Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru & Update


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :)

Selamat tahun baru! :D Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya... InsyaAllah. Mula-mula sekali nak mintak maaf gila-gila sebab jarang sangat upload entry baru. :( Bukan tak nak tapi tak sempat nak menaip. Sibuk dengan assignment yang berlambak. Dengan exam lagi. Dengan itu ini.. Dan yang paling menyedihkan, laptop saya asyik rosak! -.- Memang tension gegiler tapi alhamdulillah laptop dah kembali berfungsi dengan baik. Jadi saya happy! HAHAHA!

Pada yang selalu tanya pasal Bertemu Cintaku, bukan tak nak update tapi sekarang ni saya tengah nak siapkan manuskrip dia. Memang dah lama saya tangguh buat benda ni dan sekarang ni dah nak fokus balik. :D Kalau ada rezeki, insyaAllah dapatlah tengok yang buku punya. Amin..amin... nak sangat ada buku sendiri ni :D

Alhamdulillah jugak, saya dah tulis 9 buah cerpen setakat ni. Memang sikit kalau nak dibandingkan dengan orang lain tapi saya sangat-sangat suka baca komen korang-korang semua! :) Memang selalu senyum bila baca. Ada yang dah jatuh cinta dengan hero, ada yang nak dapat suami macam hero :D Memang saya senyum jelah. Hehehe... Terima kasih atas sokongan korang semua! Sepanjang 2 tahun saya menulis, banyak benda baru yang berlaku dalam hidup saya :) Dapat ramai kawan baru! :) *Percayalah yang komen-komen memang mampu menaikkan semangat kitaorang yang menulis. Bila tengok komen banyak, lagilah laju tangan ni nak menaip :) 

Dan maafkan saya jugak sebab enovel dalam blog ni mungkin akan lama terbiar. Bukan tak nak update tapi idea saya dah semakin hilang untuk semua enovel tu. One Love yang menjadi kesayangan pun saya dah lupa :'( Sedih sedih! Dulu One Love tu memang jadi favourite saya. Nanti bila dah idea, insyaAllah saya akan update secepat mungkin. :)

Oh ye, vote untuk Cintaku di KLIA (CKDK) dah lebih 100 votes. Terima kasih pada yang sudi tekan butang vote kat atas tu :D Hehehehe... Dan paling penting, terima kasih pada yang follow blog ni. Tak sangka dah ada 594 followers :') Terima kasih! 


Photobucket

3 comments:

  1. SELAMAT TAHUN BArU!!! semoga sentia byk idea tuk menaip. mmg ramai r yg follow, bgs2.congrats!

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru Moon...gud luck utk BC, ya? sentiasa doakan Moon <3

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...