Monday, April 4, 2011

Hanya Ingin Kau Tahu 13

BAB 13

HARITH memandang laut yang terbentang luas di hadapannya dengan hati yang pedih.Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangan.Sudah hampir 3 jam, dia duduk di sini tanpa arah tujuan.Kejadian beberapa hari yang lepas benar-benar menganggu fikirannya.Sudah puas dibuang tetapi tetap juga datang menjengah.Kata-kata Lisa kembali terngiang-ngiang di telinganya.

“Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya walaupun sekejap.”

Dia menghela nafas panjang sambil menekup muka menggunakan dua tapak tangannya.

Win your love!”kali ini kata-kata Farisya pula terngiang-ngiang di telinga.

Akhirnya dia mengeluh lemah.Sakit kepalanya memikirkan semua ini.

“Assalamualaikum.”

Harith berpaling ke belakang.Membulat matanya apabila melihat siapa yang sedang berdiri di belakangnya.

“Risya?”

“You belum jawab salam I.” Kata Farisya sambil duduk di sebelah Harith.

Harith tergelak kecil.”Waalaikumussalam.You menghilang ke mana? Mama dengan papa you risau tau.”

“Tak ke mana.I cuma mencari ketenangan.Don’t worry about my parents.I dah call mereka.Kenapa you nampak muram je?” Tanya Farisya sambil memandang muka Harith yang kelihatan kusut.

“Lisa dah nak kahwin dengan Rafiq.”

“Apa?!”

“Yup. They are going to be married soon.” Harith memandang Farisya.

“You tak halang ke? You know how much she loves you, don’t you?” Soal Farisya dengan suara yang agak kuat.

“ Kami tak ada jodoh.”

“Senang je you cakap kan? You sanggup lepaskan dia pada Rafiq. I tahu you sayangkan Rafiq sebab dia kawan baik you dari kecil but you can’t do this! Lisa...kesian dia.”

“Dia terima lamaran Rafiq.Dari situ kita dah boleh lihat dia pilih siapa.Bukan I tapi Rafiq.Lagipun Rafiq lebih layak untuk menjaga dia.”

“Susahlah cakap dengan you ni. I lepaskan you bukan untuk tengok you give up, okay!”

Harith memandang Farisya sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“I dah lama berputus asa.” Balas Harith perlahan sambil menguis pasir di kaki.Dia akui bukan mudah untuk melupakan Lisa kerana Lisa begitu istimewa di dalam hatinya.Lebih istimewa daripada Farisya sebenarnya walaupun dulu dia amat menyayangi Farisya.

“Harith yang I kenal bukan macam ni.Dia kuat! Tak mudah putus asa.What happened to you, Harith? Please don’t give up.” Suara Farisya sudah berubah menjadi sayu.Tak tahan melihat Harith menjadi begini.Seolah-olah Harith yang dulu telah hilang sama sekali.Harith yang berani, Harith yang kuat semangat...semuanya dah hilang.

“Dia bukan untuk I, Risya.Everything happens for a reason.”

Farisya bangkit dari duduknya.Mengibas seluarnya yang terkena pasir sebelum membalas pandangan Harith yang memandangnya dengan kerutan di dahi.

“You nak pergi mana?”

I need to go now.Banyak benda yang I perlu selesaikan but don’t worry.You’ll be seeing me soon.Take care.Assalamualaikum.”

“You marah ke?”

“I tak layak marah you.Tapi sebagai seorang kawan, I boleh bagitahu you...yang you dah buat keputusan yang salah.”

Tanpa memandang Harith lagi, Farisya terus berjalan ke arah keretanya.Dia tekad! Walau macam mana sekalipun, Harith dan Lisa perlu dibantu walaupun bagaimana cara sekalipun!

****

“LISA!”

“Kenapa, Mak Kiah?” Soal Lisa khuatir apabila melihat wajah Mak Kiah yang pucat.Tangannya terketar-ketar sambil memegang telefon.

“Risya! Dia sakit! Mak Kiah risau dia duduk sorang-sorang.”

“Hah? Dia kat mana sekarang? Jom kita pergi cari dia.” Lisa sudah memegang tangan Mak Kiah.

“Dekat rumah sewa dia.Kita naik teksi ye.Tak nak susahkan Rafiq malam-malam macam ni.Lagipun dah malam sangat ni.”

Lisa cepat-cepat mengangguk.

“Mak Kiah call teksi dulu.Lisa pergi pakai tudung kejap.” Dia bergegas naik ke biliknya untuk mengambil tudung dan beg duit.

“Teksi dah sampai.Jom kita pergi sekarang.”

Lisa mengunci pintu.Sempat juga dia meninggalkan pesanan buat Rafiq supaya tidak tercari-cari nanti.Selepas itu segera dia mengikut langkah Mak Kiah yang kelihatan sangat risau.

“Mak Kiah jangan risau.InsyaAllah tak ada apa-apa ye.”

“Mak Kiah takut jadi apa-apa kat dia.Dahlah tinggal sorang-sorang.” Balas Mak Kiah.

“Kita doakan yang baik-baik je ye.”

Mak Kiah hanya mengangguk sambil memandang ke luar cermin kereta.Dia mengerling ke arah Lisa.Maafkan Mak Kiah, Lisa.Semua ini demi kebahagiaan Lisa.

****

“Ni ke rumahnya Mak Kiah?” Tanya Lisa sambil memandang Mak Kiah yang berdiri di belakangnya.Mak Kiah hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.

“Lisa masuk dulu ye.Mak Kiah nak pergi kedai runcit tu.Nak tengok apa yang patut nak bagi Risya makan.Orang sakit selalunya tak berapa berselera nak makan.” Kata Mak Kiah sambil menunjuk ke arah sebuah kedai runcit yang terletak tidak terlalu jauh dari rumah sewa Farisya.

Lisa hanya mengangguk.Dia kemudiannya mengetuk pintu rumah Farisya.Berkali-kali jugak dia mengetuk tetapi dia langsung tak mendengar sebarang bunyi pun.

“Assalamualaikum Cik Risya.Ni Lisa.”

Hati Lisa mula kurang enak.Kenapa senyap je? Dia menyentuh tombol pintu dan tiba-tiba pintu itu terbuka.Pintu rumahnya pun tak berkunci.Pelik!

“Cik Risya...”

Suasana rumah itu yang agak suram membuatkan Lisa sedikit seram.Cuma satu lampu kecil sahaja yang dibuka.Yang lain semuanya ditutup.

“Cik Risya...” Panggilnya lagi sekali.

“Cik...” Tiba-tiba mulutnya ditekup.Meronta-ronta Lisa cuba melepaskan diri dari penyerangnya yang sememangnya berbadan besar.Tak lama selepas itu, rontaannya mula lemah dan dia terkulai layu.Sempat dia mendengar suara seorang wanita yang datang menghampirinya.

“Maafkan saya, Lisa...”

Selepas itu, semuanya menjadi gelap.

****

Harith membuka matanya perlahan-lahan sambil memicit kepalanya yang pening sangat.Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku semalam tetapi semakin dipaksa otaknya untuk berfungsi, semakin dia tidak dapat mengingati apa-apa.Suasana bilik tidur yang berlainan membuatkan dia pelik.Di manakah dia sekarang?

Dia berpaling ke sebelah kiri.Terkejut apabila melihat seorang gadis nyenyak tidur di sebelahnya.

“Astaghfirullahalazim....” Dia bingkas bangun dari katil.Dia mengamati wajah gadis tersebut.Dia kenal sangat perempuan ni.

“Lisa!” Perlahan-lahan dia menghampiri Lisa dan mencuit bahu gadis tersebut.

“Lisa, bangun.”

Lisa yang merasakan sentuhan di bahunya mula membuka mata.Apabila melihat keadaan bilik yang sememangnya sangat berbeza membuatkan dia takut.

“Lisa...”

Dia berpaling memandang lelaki yang sedang berdiri di belakangnya.

“Encik! Encik buat apa kat sini? Macam mana saya...”

“Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada dekat sini.Aku tak ingat apa-apa.Kau pulak macam mana boleh ada dekat sini?” Soal Harith sambil memandang ke arah Lisa.

“Saya...saya sepatutnya pergi rumah Cik Risya.Mak Kiah cakap dia sakit.Lepas tu Mak Kiah suruh saya masuk dalam rumah tu dulu.Saya peliklah...Mana Mak Kiah ye?”

Harith menjungkit bahu.

”Jomlah kita keluar dari sini.”

Baru sahaja Harith ingin mencapai tombol pintu, tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat.Spontan Harith memandang Lisa yang kelihatan agak pucat.

Perlahan-lahan Harith mula membuka pintu.Hampir luruh jantungnya apabila melihat beberapa orang lelaki sedang memandang mereka berdua dengan pandangan yang tajam.Lisa dah mula menangis.

Saat itu juga Harith mula teringat kembali apa yang terjadi semalam.Semuanya kembali berputar di ingatannya.

Farisya!

I’m sorry, Harith.This is for your own good!” Itu suara Farisya.Farisya yang telah membawanya ke bilik ni.Harith berpaling ke arah Lisa yang menekup mulutnya sambil menangis.

Farisya, what have you done?!


p/s : Dah lama tak post HIKT :) Enjoy!


Photobucket

12 comments:

  1. wlaupun cre risya n m.kiah nie mcm xptut jer..tp ok kot..sekurg2nya diorg dpt kawen..heehehhe
    yana nk lgi...

    ReplyDelete
  2. Amira : Hehe...teruklah Risya dgn Mak Kiah nak menjawab nanti dgn Rafiq :)

    ReplyDelete
  3. suke cite awk
    so,
    rajin2 la post n3 klau ada masa

    ReplyDelete
  4. erk.....tak patut...tak patut...sian gak kat Rafiq......

    ReplyDelete
  5. Ezz an : :) mgkin jodoh Lisa bukan dgn Rafiq.

    ReplyDelete
  6. niat risya baik, cuma dia guna cara yang salah...
    writer, smbung cepat... ;)
    nk taw apa jdi pas nie... ^_^

    ReplyDelete
  7. Lamanya le tgu n3 baru...pleassseee

    ReplyDelete
  8. Lamanya le tgu n3 baru nie...

    ReplyDelete
  9. nak lagi.....smbg cepat2 ye...tak mau lama2...dah rindu sangat gan harith & lisa...best...!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Lamanya tggu n3 bru... xnk smbg dh kew???

    ReplyDelete
  11. laaa..confirm sangat novel ni bergantung.. :( lme tggu..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers