Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, January 6, 2012

Promo : Jatuh Cinta Lagi!


“Adik! Adik!” Along menjerit memanggil aku dari tingkat bawah.  Aku yang tengah membaca novel terus meletakkan novelku ke tepi lalu membuka pintu dan menjenguk Along dari celah tangga. Malas nak turun bawahlah katakan…
“Apa Along?”                    
“Ada interview dekat syarikat Along!” Jerit Along lagi sambil mengibarkan sehelai kertas yang berada di tangannya. Dengar aje pasal kerja, terus aku berlari turun ke tingkat bawah.
“Betul ke, Along?!” Aku ambik kertas dari tangan Along. Punyalah lama aku mencari kerja, akhirnya jumpa jugak! Rasa macam nak menangis pun dah ada ni.
            “Betullah. Jadi setiausaha! Kalau diikutkan memang tak sesuai dengan kelulusan adik tapi ni je yang ada. Try jelah…”
“Jadi setiausaha untuk siapa, Long?”
Along tersengih sambil menggaru kepala. “Bos besar.”
Mata aku terus terbeliak. “Bos besar yang kerek tu?”
Along menggeleng. “Yang lain. Tu abang dia, ni adik dia. Lagi handsome dari abang dia. Nasib baik Along ni dah bertunang…”
Aku terus menepuk lengan Along. Gatal sangat siapa suruh? Bagitahu Abang Kimi nanti baru tahu.
“Tapi rasanya dia single lagi. Sesuai kot dengan adik…”
Sekali lagi lengan Along menjadi mangsa aku. “Hish, Along ni…tunang adik tu nak letak mana? Adik nak naik atas dululah. Malas nak layan Along.” Aku menjelir lidah sebelum naik ke tingkat atas.
“Adik, esok pakai baju kurung tau.”
Aku berpatah ke belakang sedikit. “Kenapa?”
“Dia suka pekerja dia pakai baju kurung dari pakai kemeja.”Balas Along. Aku mengangguk sambil tersenyum. Aku memang suka pakai baju kurung daripada pakai kemeja. Dahlah susah nak cari kemeja yang labuh melebihi punggung.
“Baguslah macam tu. Senang hidup adik.”Aku berkata sebelum meneruskan perjalanan ke bilik. Surat yang berada di tangan dibaca sekali lagi. Setiausaha pun jadilah! Asalkan ada kerja…


p/s : Promo dulu tapi dah siap. Hehehe!

Photobucket

4 comments:

  1. Best ! Tak sabar nak baca lagi .

    ReplyDelete
  2. macam menarik.....xsabar nk tunggu entry seterusnya...

    ReplyDelete
  3. macam menarik.....xsabar nk tunggu entry seterusnya...

    ReplyDelete
  4. baru promo pun dh best..x sabar nk tggu full story..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...