dia sangat macho okie, kihkih....

    eh ada typo ek antara 'umi' dengan 'mak' dekat part last. hehe..

    papepun thumbs! cerita ni comel ^_^

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...