Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, July 28, 2011

Mysterious Clue Collectors 3

Bab 3

(Game 1 Begin)

Tit! Tit!

Teragak-agak Aniq untuk mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Masuk kali ni, dah hampir sepuluh kali dia menerima mesej yang sama. Mesej yang berbunyi Bersiap Sedia.

Tapi kali ni dia agak terkejut. Bukan mesej ‘Bersiap Sedia’ yang dia terima sebaliknya satu gambar. Gambar 7 tahun yang dulu! Gambar yang cukup mengerikan dan menakutkan dirinya sejak 7 tahun yang lalu.

Telefon bimbitnya mula berbunyi nyaring. Nombor yang sama yang sebelum ini selalu menghantar mesej menakutkan kepada dia.

“Hello.”

“Hahahaha! Dah tengok gambar adik kau?”

Aniq tersentak. “Kau siapa?!!” Dia sedikit menjerit. Jantungnya berdegup kencang.

Sekali lagi suara itu ketawa besar sebelum mendengus. “Aku pembunuh adik kau.”

Mata Aniq terus membulat. Tiba-tiba dia teringat kembali peristiwa yang berlaku dulu. Peristiwa di mana dia kehilangan adik perempuannya dan semua itu disebabkan oleh dia!

“Kau...”

“Hahaha! Kau ingat kau dah terlepas dari aku. Belum... kau belum terlepas. Mungkin lepas ni giliran kau. Bersiap sedia! Aku pasti akan dapatkan kau.” Terus talian diputuskan. Aniq memejam matanya rapat-rapat dan peristiwa yang menimpa adiknya dulu kembali menyeksa otaknya.

“Aniq...” Aniq berpaling ke belakang sebelum mendongak kepalanya memandang lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang. Encik Faiq menghulurkan tangannya ke arah Aniq untuk membantunya supaya berdiri.

“Dia telefon kamu?” Tanya Encik Faiq sebelum mengeluarkan sesuatu daripada poket kotnya lalu diserahkan kepada Aniq. Dia memang mengekori Aniq sejak dari pagi tadi kerana sejak kebelakangan ini, nota kecil Bersiap Sedia itu sering diterimanya.

“Nota yang sama bukan?”

Aniq mengangguk sebaik saja dia membaca nota yang tertulis di atas kertas kecil tersebut. “Dia nak bunuh saya.” Kata Aniq perlahan sambil menarik nafas sebelum menyambung, “Ni ke tujuan cikgu suruh saya masuk MCC?”

Encik Faiq mengangguk. “Sekurang-kurang kamu tak perlu nak tanggung benda ni seorang diri. Cikgu tak tahu kenapa dia nak kacau kamu dan ugut nak bunuh kamu. Yang cikgu tahu ahli MCC yang lain mungkin boleh bantu.” Jelas Encik Faiq sebelum menepuk bahu Aniq. Dia menghulurkan bluetooth yang sepatutnya dipakai oleh Aniq semalam sambil mengangguk kecil.

Perlahan-lahan Aniq mula mengambil bluetooth di tangan Encik Faiq lalu dipakaikan ke telinga kirinya.

“Sekarang ni kamu tekan butang kecil tu.” Aniq mengikut arahan Encik Faiq sebelum dia dapat mendengar suara Nurin, Alisya dan Hadif yang agak kuat sebelum disuruh senyap oleh Danial.

“Mereka bersedia nak bantu kamu...” Ucap Encik Faiq.

***

Danial menilik lama kertas yang berada di tangannya sekarang. Sesekali dia mengalihkan pandangannya ke arah Aniq yang berdiam diri sejak dari tadi. Gambar yang baru saja di’print’ oleh Puan Nazifa sebentar tadi ditenung lama.

“Dah banyak kali ke pembunuh ni mesej kau?” Soal Danial kepada Aniq yang hanya mengangguk.

“Dia bunuh adik kau?”

“Depan aku, diorang bunuh adik aku. Diorang tikam dia bertubi-tubi sampai aku tak boleh nak menjerit mintak tolong sebab aku terlampau terkejut. Aku hanya mampu tengok adik aku meraung sambil menangis sebelum dia diam. Muka aku ni dulu...” Aniq menyentuh mukanya sendiri dan dia seolah-olah dapat merasakan darah adiknya masih melekat di situ. “penuh dengan darah dia.”

Nurin yang mendengar menarik nafas dalam-dalam. Memang mengerikan! Mungkin sebab nilah, Aniq tak nak bercampur sangat dengan orang. Mungkin dia takut ataupun dia tak nak orang lain tahu kisah silam dia.

“Kita akan cari orang ni sampai jumpa!” Ucap Alisya sambil memandang Aniq.

“Kita hanya sekumpulan pelajar tingkatan 5 yang tiba-tiba perlu menjadi pengintip, Alisya. Dan kau fikir senang-senang je ke kita nak tangkap pembunuh yang menakutkan macam ni? Kita perlukan bantuan banyak pihak.“ Danial bersuara sambil memandang ke arah Alisya dengan pandangan yang tajam. Alisya terdiam sebelum menunduk mukanya.

“Tapi apa-apapun, kami akan bantu kau cari pembunuh ni dan kita akan pastikan dia dihukum.” Ucap Danial kemudiannya. Hadif menepuk bahu Aniq sambil mengangguk.

Aniq hanya mampu tersenyum tawar.

p/s : Enjoy! :)


Photobucket

7 comments:

  1. bez2...
    cpt la smbung...
    xsbar nk baca aper yg akn b'laku slps niey....

    ReplyDelete
  2. agaknye aniq xnk rapat ngn sesape sbb die xnk org yg rapat ngn die terima nasib yg same mcm adik die kot...huuu..trauma mgkn gak...sian gile adik die kene tikam bertubi-tubi...errr...parents dorg ade lg x?

    ReplyDelete
  3. Y-niey : Terima kasih :D Hehe..tgh menaip bab baru.

    cactaceous : a'ah..parents dia ada lgi. dlm bab lps ni, aniq citer psl ayah dgn mak dia. :)

    ReplyDelete
  4. tragis juga apa yang berlaku dalam hidup ANiq..

    ReplyDelete
  5. huhuhu kesian aniq tapi kenape baru sekarang pembunuh tu cari dia?btw best2...moon, nk lg...hehe

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...