Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, July 25, 2011

Mysterious Clue Collectors 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :) Nilah Mysterious Clue Collectors Part 1. Harap semua enjoy. Cerita ni berdasarkan imaginasi saya so mungkin ada yang tak logik. Hehe... :D Tapi apa-apa harap semua enjoy! Comments are loved ~ ♥

“Akademi ini mula dibina pada tahun 1960 oleh Tuan Farouq yang merupakan pengetua pertama. Sampai sekarang, pengetua masih mengekalkan polisi yang sama bagi memastikan akademi ini menjadi sebuah akademi yang terbaik.”

Aina tersenyum sedikit. “This way, please...”

“Di sebelah kiri korang semua, ada satu blok yang menempatkan kelas bagi tingkatan 4 dan juga tingkatan 5. Dan di sebelah kiri kamu terletaknya bangunan pejabat dan juga makmal sains. Faham?” Tanyanya.

“Faham...” Jawab kelima-limanya serentak. Aina mengalihkan pandangannya ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang membaca buku.

“Alisya...”

Alisya mengangkat mukanya sebelum menutup buku yang sedang dibacanya.

“Ya?”

“Kau faham apa yang aku cakap tadi?”

Alisya mengangguk tanda faham. Dia mengerling ke arah pelajar-pelajar yang turut bersamanya ketika ini. Masing-masing memakai kerongsang berbentuk bintang yang disematkan di atas blazer sama seperti yang dia pakai sekarang. Apa maksud bintang ni sebenarnya?

“Kalau ikutkan, sekolah ni memang jarang sangat terima pelajar baru. Nak-nak pelajar tingkatan 5.” Kata Aina sambil memeluk tubuhnya. Setiap seorang daripada pelajar baru di hadapannya dipandang dengan riak muka kurang percaya. Pelik betul! Macam mana diorang semua ni boleh masuk sekolah ni?

Aniq tersenyum sinis. “Kau nak kata yang kami ni tak layak sekolah dekat sini?”

Aina menggeleng sambil ketawa kecil. “Cuma pelik. Itu aje... Lagipun aku kenal setiap seorang daripada korang semua.”

Aina memandang Danial yang berdiri paling dekat dengannya sekarang. “Izzat Danial. Anak kepada bekas pelajar sekolah ini jugak.”

Kali ini pandangan Aina beralih kepada Aniq pula. “Kau Danish Aniq. Juga anak kepada bekas pelajar sekolah ini. Seorang yang agak panas baran...”

“Dan kau pulak...” Kini dia memandang ke arah Alisya. “Alisya Dania... anak kepada bekas ketua pengawas sekolah.”

“Nurin Ardini...” Dia tersenyum sedikit. Nurin hanya memandangnya dengan muka tanpa riak.

“Bekas pelajar sekolah ni...”

Masing-masing mula memandang Nurin yang hanya mendiamkan diri.

“Bekas pelajar?” Tanya Aniq pelik. Bekas pelajar tapi lepas tu masuk balik?

“Dia pindah sekolah lain dan akhirnya kembali ke sini semula..” Jelas Aina sebelum mengalihkan pandangannya ke arah seorang lagi pelajar.

“Dan yang terakhir, Hadif Hafiy... Anak kepada bekas pengetua yang ketiga.”

Aina menepuk tangannya. “Bukan calang-calang orang ayah korang ni kan?”

Alisya memandang dinding di sebelah kanannya yang diletakkan keputusan ujian bagi pelajar tingkatan 5. Dia tersenyum sinis sebaik saja melihat nama Aina yang terletak di tempat keempat. Agak rendah bagi seorang yang kelihatan cukup pandai berkata-kata.

“Kau dapat nombor 4?” Soal Alisya sambil memandang ke arah Aina yang hanya mendiamkan diri.

“Mungkin satu hari nanti aku akan dapat nombor 1.” Balas Aina perlahan sebelum mula melangkah ke hadapan.

“Jom, aku nak tunjuk tempat lain pulak.”

Alisya tersenyum sedikit. Nampak sangat yang Aina tak selesa bila sebut pasal nombor tingkatan ni.

“Aku nak ingat korang semua...” Aina berhenti berjalan. “Sekolah ni bukan sebarangan sekolah. Jangan cuba nak buat apa-apa yang menyalahi peraturan sekolah.”

Nurin berdiri di sebelah Aina lalu menepuk bahunya perlahan. “Ingatkan diri kau dulu sebelum ingatkan orang lain...”

Nurin mengukir senyuman sinis sebelum berlalu pergi dari situ. Malas nak ikut mereka mengelilingi kawasan sekolah. Selok-belok sekolah ni semuanya dia tahu, jadi daripada membuang masa baik dia buat kerja lain.

“Nurin!” Panggil Aina tetapi Nurin hanya mengangkat tangannya tanda dia ingin beredar dari situ.

Aina mengetap gigi dan mengenggam tangannya kuat. Apa maksud kata-kata Nurin tadi? Nurin tahu sesuatu pasal dia ke?

***

“Kenapa kau masuk balik sekolah ni?” Nurin yang baru ingin melangkah, berhenti lalu memandang ke arah Aniq yang berdiri di belakangnya. Nurin mengukir senyuman kecil.

“Kenapa kau nak tahu?”

Aniq tersenyum sinis. “Kau dah keluar dari sini tapi kau masuk balik. Mesti ada sebabnya kan?”

“Salah ke kalau aku nak masuk balik dekat sini?” Soal Nurin sambil berpeluk tubuh.

Aniq menggeleng. “Tak. Cuma aku dapat rasakan, ada sesuatu yang kau rahsiakan...”

Nurin baru ingin membalas kata-kata Aniq apabila dia dapat mengesan cahaya flash yang datang dari balik sebatang pokok. Dia memalingkan kepalanya ke sebelah kanan sebelum melepaskan keluhan lemah.

“Encik Faiq... Puan Nazifa...”

Aniq turut memandang ke arah yang sama dengan dahi yang berkerut. Siapa yang dia panggil?

Perlahan-lahan Encik Faiq dan Puan Nazifa keluar dari balik pokok sambil tersenyum kecil. Telefon bimbit di tangan dimasukkan ke dalam poket seluar masing-masing.

“Pemerhatian yang sangat bagus, Nurin...” Puji Puan Nazifa.

“Saya kenal puan dengan encik dah lama. Suka sangat tangkap gambar orang...”

Encik Faiq menghampiri Aniq lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat. “Kamu Aniq kan?”

Aniq mengangguk. Dia memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan yang pelik.

“Saya Cikgu Faiq dan ini isteri saya, Cikgu Nazifa...Cikgu ada benda nak mintak tolong dengan awak sebenarnya. Boleh tak kalau awak bagitahu dekat kawan-kawan awak yang baru tadi tu, mintak diorang pergi dekat kelas 301 petang nanti?”

“Mereka bukan kawan saya...”Bidas Aniq cepat. Dia mengerling ke arah Nurin yang hanya beriak selamba.

“Kamu semua akan jadi kawan baik tak lama lagi...”Balas Puan Nazifa pula turut tersenyum.

“Saya tak rasa macam tu....” Aniq mula berjalan pergi dari situ. Kawan baik? Huh! Dia tak perlukan kawan.

“Sombong!” Ucap Nurin perlahan sambil memerhatikan langkah Aniq yang semakin menjauh.

“Dia tak sombong, Nurin...” Balas Puan Nazifa perlahan sambil memerhatikan langkah Aniq yang semakin menjauh.

“Kenapa cikgu nak jumpa budak-budak baru tu?”

Encik Faiq ketawa kecil. “Awak pun termasuk sekali dalam budak-budak baru tu, Nurin...”

“Kenapa pulak?”

“Datang jelah nanti kat kelas tu. Make sure semua orang ada. Cikgu nak awak berlima mesti ada petang ni. Pasal Aniq, pandai-pandailah pujuk dia ye...”

Encik Faiq segera menarik tangan isterinya meninggalkan Nurin tercengang seorang diri. Aku pulak yang yang kena? Huh!


Photobucket

2 comments:

  1. Rasa cam baca komik Detective School Q. Sukaa... ><
    Ni yang rasa mcm nak karang balik cter ala2 detektif. hahaa.. cpat2 smbung tau!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...