Tuesday, February 8, 2011

Bertemu Cintaku Part 12

BAB 12

Zafran Adha

“A single rose can be my garden... a single friend, my world”

“ARGHH!!!”

Zafran tersentak sebelum mengalihkan pandangan ke arah Liya yang sedang menekup mulutnya.Wajah Liya yang agak pucat merisaukan dirinya.

“Kenapa, Liya?”teragak-agak Zafran bertanya.Bimbang tidak diendahkan oleh Liya.

“Ada...ada...ka...tak...”jawab Liya terketar-ketar sambil jari telunjuknya dihala ke arah sebuah kotak yang terletak di atas meja.Perlahan-lahan Zafran bangkit dari kerusi sebelum melihat isi kotak tersebut.Seekor katak yang telah dibedah! Kawan-kawan yang lain mula menghampiri mereka berdua.Ingin mengetahui isi kandungan di dalam kotak tersebut.

“Kau takut ke?”soal Zafran sebelum mengambil kotak tersebut lalu dihulurkan kepada Haikal supaya dibuangkan ke dalam tong sampah.

“Tak takut tapi geli!”Liya menggerak-gerakkan tubuhnya kegelian.Siapalah yang jahat sangat pergi letak katak dekat bawah meja aku ni?!!

“Haikal dah buang kotak tu.Dah, tak payah nangis.Nanti cikgu Azhar masuk, pelik pulak dia tengok kau menangis macam ni.”ucap Zafran sambil menghulurkan sapu tangannya kepada Liya.Liya memandang Zafran sebelum perlahan-lahan menyambut sapu tangan Zafran.

Thanks.”

No problem.”Zafran kembali duduk di tempatnya.

“Err...Zaf.”

Yes?

Friends?”kata Liya perlahan sambil menunduk mukanya.Zafran terkejut.Serentak dia berpaling memandang ke arah Liya.

“Serius ke ni?”

“Yelah! Kenapa? Kau tak nak ke?”

Cepat-cepat Zafran menggeleng.Dia tersengih gembira.Kemudian dia mencapai beg sekolah lalu mencari kad yang dibuat khas untuk Liya.Mula-mula nak bagi masa balik nanti tapi sekarang ni masa yang paling sesuai.

“Err...ni aku buat untuk kau.Tapi sorrylah sebab tak cantik.”

Zafran menghulurkan kad kepada Liya.Kad berwarna ungu itu dipandang lama oleh Liya.Tiba-tiba hatinya tersentuh tatkala memandang sebaris ayat di hadapan kad tersebut.

A single rose can be my garden... a single friend, my world

“Ya ke aku ni dunia kau?”soal Liya sambil menilik kad yang sudah bertukar tangan.

“Yelah.Sebelum kau datang sini, kawan aku cuma si Haikal dengan Taufiq je.Aku tak berkawan rapat sangat dengan Nahi dan Tinah.Tapi lepas kau datang, kami dah jadi baik.Dah jadi satu geng sebenarnya.Kehadiran kau membawa banyak makna pada aku dengan kawan-kawan kita yang lain.Aku tahu aku tak patut buat macam tu dekat kau.Mulut aku memang sangat cabul masa tu.I’m deeply sorry.

Kalau kau nak tahu lagi, aku jarang tau baik-baik dengan kawan perempuan yang lain.Sebab tu orang cakap aku sombong kecuali yang betul-betul kenal aku.Tapi dengan kau, entah macam mana aku boleh jadi rapat.Mula-mula memang aku tak suka dekat kau sebab kau nampak kecoh dan kelam-kabut.Sebab tu aku panggil kau Minah Kecoh.Tapi aku tak maksudkan macam tu sebenarnya.Actually to be honest, aku saja suka buat kau marah.Bagi aku bila tengok kau marah, aku rasa happy sangat.”

Liya terdiam.Kali pertama Zafran bercakap banyak seperti hari ini.Yelah, sebelum ni kalau bercakap pun macam nak tak nak je.Tapi hari ni! Wah! Berjela-jela...

“Errr...aku tak tahu nak cakap apa.Wait! Aku tahu nak cakap apa.Thanks for this lovely card.Cantik...”

Zafran tersenyum.”Aku gembira sebab kau suka.Tak sia-sialah aku tergunting hujung jari semalam.”

“Hah?! Tergunting jari?!!”Liya meliarkan mata ke arah jari Zafran.Dia ternampak balutan plaster di hujung jari telunjuk Zafran.

Tanpa sedar dia menghampiri Zafran.

“Angkat tangan kau.Aku nak tengok.”

Perlahan-lahan Zafran mengangkat tangannya.Liya menyeluk poket dan mengeluarkan sapu tangannya dan menggunakannya untuk membelek jari Zafran.

“Kalau ye pun nak buat kad untuk aku, janganlah sampai luka macam ni.”

Zafran tersengih sebelum perlahan-lahan menarik jarinya daripada terus dibelek oleh Liya.Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang apabila Liya menyentuh jarinya walaupun beralas.

“Luka sikit jelah.Don’t worry...

“Okey.Tapi janji dengan aku.Lain kali jangan buat benda macam ni lagi.”

Zafran ketawa kecil.”Okay dear...I will.”

Liya terkejut.Zafran pula tersentak.Dear?! Zafran menggigit bibir.Terlepas cakap!

“Errr...sorry.

Liya tersenyum sumbing.”Tak apa.”

Zafran menggangguk kepala sebelum cepat-cepat menghadap buku latihannya.Malu!

“RISA! RISA!”jerit Liya sekuat hati sebaik sahaja kakinya menjejak ke dalam rumah.Risa yang masih lagi berpakaian sekolah datang menghampiri Liya sambil tersenyum.

Yes?

“Dia bagi akak kad ni! Comel tak?”Liya menayangkan kad yang diberikan oleh Zafran kepada Risa.Risa tergelak kecil sebelum mengambil kad tersebut.Diteleknya sebelum dibaca isi kandungan di dalamnya.

Sweetnya!”

“Tapi jari dia terluka masa buat kad ni.Kesian dia.”ucap Liya perlahan.

Risa ketawa.Dia menghulurkan kembali kad Zafran kepada kakaknya.

“Dia lelaki, kak.Setakat luka kecik, dia boleh tahan lagi.”

“Akak tahu tapi tak sangka dia sanggup buat macam ni.”

Risa menepuk bahu kakaknya sambil tersengih.”Maknanya dia suka akaklah tu.”

“Pandai je adik akak ni ye.Tak adanya dia suka akak.Kami kawan.Kawan baik!”

Risa mencebik.”Yelah tu.”

“Tak percaya sudah.Akak tak paksa.”ujar Liya selamba sebelum melangkah naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.Dia suka aku ke? Oh, tidak..tidak! Dia suka Zeti.Fullstop!

Liya membaringkan tubuhnya di atas katil sambil membaca sekali lagi kad pemberian Zafran.Dia mengusap perlahan kad tersebut sambil tersenyum.

A single rose can be my garden... a single friend, my world”ucap Liya perlahan sambil memandang ke arah siling.

Harus diakui, Zafran memang pandai membuatkan dia berasa serba tak kena.Macam sekarang nilah.Dan diakui jugak yang Zafran memang pandai bermain dengan kata-kata sampaikan dia boleh tersentuh.

Sebentar tadi dia malu untuk mengakui satu hakikat.Sebenarnya sebelum ini dia tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki.Sejak dia berpindah ke sinilah, dia baru rapat dengan lelaki terutama sekali dengan Zafran, Haikal dan Taufiq.Liya tersenyum kecil.

“Aku pun bersyukur sebab kenal kau, Zaf.”

ASYRAF menghampiri Liya yang sedang berbual-bual bersama-sama Tinah dan Nahi di koridor menuju ke arah tangga.Secepat mungkin dia cuba menyaingi langkah Liya yang semakin jauh ke hadapan.

“Liya!”

Liya mengerling sekilas ke arah Asyraf sebelum mendengus kecil.Apa lagi yang mamat ni nak?

Yes?

“Boleh kita cakap berdua je?”tanya Asyraf perlahan tanpa memandang Nahi dan Tinah yang berdiri di kiri dan kanan Liya.

“Tak!”balas Nahi tegas.

“Kalau nak cakap dengan Liya, kami kena ada sekali.”sambung Tinah pula dengan muka yang serius.

“Ya! Kalau nak cakap dengan saya, cakap je depan diorang ni.”kata Liya sambil memeluk tubuh.

“Okey.Saya nak tanya apa sebenarnya hubungan awak dengan Zaf?!”soal Asyraf serius.Dia memandang tepat ke wajah Liya.

“Apa maksud awak? Kami kawanlah...”

“Kawan? Huh! Saya tak percaya.”kata Asyraf sambil merengus.

“Betullah! Buat apa saya nak tipu?”balas Liya geram.

“Supaya saya jauhkan diri dari awak.”jawab Asyraf sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.

Liya menarik nafas.”Saya dengan Zaf cuma kawan.Lagipun...”

“Apa yang korang buat dekat sini?”soal seseorang dari belakang.

Liya berpaling memandang Zafran yang sedang berpeluk tubuh.Dia memandang tajam ke arah Asyraf.

“Err...Asyraf ni...”belum sempat Liya menghabiskan kata-katanya, Asyraf terlebih dahulu berkata-kata.

“Kau dengan Liya bukan setakat kawan kan?”

Zafran tersentak sebelum memandang ke arah Liya.Liya hanya mampu menjungkit bahu.

“Kami kawan je.”balas Zafran tenang.

“Kenapa aku tak nampak pun macam tu? Semalam, masa kita study group sama-sama.Kau langsung tak beri aku dekat dengan Liya.Kau asyik duduk dekat dia je.Kalau aku nak cakap dengan dia, cepat-cepat je kau tarik dia pergi tempat lain.Kawan biasa ke tu?”sembur Asyraf berang sambil memandang ke arah Zafran yang masih tenang.

Yes! Liya tak suka kau.Jadi aku cuma protect dia.”

“Bukan sebab kau suka dia? Kau jealous sebenarnya kan?”sindir Asyraf sambil tersenyum sinis.

“Lantak kaulah Asyraf.Aku dengan dia kawan je.”

“Buktikan pada aku yang kau dengan dia hanya kawan semata-mata.”cabar Asyraf.

Zafran hanya memandang ke arahnya sambil tersenyum.Liya yang sedang bercekak pinggang dikerling sekilas.

“Eh Zaf! Kata nak balik dah.Kenapa duduk dekat sini?”Zeti yang kebetulan berjalan ke arah mereka menegur sambil tersenyum.

“Kau nak tahu sebab apa kan? Sebab aku suka Zeti! Dan di depan korang semua, aku akan lamar dia supaya jadi girlfriend aku!”ucap Zafran tegas sambil memandang ke arah Zeti yang tergamam.

“Zeti, awak nak tak jadi girlfriend saya?”

Liya terdiam.Tiba-tiba dia menyentuh dadanya yang sakit.Kenapa ni? Kenapa sakit ni?! Dia memerhati ke arah Zeti yang masih mendiamkan diri.Apabila melihat anggukan Zeti, hatinya semakin sakit.Sakit sangat-sangat.Liya menepuk dadanya berulang kali dengan harapan sakitnya itu akan berkurang tapi tak.Makin sakit!

“Aku balik dulu.”Liya bergegas berlari meninggalkan mereka semua sambil menahan rasa sakit di hati.Kenapa dengan hati ni?


p/s : Sorry sebab lambat post.Busy sikit :) Commentlah ye ♥

Photobucket

19 comments:

  1. nape zafran lamar zeti plak? ni yg nak marah ni kt zafran..hishh..rase kesian plak kt liya..

    ReplyDelete
  2. adoiii...nak kena belasah betul la si zaf nie...

    ReplyDelete
  3. Kak Zura ~ Moon pun kesian dkt Liya :(

    Amira ~ Belasah je! :D Hehee

    ReplyDelete
  4. arghh!!! Zafran, apekehe nya ko gi lamar si Zeti tuh... adoyai~ sungguhla harus disekeh kepalanya tu. haish (emo scra ttbe)

    ReplyDelete
  5. adui.. zaf ni! klo ye pun nak buktikan.. takyah lah mcm tu skali.. adui.. geram22...

    liya! be strong! lps ni jgn tunjukkan rasa jeles tu kat zaf.. bia si zaf lak rasa terseksa bila tgk si liya ni tak jeles! hehe! pendapat sy je k.? hahahah

    ReplyDelete
  6. Ahhh, tamo lah dea dengan Zeti. Takmo takmo. ngee, Sambung-2. HAHA ( emo lebih pulakk :D )

    ReplyDelete
  7. nanie ~ Hehe..takpe2. blh emo :D InsyaAllah tak lama lg Moon smbung.

    ReplyDelete
  8. hishh..sal zaf mik zeti jd gf dye plak ni..
    sian liya..(liya jlez)
    *smbung2..
    bez2..thumbs up

    ReplyDelete
  9. ala baru je gembira-gembira liya dengan zafran. haih~ nyibuk betul laa zati dengan asyraf ni..grr. >.<

    ReplyDelete
  10. pexx ~ Tulah :( Zeti dgn asyraf mmg penyibuk!

    ReplyDelete
  11. zaran ego xnak ngaku prasaan dia yg sebenar..xsabar nk tnggu next epsod!!!

    ReplyDelete
  12. waaa!!!!!!!!!!!!!!
    nape wat camtu? sian Liya
    geramlah ngan Zaf nie
    :(

    ReplyDelete
  13. haha...first time comment...stelah skian lme jdi stalker...part ni pada nurul...lawak skit....x memasal je zaf gi lamar zeti...xptot...xptot...

    ReplyDelete
  14. first time comment stelah skian lme jdi stalker...pada nurul bab ni lawak skit...de ke ptot zaf gi lamar zeti...aish...xptot...xptot..ksian liya...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers