Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, February 15, 2011

Bertemu Cintaku Part 13

BAB 13

Taufiq Hanif

“Kau memang cerdik tapi kali ni kau silap sangat!”

LIYA memandang lama kertas yang mengandungi peraturan yang pernah diberikan oleh Zafran dahulu.Satu-persatu ditelitinya sebelum matanya terhenti di peraturan yang kesepuluh.

“Jangan sesekali jatuh cinta pada aku.”ucapnya perlahan seraya menepuk lembut dadanya.Sejak kebelakangan ini, hatinya sering tidak tenang.Kata-kata Zafran tempoh hari yang lebih banyak mengganggunya.Sampai sekarang dia masih tidak mengagak kenapa hatinya begitu sakit apabila Zafran melamar Zeti menjadi kekasihnya.Sakitnya bagaikan ditoreh oleh pisau! Malah sejak beberapa hari ini, dia jarang bersama-sama Zafran lagi.Bukannya dia ingin menjauhkan diri tetapi dia tidak sanggup melihat Zeti bersama-sama Zafran.Nak-nak sejak mereka sah menjadi pasangan paling ideal di sekolah.Mana taknya dua-dua pengawas sekolah dan sama cantik sama padan.Tapi walau macamana sekalipun, hubungan baik di antara dia dan Zafran masih lagi terkawal.Bersyukur sangat!

Ataupun memang betul cakap Risa selama ini? Yang dia dah sukakan Zafran melebihi seorang kawan terhadap kawannya? Cepat-cepat dia menggeleng.Tak! Tak!

Kemudian dia mencapai bingkai gambar yang diletakkan di meja kecil.Gambar rakan-rakan di sekolah lamanya dahulu.Betapa dia amat merindui mereka semua.Terutama sekali pada Nora.

Perlahan-lahan dia mencapai telefon sebelum mendial nombor Nora.Nada dering berbunyi untuk kali kedua barulah Nora menjawab panggilannya.

“Liyana Damia!!!!!!”jerit Nora kuat.Liya segera menjauhkan telefon bimbitnya.Sakit telingalah!

“Assalamualaikum Nora.”ucap Liya sambil tersengih.

Nora tergelak kecil.”Waalaikumussalam.Wei, kenapa dah lama tak contact aku? Aku rindu sangat-sangat dekat kau.Sihat tak?”

“Aku alhamdulillah sihat.Sorrylah Nora.Aku exam masa tu.Tapi aku ada hantar mesej kan? Kau saja je nak buat aku serba-salah.”

“Aku tahu.Saja je nak kasi gempak! So, apa perkembangan terbaru kau?”

Liya tersenyum kecil.

“Tak ada apa sangat.Macam biasa je.”

“Kenapa aku macam dapat rasa yang kau ada benda nak tanya dekat aku?”soal Nora.Liya tersentak.Psikik ke apa Nora ni?

“Kau tahu je kan...Hmm, macam mana nak tahu bila kita dah sukakan seseorang ni?”

Nora tiba-tiba menjerit.Sekali lagi Liya menjauhkan telefon bimbit dari telinganya.

Stop it, Nora! Boleh pekak aku macam ni.”

Sorry..sorry.Aku cuma excited je bila kau tanya soalan macam ni.Luar biasa!”

Liya menghela nafas.Ya! Dia tahu sangat soalan tu amat luar biasa.Mungkin bagi orang lain tak luar biasa pun tapi bagi dia soalan itu amatlah luar biasa.Yelah kan, dia kan berhati batu.

“Macam mana nak tahu, hah?”

Simple je.”balas Nora ringkas.

“Apa dia?”soal Liya tidak sabar.

“Kau bukak laptop sekarang.Lepas tu klik kat google.Kau taip kat ruang search tu tanda-tanda yang kita dah jatuh cinta.Simple kan?”jawab Nora.

Liya mengetap gigi.”Kau pun tak tahu kan?”

Nora ketawa.”Hello dear, aku sama je tau dengan kau.Dua-dua hati batu!”

“Aku lupa.”ujar Liya perlahan.

“Kenapa tiba-tiba tanya aku ni? Kau dah...”

Belum sempat Nora menghabiskan ayatnya, pantas Liya mencelah.

“Tak! Aku sama je macam kau.”

Liya menahan debaran di dada.Bimbang Nora dapat mengesan nada suaranya yang berlainan.Dengan Nora, dia susah untuk berahsia.Nora tahu hampir semua rahsianya.

“Kau dah rapat dengan budak lelaki kan?”soal Nora tiba-tiba.Liya tergamam.Nak jawab ke tak.

“Kami rapat sebagai kawan.”akhirnya dia memutuskan untuk berterus-terang.

“Apa nama dia?”tanya Nora lagi.

“Zafran, Haikal dengan Taufiq.”

“Liya! Melampau betul kau! Tiga-tiga kau suka!”

Liya menggigit bibir.Kalau Nora memang ada depan mata, dah lama dia penyek-penyek sampai jadi lempeng.Ada aku cakap pasal suka ke?

“Apa kau merepek, Nora? Aku cakap kawan...”

Nora tergelak kecil.”Okey, sambung-sambung.”

“Aku paling rapat dengan Zafran.Mula-mula kami tak baik tau.Dia suka sangat panggil aku Minah Kecoh.Sakit hati aku.Jadi aku pun panggillah dia Mamat Perasan.Masa aku mula-mula pindah sini, dia bagi aku satu kertas kajang.Kau nak tahu tak apa yang dia tulis?”

“Apa?”

“Peraturan ketika duduk di sebelah dia.Sangatlah menyakitkan hati.Memang teruklah dia kena maki dalam hati aku.Yang paling aku tak tahan, dia siap bagi peraturan supaya aku tak jatuh cinta dekat dia.Tapi bila dah lama kenal dia, barulah aku tahu siapa sebenarnya dia.Walaupun dia suka menyakitkan hati aku tapi dia baik.Dia selalu tolong aku time Asyraf kacau aku.”sambung Liya lagi sambil menghela nafas.

“Siapa Asyraf?”

“Dia...errr..pernah hantar surat cinta dekat aku.”sepantas kilat Liya menjauhkan telefon bimbitnya.Tahu sangat yang Nora akan menjerit.

“Wow! Unbelievable.Liyana Damia dapat surat cinta? Ha Ha Ha..”

“Janganlah gelak.Aku pun tak tahu macam mana dia boleh suka dekat aku.Aku tak ada buat apa-apa pun.”

Ha ha ha...Next please.”

“Lepas tu masa satu hari tu Asyraf tanya aku dengan Zaf, apa hubungan kami berdua? Mestilah aku jawab yang kami ni kawan.Zaf pun cakap macam tu.Tapi Asyraf tak percaya.Dia kata tunjukkan bukti.”

“Mesti Zaf handsome kan?”tanya Nora tiba-tiba.

Erk!

“Bolehlah...Handsomelah jugak.Nak-nak bila dia senyum.”

Nora ketawa lagi.”Sambung.”

“Zaf memang sukakan seorang perempuan nama Zeti.Dia cantik sangat.Memang padanlah dengan Zaf.Masa hari tu, masa kami duk berbahas dengan Asyraf tiba-tiba dia lalu.Lepas tu Zaf pun terus lamar dia jadi girlfriend.Aku tak tahu kenapa hati aku sakit gila masa tu.Macam ditoreh pisau.”

Liya dapat mendengar Nora menarik nafas.

“Kau tak sedar ke Liya? Kau dah sukakan dia sebenarnya.Ya, memang mulut kau cakap korang kawan tapi hati kau? Aku tak rasa hati kau cakap yang korang kawan.Terus terang dengan aku, Liya.Kau suka dia kan?”kata-kata Nora membuatkan Liya tergamam.Dia kelu.Tak tahu nak cakap apa.

“Liya...”

“Ya.Aku ada dekat sini.”

So?

“Aku tak nak rosakkan hubungan persahabatan kami.Jadi aku akan simpan dalam-dalam perasaan aku ni.Aku tak nak putus kawan dengan dia.Mencintai tak semestinya memiliki, betul tak? I’ll be more than happy to be accepted as his friend rather than a lover.”ucap Liya akhirnya selepas berfikir.

Yup.Betul cakap kau.Apa-apa pun, aku sentiasa sokong kau.”

Liya tersenyum.Bertuah sungguh mendapat kawan baik seperti Nora.Sekurang-kurangnya hatinya sudah semakin tenang.

ZAFRAN tersengih sebaik sahaja ternampak kelibat Liya.Segera dia mengejar sambil menjerit-jerit nama Liya.

“Liya! Tunggulah...”

Liya kaget saat mendengar namanya dipanggil oleh Zafran.Teragak-agak untuk dia berpaling ke belakang.Tenanglah dikau wahai hati.Nak jalan lagi laju, nanti Zaf syak yang bukan-bukan.Macam mana ni? Nak berjalan sama-sama dengan dia nanti Zeti cemburu pulak? Sedar-sedar dia dah terjelepuk di tepi longkang.Liya mengaduh kesakitan.Nasib baik longkang kecik je,kalau longkang besar memang patah riuklah tulang dia.Tulah, siapa suruh berjalan tak tengok depan?

Perlahan-lahan Liya mengurut kakinya yang terseliuh.Langsung lupa yang Zafran dah berdiri di hadapan dia.

“Liya? Buat apa tepi longkang longkang tu?”soal Zafran sambil mencangkung di hadapannya.

“Aku kutip sampah ni.Banyak sangat.”cepat aje tangan dia mencapai beg plastik kecil yang berada berdekatan dengannya.Cover Liya! Cover! Nasib baik memang ada sampah dalam longkang ni.

Zafran ketawa.Dia memandang ke arah tangan Liya yang sedang mengurut kaki.Dah jatuh tu, cakap jelah jatuh.Apa susah?

“Sakit ke?”tanya Zafran sambil memuncungkan bibirnya ke arah kaki Liya.Liya pantas menggeleng.

“Tak.”

“Tipu!”

“Aku cakap taklah!”

“Tipu!”

“Tak! Aku cakap tak! Maknanya taklah!”

“Zaf?”Zafran baru nak buka mulut apabila dia ditegur oleh seseorang.Liya mendongak kepala dan matanya bertembung dengan pandangan tajam Zeti.Sudah!

Hi...Baru sampai ke?”soal Zafran tenang sambil tersenyum.Liya pula lebih suka menundukkan kepala sambil berusaha untuk bangkit.Nasib baik kakinya tak berapa sakit.Masih boleh berjalan dengan baik.

“A’ah.Baru je.Awak?”

“Baru jugak.”

“Err...aku naik atas dulu ye.”pantas Liya melangkah melepasi Zafran dan Zeti.Bukannya dia tidak nampak pandangan kurang senang Zeti.Macam nak hempuk dia guna kerusi je.Baik dia beredar dari situ sebelum Zeti betul-betul hempuk dia dengan kerusi.

“Eh Liya! Tunggulah aku.Kita naik sama-samalah.”Zafran menarik beg Liya menyebabkan Liya terundur ke belakang.Suka hati je tarik beg aku!

“Kau naiklah dengan Zeti.Aku nak naik dulu.Nak pergi toilet.”

“Betul ke ni?”

“Betullah!”

“Okey.”Liya menarik nafas lega apabila Zafran melepaskan jugak beg sekolah dia.Laju dia meninggalkan Zafran dan Zeti sekaligus menekap dadanya dengan tangan.Berdegup kencang jantungnya ketika ini.Yang Zafran tu apahal, hah? Yang ditariknya beg aku depan Zeti tu kenapa? Nanti Zeti anggap yang bukan-bukan pulak.Aku tak nak dituduh pemusnah hubungan orang.Tak sanggup!

Perlahan-lahan dia meletakkan beg di atas kerusi sebelum menghampiri rakan-rakan sekelasnya yang sedang sibuk membaca sesuatu di papan kenyataan.

“Apa yang korang tengok ni?”tanya Liya sambil memandang ke arah Zul.

“Kedudukan dalam kelas.”jawab Zul sambil memakai tali lehernya.Liya mahu tergelak apabila melihat ikatan tali leher Zul yang langsung tidak kemas.

“Nak aku ikatkan tak?”

“Kau pandai ke?”

“Pandailah...Jaguh ni!”Sempat lagi dia bergurau sambil menyambut tali leher Zul.

Zafran yang baru melangkah masuk hanya memerhatikan tingkah Liya yang sedang mengikat tali leher Zul.

“Eh Zaf! Kedudukan dalam kelas lah!”jerit Haikal dari depan.Zafran bangkit dari kerusinya sebelum menilik kertas di hadapannya.Sebaik sahaja sampai di namanya, segera dia melihat nombor di dalam kelas.Terlopong mulut dia sekejap.Nombor dua!

“Wow, Liya dapat nombor satulah.”ucap Haikal.

No wonder...9A’s.”sambung Haikal lagi.Kali ini Zafran turut melihat markah-markah ujian pertengahan tahun Liya.

Terror jugak, Liya ni.Nampak je kecoh tapi otak bergeliga.

“Kau dapat berapa A, Zaf?”soal Taufiq sambil menampar lembut bahu Zafran.

“8.”

“Korang ni makan apa sampai dapat 8 A, 9 A ni? Share sikit dengan aku.Aku nak dapat 1 A pun bukan main payah!”tanya Haikal sambil menggaru dagunya.

Study.”jawab Zafran ringkas.

“Cuba kasi jawapan yang spesifik sikit, boleh tak? Aku tahulah kena study tapi macam mana caranya?”

“Apa kata kau tanya Liya?”usul Zafran sambil tersengih.

Haikal dan Taufiq tersengih lebar.Segera mereka berdua menghampiri Liya yang sudah selesai mengikat tali leher Zul.

“Liya! Tahniah!”

Liya memandang pelik.”Kenapa?”

“Kau dapat nombor 1 dan kau dapat 9 A!”kata Haikal kuat sambil mengangkat tangannya ke atas.

“Kau salah orang kot.Tak mungkinlah aku dapat nombor 1.Dan 9 A?”dahi Liya berkerut.

“Betullah!”Taufiq menayangkan sehelai kertas yang sudah ditanggalkan dari papan kenyataan.Mata Liya membulat sebaik sahaja melihat markah dan nombornya di dalam kelas.

“ARGHHH!!! Happy giler ni! Haikal, Fiq! First time, dapat straight ni! Aku nak nangis! Waaaa!!! Yes! Yes!”Liya sudah terlompat-lompat sambil menjerit gembira.

Zafran hanya tersenyum melihat telatah Liya.Tapi tiba-tiba senyumannya pudar.Liya sudah jarang meluangkan masa dengannya sejak beberapa hari ini.Bukannya dia tak perasan.Perasan sangat-sangat! Setiap kali Zeti ada, Liya akan bertindak dengan menjauhkan diri.

“Kau memang cerdik Zaf.Tapi kali ni kau buat silap sangat.”kata Taufiq tiba-tiba.Zafran memandang dengan dahi yang berkerut.

“Apa maksud kau?”

“Tanyalah diri kau sendiri.Aku malas nak cakap.”jawab Taufiq sebelum berlalu ke tempat duduknya.Zafran terpinga-pinga.Apa maksud Taufiq yang dia dah buat silap?

RISA memandang Rina tidak berkelip.Terkejut sebaik sahaja mendengar apa yang baru dikatakan oleh Rina.Macam tak percaya pun ada jugak? Abang Zaf dengan Zeti?

“Biar betul, Rina?”tanya Risa sekali lagi meminta kepastian.Mana tahu kalau dia salah dengar ke?

“Betullah! Abang aku dah couple dengan Zeti...”

Risa berdiri sambil berjalan berulang-alik di hadapan Rina.Pening-pening! Kenapa akak tak cakap pun pasal ni?

“Kau tahu bila pasal benda ni?”

“Baru je lagi.Tu pun ada orang yang cakap.”jawab Rina sambil menongkat dagu.Dia memerhati suasana taman permainan yang bising itu.

“Patutlah aku tengok Kak Liya macam muram je kebelakangan ni.Abang kau mesti happy kan? Yelah, akhirnya Zeti terima jugak dia.”ujar Risa sambil duduk berhadapan dengan Rina.

Rina hanya menggangguk.Memang abangnya sangat gembira.Tapi bukan sejak Zeti muncul dalam hidupnya.Sebenarnya sejak Kak Liya hadir dalam hidup abangnya.Sejak itulah dia mula melihat abangnya gembira dan selalu tersenyum.

“Tapi sejak kakak kau ada, barulah dia happy macam sekarang ni.Kalau kau tengok betapa khusyuknya dia buat kad tu, confirm kau ingat yang dia sukakan Kak Liya.Tapi last-last, dia pilih orang lain.Pelik aku!”

Rina meluahkan rasa tidak puas hatinya.Risa yang mendengar menghela nafas.Nak buat macam mana lagi? Dah jodoh Zafran dengan Zeti.

“Kak Liya okey?”tanya Rina.

“Entahlah Rina.Kau tahulah kakak aku tu.Kalau dia rasa apa-apa pun, bukan nak cakap.”

“Hmmm...”masing-masing mengeluh.


p/s : Lepas ni Moon stop dulu ye post entry baru.Nak siapkan banyak benda :) InsyaAllah kalau ada masa, Moon post entry baru.TQ untuk sokongan semua.Hargai sangat-sangat.Commentlah ye entry ni.♥

Photobucket

15 comments:

  1. tak suke tau zeti ngn zhafran..huhu..

    ReplyDelete
  2. Waaa, Gila lahhh. Mesti Zaf suka kat Liya jugak. Taknak Zaf dengan Zeti. Takmo takmo. Haha, Forts Comment. Hihi. Hope boleh sambung cepat-2. Hihi. :D Terbaekkk aa ^^

    ReplyDelete
  3. jgn lama sangat ye...pasti rindu gan zaf & liya..

    ReplyDelete
  4. Ala~ Zafran ni. kan dah jauh dr Liya. padan muka...

    Moon, jgn stop udah la ye... hehe... ;)

    ReplyDelete
  5. memang zaf wat silap besar couple ngn zeti..huhuhu

    ReplyDelete
  6. ala..sian liya. x suka zeti!

    hee,siapkan kerja lain tu cepat-cepat sikit ye. ;)

    ReplyDelete
  7. Kak Zura : Kita pun sama.Tapi Zaf suka dia. :(

    nanieZack : Hehe..terima kasih :D

    Hanie : InsyaAllah.. :)

    Kiwi : High five! :D Hehe..tak stop.Sayang nak stop :)

    Amira : Betul-betul.

    Afiqah ~ Hahaa...InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. moon..cpt2 smbung ea..
    t rndu plak ngn cite diorng..
    hope pas ni zafran ngn liya plak..
    XSUKE zeti!!

    ReplyDelete
  9. Liyana ~ InsyaAllah.Nanti kalau kite dah tak busy, kite sambung ye :)

    ReplyDelete
  10. laki.. laki.. suka wat mcm tu kat pmpuan.. tak tau npe.. bg harapan kat pmpuan lain.. tup2 kapel ngn pmpuan lain.. senang je keje dorg kan? pmpuan yg merana.. haish! sabarlah liya.. sob3.. zaf tu ego sgt..

    ReplyDelete
  11. Kira : Ayatmu itu meruntun hatiku :')

    ReplyDelete
  12. setuju ngan Kira
    Zaf tu ego sangat
    kan baik kalo dia ngaku je ngan Liya?
    :(

    ReplyDelete
  13. Hana : Dia keliru.Keliru dgn perasaan sendiri.

    ReplyDelete
  14. salam...nk bhs kn apa ye??? bhskn ibu aje lh ye...
    tahniah pd moon..bl bc aje cter ni trimbau kmbali kngan zmn prskolahan yg tlh hmpir 25thn dtgglkn... kisah2 cnta zmn sekolah...bc dr awl smpai prt 13...dr awl mmg lh zaf tu xda prsaan pd liya tp prsaan tu mncul tnpa disedari...zaf bkn sj2 nk kn zeti jd tmn dia tp krn syrt bodoh yg tlh dia buat dia trpksa mlpskn liya...dlm prt 7 zaf prnh brkata yg dia akn buat sesuatu yg istimewa pd org yg trsyg,..bl dia tnya utk zeti ke tp zaf nafikan...
    trbukti zaf sggup brsgkang mata buat kad utk liya...
    hrp moon cpt2 msukkn n3 baru....

    ReplyDelete
  15. Ibu :

    :') Terharu sgt bila baca komen Ibu :) Terima kasih sebab sudi baca citer Moon ni smpai bab 13 :).Ibu buat Moon rase terharu. Terima kasih ye ibu. Tiba2 teringat kat mak bila baca komen ibu :D .tak sangka ibu perasan yg psl part 7 tu. :) InsyaAllah ibu. Moon akan cuba masukkan bab baru secepat mungkin. :D

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...