Tuesday, February 1, 2011

Bertemu Cintaku Part 11

BAB 11

Diana Marisa

“Forgiveness is the best revenge.”

LIYA!

Liya berpaling ke belakang.Asyraf sedang menghampiri sambil tersenyum.

“Kenapa?”

“Awak tak ingat ke kita ada study group hari ni?”kata Asyraf.Liya menepuk dahinya.

Sorry.Saya terlupa.”jawab Liya sambil tersengih.Dia memandang Tinah dan Nahi yang berdiri di kiri dan kanannya.

“Jom kita join nak?”

Tinah memandang Nahi sebelum kedua-duanya mengangguk.Mustahil untuk mereka membiarkan Liya bersama-sama dengan Asyraf.Nanti tak pasal-pasal kena bersoal-jawab dengan Zafran pulak.

“Nak!”

Asyraf tersenyum tawar.”Jomlah.”

Liya, Tinah dan Nahi mengikut Asyraf yang berjalan di hadapan mereka menuju ke sebuah pondok yang terletak di tepi sebuah tasik buatan.Liya nampak ada beberapa orang pelajar 5 Sains 2 yang sedang duduk di atas pondok sambil membaca buku.

“Kami tiga orang je ke dari 5 Sains 1?”soal Nahi sambil memandang ke arah yang sama.

“Yup.”

“Ohh..”

Hi ladies!”Haikal menyergah dari belakang.Taufiq dan Zafran yang berjalan di belakang tersengih.

Liya memandang mereka bertiga sambil bercekak pinggang.Kemudian dia memandang tepat ke arah Zafran yang berlagak selamba.

“Korang buat apa kat sini?”soal Liya dengan cebikan.

“Nak join koranglah.Kami pun nak study jugak!”jawab Haikal sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.

Zafran dan Taufiq menganggukkan kepala.

“Kami nak jugak study sama-sama dengan 5 Sains 2, boleh kan Asyraf?”tanya Zafran sambil memandang ke arah Asyraf.

Sure.Boleh je.”balas Asyraf perlahan.Zafran tergelak kecil.Bukannya dia tak nampak muka Asyraf yang dah kelat semacam.

“Cepat-cepat.Jangan sembang je.”gesa Taufiq sambil berjalan di hadapan sekali.Zafran dan Haikal mengekori dari belakang.

Liya mendengus geram.Ada je si Zafran ni.Haih!

“Saya ingat baru nak belajar dengan awak je.Tak sangka Zaf pun ada.”ucap Asyraf ketika dia dan Liya berjalan beriringan.Liya hanya tergelak kecil.

“Abaikan je dia tu.”

Asyraf tersenyum kecil.”Ajar saya add math nanti ye?”

“Boleh.”

Tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri di tengah-tengah.Liya mendongak untuk melihat dan mulutnya terus terlopong luas.Zafran! Bukan dia dah jalan dekat depan ke?

“Aku pun boleh ajar kau Add Math, Asyraf.”kata Zafran sambil tersengih.Kemudian dia memandang ke arah Liya sebelum berbisik.

“Jangan nak menggatal.”

“Suka hatilah! Penyibuk!”balas Liya geram tetapi perlahan.

“Jangan melawan, boleh tak?”Zafran mengetap gigi.

“Tak.”

“Kami pergi dulu ye Asyraf.”tiba-tiba Zafran terus menarik tali beg Liya supaya berjalan dengan lebih laju di hadapan.Meninggalkan Asyraf tercengang di belakang.Zafran tersenyum senang.Padan muka kau!

RINA memandang abangnya yang sejak dari tadi tersengih.Rasanya sejak balik sekolah tadi, mood abangnya teramatlah gembira.Sampai mama pun naik pelik tengok abang.Dah macam orang tak betul pun ada jugak.

“Abang buat apa tu?”soal Rina sambil melihat Zafran yang sedang khusyuk menggunting kertas.

Zafran tersenyum.”Adalah.”

“Bagitahu jelah.”

Masih lagi tersenyum.Zafran menggelengkan kepalanya berulang kali sebelum memberikan isyarat kepada Rina supaya keluar dari biliknya.

Nope, I’m going to stay right here!”ucap Rina sambil memeluk tubuh.Selagi abang dia tak bagitahu apa yang dia tengah buat, selagi tulah dia akan tercegat di sini.

Fine, tunggu jelah.I’m not going to tell you anything.”

Rina mencebik sebelum mengambil kerusi dan duduk di sebelah Zafran.Kemudian dia membelek kertas-kertas yang telah digunting cantik oleh Zafran.Lepas tu baru dia sedar sesuatu.Abangnya sedang membuat sekeping kad.Dia tergelak kecil.

“Abang nak buat kad eh?”

Zafran berpaling sebelum mengangguk.

“Pandai ke?”

“Mestilah.Setakat buat kad ni kacang je tau.”kata Zafran sambil mendabik dada.Rina ketawa besar sambil memerhatikan Zafran yang tekun melekatkan sticker yang comel-comel di atas kad yang semestinya untuk Liya.Kad berwarna ungu itu dipandang dengan sedikit perasaan kagum.Ringkas tetapi menarik.Tak sangka abangnya pandai jugak membuat kad.

So, what do you think about this card?”tanya Zafran sambil menayangkan kad buatannya itu di depan muka Rina.

“Cantik.Tapi kekurangan sesuatulah.”

“Apa dia?”soal Zafran cemas.Bukan main bersemangat dia buat kad ni, tiba-tiba Rina kata ada kekurangan.Buat aku lemah semangat je!

Rina terus ketawa sambil menekan perutnya.Kelakar betul muka Zafran.Baru tipu sikit dah gelabah.

“Rina tipu jelah.Saja je nak tengok reaksi abang.”

Zafran menghela nafas lega.Pipi Rina dicubit sambil dia sendiri turut ketawa.

“Adik rasa Liya akan suka kad ni tak?”

Of course she will.Siapalah tak suka kad buatan Encik Zafran Adha bin Mohd Hakimi?”kata Rina sambil menepuk bahu Zafran.

“Cik Liyana Damia binti Badrul Hisham mungkin tidak akan menyukainya.”

Rina segera menggeleng.”Think positive!

Akhirnya Zafran turut mengangguk.Ya! Think positive! Liya pasti akan suka kad ni dan berbaik semula dengan dia.Ya!

Awak tak sempat nak ajar saya Add Math tadi.Lain kali kita study sama-sama lagi nak tak? –Asyraf-

Liya membaca mesej Asyraf dengan kerutan di dahi.Kemudian dia merengus.Mula-mula memang dia nak tolong Asyraf kerana dia menyangka yang Asyraf memang tak faham pasal Matematik Tambahan tetapi rupanya tidak! Mamat tu rupanya taklah teruk mana.Boleh je dapat A.Saja je cari alasan! Nasib baik Wani bagitahu dekat dia, kalau tidak memang sah kena tipu.Dan sebenarnya dia bersyukur jugak bila Zafran tak pernah berenggang dengannya ketika study group tadi.Tapi walau macam manapun, sakit di hatinya masih belum reda.Masih lagi belum ingin berbaik-baik dengan Zafran!

“Hai akak, kenapa senyum sorang-sorang tu.”tegur Risa sebelum melabuhkan punggung di sebelah Liya.

“Saja je.”

“Yelah tu.”cebik Risa sambil merebahkan tubuh badannya di atas katil.

“So, dah okey ke dengan Abang Zaf?”

Liya memandang Risa.”Belum.”

“Kenapa belum?”

Liya melepaskan helaan nafas panjang.”Hati akak masih sakit.”

“Tak baik buat macam tu, kak.Abang Zaf kan dah mintak maaf.”kata Risa sambil meletakkan tangannya di atas dahi.

“Tahu tapi entahlah.Susahlah Risa.”

“Akak yang buat benda tu jadi susah.Forgiveness is the best revenge.”ucap Risa lagi sebelum bangkit menghampiri Liya.Perlahan bahu kakaknya ditepuk.

“Risa tahu akak tak tahan kan? Akak rindu nak cakap dengan dia kan?”

“Hmm..”

“Maafkanlah dia.Semua orang buat silap.”Risa tersenyum sebelum berlalu keluar dari bilik Liya.Liya memerhatikan adiknya keluar melalui ekor mata.

Forgiveness is the best revenge.

p/s: Commentlah ye ♥

Photobucket

12 comments:

  1. hehe... Zafran takkan tggalkan Liya dgn Asyraf kn? bestnya klu dpt jd Liya.. ^^

    ReplyDelete
  2. lawakla duorang nie..
    hahahaha
    sama2 x nak mgalah..
    Zaf je yg makin okey
    ^^

    ReplyDelete
  3. Lalalala...
    Cakap je Zafran cmbru...
    Buat arr liya, Zafran tmbah cmbru...ho ho

    ReplyDelete
  4. Kiwi ~ :) Moon pun suka jadi Liya.Hehe

    Hana ~ Zaf mmg semakin okey sbb dia yg salah.Hahaha.. ;)

    Ema ~ Haha.. ;)

    ReplyDelete
  5. ak suka! ak suka! liya!! buat lg! wat lg zaf tu jeles!! hahahaha!!

    kad?? zafran wat kad??!! mcm tak percaya je mamat tu wat kad sweet2 mcm tu.. hahahahahah!

    ReplyDelete
  6. hehehehe...zafran nie plil btol lar..kacau asyraf jer asyraf nk gorat liya..hahah

    ReplyDelete
  7. ade aje si zafran ni potong line...

    liya ni tak perasan ke yg zaf tu mcm sengaja je nak jauhkan dia dgn asyraf?

    haiz

    ReplyDelete
  8. Hana ~ Zafran penyibuk.Hehe :) Tulah, mungkin sebab Liya ni hati batu kut. :)

    ReplyDelete
  9. alolo..sweetnya lelaki wat kad sendri..hehe

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers