Tuesday, March 1, 2011

Bertemu Cintaku Part 15

BAB 15

Asyraf Amir

“Kalau awak perlukan teman, just call me.I’ll be there for you.”

“ASSALAMUALAIKUM.”

Liya berpaling ke sebelah kanan sebelum membalas senyuman Asyraf.Perlahan-lahan Asyraf melabuhkan punggung di kerusi batu di sebelah Liya sambil memandang ke arah pantai.

“Saya nak minta maaf.” Ucap Asyraf perlahan tapi masih mampu didengari oleh Liya.

“Untuk apa?”

“Untuk hari tu.Saya tuduh awak dengan Zaf ada hubungan.” Balas Asyraf sambil memandang ke arah Liya.Sebenarnya dia masih serba salah untuk berbicara dengan Liya tetapi selagi dia tidak meminta maaf, selagi itulah hatinya tak tenang.

Liya tersenyum kecil sambil bangkit dari duduknya.Dia berjalan perlahan-lahan ke arah pantai sebelum mendepakan tangannya.Segar menerima tiupan angin pantai yang sangat nyaman.Asyraf berdiri di sebelahnya sambil melakukan perkara yang sama.

“Saya tak salahkan awak.”

“Kita kawan?”

Liya menggangguk kecil.”Mestilah.”

“Kalau awak perlukan teman, just call me.I’ll be there for you.” Kata Asyraf sambil berdiri di hadapan Liya.

Liya ketawa kecil.Dia memandang lelaki di hadapannya ini.Perlahan-lahan dia menggangguk.Tak salah jika dia menerima Asyraf sebagai kawan.Lagipun, Asyraf bukanlah seorang yang jahat cuma dia je yang suka berfikiran yang bukan-bukan.

Good then!” Asyraf menepuk tangannya sambil tersengih gembira.Senang hatinya kerana berjaya mendekati Liya yang selama ini selalu dingin dengan dirinya.

“Liya! Kau buat apa tu?”

Asyraf dan Liya berpaling ke belakang.Nahi dan Tinah sedang mendekati mereka dengan muka yang masam mencuka.Zafran, Haikal dan Taufiq pula hanya berdiri di situ sambil memandang dengan tajam.Liya mengerling sekilas ke arah Asyraf.

“Sembang dengan Asyraf je.Kenapa?” Soal Liya sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa nak sembang dengan dia ni? Bukan ke dia ni dah sakitkan hati kita semua?” Tanya Nahi sambil bercekak pinggang. Dia menjeling Asyraf yang hanya diam sahaja di sebelah Liya.

“Setiap orang buat salah.Dia dah mintak maaf jadi aku pun maafkanlah dia.Dia kawan aku sekarang.”

What?!” Jerit Nahi dan Tinah sedikit kuat.Mereka memandang Liya dengan muka yang tidak berpuas hati.Geram dengan sikap Liya yang sangat lembut.

“Lah, kenapa nak terkejutnya? Salah ke kami berkawan?” Soal Liya sambil memandang Nahi dan Tinah.Mereka berdua memandang antara satu sama lain sebelum mendiamkan diri.Tidak tahu apa yang harus dikatakan.

“Err..saya mintak diri dulu ye.” Kata Asyraf sebaik sahaja merasakan yang kehadirannya memang sangat tidak dialu-alukan di sini.Asyraf baru ingin melangkah apabila dipanggil oleh Liya.

“Saya ikut awak.”

Liya berdiri di sebelah Asyraf sebelum mereka mula berjalan beriringan.Liya memalingkan kepala ke belakang dan melihat ke arah Zafran yang sedang sibuk berbual dengan Zeti.Hatinya sebak.Kuatlah sang hati!

“Awak okey?”

Liya memandang Asyraf.”Okey je.”

“Saya nak mintak awak buat satu benda boleh?”

Dahi Liya berkerut.”Apa dia?”

“Jadi Liya yang dulu.Liya yang selalu tersenyum dan ceria.Liya yang sekarang ni, saya tengok langsung tak cerialah.Tak cute lah bila awak macam ni.” Ujar Asyraf sambil tersengih.Menayangkan giginya yang putih bersih.

Liya ketawa.”Fine! Lepas ni saya akan selalu tersenyum.Okey tak saya senyum macam ni?”

Liya sengaja menarik senyuman sambil menayangkan giginya sehingga matanya terpejam.Asyraf ketawa besar.

“Jangan sengih sampai macam tu.Dah naik takut saya tengok.” Balas Asyraf selamba dengan dahi yang berkerut.Selepas itu dia ketawa besar.

Hahaha...Comel apa senyum macam tu.Boleh nampak semua gigi.”

Asyraf tidak membalas sebaliknya melakukan ekspresi muka seperti yang dilakukan oleh Liya sebelum ini.

“Wow, memang buruklah! Hahaha!”

“Tahu takpe.Macam tulah muka awak tadi tau.” Asyraf memakai cap yang diselitkan di poket seluarnya.

“Asyraf...thank you so much.”

Asyraf berpaling memandang ke arah Liya dengan muka yang terpinga-pinga.Apa yang dia buat sehingga mendapat ucapan terima kasih?

“Untuk apa?”

“Sebab masih sudi jadi kawan saya selepas semua benda saya buat dekat awak.Saya sombong dengan awak. Cakap kasar dengan awak.Tak layan awak.Senang cerita, saya buat banyak benda yang buruk dekat awak.” Jawab Liya sebelum menggigit bibirnya.Apabila terkenangkan kembali sikapnya dahulu, perasaan malu kembali menerjah.Tak sepatutnya dia bersikap begitu terhadap Asyraf.

Asyaf tergelak kecil.

“Saya dah lupa semua tu and apologize accepted!”

Liya tersenyum. Lega hatinya. Mulai hari ini, dia akan memulakan hidup baru dengan melupakan Zafran dan hanya menganggap Zafran sebagai kawan baik sahaja.No more no less!

“APA?!”

Bergegas satu dewan dengan jeritan mereka semua.Cikgu-cikgu yang berdiri di hadapan hanya tersenyum sambil memegang fail di tangan.

English camp!” Haikal dah membuat gaya orang nak pengsan.Liya mencebik melihat Haikal.Reaksi Haikal memang selalu melebih-lebih.

“Semua aktiviti dalam Bahasa Inggeris.” Sambung cikgu Azman lagi sambil memandang ke arah setiap pelajar di hadapannya.

“Tapi cikgu cakap dalam bahasa Melayu.” Ucap seorang budak lelaki dari belakang dengan kuat.

Kami semua ketawa sambil memandang ke arah Cikgu Azman yang sudah terkulat-kulat.

“Cikgu tak reti cakap bahasa Inggeris.Nanti lintang-pukang.Kamu tak faham, cikgu lagilah tak faham.” Balas Cikgu Azman selamba sambil ketawa.Akhirnya, kami semua ketawa.

“Baiklah, sekarang ni cikgu nak bagi kumpulan.Beratur ikut kelas.5 Sains 1 sebelah kanan, 5 Sains 2 sebelah kiri.Hurry!” Cikgu Suhaily menepuk fail di tangannya supaya pelajar bertindak dengan pantas.

Masing-masing mula bergerak menuju ke kelas masing-masing.Setelah berpuas hati, Cikgu Suhaily menyuruh Fahami yang berdiri di hadapan sekali menyebut nombor 1 dan diikuti dengan nombor seterusnya.Dan Liya mendapat nombor 8. Apabila tiba giliran Zafran, dia agak tersentak apabila mendengar nombor yang disebut oleh Zaf. Nombor 8 jugak!

“Okey...sekarang ni berkumpul ikut nombor kumpulan masing-masing.”

Liya melangkah lemah ke arah Zafran yang sedang bersandar di dinding.Kenapa kena sama dengan dia? Waaa...tak sanggup!

“Liya...Kita satu kumpulanlah!” Liya terkejut sambil memandang ke arah Asyraf. Yay! Bersyukur sangat sebab ada Asyraf.

Zafran mengerling sekilas ke arah Asyraf sebelum memandang lama ke arah Liya.Muka Liya yang agak ceria apabila melihat Asyraf membuatkan hatinya sedikit terusik secara tiba-tiba.

Tiba-tiba Nahi, Tinah, Haikal dan Taufiq datang menyelit di kumpulan mereka sambil tersengih.

“Kau bukan kumpulan 6 ke?” Soal Zafran pada Haikal.

“Aku tukar dengan Fakhrul tadi.Kan best kalau kita satu kumpulan!” Balas Haikal sambil menjungkit kening.

“Hi Zaf.” Suara lembut di belakang mereka membuatkan semuanya berpaling.Zeti sedang tersenyum sambil melambai kecil ke arah mereka.

“Awak sama kumpulan dengan kami ke?”

“A’ah.” Dia mula berdiri di sebelah Zafran.Nahi yang berdiri di sisi Liya menyiku lengan Liya sambil mencebik ke arah Zeti.

“Tu makwe dia.Biarlah.”

“Bencilah aku tengok Zeti tu.Tergedik-gedik.” Kata Nahi sambil menjuihkan bibirnya.Nampak sangat dia tak suka Zeti.

“Tak baiklah, Nahi. Zaf kawan kita jadi secara automatik Zeti pun kawan kita.” Liya cuba memujuk Nahi. Dia bimbang Zafran terasa hati melihat layanan dingin kami semua terhadap Zeti.

“Yelah!”

Liya tersenyum sambil mengusap lembut bahu Nahi.Asyraf yang berdiri di sebelah kanannya dikerling sekilas.

“Awak okey?”

Asyraf memandangnya sambil tersenyum.

“Okey je.Kenapa?”

“Tak ada apa.Saja nak tanya.”

“Sekarang ni tentukan siapa ketua dan siapa penolong.” Ujar Cikgu Suhaily lagi setelah semua orang sudah berkumpul di kumpulan masing-masing.

“Aku sokong kalau Zaf jadi ketua dan Liya jadi penolong!” Haikal mengangkat tangannya tinggi.

“Aku pun!” Serentak Nahi, Taufiq dan Tinah mengangkat.Hizwan, Tini dan Irah pun turut mengangkat tangan menyokong.Sekarang ni, cuma pelajar 5 Sains 2 yang masih belum membuat keputusan.Tetapi jumlah mereka yang agak kecil jika dibandingkan dengan pelajar 5 Sains 1 jelas menunjukkan yang segala keputusan yang mereka buat pasti akan kalah!

“Kami nak Zeti jadi penolong.” Wana bersuara sambil memeluk tubuh.

“Aku pun nak Zeti jadi penolong!” Sampuk Liya menyokong kata-kata Wana.Dia tak nak jadi penolong.Kalau dia jadi penolong, dia kena bekerjasama dengan Zaf hampir setiap masa.Sedangkan perkara itulah yang paling dia ingin jauhi sekarang.

“Siapa yang nak Zeti jadi penolong?” Wana mula bertanya sambil mengangkat tangannya. Liya yang baru ingin mengangkat tangannya tersentak apabila Zafran menghalangnya dengan memegang kuat lengan bajunya.

“Lepaslah Zaf!” Liya mula mengangkat tangan kirinya tetapi kali ni Nahi pula yang menghalang.

“Nahi! Lepaslah...”

Nahi hanya menggeleng.Liya melepaskan helaan nafas yang panjang.Dia menjeling ke arah Zafran sebelum merentap lengan bajunya.

“Kau ni apahal, hah?” Marah Liya sambil memeluk tubuh.Dia cuba mengawal nada suaranya supaya tidak didengari oleh orang lain.

“Aku nak kau jadi penolong.”

“Tapi aku tak nak.Lagipun bukan ke kau suka Zeti yang jadi penolong?!”

“Ya, memang aku suka!”

“Dah tu? Biarlah aku angkat tangan!”

“Tak boleh! Kalau aku kerja dengan dia nanti, susah untuk aku fokus.Jangan nak lawan cakap aku je, boleh tak?” Zafran memandang Liya dengan tajam.

“Kau pelik.”

“Maksud kau?”

“Selalunya mesti orang lelaki nak dekat dengan makwe dia je tapi kau...”

“Aku tak tergolong dalam kalangan orang lelaki yang sebegitu.” Celah Zafran sambil melepaskan lengan baju Liya.Dia hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh.Liya mencebik.Tak tergolong konon!

A decision has been made! Zaf jadi ketua dan Liya akan jadi penolong dia.Titik! Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.Harap maklum.” Kata Haikal sambil tersenyum.Asyraf hanya memandang ke arah Liya yang berdiri dekat dengan Zafran.Bukannya dia tidak nampak adegan lengan baju Liya dipegang oleh Zafran.

Liya pula hanya mampu menarik nafas dalam-dalam.Dia mengalihkan pandangan ke arah Zeti yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.Pantas dia menundukkan kepala.Tak berdaya untuk menentang pandangan Zeti.Boleh je dia nak membalas balik tetapi tak sanggup pulak rasanya.

Okey, kenapa tiba-tiba hati aku jadi lembut ni?

NI apa jawapannya?” Tanya Taufiq sambil menunjuk ke arah selonggok kertas yang digunting kecil.Di atas setiap kertas itu terdapat satu perkataan yang di mana perlu digabungkan untuk menjadi satu idiom.Memang penat otak nak mengingat balik segala idioms yang kami semua dah belajar.Berpuluh-puluh idioms tu!

Wear your heart on your sleeve.” Jawab Liya sambil tangannya ligat menyusun kertas-kertas tersebut.

“Apa maksudnya tu? Aku fail sikit bab-bab idiom ni.Eh, bukan sikit tapi banyak!” Keluh Haikal sambil menggaru kepalanya.Apasal susah sangat idiom ni? Waaa!

“Mengekspresikan emosi anda secara terbuka dan bebas.” Jawab Zafran.

“Wah! Memang patutlah korang jadi ketua dengan penolong.Dua-dua otak power!”

“Tak ada maknanya.” Balas Liya dan Zafran serentak sambil mengambil sampul surat yang lain dan kemudiannya mengeluarkan kertas-kertas yang sudah digunting.

“Yang ni aku tahu jawapannya!” Jerit Haikal teruja.

X marks the spot! Heheee...betul kan? Maksudnya pulak adalah frasa yang digunakan oleh seseorang setelah menjumpai sesuatu benda yang dicarinya. Aku selalu sebut benda ni lepas aku kenyang! Nak-nak lepas aku sendawa.”

Mereka semua ketawa. Ada je benda yang Haikal nak buat lawak.Pasal idiom ni pun jadi.

Absence makes the heart grow founder.” Ucap Zafran tiba-tiba sambil matanya melekat pada kertas-kertas yang sudah siap disusun.Liya berpaling memandang ke arahnya.Absence makes the heart grow founder?

Water under the bridge.” Tiba-tiba Zeti bersuara sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah kertas-kertas yang sudah siap disusun.

Meaning... Anything from the past that isn't significant or important anymore.” Sambungnya lagi sambil memandang ke arah Liya.Liya yang kebetulan sedang melihat ke arah Zeti dapat merasakan kata-kata itu ditujukan kepadanya. Ceh! Ada aku kisah?

Nahi dan Tinah turut memandang ke arah Zeti.Nampak sangat yang Zeti tak puas hati dekat Liya. Dah kalah tu kalah jugaklah!

“Cepat siapkan semua ni. Boleh dapat nombor 1.” Asyraf yang sejak dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara.Dia sibuk menyusun kertas-kertas di hadapannya tetapi telinganya masih mampu menangkap suara dingin Zeti.Sudah lama sangat dia mengenali Zeti.Dari mereka sekolah rendah lagi.Kalau Zeti berperangai macam tu, maknanya dia berasa kedudukannya tergugat.Dan kalau nak lebih mudah, dia cemburu!

“Wah, dah banyak awak susun.” Liya mula mencatit idiom yang telah mereka selesaikan di sehelai kertas.

Asyraf mengukir senyuman.” Nak menang kan?”

“Nak menang je.Haha...” Liya mula ketawa.

Kemudian dia mula mendekati Tinah, Nahi, Wana dan Tini yang masih menyusun kertas.Meninggalkan kaum Adam di situ.

“Mestilah nak menang.Siapa yang tak nak menang, betul tak Zaf?” Asyraf mula memandang ke arah Zafran yang sedang duduk sambil memeluk lutut.

“Yup. Semua nak menang.” Balas Zafran tenang.

Especially dalam mendapatkan sesuatu, kan?”

Zafran diam sambil matanya melihat ke arah Liya yang sedang khusyuk mencatit di atas kertas.

Yup.Definitely.”

Haikal dan Taufiq segera mengesan suasana dingin di antara Asyraf dan Zafran.Nak-nak apabila melihat senyuman sinis di bibir Asyraf.

Then, may I assume that you already lost the game?” Ucap Asyraf tenang.

Nope because I never even tried to win.” Balas Zafran juga dalam nada suara yang tenang.Buku bertemu ruas!

Good then!”

“Wow, korang memang baguslah.Betul-betul memenuhi matlamat kem ni yang menyarankan supaya kita semua cakap bahasa Inggeris.Kagumnya aku dengan kawan-kawan aku ni!” Haikal menyampuk sambil menepuk tangan.Dia segera menyiku perut Taufiq supaya menepuk tangan jugak.Sengaja dia mencelah sebenarnya.Takut jugak tiba-tiba ada buku lima melayang kat muka orang.

Zafran ketawa mendengar kata-kata Haikal.Dia mengerling ke arah Asyraf yang matanya langsung tak berkelip memandang Liya.

Tiba-tiba tangan dia menekup dada yang sakit.Makin sakit dan pedih apabila Liya tersenyum ke arah Asyraf dan langsung tidak memandang ke arahnya.


p/s : Hehee...Okey dah update BC 15.Lepas ni nak menghilang sekejap :) TQ for your support dan terima kasih sebab LIKE page saya dekat facebook.Terharu sangat-sangat :) Lots of love for you guys! :) And sorry kalau entry ni tak best. Much love, Moon ♥



Photobucket

34 comments:

  1. zaf...ko ni lmbab btol la nk sdr prasaan ko 2..
    *emo lbih
    ZETI..dush2..cbuk je

    moon :: nk ilang p mane
    alooohhh..xmau la
    :(

    ReplyDelete
  2. Liyana : Hahaa..gedik kan Zeti :) Hehee..nak relaks2 je sekejap sblm dpt result SPM. Lps tu nak start menulis je dulu.

    ReplyDelete
  3. yyyyeeeeehaaaaa.....

    so nice.......

    panjangkan lagi aksi-aksi cemburu-cemburu ni... biar zaf rasakan bagaimana rasanya hati yg terluka...

    ReplyDelete
  4. Korro suffian : Hehee...terima kasih :) Baik! :D Mmg banyak lagi bnde2 yang boleh buat Zaf jeles. :)

    ReplyDelete
  5. xsuka zaf..eiii..geramnya... *emosi terlebih*

    ReplyDelete
  6. Budakechik : Hahaa..takpe :) Blh je emo dgn Zaf ni.

    ReplyDelete
  7. daku suka haikal!!! hahahah! sudeh!! hahahahah!!

    zaf? ak pelik2... *menggeleng

    ReplyDelete
  8. Kahkahkah
    cakap je zafran nak dEkat Liya..
    Buatlah zafran bnyak2 jeles,
    biar padan muka dia.,
    lembab betul sadari pRsaAn sndri..he he (gelak jahat dah)

    ReplyDelete
  9. yeah! Zaf! dah tahu apa rasanya tu? haha...

    apasal daku suka tengok org patah hati skrg ni??? ish!

    ReplyDelete
  10. Kira : Hahaa...daku pun suka Haikal :D Dia penyelamat! Hahaaa

    Ema : Hahahaa..Baik! :D Mmg dia jeles nnti

    Kiwi : Hahaa..dia dah tahu apa itu sakit hati..

    Amira : sama! High 5!

    ReplyDelete
  11. jgnla menghilang mau tau selanjtunye.....

    ReplyDelete
  12. @k@yy : Hehee..menghilang skjap je.Nak rehat2 :) Terima kasih ♥

    ReplyDelete
  13. br brksmptn mmmbaca....
    jgn bg muka pd zaf...org ygn ego ni akhirnya akn mrana sndiri...
    asyraf...ibu suka dia...mnjadi pnyelamat utk liya kmbali snyum...

    ReplyDelete
  14. Ibu :) Hehee...ibu sama mcm Kira.Dia pun suka Asyraf :D

    ReplyDelete
  15. bilalah Zaf nak betul2 baik ngan Liya ni? karang melepas lak...amik Asyraf jelah kalau camtu Liya oiii....
    XD

    ReplyDelete
  16. Hana : Hahaa...Asyraf pulak yg ramai org suka :D

    ReplyDelete
  17. Moon ada di sini Okie :) Cuma agak busy sikit.Hehe..

    ReplyDelete
  18. waa..sweetnye..tp nape zaf tue lembab sgt...ish3..cian kat liya thn prasaan...sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  19. LiNa : Hehee...terima kasih. :D ♥ Tu la..dia mmg lembab sikit.atau pun dia saje buat tak nampak. InsyaAllah nnti Moon sambung :)

    ReplyDelete
  20. xsbar nya nak tggu smbungan.....zaf22.....ni crdik.....pndai....rupanya slow je...heheheh....like ayraf..m'mahami...mcm dia tahu je prasan liya kat zaf yg s'bnrnya.....baiknya dia...so sweet

    ReplyDelete
  21. Fikah : Hehehe..terima kasih :) ♥ Hahaha..betul2. Ramai dah yang suka dekat Asyraf ni. :) Hehee

    ReplyDelete
  22. sakura pun suka asyraf..

    habislah moon...spela agaknye yg ssi utk asyraf nnt...

    ReplyDelete
  23. sakit hati ngan zaf.... lembab sgt la.... aigoooo.....

    ReplyDelete
  24. Mai : Boleh baca BC versi baru kat dalam blog Bertemu Cintaku. Link dia liyazafrina.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. huhu..nk tunggu smbgn dy...mak aiii...lme kot...da x sbar aseny...huhu...but...
    congrates la gak sbb berjye wat pembc tertunggu2 da next episode of dis story ^^,

    ReplyDelete
  26. lmenyerrr entry nye

    -aqie-

    ReplyDelete
  27. Aqie - Ada yg versi baru dekat blog yg lagi satu. liyazafrina.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  28. hish..tlong ar lenyapkan saha si zeti tu..
    menyampah pun ade...
    zaf oi..cepat lah sedar perasaan kau uh..
    jgn lah siksa diri sendiri...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers