Wednesday, July 27, 2011

Mysterious Clue Collectors 2

Bab 2

“Oh, bagus!! Semua dah ada dekat sini. Terima kasih Nurin...”Encik Faiq tersenyum ke arah Nurin sebelum memandang ke arah Alisya, Danial, Hadif dan yang terakhir ke arah Aniq yang kelihatan seperti tidak berpuas hati.

“Kenapa dengan kamu, Aniq?”

Aniq merengus geram sambil memandang Nurin dengan tajam. Semuanya sebab Nurinlah, dia terpaksa duduk dalam bilik ni dengan diorang semua ni! Kalau bukan disebabkan handphone dia yang telah dicuri oleh Nurin secara senyap, confirm dia tak duduk sini sekarang ni.

“Nah, handphone kau.” Nurin menolak telefon bimbit Aniq. Dia tersenyum sinis kerana berjaya jugak bawak budak sombong tu datang sini.

Puan Nazifa tersenyum kecil. Baru dia tahu macam mana Aniq boleh nak datang sini. Dia mengerling ke arah Danial dan Hadif yang kelihatan tenang je.

“Kamu berdua datang sini tanpa bantahan ke?” Soal Puan Nazifa. Danial dan Hadif serentak memandang ke arahnya.

“Tak ada...” Balas Hadif sambil tersenyum.

“Saya tak ada sebarang bantahan.” Balas Danial pula tanpa secalit senyuman.

“Kamu pulak, Alisya?” Puan Nazifa mengalihkan pandangan ke arah Alisya.

Alisya hanya menggeleng sambil merenung kerongsang bintang yang tersemat di tudung Puan Nazifa. Kerongsang yang sama macam dia pakai sekarang...

“Kenapa cikgu nak jumpa kami berlima?” Tanya Nurin.

Encik Faiq tersenyum sebelum mengambil sesuatu dari meja di belakangnya. Dia berpaling ke arah Puan Nazifa sebelum mengangguk kecil.

“Kamu ni pelajar yang terpilih...”

“Terpilih?” Serentak mereka berlima bersuara.

“Yup. Terpilih...”

“Kenapa terpilih pulak?” Aniq bertanya dengan dahi yang berkerut. Dia terpilih? Nak tergelak pun ada.

“Kamu semua ni ahli MCC yang baru...” Terang Puan Nazifa pula.

“Apa? MCC? Apa benda tu?”

“Mysterious Clue Collectors...”

“Apa?!” Sekali lagi lima suara bergabung. Encik Faiq dan Puan Nazifa dah saling memandang antara satu sama lain. Susahnya nak terangkan dekat budak-budak ni!

“Ambik fail ni. Dalam ni ada semua maklumat pasal kamu semua dan jugak sedikit sebanyak pasal MCC.”

Puan Nazifa menyerahkan fail berwarna hitam kepada mereka semua. Alisya membaca setiap helaian sebelum memandang Encik Faiq dan Puan Nazifa. Setiap maklumat yang terdapat dalam fail ni memeningkan kepala dia. Semuanya pelik dan agak menakutkan.

“Saya tak fahamlah, cikgu. Apa benda MCC ni? Dan lagi satu, kenapa pakaian sekolah dekat sini pelik? Kenapa kena pakai blazer? Baju seragam ni pelik! Jarang tau sekolah dekat Malaysia ni pakai macam ni. Blazer, kemeja, tali leher, seluar... Kalau ayah tak bagitahu saya pasal akademi ni, confirm saya tak tahu akademi ni wujud. Dan lagi satu, apa maksud bintang ni?” Soal Alisya panjang lebar sambil menayangkan kerongsang bintang yang tersemat di blazernya. Dari tadi dia nak tanya soalan ni tapi sekarang ni je baru nak terluah.

Encik Faiq ketawa kecil. “Awak tak suka ke pakai blazer, Alisya? Bukan ke nampak kemas kalau pakai blazer. Memang akademi ni pelik sikit dan memang betul, sikit je orang tahu yang akademi ni wujud. Dan bintang ni...” Encik Faiq menghalakan jari telunjuknya ke arah kerongsang bintang yang tersemat di tali lehernya. “ Lambang MCC. Cikgu pun ada kerongsang tu jugak.”

“Maknanya dari awal lagi, cikgu dah pilih kami jadi ahli MCC ni?” Kata Danial perlahan.

“Yup. Memang dari awal lagi kami dah pilih kamu berlima ni jadi ahli MCC. Lagipun, ayah kamu dulu pun ahli MCC jugak.” Balas Puan Nazifa sambil menyerahkan sebuah kotak kecil kepada setiap seorang.

“Dalam ni, ada bluetooth. Kamu boleh guna benda ni untuk berkomunikasi sesama sendiri.”

Tiba-tiba Aniq bangun dari duduknya sambil memandang ke arah Encik Faiq dan Puan Nazifa. “Saya tak kata saya nak jadi ahli kumpulan gila ni.”

“Ni bukan kumpulan gila, Aniq.”

“Untuk apa pasukan ni perlu ada dalam akademi ni?” Dia pelik.

“Kamu tak tahu apa-apa, Aniq. Bila kamu dah jadi ahli MCC, barulah kamu tahu segala-galanya.” Encik Faiq berkata sambil mengeluarkan bluetooth yang sepatutnya menjadi hak milik Aniq dari kotaknya. “Ambiklah...”

Aniq hanya merenung bluetooth yang ada di atas tapak tangan Encik Faiq sebelum menggeleng kepalanya. “Maaf. Saya tak boleh... Saya mintak diri dulu.”

Dia terus berlalu pergi. Nurin dan Alisya hanya mampu menarik nafas panjang sambil memandang ke arah pintu kelas yang dah tertutup rapat. Danial dan Hadif pula merenung kotak di hadapan mereka sekarang.

“Mysterious Clue Collectors...” Ucap Danial perlahan sambil menyentuh hujung kotak yang terletak di hadapannya sekarang. “Kalau saya setuju, apa yang saya dapat?” Tanya Danial sambil mengeluarkan bluetooth miliknya keluar dari dalam kotak. Kemudian, dia memandang ke arah Encik Faiq dan Puan Nazifa.

“Kamu boleh tahu macam-macam benda pasal akademi ni...”

“Kalau macam tu, saya setuju.” Danial memakai bluetooth tadi ke telinga kanannya. Entah kenapa, dia memang teringin nak tahu banyak benda pasal akademi ni. Encik Faiq tersenyum senang. Akhirnya ada seorang yang dah bersetuju!

“MCC ni nampak seronok jugak! Jadi, saya pun setuju!” Hadif pula memakai bluetooth ke telinga kirinyanya. Yang tinggal sekarang, hanya Nurin dan Alisya.

“Nurin... Alisya...” Puan Nazifa memandang mereka berdua. Alisya menarik nafasnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. “Saya setuju.” Dia sendiri pun pelik kenapa dia bersetuju dengan semua ni. Nampak macam mengarut pun ada.

Nurin memandang Alisya yang sudah memakai bluetooth ke telinganya. Sekarang ni hanya tinggal dia lagi.

“Cikgu...”

“Ya?”

“Kenapa saya tak pernah dengar pasal MCC ni pun sebelum ni?”

Encik Faiq menghela nafas panjang. “MCC perlu dirahsiakan sebab kalau orang tahu, bahaya nanti.”

“Lagi satu, cikgu nak ingatkan kamu semua... menjadi MCC Forces bukan satu benda yang senang. Kamu perlu berkorban banyak benda...” Sambung Puan Nazifa pula sambil memandang setiap pelajar di hadapannya sekarang.

Nurin menarik nafas sebelum mengangguk. Lagipun tak tahan tengok muka Encik Faiq dengan Puan Nazifa yang nampak berharap sangat. “Saya setuju jadi ahli MCC.”

“Baguslah!” Puan Nazifa tersenyum senang. “Sekarang ni yang tinggal cuma...”

“Aniq...” Jawab mereka semua serentak. Bermasalah betullah budak tu!

***

“MCC? Huh!” Gerutu Aniq sambil berjalan ke asramanya. Semua ni tak masuk akal! Dahlah kena paksa masuk akademi ni! Sekarang ni ada pulak MCC! Tension betul!

“Aniq!”

Aniq berpaling ke belakang sebelum mendengus geram. Dia kembali berjalan tanpa mempedulikan Nurin yang mengejarnya di belakang.

“Aniq, tunggu aku!”

“Jangan kacau aku!”

Nurin berdiri di hadapan Aniq sambil menarik nafasnya. “Kau kena fikir betul-betul pasal MCC ni.”

“Aku dah fikir betul-betul! Aku tak nak masuk benda gila macam tu...”

“Kenapa kau ni degil sangat?” Tanya Nurin sambil mengenggam tangannya. Aniq berhenti berjalan sebelum memandang Nurin.

“Aku tak nak jadi ahli untuk kumpulan pelik macam tu. Mysterious Clue Collectors? Apa tu? Sejak bila pulak sebuah akademi yang cemerlang macam ni perlukan spy? Kau tak rasa pelik ke?” Aniq bertanya sambil memandang muka Nurin yang berubah sedikit.

“Aku percaya cikgu ada sebab pilih kita jadi MCC.”

“Maaf Nurin. Aku tak boleh...” Ucap Aniq sebelum berjalan pergi. Kali ni Nurin tidak menghalang sebelum menyentuh bluetooth di telinga kanannya yang tersembunyi di sebalik tudung sekolahnya.

“Dah dengar apa dia cakap?”

Encik Faiq melepaskan helaan nafas sebelum memandang ahli MCC yang lain. “Dah. Awak boleh balik sekarang.”

“Kamu pun boleh balik sekarang...”Kata Encik Faiq sambil memandang Alisya, Danial dan Hadif. Masing-masing hanya mengangguk sebelum beredar dari situ.

Puan Nazifa menghampiri suaminya sebelum memaut lembut bahu suaminya. “Kita pasti boleh pujuk Aniq nanti. InsyaAllah...”

“Abang takut diorang dalam bahaya nanti.”

Puan Nazifa mengangguk. Dia faham kenapa suami dia risau sangat pasal Aniq yang masih belum bersetuju untuk menjadi ahli MCC. Kalau boleh mereka berdua nak semua setuju jadi ahli MCC. Ni sajalah cara untuk memastikan mereka selamat.

Encik Faiq mengeluarkan kertas kecil dari poket seluarnya. Nota yang tertulis di atas kertas itu merisaukan dirinya. Ringkas tapi penuh dengan maksud yang tersirat.

Bersiap sedia.



Photobucket

5 comments:

  1. br berkesempatan nak bace....best juga yer....thriller tu....suke2....nk tau gak ape yg terjadi lepas diorg terpilih tu..hehe

    ReplyDelete
  2. npe aniq xnk eh snanye...huu..ke die mmg xsuke bercampur ngn org?huu

    ReplyDelete
  3. Sis Zura : hehe..tq sis :D

    cactaceous : dia ada masa silam yg agak tragis. :)

    ReplyDelete
  4. mcm best..tak sabar nk tahu seterusnya..

    ReplyDelete
  5. Wahhhh . ape pulak daah kertas tu . uuuuuu mendebarkan ,

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers