Saturday, July 23, 2011

Liya's Update :)

Bismillahirrahmanirrahim ~ In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :)

Apa khabar semua readers Prince Charming? Terima kasih sesangat sebab masih lagi singgah dekat sini walaupun dah lama eden tak update entry baru. Sorry ye! :) Sebelum ni eden sambung belajar tapi sekarang ni dah keluar atas sebab-sebab tertentu. Sebabnya....eden dapat masuk maktab jadi cikgu Bahasa Inggeris. Alhamdulillah... :) *Hati lembut tapi muka ganas. Budak-budak takut tak nanti dengan aku? :O

Tapi walaupun pelbagai onak dan ranjau perlu ditempuhi ( HIPERBOLA je `ni! ) alhamdulillah berjaya jugak eden siapkan cerpen Oh Madi, Aku Suka Kau! Roommate eden yang comel lagi baik hati yang bagi idea untuk cerpen ni. Dan saya abadikan nama dia sebagai watak utama :D Madi, cerpen ni untuk kau ye! :D Harap nanti semua orang baca kisah Madihah binti Tahir ni ye ;) Nanti saya hantar kat penulisan2u dan insyaAllah, esok korang dah boleh baca :D

Lepas tu, saya nak mintak maaf sebab dah lama tak update BC, OL, CSJ, dengan HIKT :( Saya ada writer's block untuk sambung semua novel-novel tu. Cerpen ni pun orang yang bagi idea. Tapi, eden ada mini novel untuk semua :) Tajuk dia Mysterious Clue Collectors. Nak kata aksi, err...tak sure lah pulak. Tapi macam spy sikitlah. Ni sebab cita-cita dulu nak jadi SPY, tapi akhirnya disebabkan jumlah lemak yang terkumpul di badan berlebihan.... eden akhirnya memadamkan cita-cita itu. *dengan penuh nada sebak.

Oh ye, kepada yang dah tempah enovel dengan cerpen tu, saya tengah nak siapkan cover dia :D Ngeh ngeh... cover tu saya buat sendiri. Jadi harap-harap korang sukalah ye :) Nanti saya contact dekat sape2 yang dah bagi nombor telefon tu pasal bayaran sume2 tu ye. Terima kasih kerana sudi berurus niaga dengan saya *tunduk hormat.

Lagi satu, hehehe...sape yang ada idea untuk sambung mana2 enovel saya ataupun cerpen2 yang akan datang, bolehlah bagitahu saya :) Nanti saya jadikan orang yang bagi idea tu sebagai watak utama ;) Nama hero pun boleh pilih. Tapi tak paksa tau. :) Hehe..

Dekat bawah ni, ada sipnosis untuk Mysterious Clue Collectors dengan beberapa cerita baru yang ada dalam kepala eden ni ha...tapi tak tulis lagi. =.='


Pasukan Mysterious Clue Collectors atau MCC Forces telah melindungi Akademi Farouq secara rahsia sejak dari dahulu lagi tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, MCC Forces telah dibubarkan dan kejahatan mula merebak di dalam akademi tersebut selepas beberapa tahun keadaan di akademi itu aman. Dua ahli terakhir bagi MCC Forces yang sebelum ini, Encik Faiq dan Puan Nazifa telah memutuskan untuk menjadikan 5 orang pelajar baru, (Danial) "1", (Alisya) "2", (Aniq) "3", (Nurin) "4", (Hadif) "5", bagi membentuk satu generasi baru MCC Forces untuk memulihkan keamanan dan menyelesaikan misteri yang sering berlaku di akademi tersebut. Generasi baru MCC Forces bukan saja perlu mengetahui siapa sebenarnya "Master Game" tapi di masa yang sama juga perlu membuka rahsia mengenai Akademi Farouq, pelajar dan diri mereka sendiri.

p/s : Eden tak reti tulis sipnosis!


Okey, ni tulis sipnosis ikut sedap hati.

Ada sebuah sekolah asrama ni. Bukan sekolah asrama elit tapi sekolah asrama biasa je. Novel ni bukan pasal budak-budak kelas depan ye. :) Lepas tu, satu hari ada 7 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan masuk sekolah ni. Masa ni diorang ni form 4. Nak dijadikan cerita, diorang ni masuk kelas yang sama. Nama je kelas sama tapi asyik bergaduh. Yang lelaki tak suka perangai perempuan, yang perempuan pun tak suka perangai lelaki. Masa ni diorang ni duduk kelas paling belakang. Diorang ni kurang kawan sebab budak-budak yang lain memang suka perkecilkan diorang ni. Satu hari tu ada pertandingan... masa ni guru kelas diorang Encik Reza perlukan bantuan diorang untuk menang. Boleh ke orang yang selalu bergaduh bergabung? Boleh ke orang yang asyik berperang dalam kelas bersatu hati untuk tolong Encik Reza?
Hehehe...kita tengoklah nanti ye ;)

p/s : Makin merapu...

Ni cerpen :) Hehehe... Sipnosis? Biarlah rahsia dulu. Boleh? :D


Much love,
Moon/Liya Zafrina


Photobucket

No comments:

Post a Comment

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers