Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, October 16, 2011

Cerpen : Si Dia Pemilik Hatiku!


To Hazim,
Aku berhenti menulis sambil menggigit pen. Idea tak marilah pulak! Tadi punyalah banyak idea dalam kepala ni! Aku mengerling ke arah Adam yang sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu. Mamat tu kan...buat rumah aku macam rumah dia je. Nasib baiklah mak dengan ayah aku sayang dia. Kalau tak, dah lama aku suruh dia balik! Tapi tak sampai hatilah pulak. Bestfriend kesayangan aku tu! Hehehe... Muhammad Adam Iffat bin Mokhtar ni dah aku kenal sejak dari aku kecik lagi. Kalau tak silap akulah, masa tu dia dah darjah satu Dia lah yang selalu teman aku nak pergi taman permainan dulu sebab dia tua 3 tahun dari aku.Jadi mak dengan ayah percayakan dia untuk mengawasi aku yang lasak macam budak lelaki ni.Bila ingat zaman kecil-kecil aku bersama-sama Adam dulu, aku mula tersenyum kecil.
 “Fatfat, meh sini kejap tolong aku buat ayat ni. Takde idealah...”
Adam berpaling memandang aku sebelum mengalihkan pandangannya ke televisyen semula. Twisties dimasukkan ke dalam mulut tanpa menghiraukan aku.Aku mula menggigit bibir. Mamat ni nak kena betul dengan aku!
Aku mula bergerak ke ruang tamu sebelum melempar bantal ke arahnya tetapi dengan cekapnya dia menyambar sambil tersenyum.
“Thanks sebab kasi aku bantal.” Ucapnya sambil tersengih nakal.
Aku mencebik geram. Benci tengok dia tersengih macam tu.
“Wei, tolong aku nak buat ayat untuk Hazim ni!” Aku ulang balik apa yang aku cakap tadi.
“Kau masih nak hantar surat cinta dekat dia ke?” Soal Adam.
“Yelah!”
Dia mengambil remote televisyen dan menukar rancangan lain pulak.Nak tahu dia pilih channel apa? Disney Channel! Sebab apa? Sebab Phineas and Ferb dah start.Kawan baik aku ni memang minat Phineas and Ferb.Tak padan dengan umur yang dah nak masuk 27 tahun.Aku geleng kepala.
 “Kau rekalah sendiri ayat apa kau nak tulis.Kau punya surat cinta, takkan aku pulak yang kena reka ayat.” Balasnya selamba sambil memasukkan twisties ke dalam mulutnya.
“Ala Fatfat...tolonglah aku!”
“Kau pergi tanya ManMan tu.” Mulut Haikal dijuihkan ke arah ManMan yang sedang dibersihkan oleh ayah.Mak pulak sibuk membersihkan Yaya.
“ManMan keretalah!”
Adam ketawa besar.Aku tarik nafas dalam-dalam.Sabar jelah dapat kawan macam ni.
“Ayah dengan mak memang romantiklah.” Kata Adam sambil memandang ke halaman rumah.Sejak dari kecik lagi, memang Adam dah biasa panggil mak dan ayah aku, dengan panggilan mak dan ayah.Tu pun mak dengan ayah yang beria-ia suruh.Aku memandang ke arah yang sama sebelum tergelak besar.Mak dengan ayah tengah main air sabun.Hahaha...ayah aku memang suka mengusik mak.
“Kau belum dengar lagi kisah cinta mak dengan ayah.”
“Aku dah dengarlah! Masa tu ayah yang cerita dekat aku.Ayah..cikgu yang ajar mak dekat pusat latihan memandu kan?”
Aku mengangguk.Tak sangka dia tahu jugak pasal tu.Baru nak bangga sikit tadi.Tapi sekarang ni dia pulak yang tersenyum bangga.
 “Fatfat hensem! Tolonglah aku tulis ni!” Aku tayang kertas dekat tangan betul-betul depan muka dia.
“Malaslah! Rekalah sendiri.Selalu sangat aku tolong kau tau tak! Dah macam aku pulak yang syok dekat si Hazim Naufal kau tu!” Adam mula merungut.
Aku mencebik.Kedekut ilmu sungguhlah!
“Ala, pleaselah Fatfat.Kau sayang aku kan?” Aku kenyit mata ke arahnya.Dia hanya buat muka selamba.
“Sampai hati kau, Fatfat.” Aku mula bersuara sayu sambil tersenyum dalam hati.Tahu sangat yang dia cepat kesian bila aku dah buat suara macam tu.Kiranya inilah alternatif terakhir aku untuk memujuk Adam supaya menolong aku dan selalunya cara ni memang berhasil!
“Hish kau ni kan...Nur Aleesa Iman! Memang...arghhhh!” Dia merampas kertas dan pen di tanganku sebelum mencoret sesuatu di atasnya.Aku tersenyum menang.Hehe..kan dah kata dia mesti cairnya dengar suara aku yang sayu tu.
“Nah! Ambik kertas kau ni, Sasa! Lepas tu pergi main jauh-jauh.” Dia meletakkan kertas dan pen di atas tapak tanganku sambil memberi isyarat supaya aku pergi dari situ.
“Kurang asam Fatfat! Sedap mulut je panggil aku Sasa.Hahaha...tapi takpe, aku dah dapat apa yang aku nak.” Aku terus beredar dari situ sambil tersenyum.Kertas di tangan dibaca perlahan.
To Hazim,
I might have been in love before but it never felt this strong...
-Sasa-
Aku tersenyum apabila membaca apa yang ditulis oleh Adam.Memang Adam ni boleh diharap.Dan sebab itu jugaklah aku sayang dia sangat-sangat!
*
Pagi-pagi lagi aku dah duduk dengan penuh ayu di dalam bilik guru sambil memandang ke arah meja yang setentang dengan meja aku ni.Kenapa hari ni Hazim lambat pulak ye? Selalunya dia datang antara yang paling awal.
“Assalamualaikum Cik Aleesa.”
Aku berpaling ke sebelah kanan.Afiqah merangkap bestfriend aku di pejabat ini tersengih.
For you.”Dia hulur sepucuk surat kepada aku.
Dahi aku berkerut.”Siapa kasi?”
“Entahlah.Pagi-pagi tadi, aku dah nampak surat ni atas meja aku.Mungkin orang tu salah kasi dekat aku kot.Dia nak bagi kat kau tapi tersalah letak kat meja aku.”
“Macam mana kau tahu ni surat aku punya?”
“Tu hah! Nur Aleesa Iman binti Muhammad Aiman.Siapa lagi kalau bukan kau? Siap tulis nama penuh lagi dekat depan sampul surat tu.”
Aku tergelak.Ye tak iya jugak.Hahaha...pagi-pagi ni memang aku blur sikit.
“Bacalah surat tu.Aku nak tahu jugak.” Gesa Afiqah sambil menolak-nolak sikuku.
“Sabarlah! Nak bukak lah ni.” Perlahan-lahan aku mengeluarkan isi kandungan sampul surat tu.Tiba-tiba rasa berdebar pulak nak baca.
“Kau bacalah, Fiqah.Takutlah pulak aku.”
“Hahaha..apalah kau ni.Meh sini aku baca.” Afiqah mengambil surat tersebut dari tangan aku.
Dear Aleesa,
I Love Your Eyes
But I Love My Eyes More
Because Without Mine
I Can’t See Yours...
Sincerely...FLS
Oh my! Kau dapat surat cinta lah!”
Aku masih mendiamkan diri.FLS? Siapa tu? Dan ayat dia...pergh! Jiwang karat nak mampus!
“Siapa FLS ni hah?” Soal Afiqah sambil memberikan semula surat tadi kepadaku.Aku hanya menjungkit bahu.
“Romantik gila dia ni kan? Bertuah kau dapat secret admirer yang jiwang macam ni.” Sambung Afiqah lagi sambil tersengih nakal.
“Bertuah kau kata?! Entah siapa-siapa FLS ni! Buatnya dia ni psiko! Tak ke naya?” Aku menjeling geram.Aku menyimpan surat tadi kat dalam laci meja.Kalau terdesak nak jumpa ayat-ayat cinta nak bagi kat Hazim, boleh guna jugak ni.
“Aku tak rasa dia psikolah.”
“Macam mana kau tahu?”
“Aku dapat rasa. Sixth sense.” Jawabnya.
Aku mencebik.
“Pergi buat kerja tu. Kata nak bagi ujian dekat budak-budak kelas kau.”
“Yelah...Aku pergi dulu.” Balasnya sambil menjelir lidah ke arahku.Aku balas balik dengan menjelir lidah kearahnya jugak.
Tiba-tiba mataku tertancap pada Hazim yang baru masuk ke dalam pejabat.Dia sempat memberikan aku senyuman manisnya sebelum duduk di tempatnya.Aku hanya membalas senyumannya sambil berpura-pura meneliti laporan yang sememangnya dah atas meja dari tadi.
Kemudian aku mencuri pandang ke arahnya dan aku menantikan reaksinya apabila melihat dia sedang membaca surat yang aku tinggalkan di atas meja.Nak je aku melompat kat situ jugak bila tengok dia tersenyum sambil membaca surat aku tu.Lepas ni kena belanja Fatfat makanlah.
Tik! Tik!
Aku mencapai telefon bimbit sambil tersengih apabila melihat nombor Adam.
+Assalamualaikum Sasa, nanti lunch sama-sama nak?
-Waalaikumussalam.Kau belanja ke?
Aku tersengih sambil menekan butang send.Hahaha...saja je tanya sebenarnya.Tadi kan aku memang dah berniat nak belanja dia.
+Asyik-asyik aku je yang belanja.Kedekut betul kau!
-Yelah! Yelah! Aku belanja kau.Hehehehe, Fatfat...Hazim senyum masa baca surat aku tadi.Happynya aku!
Aku menunggu selama 2 minit untuk Adam membalas mesej aku.Panjang lebar sangat ke dia membalas?
+Baguslah.Aku tahu kau mesti tersengih macam orang tak betul sekarang ni kan? :P
-Semestinya! Okeylah aku nak sambung kerja ni.Datang ambik aku pukul 1.00 tepat! Kalau kau lambat, siaplah kau!
Sebaik saja membaca balasan dari Adam yang aku tahu memang akan menyakitkan hati aku akhirnya, aku mengerling ke arah Hazim.Dia tengah khusyuk buat kerja.Comelnya dia! Aleesa, behave yourself.Anak teruna orang tu! Aku mengingatkan diri sendiri sambil melakukan kerja yang masih tertangguh.
*
Everyone says you only fall in love once,
But that's not true,
Because everytime i see you,
I fall in love all over again.
Sincerely…FLS
Aku menggaru kepala yang tak gatal.Masih lagi tertanya-tanya siapakah si FLS ni.Dah dekat sebulan tau aku dapat surat-surat ni.Kadang-kadang aku rasa takut pulak.Entah –entah mamat yang hantar surat ni psiko! Bahaya tu! Dan sekarang ni, aku dah jarang hantar surat cinta dekat Hazim.Entahlah...aku pun tak tahu kenapa.
“Dapat surat cinta lagi ke?” Soal Afiqah sambil menghirup air nescafenya.Dia meletakkan semug air Nescafe di atas mejaku jugak.
“A’ah.Aku takutlah Fiqah! Entah siapalah mamat ni.Risau aku kalau dia ni jahat.”
Afiqah hanya tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
“Tak baik buruk sangka dekat orang tau.Mana tahu dia ni baik.Maybe lebih baik dari Hazim yang kau minat sangat tu.” Balas Afiqah sambil tersenyum.
Aku hanya menjungkit bahu.Malas nak cakap apa dah. Kadang-kadang tu aku rasa macam Afiqah ni tahu je siapa yang hantar surat cinta ni dekat aku. Tapi sengaja je dia tak nak bagitahu.Yelah...asyik-asyik cakap lelaki yang hantar surat ni baik.
“Kita terlampau mencari sampai tak sedar apa yang dah ada kat depan.” Ucap Afiqah sambil melangkah pergi dari situ. Aku tercengang. Apa maksud dia? Sah! Aku tahu Afiqah ni mesti ada sembunyi apa-apa dari aku.Kena korek rahsia ni!
*
“Assalamualaikum Sasa.” Suara Adam kedengaran selepas aku menekan butang hijau.
“Waalaikumussalam Fatfat. May I help you?” Aku tersengih sambil mengunyah kacang. Konon nak formallah sangat. Hujung minggu macam ni selalunya Adam datang melepak sini tapi hari ni dia kata dia ada hal.
Yeah sure. Can you please tell Miss Sasa that I’m going to Penang next week. No free lunch for two weeks, okay! Thank you.” Balas Adam turut formal dengan aku.
Aku tercengang. Pergi Penang?
“Buat apa pergi sana?”
Adam ketawa besar.”Ada kursus. Papa suruh pergi.”
“Ala...tak bestlah nanti!” Aku mencebik.
“Tak best sebab kau kena keluar duit sendiri untuk lunch?” Sindir Adam sambil ketawa.
“Eh! Sorry sikit. Aku pun ada jugak belanja kau, okey!”
“Boleh dikira dengan jari, yang oi.”
“Aku cepuk kang! Nasib baik kau takde depan muka aku sekarang ni.” Balas aku geram. Mana ada boleh dikira dengan jari! Banyak kali tau.
“Janganlah marah Sasa.Aku gurau jelah.”
“Ye...ye. Eh, tadi kau pergi mana?”
Adam tergelak di hujung talian.
“Aku pergi dating dengan someone!” Jerit Adam dengan penuh teruja.
Uhuk! Uhuk!
Aku mencapai gelas dan tergesa-gesa menuang air putih sambil mengurut dada. Cepat-cepat aku meneguk air sampai kosong.
What?! Dating?! Kau tak cakap pun kau ada girlfriend?” Tanya aku pelik.
“Takkanlah semua benda aku nak cakap dekat kau.Benda ni peribadi maa..” Balas Adam.
Aku terdiam.Entah kenapa tiba-tiba rasa tersentuh pulak bila Adam cakap macam tu. Selama ni tak kira peribadi ke tidak, semua dia cerita dekat aku.Tapi sekarang bila dah ada teman istimewa, sepatah habuk pun tak nak cakap dekat aku.
“Err...takpelah Fatfat. Got to go now. Aku kena pergi beli barang. Take care dekat sana nanti. Assalamualaikum.” Terus aku tekan butang merah sebelum meletakkan handphone di atas meja.
Tik! Tik!
+Nanti aku belikan kau ole-ole ye.
Aku membaca mesej yang dihantar oleh Adam. Tak rasa macam nak balas pun mesej dia. Aku masih terasa dengan kata-kata dia tadi.
We were both young when I first saw you.
I close my eyes, and the flashback starts,
I'm standing there,
On the balcony in summer air.
            “Apa?”
            “Marah dekat aku ke?”
            “Tak.”
            “Ala, janganlah marah dekat aku. Please...”
            “Hmmm...”
            “Aku datang rumah kau sekarang jugak! Wait for me!” Adam terus letak telefon. Perlahan-lahan aku letak telefon atas meja sambil menunggu Adam.
Setengah jam kemudian, dia datang sambil membawa sebekas kek coklat di tangannya.
“Assalamualaikum... Sorry lambat. Mama kirim salam dekat kau.Dia cakap rindu gila nak main masak-masak dengan kau.”
Aku ketawa besar. Kelakarlah mama. Ada ke rindu nak main masak-masak dengan aku? Sama macam Adam, aku pun baik jugak dengan family dia. Walaupun ayah dengan mak dia dah bercerai masa aku dengan Adam kecil lagi tapi hubungan diorang masih lagi baik. Sekarang ni pun mama dah kahwin lain. Papa masih lagi sendiri lepas isterinya keduanya meninggal dunia dua tahun yang lepas akibat kanser paru-paru. Lepas tengok Adam yang dah tersengih-sengih tengok aku, terus aku masamkan balik muka. Ingat aku dah cool lah tu!
“Aku pun rindu mama jugak! Takpe-takpe. Esok cuti lagi..aku pergi jumpa mama esok.” Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Adam yang masih berdiri dekat luar.
“Kenapa tak masuk?”
“Kau tak suruh masuk...”
“Sejak bila kau pandai mintak izin segala?” Sindir aku.
Adam tersengih sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dan menghampiri aku yang tengah duduk atas sofa.
“Kau marah aku eh? Janganlah marah. Aku tak keluar dating pun tadi. Kau jangan risau lah ye.”
Aku menjelir lidah. Risau apa kebendanya? Macamlah dia tu budak kecik!
“Kau nak keluar dating bila-bila masa pun, aku tak kisahlah! Tapi kenapa tak cakap kau dah ada someone?!”
Adam terus tergelak. “Someone tu mama lah. Aku keluar jalan-jalan dengan mama. Masa aku call kau pagi tadi, ingat nak ajak sekali tapi bila dengar suara kau macam orang mengantuk je... terus cancel. Aku tahu kau mesti letihnya.”
Aku tersenyum. Tengok! Fatfat memang kawan baik aku yang sejati. Segala benda pasal aku, dia tahu. Kalau aku mengantuk pun, dia tahu!
“Nak makan apa?” Tanyaku akhirnya sambil bangkit dari duduk.
“Roti canai satu!” Jawab Adam sambil mengangkat peace. Aku mencebik.
 “Aku bawak biskut kering je untuk kau. Untuk aku, aku bawak blueberry cake. Biar kau terliur.” Kata aku sambil melangkah ke dapur.
“Weh, aku nak jugak!” Adam mengekori aku dari belakang sambil menjerit-jerit cakap dia nak makan kek jugak. Adeh...macam budak-budak betul!

p/s : Kalau ramai yang komen nak baca penuh, insyaAllah saya upload yang full punya. Kalau tak, kena tunggu penulisan2u keluar dulu :)


Photobucket

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...