Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, December 20, 2011

Promo Cerpen : Aku Pasti Datang!


“Umur kamu dah berapa?” Tanya Mak Lang aku ketika aku sibuk membasuh pinggan dekat dapur.
“28. Kenapa Mak Lang?”
“Kamu tak nak kahwin ke?”
Aku melepaskan keluhan lemah. Asyik-asyik itu yang ditanya Mak Lang. Bukan setakat Mak Lang, orang lain pun sibuk tanya soalan yang sama.
“Siapa yang tak nak kahwin?”
“Dah tu, kenapa kamu single lagi ni? Takde calon lagi ke?”
Aku menggeleng. “Belum ada calon.”
“Tulah kamu, memilih sangat. Nak yang hensem je.”
“Mana adalah, Mak Lang.” Tiba-tiba rasa panas telinga aku ni.
“Anak Mak Cik Imah tu. Bijak budaknya…”
Aku cepat-cepat menggeleng. Nak kahwinkan aku dengan Mak Cik Imah? Haa…tak payahlah. Si Erman tu nampak je baik tapi perangai dia… MasyaAllah, teruk! Bukannya aku tak nampak, dia selalu mengelat tak nak pergi masjid. Kalau boleh, aku nak suami yang kuat agama. Sembahyang cukup, boleh jadi imam. Kan sejuk hati kalau macam tu?
“Tak apalah, Mak Lang.”
“Bila Mak Lang cadangkan siapa-siapa, tu je jawapan kamu. Tak apa..tak apa… Mak Lang bukan apa. Mak Lang kesian dekat mak kamu tu. Tinggal kamu seorang je yang belum kahwin.” Kata Mak Lang sambil mengelap tangannya. Aku pulak hanya mendiamkan diri.
“Nanti sampailah jodoh Tini.” Balasku akhirnya. Malas nak memanjangkan isu kahwin ni lagi.
“Suka hati kamulah…” Aku mengerling Mak Lang sebelum melepaskan keluhan lemah. Penatlah macam ni!
**
“Aku dah rimas!” Aku menjerit geram sambil menumbuk bantal. Linda yang memandang aku dari tadi hanya mampu menggeleng kepala. Aku tahu dia tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Aku rasa tertekan, aku rasa marah, aku rasa macam nak menjerit dan aku rasa macam nak makan orang!
“Senang-senang kau kahwin jelah.”
Terus mata aku memandang Linda dengan muka tak percaya. Linda suruh aku kahwin? Nak kahwin dengan siapa? Calon pun tak ada, nak suruh aku kahwin!
“Aku nak kahwin dengan siapa?”
“Yang tu, leave it to me. Aku akan tolong kau.”
“Tapi…”
“Kau nak terus biarkan mak cik-mak cik kau tu bising bila kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang?” Soal Linda membuatkan aku terdiam. Aku memang dah tak tahan dengan bebelan mak cik aku pasal ni. Memang dah tak tahan sangat. Setiap kali ada kenduri kahwin, soalan yang tak pernah miss dari mulut diorang adalah “Bila Fatini nak kahwin?” Sangatlah tak berkenan dengan soalan macam tu.
“Tak nak.”
“Dah tu?”
“Kau dah ada calon ke?”
Linda mengenyit mata sambil mengangguk dengan penuh yakin. “Dia kawan aku.”
“Macam mana…”
“Macam mana kalau dia tak suka kau?” Celah Linda lagi. Aku hanya mengangguk lemah.
“Kita pergi jumpa dia dulu hujung minggu. Lepas tu baru kita decide. Boleh?”
“Hmm… ikut suka hati kaulah. Aku nak tidur.” Terus aku merebahkan kepala di atas bantal sebelum memejam mataku rapat-rapat. Nak menenangkan fikiran yang runsing ni.
**
Aku menolak perlahan pintu masuk ke dalam KFC. Mata aku mula meliar-liar mencari tempat kosong. Kata Linda, sekejap lagi dia akan sampai. Kawannya pulak mungkin dah sampai tapi memandangkan aku tak kenal siapa kawan dia tu, takde mood pulak aku nak mencari. Aku terus menuju ke kaunter dan memesan satu set combo Toasted Twister sebelum melangkah ke arah satu tempat kosong di hujung restoran.
Purr!
“Baju awak!” Aku mula menggelabah sambil memandang lelaki di hadapanku yang terkedu sambil memandang bajunya yang dah kotor.
“Saya… maaf… mintak… awak…” Habis berterabur ayat yang keluar dari mulut aku.
“Takpe. Jangan risau…Salah saya sebab berdiri tiba-tiba tadi.” Jawabnya sambil mengibas-ngibas baju yang dah basah dengan air strawberi.
Tanpa berfikir panjang, terus aku keluarkan beg duit dari dalam tas tangan. Mesti mahal baju orang ni! Tengok gaya pun dah macam orang kaya! Habis aku! Habis! Mana Linda ni?!
“Eh, nak buat apa tu?”
“Ganti rugi untuk baju awak.”
Lelaki itu hanya ketawa sebelum menggeleng. “Sikit je ni. Basuh nanti, dah hilang.” Dia tersenyum sedikit. “Saya Farhan. Awak?”
“Senah.”
Dahi Farhan berkerut. Aku pulak buat muka selamba habis.
“Senah?”
“A’ah. Kenapa?”
Farhan menggeleng. “You have a very unique name.” Katanya sambil tersenyum. Aku tak tahu pujian dia tu ikhlas ke tak.
“Terima kasih.” Balas aku turut tersenyum. Aku segera melambai-lambai ke arah Linda yang baru sampai sebelum memandang Farhan di depan aku sekarang.
“Kawan saya dah sampai. Saya mintak diri dulu.”
“Okey. Take care Senah. Assalamualaikum…”
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing dan menjawab salamnya. Rasa macam nak tergelak pun ada bila dia panggil aku Senah. Bukan tak bersyukur dengan nama yang mak dengan ayah aku bagi, cuma aku malas nak cakap nama sebenar aku dekat Farhan tu. Bukannya aku kenal dia pun.
“Siapa tu?” Tanya Linda sebaik sahaja aku duduk dekat depan dia.
“Aku terlanggar dia tadi. Mana kawan kau tu?”
“Dia on the way.”
Aku mengangguk sebelum mengerling jam di tangan. Haih, lelaki ni dah lewat 20 minit. Aku kurang berkenan sikit kalau lelaki tu jenis tak tepati janji.
“Apa nama kawan kau tu?”
“Yusri.”
“Ohh…”
Entah kenapa aku pusing kebelakang dan memandang ke arah Farhan yang masih makan di situ. Jarak kami pun bukan jauh sangat ni. Aku hanya tersenyum apabila melihat Farhan melambai.
“Ehem…ehem… dah berkenan ke?”
Aku menggeleng. “Baru jumpa tak sampai berapa minit pun.”
“Kalau dah jodoh tu, kau jumpa sesaat pun dah boleh berkenan…” Bidas Linda balik sambil tersengih. Aku hanya berdehem.
“Mana kawan kau ni? Kalau dia lambat, aku nak balik!”
“Sat naa… Jalan jammed.”
“Jammed…jammed…” Rungutku sambil memasukkan toasted twister ke dalam mulut. Sedang enak aku menikmati Toasted Twister, tiba-tiba Linda menendang kakiku.
“Apa?”
“Dia dah sampai. Tengok belakang…”
Aku terus berpaling ke belakang. Hampir terbuntang mata aku apabila melihat kawan Linda ni. Pasti ke yang ni kawan Linda? Rasa macam nak pengsan kat sini pun ada!
“Kau biar betul?” Bisikku pada Linda.
“Kenapa?”
“Err… dia nampak macam too perfect for me. Look at him! Rambut kemas, baju T-shirt dia! Branded tu, look at his watch! Rolex youuu! Aku ni jam sepuluh hinggit je!” Aku tayang jam sepuluh ringgit aku dekat Linda. Linda hanya ketawa sambil melambai-lambai ke arah Yusri.
“Lama sampai?”
“Nope. Duduklah…”
Aku segera membesarkan diri aku. Tak nak bagi Yusri tu duduk dekat sebelah aku. Linda dah pandang aku macam nak telan. Yusri pulak hanya tersenyum sebelum melabuhkan punggung di sebelah Linda.
“So you must be Fatini.”
“Betullah tu.”
“I’m Tengku Yusri bin Tengku Ismail.”
Aku senyum tawar. Dia tak reti cakap Melayu ke? Asyik speaking je dari tadi? “Saya Nurul Fatini binti Taufiq. Bukan anak Tengku.”
Sekali lagi kaki aku ditendang oleh Linda. Aku hanya buat muka selamba. Haaa, dah nampak sangat aku tak berkenan dengan Yusri ni kan? Cancel okey! Cancel!
“You’re a doctor, right?”
Aku mengangguk.
“Dia bercita-cita nak jadi pakar jantung.” Celah Linda cuba mempromote aku.
“Wow, impressive!”
“Terima kasih, Tengku.” Sekarang ni aku dah melirik pada jam di pergelangan tangan. Dah tak ada mood untuk aku terus berbual-bual dengan Tengku Yusri bin Tengku Ismail ni. Aku rasa baik aku balik, lepas tu main dengan Comel daripada duduk sini.
“Excuse me. Saya kena balik sekarang. Banyak kerja nak kena buat kat rumah. Linda, jumpa kat rumah. Sorry ye…Assalamualaikum.”
Terus aku melangkah pergi. Sempat lagi aku menoleh ke arah Farhan yang tersenyum-senyum. “Nurul Fatini binti Taufiq…” Dia sebut nama panjang aku.
“Err…”
“Jangan nak gagap, Cik Fatini aka Senah.”
“Okay fine! Sorry sebab tipu awak tadi.” Aku sempat pandang ke arah Linda dan Yusri yang masih sibuk pandang aku.
“Nak cari calon suami ke?”
Aku tercengang. “Macam mana awak tahu?”
“Boleh teka. So, he’s the one?”
“Nahh… too perfect.”
Farhan tersenyum sambil mengangguk. “Yeah, too perfect… kalau macam saya ni, okey tak?”
Aku pandang Farhan. “Hmm… okey kot.”
“Mak saya cakap, kalau kita dah suka someone tu… baik terus meminang.” Ucap Farhan lagi.
“So?”
“Give me your address. Lusa nanti akan ada orang yang datang meminang.”
Aku mula duduk dekat depan dia. Niat nak balik terus terbantut. Lama aku memandang muka dia, cuba mencari kalau-kalau ada riak muka yang dia menipu.
“Are you serious?”
“Muka saya nampak macam tengah buat lawak ke?”
Aku menggeleng.
“Terima tak?”
“Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya?”
Farhan tersenyum sebelum mendekatkan mukanya dengan mukaku. Tak terlampau dekat tapi cukup untuk hanya kami berdua dengar apa yang bakal keluar dari mulut dia.
“Lepas kahwin, kita boleh kenal antara satu sama lain.”
Aku terdiam. Nampak macam dia ni bertekad nak kahwin dengan aku. Baru jumpa, boleh dia ajak kahwin macam tu aje? Haih, aku tengah bermimpi ke apa ni?
“Ni alamat rumah.” Aku hulur kad nama aku yang memang tertulis alamat rumah aku sekali.
“Thanks. Lusa ni saya datang…”

            “Hmm…”

“Saya tahu awak masih ingat yang saya ni main-main kan?”
Aku mengangguk tanpa berselindung. Memang dia main-main pun kan?
“Call my friend. Ni nombor dia. Tanya dia pasal saya.” Farhan menghulurkan satu kad nama. “Her name is Alia. Kawan baik saya… Call dia tau. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”

p/s : Yang full punya, maybe saya akan post dekat penulisan2u :D Enjoy dulu baca promo ni ye.

Photobucket

9 comments:

  1. suka!!x sabar nak tunggu kat penulisan2u but if u dun mind juz nak inform it's quite impossible umur 28 tahun dah jd pakar jantung,,grad doktor umur 24 thn,,HO 2 tahun,,nak jd pakar jantung maybe blajar 4-5 tahun dulu=)))

    ReplyDelete
  2. wah~~ menarik3..
    hehe..xsabar nak tau ending die..^^

    -arisa-

    ReplyDelete
  3. ihihihihi.... *blushing2*

    syok!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. wahh..giler la..btul2 die masuk meminang..mmg gempak la..hehehe

    ReplyDelete
  5. Ezai : Hahaha! Sorry2. Sy tak tahu. Akan diubah nanti :) Thanks ye.

    ReplyDelete
  6. best..unik :D
    x sabar nak baca..

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak baca la moon..post cepat2 kat p2u ya?hehe...

    ReplyDelete
  8. likeeeeee
    *da post t habaq kt ceq na
    hehehe

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...