Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, April 20, 2012

Promo : Cerpen Firas Sayang Sofi


“Pagi yang nyaman dan sangat menenangkan!” Aku mendepakan tangan sambil menarik nafas dalam-dalam dengan mata yang terpejam rapat. Udara dekat kampung aku ni memang segar bila pagi-pagi macam ni. Sebab tulah bila mak dengan ayah paksa aku ke bandar untuk cari kerja, laju aje kepala aku menggeleng. Aku cakap dekat mak dengan ayah aku yang aku cari kerja dekat kampung ni daripada pergi bandar! Pergi bandar tu tak best langsung! Tak suka! Tak sanggup aku nak tinggalkan kampung ni! Kalau aku nak tinggalkan kampung ni pun, tunggu bila aku dah kahwin nanti!
            Bum!
            Mata yang terpejam rapat tadi terus terbuka luas. Siapalah yang mengganggu ketenteraman aku di pagi yang tenang ni?! Aku dah menyarung tudung ke kepala sebelum bergegas turun ke bawah. Mak dengan ayah yang memang dari tadi duduk dekat beranda, turut memanjangkan leher untuk melihat apa yang berlaku sebelum kami bertiga segera ke tempat orang ramai dah mula berkerumun. Aku dah nak pengsan bila tengok ada seorang lelaki diangkat dengan dahi yang berdarah. Aku ni nampak je brutal tapi memang tak tahan kalau tengok darah. Rasa macam nak muntah dan pengsan!
            “Bawak dia ke rumah Pak Mat,” jerit Pak Mat kuat sambil mengarahkan budak-budak lelaki yang mengangkat lelaki yang pengsan tu ke rumahnya.Aku dah tepuk dahi. Punyalah aku takut darah yang mengalir dekat dahi lelaki tu tapi boleh pulak ayah suruh diaorang bawak lelaki tu pergi rumah?
            Aku hanya berdiri di belakang mak sambil memerhati ayah yang tengah mengelap luka di dahi lelaki tu. Sesekali aku tengok muka lelaki tu berkerut sedikit, mungkin sebab pedih sangat kot.
            “Nah, tolongkan ambik kapas.”
            Laju aje mak ke bilik sebelum keluar dengan kapas. Aku pulak dah nak melarikan diri ke tempat lain. Takut jugak kalau ayah suruh dia buat apa-apa kat sini. Dahlah badan lelaki tu penuh dengan darah. Yang lelaki ni pun satu! Yang nak bawak motor tu laju-laju, apahal? Ingat sini ni jalan highway ke apa?
            “Sofi....” Meleret je suara ayah memanggil aku. Aku gigit bibir sebelum berpaling kearah ayah dengan senyuman di bibir.
            “Ya ayah?”
            “Tolong ayah lap darah dia ni...”
            Aku cepat-cepat geleng kepala. “Takut!”
            “Ala... cepatlah. Kesian dia ni...”
            Aku pandang lelaki tu sebelum aku tarik nafas panjang. Memang kesian pun bila tengok muka handsome tu ada tercalit darah dan luka. Sayang betullah! Muka handsome tapi tak pandai jaga! Bawak lagi motor laju-laju!
            Aku capai kain basah yang ayah hulur dekat aku sebelum aku lap lengan lelaki tu. Sengaja aku tonyoh kuat-kuat dekat luka dia tanda protes dan geram. Tak faham betul aku, kenapa dia nak bawak motor tu laju-laju! Entah-entah dia ni penjenayah yang terlepas dari penjara? Mana tahu kut-kut tadi dia tengah nak melarikan diri dari polis ke?
            “Ayah pasti ke lelaki ni orang baik?” Soal aku perlahan.
            “Muka dia nampak baik je.”
            “Muka orang ni...”
            “Kamu ni suka sangat buruk sangka dekat orang!” Ayah dah jegil biji mata dekat aku. Aku hanya tergelak kecil sebelum kembali mengelap luka dekat badan lelaki ni. Nasib baik ayah ni ada kepakaran dalam bidang mengubat orang jadi takdelah masalah sangat nak jaga lelaki ni!
            **
            Aku menggeliat kecil sebelum bangkit dari atas katil dengan rambut yang mengerbang. Dengan mata yang masih lagi mengantuk, aku melangkah keluar bilik sambil menggaru kepala yang gatal. Baru je kaki aku nak melangkah ke dalam bilik air, tiba-tiba aku rasa macam ada orang je dekat belakang aku sekarang ni. Terus aku berpaling ke belakang   sebelum aku memandang lelaki tinggi lampai yang tengah berdiri tegak dengan menggunakan tongkat di hadapan aku sekarang ni.
            Dekat beberapa minit jugak aku tengok dia dan dia tengok aku sebelum aku tersedar pasal sesuatu. Kepala yang terasa berangin sekarang ni buat aku rasa pelik. Akhirnya aku pegang kepala aku sebelum menjerit kuat. Gilalah!
            “Arghhhhhhh!”
            Terus tangan aku capai baldi yang memang ada dekat depan pintu bilik air ni dan aku masuk kepala aku dalam baldi tu. Rambut ni kena tutup dulu! Tiba-tiba aku terdengar ada orang ketawa. Aku biarkan je. Memang taklah nak angkat baldi ni dari muka aku kan? Nasib baik baju tidur aku ni menutup aurat. Macam manalah aku boleh lupa yang ada lelaki tu dalam rumah aku!
            “Kenapa ni, Firas?”
            Aku dengar suara mak yang menegur lelaki kat depan aku ni. Nama dia Firas eh?
            “Anak mak cik ni... tetiba menjerit bila nampak saya. Mungkin sebab muka saya ni ada luka kot?”
            Kemudian aku dapat rasa mak datang menghampiri aku sebelum menjenguk aku dari bawah baldi.
            “Patutlah... Sofi lupa ke ada orang lain dalam rumah ni?”
            Aku angguk laju-laju. Langsung tak ingat yang ayah dengan mak tolong jaga lelaki nama Firas tu! Sebab tu selamba badak je dia keluar tanpa tudung tadi.
            Mak dah tergelak-gelak sebelum berpaling dekat arah Firas. “Anak mak cik ni nama dia Sofi. Dia terlupa nak pakai tudung, sebab tu dia menjerit.”
            “Ohh...”
            “Mak, Sofi naik atas dulu...” Aku meraba-raba mencari jalan tapi aku terkejut bila aku rasa ada orang ketuk tangan aku guna tongkat.
            “Salah haluan tu... nyaris-nyaris awak nak terpeluk saya.” Aku dengar Firas tu tergelak kecil.
            “Mak tolongg...”
            Mak pun dah ikut gelak sama. Aku dah mencebik dalam baldi ni. Dahlah aku tak nampak apa-apa sebab warna baldi ni gelap!
            “Iyelah... meh sini mak tolong.”
            **
            Dari tadi aku duk perhati si Firas yang tengah bersembang dengan ayah. Sekejap je dah boleh rapat eh? Semalam jumpa, hari ni dah macam keluarga. Hish, musykil betul hati aku sekarang ni!
            “Sofi, tak baik mengintai orang...”
            Aku terus terlentang dekat muka pintu ni. Ala... ayah ni macam tahu-tahu je!
            “Kan dah jatuh...” Ayah dah gelakkan aku. Si Firas tu pulak buat muka control cool je. Padahal aku tahu yang dia pun nak gelakkan aku sekali!
            “Lantai ni licin...” Balasku selamba sebelum menepuk-nepuk tapak tangan aku. Aku pandang Firas yang tengah hirup air kopi dengan tangan terketar-ketar. Habis dekat satu badan dia penuh dia plaster! Ikutkan hati aku ni, dah lama aku bagi ceramah dekat dia! Lain kali bawak lagi motor macam pelesit!
            Aku terus duduk dekat depan televisyen tanpa mempedulikan Firas walaupun aku tahu dia tengah tengok aku. Kalau setakat seminit dua tu bolehlah lagi tahan tapi bila dah dekat setengah jam, dia asyik tengok aku... mulalah aku nak bagi penumbuk dekat dia!
            “Ada masalah ke?” Soalku kasar sambil menjegilkan bijik mata dekat dia. Nasib baik ayah pergi tandas kejap, jadi bolehlah aku buli mamat bawak motor lelaju ni!
            Tiba-tiba dia ketawa.
            “Comel.”
            Aku yang mendengar terus tergamam. Mulut pun dah terlopong luas. Aku tak salah dengar kan tadi? Dia cakap comel?
            “Kenapa muka Sofi macam tu?”
            Aku telan liur. Machonya suara dia! Err...
            “Apa kau cakap tadi?”
            “Saya cakap Sofi comel,” balasnya tenang sambil tersenyum. Nak luruh jantung aku bila tengok dia senyum macam tu. Gilalah!
            “Kau ni gatal kann... Hish-hish!” Aku dah geleng-geleng kepala. Tak padan dengan sakit, nak jugak menggatal dengan anak dara orang.
            “Laa... betul apa. Memang Sofi comel.”
            Aku jelir lidah dekat dia. Memang dasar lelaki gatal!
            “Saya jarang puji orang perempuan.”
            “Eww... ayat cliché!” Aku mencebik. Biasalah ayat macam tu keluar dari mulut lelaki kan? Masa nak menggoda, ayat perghh! Bukan main jiwang!
            Dia hanya tersenyum. Langsung tak terasa dengan apa yang aku cakap. Aku kerling dia yang tengah menonton televisyen. Sejujurnya, bila dia cakap aku comel tadi... hati ni kembanglah jugak. Mana pernah orang cakap Sofi Nurfaziera ni comel? Semua duk cakap aku ni garang! Sebab tu takde orang lelaki pun berani nak dekat dengan aku. Siapa berani dekat memang nak kena siku!
            “Saya handsome ke?”
            Aku yang tengah minum air terus tersedak sampai tersembur air kopi dekat muka dia. Ayah yang baru keluar dari tandas pun naik terkejut bila tengok muka Firas dah basah dengan air kopi. Aku lagilah terkejut tapi si Firas ni boleh senyum pulak! Sah dah gila lelaki ni! 

p/s : Promo je dulu. Tunggu cerpen ni keluar kat penulisan2u. :)

Photobucket

2 comments:

  1. best sgt...
    harap2 cepat lah kuar kat penulisan 2u..

    ReplyDelete
  2. best la ..nanti sambung lagi yea ....

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...