Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, July 10, 2011

Promo cerpen Si Dia Pemilik Hatiku.

To Hazim,

Aku berhenti menulis sambil menggigit pen.Idea tak marilah pulak! Tadi punyalah banyak idea dalam kepala ni! Aku mengerling ke arah Adam yang sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu.Mamat tu kan...buat rumah aku macam rumah dia je.Nasib baiklah mak dengan ayah aku sayang dia.Kalau tak, dah lama aku suruh dia balik! Tapi tak sampai hatilah pulak.Bestfriend kesayangan aku tu! Hehehe... Muhammad Adam Iffat bin Mokhtar ni dah aku kenal sejak dari aku kecik lagi. Kalau tak silap akulah, masa tu dia dah darjah satu Dia lah yang selalu teman aku nak pergi taman permainan dulu sebab dia tua 3 tahun dari aku.Jadi mak dengan ayah percayakan dia untuk mengawasi aku yang lasak macam budak lelaki ni.Bila ingat zaman kecil-kecil aku bersama-sama Adam dulu, aku mula tersenyum kecil.

“Fatfat, meh sini kejap tolong aku buat ayat ni.Takde idealah...”

Adam berpaling memandang aku sebelum mengalihkan pandangannya ke televisyen semula.Twisties dimasukkan ke dalam mulut tanpa menghiraukan aku.Aku mula menggigit bibir.Mamat ni nak kena betul dengan aku!

Aku mula bergerak ke ruang tamu sebelum melempar bantal ke arahnya tetapi dengan cekapnya dia menyambar sambil tersenyum.

“Thanks sebab kasi aku bantal.” Ucapnya sambil tersengih nakal.

Aku mencebik geram.Benci tengok dia tersengih macam tu.

“Wei, tolong aku nak buat ayat untuk Hazim ni!” Aku ulang balik apa yang cakap tadi.

“Kau masih nak hantar surat cinta dekat dia ke?” Soal Adam.

“Yelah!”

Dia mengambil remote televisyen dan menukar rancangan lain pulak.Nak tahu dia pilih channel apa? Disney Channel! Sebab apa? Sebab Phineas and Ferb dah start.Kawan baik aku ni memang minat Phineas and Ferb.Tak padan dengan umur yang dah nak masuk 27 tahun.Aku geleng kepala.

“Kau rekalah sendiri ayat apa kau nak tulis.Kau punya surat cinta, takkan aku pulak yang kena reka ayat.” Balasnya selamba sambil memasukkan twisties ke dalam mulutnya.

“Ala Fatfat...tolonglah aku!”

“Kau pergi tanya ManMan tu.” Mulut Haikal dijuihkan ke arah ManMan yang sedang dibersihkan oleh ayah.Mak pulak sibuk membersihkan Yaya.

“ManMan keretalah!”

Adam ketawa besar.Aku tarik nafas dalam-dalam.Sabar jelah dapat kawan macam ni.

“Ayah dengan mak memang romantiklah.” Kata Adam sambil memandang ke halaman rumah.Sejak dari kecik lagi, memang Adam dah biasa panggil mak dan ayah aku, dengan panggilan mak dan ayah.Tu pun mak dengan ayah yang beria-ia suruh.Aku memandang ke arah yang sama sebelum tergelak besar.Mak dengan ayah tengah main air sabun.Hahaha...ayah aku memang suka mengusik mak.

“Kau belum dengar lagi kisah cinta mak dengan ayah.”

“Aku dah dengarlah! Masa tu ayah yang cerita dekat aku.Ayah..cikgu yang ajar mak dekat pusat latihan memandu kan?”

Aku mengangguk.Tak sangka dia tahu jugak pasal tu.Baru nak bangga sikit tadi.Tapi sekarang ni dia pulak yang tersenyum bangga.

“Fatfat hensem! Tolonglah aku tulis ni!” Aku tayang kertas dekat tangan betul-betul depan muka dia.

“Malaslah! Rekalah sendiri.Selalu sangat aku tolong kau tau tak! Dah macam aku pulak yang syok dekat si Hazim Naufal kau tu!” Adam mula merungut.

Aku mencebik.Kedekut ilmu sungguhlah!

“Ala, pleaselah Fatfat.Kau sayang aku kan?” Aku kenyit mata ke arahnya.Dia hanya buat muka selamba.

“Sampai hati kau, Fatfat.” Aku mula bersuara sayu sambil tersenyum dalam hati.Tahu sangat yang dia cepat kesian bila aku dah buat suara macam tu.Kiranya inilah alternatif terakhir aku untuk memujuk Adam supaya menolong aku dan selalunya cara ni memang berhasil!

“Hish kau ni kan...Nur Aleesa Iman! Memang...arghhhh!” Dia merampas kertas dan pen di tanganku sebelum mencoret sesuatu di atasnya.Aku tersenyum menang.Hehe..kan dah kata dia mesti cairnya dengar suara aku yang sayu tu.

“Nah! Ambik kertas kau ni, Sasa! Lepas tu pergi main jauh-jauh.” Dia meletakkan kertas dan pen di atas tapak tanganku sambil memberi isyarat supaya aku pergi dari situ.

“Kurang asam Fatfat! Sedap mulut je panggil aku Sasa.Hahaha...tapi takpe, aku dah dapat apa yang aku nak.” Aku terus beredar dari situ sambil tersenyum.Kertas di tangan dibaca perlahan.

To Hazim,

I might have been in love before but it never felt this strong...

-Sasa-

Aku tersenyum apabila membaca apa yang ditulis oleh Adam.Memang Adam ni boleh diharap.Dan sebab itu jugaklah aku sayang dia sangat-sangat!

p/s : Promo je dulu ye :)

Photobucket

1 comment:

  1. hhahaha...
    promo die je nmpk mcm best je...
    nnty nk bcelarh...
    erm,ni ade kaitan ngn cerpen Aku + Kereta = Cinta kn??
    ttg ank Aiman ngn Adawiyah kn??
    Urm..nk Aleesa ngn Adam nnty..hehehe ^_^
    anyway,chayk2 akk~!! XD

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...