Monday, August 1, 2011

Mysterious Clue Collectors 4

Bab 4

“Kau ada bagitahu siapa-siapa ke pasal hal ni?!”

Nurin yang bersembunyi di balik dinding tersenyum sinis mendengar jeritan Aina kepada seorang pelajar lelaki. Menurut hasil daripada siasatan dia dan MCC yang lain, lelaki itu dikenali dengan nama Hakimi dan merupakan salah seorang ahli Majlis Persatuan Pelajar sama macam Aina. Sepatutnya mereka yang menjaga sekolah tetapi sekarang ni, mereka yang membahayakan sekolah! Nurin merengus geram.

“Tak ada. Aku langsung tak bagitahu siapa-siapa pun pasal hal ni.” Jelas si lelaki bersungguh-sungguh. Tali leher yang membelit leher dilonggarkan. Dia memandang ke arah Aina yang bercekak pinggang dengan muka yang merah.

“Nurin tahu sesuatu pasal ni...”

“Nurin?”

“Nurin yang keluar dari sekolah tu. 3 tahun lepas, ingat?”

Lelaki itu mengangguk. “Macam mana dia tahu?”

Aina mengangkat bahu. Dia kusut sekarang ni dan bimbang jika Nurin membocorkan rahsianya.

Nurin sekali lagi tersenyum sambil berpeluk tubuh. Sejak dia menjadi MCC, rahsia yang disembunyikan oleh Aina lebih mudah diketahuinya. Nasib baik ahli-ahli MCC ada jugak membantu dia bagi membongkar kejahatan Aina.

“Nurin...kau kat mana?”

Suara Alisya kedengaran dari alat bluetoothnya. Segera Nurin berlalu pergi dari situ sebelum kehadiran dia dapat dikesan oleh Aina.

“Aku ada dekat bangunan C. Kenapa?”

“Aniq, dia dapat surat tu lagi.”

“Hah?! Okey, aku datang sekarang.” Terus Aina berlari ke bilik rahsia mereka.

***

Tak lama lagi...

Nurin yang membaca nota pembunuh itu tersentak. Dia memandang setiap ahli MCC yang hanya mendiamkan diri. Dikerlingnya pula ke arah Aniq yang sejak dari tadi kelihatan kusut.

“Apa kita nak buat sekarang ni?”

Hadif menghela nafas. “Kita perlukan petunjuk. Setakat surat ni, susah kita nak jejak pembunuh ni.”

“Dekat mana kau jumpa surat ni, Aniq?” Tanya Danial sambil bermain-main dengan pen di tangannya.

“Dalam lokar aku dekat dalam bilik.” Balas Aniq perlahan.

“Orang tu tahu segalanya pasal kau.” Kata Alisya kemudiannya sambil mencatit sesuatu di atas buku notanya. Dia lebih suka mencatit apa yang dirasakan penting dalam penyiasatan mereka supaya senang untuk dijadikan rujukan.

“Dia dah bertindak lebih jauh dari yang kita sangka.”

Encik Faiq menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang mereka berlima. “Malam ni, Aniq akan tidur dekat bilik Danial.”

“Cikgu, tak bahaya ke kalau Aniq duduk dalam bilik yang sama dengan Danial? Buatnya pembunuh tu datang nanti...” Nurin kurang bersetuju dengan cadangan Encik Faiq. Dia memandang ke arah Aniq sekali lagi.

“Buat sementara waktu, biarkan dulu macam ni...”

Nurin hanya mampu mengangguk. Mungkin Encik Faiq lebih tahu apa yang terbaik untuk dilakukan ketika ini.

“Macam dengan Aina?” Soal Puan Nazifa yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.

“Dia dah mula takut...” Jawab Nurin sebelum duduk di sebelah Alisya.

“Kau pun kena berhati-hati...” Kata Aniq sambil memandang ke arah Nurin. “Dia mungkin akan cederakan kau kalau dia dapat tahu yang kau tahu semua rahsia dia.”

“Aku tahu...”

“Sekolah ni memang berbahaya dan penuh misteri...” Ucap Alisya tiba-tiba dan kata-katanya menyebabkan semua orang memandang ke arahnya.

“Jadi kau menyesal masuk sini?” Tanya Danial sambil merenung Alisya dengan tajam.

Alisya menggeleng sebelum ketawa kecil. “Dulu ya tapi sekarang tak. Buat benda-benda yang macam kita buat sekarang ni sangat menarik!”

Danial hanya merengus sebelum memandang ke arah lain. Perempuan pelik!

“Okey semua. Kita bersurai dulu. Kalau ada apa-apa, ingat inform semua orang.” Kata Encik Faiq sambil menyentuh bluetooth di telinganya.

“Baik cikgu.”

***

“Nurin!!!”

Nurin berpaling ke belakang sebelum tersenyum apabila melihat Aina sedang menghampirinya dengan muka yang serius.

“Ya?”

“Apa yang kau tahu pasal aku?” Tanya Aina sambil mengenggam kuat tangannya. Nurin hanya ketawa kecil. “Macam-macam...”

“Kau jangan berani...”

“Kau nak ugut aku ke?” Celah Nurin sambil merenung ke arah Aina dengan tajam. Dia mula berjalan mendekati Aina yang perlahan-lahan mula ke belakang.

“Apa yang kau buat ni salah, Aina!”

“Aku tahu apa yang aku buat, Nurin!”

“Aku akan bongkarkan rahsia kau nanti dekat pengetua!” Jerit Nurin kuat apabila Aina masih lagi ingin memenangkan dirinya yang sememangnya salah.

“Kau takkan dapat bongkarkan rahsia aku!”

“Kenapa pulak?!”

Aina hanya ketawa dan Nurin mula berasa meluat. Ketika dia ingin berlalu dari situ, tiba-tiba dia merasakan kepalanya sakit dan dia dapat melihat seorang lelaki sedang memegang kayu.

“Aku dah cakap, jangan nak menyibuk hal aku...” Ucap Aina sebelum ketawa lagi. Dia menyepak kaki Nurin dengan sekuat hati.

Pandangan Nurin terus gelap.


Photobucket

5 comments:

  1. err...dorg ade x ilmu pertahankan diri eh...adeh nurin...tu la kene bijak sikit kot kalau nk bgtw aina yg ko tw rahsia die...hhuu

    ReplyDelete
  2. Nurin ada tapi dia tak sgka ada org nak pukul kepala dia. tu yg x smpat nak bertindak :) Takpe, nanti ada hero selamatkan dia. hehe..

    ReplyDelete
  3. hehee... adakah aniq? cam compatible je diorang dua tu.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers