Thursday, February 24, 2011

Bertemu Cintaku Part 14

BAB 14

Nahiyatul Syahirah

“Jom kita enjoy!”

MINGGU DEPAN kamu semua ada kem dekat Cempaka Resort.”ucap Puan Suhaily.

“Kelas ni je ke, cikgu?”Soal Syuhada yang duduk di barisan hadapan.Masing-masing memandang ke arah guru kelas mereka.

“Tak.5 Sains 2 pun pergi juga.”jawab Puan Suhaily sambil mengeluarkan pen merah dari beg tangannya.Bersedia untuk menandakan buku latihan yang baru dihantar oleh pelajar-pelajarnya.

Senyuman yang pada mulanya begitu mekar di bibir Liya semakin mengendur.Ada juga 5 Sains 2 tu.Di mana ada 5 Sains 1, 5 Sains 2 kena ada juga ke?

“Berapa hari, cikgu?”

“4 hari 3 malam.Start hari Jumaat habis hari Isnin.Maknanya awal pagi Jumaat tu kita dah bertolak pergi sana.” Terang Puan Suhaily lagi.

“Tak sekolah ke hari Jumaat dengan Isnin, cikgu?”soal Haikal yang nampaknya terlebih teruja.

“A’ah.”

Bestnya!”

“Kamu pergi sana bukan untuk bercuti, Haikal tapi untuk belajar...”sindir Puan Suhaily sambil tersenyum.Haikal hanya tersengih.

Zafran mengerling ke arah Liya yang hanya mendiamkan diri.Ekspresi di wajah Liya tidak menggambarkan apa-apa.Kenapa dia merasakan yang Liya telah berubah? Liya yang sekarang tak sama dengan Liya yang dulu.Liya yang sekarang selalu sangat mengelakkan diri dari dekat dengannya.Bukan tu aje, Liya lebih senang berbual-bual dengan Haikal dan Taufiq berbanding dengan dirinya.Diakui bahawa dia turut berasa cemburu melihat kemesraan mereka bertiga.

“Masa dekat sana nanti jangan nak main-main je.Ambil semua ilmu yang penceramah bagi.Lagi berapa bulan je lagi nak SPM.Ingat tu.”kata Puan Suhaily lagi sambil memandang kesemua pelajarnya.Matanya tertancap lama pada Liya dan Zafran.

“Cikgu lupa! Liya, Zaf...mari sini kejap.”Puan Suhaily menggamit Liya dan Zafran supaya menghampirinya.Dia mengeluarkan dua bungkusan hadiah yang bersaiz sederhana kecil dari beg tangannya.

“Hadiah ni untuk Liya dan juga Zaf.Simple je.Tahniah sebab dapat result yang bagus.”

Perlahan-lahan Liya dan Zafran mengambil bungkusan hadiah dari tangan Puan Suhaily.Masing-masing memandang satu sama lain.

“Terima kasih, cikgu.”serentak mereka berdua berterima kasih.

“Cikgu suruhlah diorang bukak terus hadiah tu? Kami semua nak tengok.”Haikal bersuara kuat.Liya menjeling ke arah Haikal sambil mencebik.Sibuk je!

You ask them.Kalau diorang nak bukak, diorang bukak.Kalau tak nak, cikgu tak nak masuk campur.”balas Puan Suhaily sambil tersenyum.

“Bukaklah Zaf.Please Liya.Kita orang nak tengok.” Pujuk satu kelas sambil merengek.Macam budak-budak betul!

“Yelah...yelah.Kami bukak hadiah ni.Kecohlah korang ni.” Ucap Zafran sambil mengoyakkan balutan hadiahnya dengan berhati-hati.

“Apa cikgu bagi, Zaf?”Soal Liya tidak sabar.Zafran memandang Liya sebelum mengeluarkan hadiahnya dari kotak.Sebuah jam tangan lelaki berwarna hitam.

“Wow, cantik!”

“Hadiah kau pulak, Liya!”

Liya memandang bungkusan hadiahnya sebelum perlahan-lahan tangannya membuka balutan hadiah tersebut.Dia menjarakkan diri dari Zafran supaya Zafran tidak dapat melihat hadiahnya.

“Hah?!”Liya terjerit kecil sebaik sahaja melihat hadiahnya.Puan Suhaily yang tersenyum dipandangnya.

“Apa hadiah kau, Liya?” Tanya Nahi.

“Errr...ni...” Perlahan-lahan dia mengeluarkan hadiahnya dari kotak.

Masing-masing terlopong.

“Jam kau sama dengan Zaf.” Kata Syuhada selepas semua pelajar yang lain mendiamkan diri.

Zafran memandang jam di tangannya dan kemudiannya memandang jam di tangan Liya.Kedua-duanya mempunyai bentuk dan rekaan yang sama cuma saiznya sahaja yang berbeza.

“Masa cikgu jalan-jalan dengan husband cikgu hari tu, cikgu terjumpa dengan jam ni.Bila nampak jam ni, cikgu teringat dekat kamu berdua.Sebab tu cikgu beli jam ni untuk kamu.” Ujar Puan Suhaily.

“Cantik jam ni, cikgu.Saya suka.”Liya membelek jam di tangannya.Kemudian dia memakaikan jam tangan tersebut di pergelangan tangannya.Cantik.

“Saya pun suka jam ni, cikgu.Terima kasih banyak-banyak.”

Liya kemudiannya meminta diri untuk ke tempatnya.Begitu juga dengan Zafran.Sesekali terdengar siulan nakal dari mulut Haikal.Liya menjeling.Kurang asam Haikal! Pergi makan asam banyak-banyak!

HARI Jumaat akhirnya sudah tiba.Liya memandang ke arah beg bajunya yang sengaja dipilih bersaiz besar.Senang nak angkut macam-macam benda.Matanya liar mencari kelibat kawan-kawannya yang lain dan tiba-tiba dapat menangkap kelibat Zeti yang sedang berbual-bual dengan Zafran.Segera dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Cuba untuk tidak menambahkan kesakitan pada hatinya.

“Liya!” Jerit Nahi yang sedang menjinjing beg bajunya sambil tersengih.

“Mana yang lain?”soal Liya.

Nahi menjungkit bahu tanda tidak tahu.Matanya meliar mencari kawan-kawan yang lain.Sebaik sahaja terlihat kelibat Zafran yang sedang menghampiri, dia tersengih.

“Tu Zaf!”

Liya berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Nahi.Zafran sedang menghampiri mereka berdua tanpa ditemani oleh Zeti.

“Besarnya beg korang.Nak pergi berapa bulan ni?” Sindir Zafran sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“10 bulan!” Balas Liya dan Nahi serentak.Kemudian kedua-duanya terkekek-kekek ketawa.

“Suka sangat main-main.Mana Haikal, Taufiq dengan Tinah?”

“Entah.Aku dengan Liya tengah cari diorang lah ni.”

Zafran memandang ke arah Liya. Nampak cantik memakai t-shirt berlengan panjang berwarna biru lembut, tracksuit berwarna hitam dan sehelai tudung berwarna hitam.

“Liya...”

Liya berpaling memandang ke arah Zafran.Dia mengangkat kening.

“Cantiklah kau pakai baju warna biru macam ni.” Puji Zafran sambil tersenyum.Nahi yang berdiri di sebelahnya tersenyum sumbing.

Muka Liya mulai merah padam.Nak puji pun biarlah bertempat, Zaf oi! Malulah!!!

“Aku memang cantik pun.Baru tahu ke?”

Zafran mengukir senyuman lagi.Liya mula rimas.Dahlah senyum tu!

“Tak sangka kau dah jadi minah perasan.” Kata Zafran selamba.

“Eh, sorry sikit! Aku tak perasan macam kau.Kau lagilah perasan.” Liya mencebik sambil berpeluk tubuh.

Zafran ketawa besar.” Marah ke?”

“Tak.” Balas Liya sepatah.

“Kenapa aku nampak macam kau tengah marah je?”

“Kau je yang nampak.Orang lain tak.”

“Eh, mana ada Zaf sorang je nampak.Aku pun nampak jugaklah.” Sampuk Nahi yang sejak dari tadi mendengar Liya dan Zaf bertekak.Liya memandang tajam.

“Apa kau buat dekat sini, Zaf? Pergilah teman Zeti tu.Kesian dia sorang-sorang.” Liya mula tukar topik. Kalau dibiarkan si Zafran ni, makin teruk dia sakat aku.

“Dia tengah sembang dengan kawan-kawan.So aku pun sembanglah dengan kawan-kawan aku.” Jawab Zafran.

“Hmmm....”

“Eh, bas dah sampai! Cepat angkat beg. Jom kita enjoy!” Ucap Nahi gembira. Liya dan Zafran menggeleng kepala.Excited sangatlah tu.

Liya mula mencapai beg bajunya dan tersentak apabila Zafran tiba-tiba telah mengambilnya terlebih dahulu.

“Biar aku bawak.” Kata Zafran perlahan sebelum terus berjalan ke arah bas.Liya tergamam dan akhirnya dia hanya mengekori langkah Zafran dari belakang.Kenapa Zafran selalu buat dia serba tak kena?

“Terima kasih.” Ucap Liya sebaik sahaja Zafran selesai memasukkan begnya di tempat menyimpan beg.

“Sama-sama.”

“Liya! Cepatlah naik bas ni.Kau dah janji nak duduk sebelah aku, kan?”jerit Nahi dari atas tangga.

“Kejaplah.”

Perlahan-lahan Liya menghampiri Nahi lalu mendaiki tangga naik ke atas bas.Banyak lagi tempat kosong kerana masih ada lagi pelajar 5 Sains 1 yang belum sampai.Dan perkara yang sangat menyenangkan hati Liya adalah bas ini hanya untuk 5 Sains 1 manakala bas yang lagi satu adalah untuk 5 Sains 2.Sangat melegakan hati kerana tidak perlu menaiki bas yang sama! Liya tersenyum kecil.

“Tinah duduk dengan siapa?” Soal Liya sebaik sahaja dia duduk di tempatnya.Sengaja dia membiarkan Nahi duduk di sebelah tingkap kerana dia memang tak suka sangat duduk dekat situ.

“Dia cakap dia dah janji nak duduk dengan Nadia.” Jawab Nahi sambil menyumbatkan earphone ke telinganya.

“Mentang-mentang cikgu kasi bawak handphone, terus kau dengar lagu ye.”

Nahi hanya tersengih. Liya kemudiannya mengeluarkan novel untuk dibaca.Semalam ketika dia ingin membeli makanan ringan untuk dibawa ke kem, sempat jugak dia beli novel baru.

“Cik kak, Abang Zaf nak duduk sini boleh?” Tiba-tiba Zafran berdiri di sebelahnya sambil tersengih.Liya mendongak sebelum tersenyum sinis.

“Sejak bila aku jadi kakak kau dan sejak bila kau jadi abang aku?”

“Sejak sekarang dan sampailah bila-bila.InsyaAllah.” Usik Zafran sebelum melabuhkan punggung di kerus yang bersebelahan dengan Liya.Cuma laluan kecil itu yang memisahkan mereka.

Liya hanya memandang Zafran sebelum kembali membaca novelnya.Zafran memang suka merepek jadi dia malas nak melayan.

“Liya, janganlah baca novel tu je.Sembanglah dengan aku.”

“Malas.” Sepatah Liya menjawab.Dia mengerling Zafran melalui ekor mata.Nampak sangat tengah bengang.

“Sampai hati kau.” Zafran mencebik.Lawa sangatlah mencebik tu.

“Ya cik abang oi...Nak sembang pasal apa?” Akhirnya Liya menutup novelnya dan memalingkan kepala ke arah Zafran.Bas yang mereka naiki sudah mula bertolak.Nahi pula dah lama nyenyak.Memang tak boleh diajak berbual langsung.

I miss you.”

Liya tersentak.Apa kena dengan Zaf ni? Sedar sikit yang awak tu dah ada teman istimewa, okey! Liya menjeling ke arah Taufiq yang duduk di sebelah Zafran.Bimbang jugak kalau dia terdengar apa yang Zafran cakap tapi nasib baik dia pun tidur.Kemudian dia berpaling ke belakang dan hadapan.Masing-masing sibuk membuat hal masing-masing.

“Apa benda kau merepek ni?”

I miss the old you.” Ucap Zafran sambil memandang tepat ke arah Liya.

The old me? Maksud kau?”

“Kau dah berubah. Kau tahu tak?”

Dahi Liya berkerut.Aku berubah? Bila masa?

“Taklah.Aku sama je macam dulu.Tak berubah langsung.Kenapa kau cakap macam ni?”

Zafran menghela nafas sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“Kau dah tak rapat dengan aku macam dulu.Kau rapat dengan Haikal dan Taufiq je.Aku sedih tau.Dulu akulah yang selalu sembang dengan kau tapi sekarang ni, diorang je yang asyik sembang dengan kau.” Zafran meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

“Kau jealous eh? Ala, dengan kawan baik sendiri pun nak jealous ke?” Liya tersengih.

Sorry sikit.Siapa cemburu? Aku cuma sedih je.” Balas Zafran.

Liya hanya tersenyum.

You’re still my best friend.Nothing can change that.”

Zafran memandang Liya sambil tersenyum. “ You too.”

WAA...cantiknya!” Fatinah menjerit teruja.Bukan setakat dia, hampir semua orang terpegun melihat keindahan pantai di situ.Liya sendiri turut terpegun.

“Semua beratur dekat sini.” Panggil Cikgu Azman sambil menilik senarai nama yang berada di tangannya.Dia memandang setiap pelajar di hadapannya.

“Okey, sekarang ni cikgu nak bagi kunci bilik dekat kamu semua.Pandai-pandailah pilih teman sebiliknya ye.Dalam satu bilik kena ada 4 orang.” Terang Cikgu Azman.

Liya, Nahi, Tinah dan Khadijah dah berpakat dari mula lagi untuk duduk sebilik.Cepat-cepat mereka menghampiri Cikgu Azman untuk meminta kunci bilik.

“Jaga kebersihan bilik tu.Lagi satu jangan buat bising.Jangan duk main handphone je.Kalau cikgu dengar, handphone korang berbunyi...Cikgu rampas.Pukul 10 nanti, semua kena ada dekat pantai.Faham? ” Sempat lagi Cikgu Azman memberikan pesanan. Mereka berempat hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Masing-masing mula mengambil beg baju sebelum mula mencari bilik bernombor 12. Liya yang berdiri di hadapan sibuk meliarkan mata sebelum matanya tertancap pada bilik bernombor 12. Cepat-cepat mereka melajukan langkah ke bilik.Badan dah penat sebab duduk lama sangat dalam bas.

“Lega!” Nahi merebahkan badan di atas katil diikuti oleh Khadijah dan Tinah.

Liya tersenyum kecil.Dia memerhatikan keadaan bilik tersebut.Wah, ada aircond! Patutlah kena bayar lebih.Terus tangannya mencapai remote aircond dan angin sejuk perlahan-lahan mula menyamankan bilik mereka.

“Aku nak tidur lah kejap.Pukul 9.30 jangan lupa kejut aku tau.Setengah jam pun jadilah.” Kata Tinah sambil menguap.Eh, dalam bas dah tidur sekarang ni pun nak tidur lagi ke?

“Aku pun.”

Khadijah dan Nahi pun sama?

“Korang tidurlah ye.Aku nak ambik angin kat luar.” Liya mencapai tudung Ariani sebelum melangkah keluar bilik.Angin pantai menyentuh pipinya sebaik sahaja dia berdiri di balkoni. Bestnya dapat bilik menghadap pantai!

“ Ehem-ehem!”

Liya berpaling ke sebelah kanan.Zaf! Dia tergelak kecil.Nampak je bersebelahan tapi sebenarnya bilik mereka agak jauh jugak. Ada sebuah pondok yang agak besar di tengah-tengah antara bilik Liya dan bilik Zafran.

“Tak sangka bilik aku sebelah dengan bilik kau.” Kata Zafran sambil duduk di birai balkoni.

“Bilik Zeti dekat mana?”

“Dekat-dekat sini jugak tapi aku tak sure yang mana satu.” Balas Zafran nak tak nak.

“Gaduh ke?”

“Taklah. Okey je.”

Liya mengangguk.Kalau Zaf cakap tak ada apa, maknanya memang tak ada apalah tu.

“Bilik Cikgu Suhaily sebelah bilik kau.”

“Oh iye?”

“Tak boleh nak dating dengan kau lama-lama.” Liya spontan berpaling ke arah Zafran.

“Apa kau cakap?”

Zafran ketawa.”Relaks.Aku main-main je.Buat apa dating dengan kau kan? Zeti kan ada.”

Liya hanya tersenyum tawar.Yelah kan? Dia ni siapalah sangat bagi Zafran berbanding Zeti.Mestilah Zeti lagi special.

“Aku masuk dalam dululah ye.Dah dekat nak pukul 9.30 ni.”

Okay.” Zafran mengukir senyuman.

Liya membalas senyuman Zafran sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.Cuba menahan sebak yang bertandang.Relaks Liya...


p/s : Sorry semua.Link tak naik tadi dan lepas tu saya tersalah pergi padam :( Sorry sangat-sangat.By the way, boleh tak kalau stop post BC dulu. Entry yang lain boleh tak? HIKT ke? OL ke? CSJ ke? and sorry sekali lagi kalau tak boleh nak post new entry untuk every week ye. :) Commentlah ♥ , Moon

Photobucket

18 comments:

  1. love u la moon..rndu gler kt bc <3
    bez2..
    nk stop lu? ok je..tp jngn la lme sngt..t rndu ngn cite ni
    cite len post kan?
    post la one love ke?
    OL pon moon da lme stop

    ReplyDelete
  2. Liyana: ♥ you too :) Thank you :D Hehee...OL eh? InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. heee senyum sorg2 je bila baca part dorg dapat jam tu. ;)
    zaf tu..suka bagi hint dekat liya lps tu x nk ngaku. ishk~

    @moon, xkesah pun nk post entry lain. aslkn moon post entry baru ye? teehee =D

    ReplyDelete
  4. budakechik : Hehee... kita suka part tu jugak :D

    Hehe...InsyaAllah.thanks ya!

    ReplyDelete
  5. sweetnya zaf tolong bwkn beg..heheh
    moon HIKT pun ok...hehe

    ReplyDelete
  6. amira : Hehee..kita pun suka yg tu! :D Sweet kan?

    HIKT? Hehe...InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  7. daku pelik ngn zaf ni... nak jerit sikit ngn zaf.. 'klo suka ckp suka! klo tak suka get lost!'<3

    hahahahahaa!!! sian liya tau.. bengang je... tp suka sikap liya dlm ni.. pdn muka zaf...

    ReplyDelete
  8. Kira : Waduh! Sabar dong..Hahaa.. Yup, padan muka Zaf! :D

    ReplyDelete
  9. ala Zaf... ko rindu dia sbb ko suka dia, bukannya si Zeti tu.. eleh... meh, aku sedarkan ko.. haha

    Moon, Update semua! Boleh?? hee~ XD

    ReplyDelete
  10. Kiwi : Pergi sedarkan dia :D Hehe.wah! update sume tu.InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. zaf ni..adoyai..

    ~ moon : nk one love boleh?hehe.. :D

    ReplyDelete
  12. Kak Zura : Haha..Zaf tu memang, sis. Hehee..InsyaAllah :D

    ReplyDelete
  13. Yeahh! Taknak Zeti. Hihi. hope, boleh sambungg. Rindu gilaaa kat cite niehh :D

    ReplyDelete
  14. nanie : Hehee..moon pun tak suka dia.InsyaAllah :) Hehee...Liya dgn Zaf pun turut merindui korang semua. :D

    ReplyDelete
  15. jgn stop lama2 sgt kak moon..emi paling suker citer nie..hehehe..klu stop lama2 jadi x ingat jalan citer plak..

    ReplyDelete
  16. Emi : Hehee..InsyaAllah tak lama sgt.Cuma nak try siapkan byk bnde. :)

    ReplyDelete
  17. alahai...
    kacau daun la Zeti tu
    nak Zaf ngan Liya!!!
    >:(

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers