Saturday, January 7, 2012

About me! :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Hari ni saya nak jawab semua soalan-soalan yang pernah orang tanya dekat saya. :) Sila baca sampai habis untuk tahu berita terkini ye. :P

1. Macam mana nama Fallenmoon boleh melekat dengan saya?

Fallenmoon tu nama pena saya yang mula-mula sekali. Masa first time post entry kat Prince Charming, saya memang guna nama tu. Nama tu saya guna sejak zaman MySpace yang sangat popular dulu tu. Then, bila saya dah buat facebook, saya masih gunakan nama Fallenmoon. Sebab tu, ada sesetengah orang panggil saya Moon  rather than Liya :D Nama Fallenmoon ni muncul pulak kes saya suka tengok bulan. Fallen tu saya tambah ikut suka hati je. Hehehe..

2. Pasal nama pena Liya Zafrina pulak?

Nama ni kawan saya beri masa sekolah rendah lagi. Kadang-kadang tu diorang panggil saya Liya Zafrina dekat sekolah dan saya terfikir nama tu macam sedap la pulak. It consists of my real name which is Liya dan ditambah dengan Zafrina yang diorang rembat dari mana tapi saya suka nama ni :) So, saya decide nak jadikan Liya Zafrina sebagai nama pena saya selain daripada Fallenmoon :D

3. Umur saya?

Tahun 2012 ni, umur saya dah 19 tahun :) *Dah tua dah! =.=

4. Belajar dekat mana?

Sekarang ni saya belajar dekat Selangor dan saya ambik Teaching English As Second Language (TESL) dekat sebuah maktab. Which means, saya perlu berlatih bercakap dalam Bahasa Inggeris dan menulis dalam Bahasa Inggeris yang boleh dikatakan sangat susah! Dan harap maafkan saya jika saya menggunakan Bahasa Inggeris dalam karya saya. InsyaAllah, after I'm graduating, I'll become an English Teacher :) Amin...  *Harap-harap lepas la asasi.

5. Kenapa Kak Liya nak rehatkan diri dari menulis BC jap n nak buat benda lain dulu??

Hehehe..nak rehatkan diri daripada menaip Bertemu Cintaku sekejap je! Tak boleh tinggal lama-lama, nanti rindu. Hehehe...

6. Dari mana dapat idea nak tulis cerpen/novel?

Alhamdulillah, idea tu datang tak kira masa dengan tempat. Yang cerpen Jatuh Cinta Lagi! ni, saya dapat idea masa tengah memberus baju dalam bilik air. Bila dah siap sidai baju semua sekali, terus masuk bilik pastu tulis idea dalam buku nota sebab masa tu laptop saya rosak. Cerpen Dia + Kereta = Cinta! pulak masa saya nak belajar bawak kereta tapi sekarang tak dapat lesen P lagi sebab suka mengelat pergi kelas -.- *sila jangan tiru aksi ni kalau korang nak cepat dapat lesen kereta. Cerpen Aku Pasti Datang! pulak masa dengar lagu Bunga Citra Lestari. Hehehe! Dia Kachak, Dia Comel! sebab saya tetiba teringat dekat lembu yang kawan saya bela. :)
Novel pulak, tak menentu. Kadang-kadang idea bukan main banyak tapi kadang-kadang tu nak taip satu muka surat pun ambik masa berhari-hari. :)

7. Hobi saya?

Hobi saya adalah mengumpul duit syiling yang berkilat dan agak ancient. Ancient tu takdelah macam duit siput zaman dulu tu. Contohnya macam 1970. Dah ada banyak dekat dalam tabung dan memang duit tu takkan digunakan langsung kecuali kalau terdesak. Tu pun kadang-kadang, sanggup cari duit syiling yang lain sebab tak nak guna duit syiling yang saya simpan tu. Lepas tu, saya suka melukis dengan mewarna tapi hobi ni dah lama ditinggalkan sejak sibuk study ni. :( Yang terakhir sekali, saya suka menulis! Hehehe!

Kalau ada soalan lagi, tanya jelah ye :) Terima kasih sebab sudi baca. ;)

Photobucket

6 comments:

  1. oo.... ingatkn fallenmoon tu makna nama real akak~~ hehehe.. :p

    ReplyDelete
  2. eheherer... cemtuh rupanya...

    time berus baju n tngok lembu tu mmg x bleh blah.. kih kih kih.. tpi betulla kta liya, akak ni jenis suka mendengar.. bila mndngar, kwn akak cite sal sambal belacan pun akak boleh terfikir tulis cerita untuk dia.. tpi klau lmbu tu x pernah lagi la.. ngeee....

    niway akak pun dari maktab jugak tau~ hhehehe.. bakal cekgu la rezeki kita ek ? hehe

    ReplyDelete
  3. Dida - Hehehe, takdelah. :D

    Kak Rin : Hehehe! Memang pelik ckit time2 dapat idea. Tempat dia tak menentu. Hehehe! Lembu tu tetiba je melekat nak buat cerpen :D dekat dengan hati pulak tu. hehehe..a'ah.. jd pendidik! :D

    ReplyDelete
  4. hehe ada member nickname moon sebab muka dia bulat. tp dia cool sgt, hehe dia jenis happy go lucky lah.
    ha jap lagi blh la teach english kat blog ni. blh tya2 pasal bi ya...hehe

    ReplyDelete
  5. ada soklan lg ni! cik adik ni, dh berpunya ke lum?? cer cter cer cter... hahahahahah!

    ReplyDelete
  6. yong jiao xiu : hehehe..sure sure! :D saya akan tlg setakat yang termampu :D

    Sha : Hamboi soalan..kemain! hahahaha! no comment. eceh2.. :P

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers