Tuesday, January 25, 2011

One Love Part 26


RANIA tersenyum riang sambil melihat bekas makanan yang dibawa khas untuk Hilman.Semuanya dimasak sendiri pagi tadi selepas mendengar khabar yang Hilman sudah sedarkan diri.Rasa syukur di hati usah dikenang.Dia tersenyum lagi.

“Assalamualaikum Encik Danish.”Rania melangkah masuk ke dalam bilik wad dengan senyuman tetapi senyumannya terus mengendur sebaik sahaja melihat Sofi sedang menyuap bubur nasi ke mulut Hilman.Dia terkedu di situ.

“Waalaikumussalam Nia.Masuklah.”ucap Sofi sambil tersenyum.Rania hanya membalas seadanya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Hilman yang langsung tidak memandangnya.Tiba-tiba hatinya merasa pedih melihat reaksi dingin Hilman.Tidak gembirakan Hilman dengan kehadirannya ke situ?

“Saya ada bawak makanan kegemaran encik.”kata Rania sambil menunjukkan beg plastik yang dipegangnya.

“Hmm...”

“Encik nak makan sekarang ke?”soal Rania sambil berdiri di hujung katil Hilman.

“Tak apalah.Aku kenyang makan bubur nasi ni.”jawab Hilman dingin.Tidak seperti selalu.Dia mengerling sekilas ke arah Rania.Luruh semua rindunya selepas menatap wajah comel itu tetapi sengaja dia menguatkan egonya.Kata-kata Syahmi masih lagi diingat sampai sekarang.Dan hatinya sakit.Sakit mengenangkan semua itu.

Rania tersenyum tawar.”Ohh.Kalau macam tu saya tinggalkan dekat sini ye.Manalah tahu kalau encik lapar nanti.”

“Tak payah.Bawak je balik rumah.”

Rania memandang Hilman.”Tak apalah.Saya tinggalkan dekat sini ye.”

Hilman memandang Rania dengan muka yang memerah.

“Kan aku dah kata tak payah! Maksudnya tak payahlah.Yang kau degil sangat ni kenapa?”suara Hilman mulai tinggi.

Sofi hanya mendiamkan diri sebelum mengalihkan pandangan ke arah Rania yang ternyata sudah berubah riak.Dia perasan mata Rania juga sudah mula berkaca.

“Baiklah.Maafkan saya.Saya balik dulu.”ucap Rania perlahan sambil cuba menahan air matanya daripada mengalir di hadapan Hilman.Sedaya upaya dia menahan sendu.Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik Hilman.

“Danila.”

Rania berpaling semula.

“Jangan datang sini dah.Aku tak suka.”perlahan sahaja suara Hilman ketika menuturkannya.Tetapi kesannya begitu hebat.Rania memandang Hilman lama dengan pandangan tidak percaya.Betul ke apa yang dia dengar? Hilman tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Rania bergegas berlari keluar meninggalkan Hilman dan Sofi.Hatinya sakit.Sanggup Hilman memperlakukannya sedemikian rupa.Air mata mengalir laju menuruni pipinya.Sakit sangat! Kenapa ini semua harus terjadi di saat-saat dia merasakan bahawa dia akan bahagia?

PUAN ROHAYA memandang Rania yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri sambil memandang ke luar tingkap.Langsung sebutir patah perkataan pun tidak dari mulut anaknya itu.Sejak Rania balik dari hospital beberapa hari yang lepas, anaknya itu terus kurang bercakap.Setiap kali ditanya kenapa, dia hanya mendiamkan diri sebelum berlari masuk ke dalam bilik dan menangis.

“Nia okey tak ni? Mama risau.”

Rania memandang Puan Rohaya sekilas sebelum mengangguk.

“Nia okey ma.Jangan risau.”

Puan Rohaya menghela nafas panjang.Rania tidak pandai menipunya.Bukannya dia tidak dapat mengesan sisa-sisa air mata di pipi anaknya itu.

“Man ada buat Nia sedih ke?”

Rania pantas menggeleng.Dia tidak mahu ibunya tahu apa yang telah dilakukan oleh Hilman terhadap dirinya.Biarlah dia menanggung semuanya sendirian.

“Kalau Nia perlukan seseorang, panggil je mama.Okey?”

“Okey ma.”balas Rania sambil tersenyum.

“Mama keluar dulu.Nanti turun bawah makan tau.”Puan Rohaya berpesan.

Yes madam!”balas Rania sambil mengangkat tabik.Sengaja ingin mengundang tawa mamanya itu.

Puan Rohaya tergelak kecil sebelum perlahan-lahan menutup pintu bilik Rania.Setelah mamanya beredar, Rania kembali memandang ke luar tingkap.Tiba-tiba wajah Hilman yang tersenyum kembali menjelma di tubir mata.Dia menarik nafas panjang.Rindunya pada Encik Danish!

Telefon bimbit dicapai sebelum dia mula mendail nombor telefon Farisya.

“Assalamualaikum Nia.Kenapa call ni?”tanyanya sambil ketawa kecil.

“Waalaikumussalam.Hmm...Cik Risya ada tak lawat Encik Danish?”tanya Rania.

“Ada.Dia dah makin okey.Oh ye, kenapa dah lama saya tak nampak awak pergi hospital lawat Hilman?”

Rania terdiam.Serba salah untuk menjawab soalan Farisya.

“Saya sibuk sikit.InsyaAllah lain kali, saya lawat Encik Danish.”jawab Rania.

“Ohh...okeylah kalau macam tu.Man tu pun dah rindu dekat awak.Saja je dia tak nak bagitahu kat saya.Tapi saya pelik, kenapa Sofi asyik ada je dekat wad Hilman?”

“Err...saya pun tahu sebab apa.Mungkin sebab Sofi kan kawan lama Encik Danish.”

“Hmm..mungkin jugak.Okeylah Nia.I’ve to go now.My hubby dari tadi dah panggil tu.”

Rania tergelak kecil.”Okey.Take care Cik Risya.Assalamualaikum.”

You too, Nia.Waalaikumussalam.”

Rania meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja.Lega hatinya apabila mengetahui bahawa Hilman baik-baik sahaja.Itu sudah cukup baginya.


p/s : Hehe..dah lama sungguh tak post OL :) Entry kali ini untuk melepaskan rindu.Dan sorry sebab pendek je :)



Photobucket

24 comments:

  1. Huwa...ciannye nia...
    Geram jg dgn hilman pRcya dgn prkataan syahmi..
    Hoh...s0fi kcau daun pandan betul...

    ReplyDelete
  2. yeay akhirnya..lame giler tgu entry baru..hehe..nk kene cubit agaknya moon ni :)..btw kecian pulak ngn rania tuh.syahmi pon satu, sekeh kepala kang..hehe

    ReplyDelete
  3. sekeh pale hilman ni karang....
    ske ski je percaya ckp org lain..bkn nk tnye rania dlu ke ape....

    yg sofi ni plak interframe plak...

    eh tmrah hehehe

    ReplyDelete
  4. Huu~ kenapa Hilman sensitif sangat. Rania dah cakap dah dia suka Hilman... Takyah lah dengar cakap Syahmi tu lagi...

    ReplyDelete
  5. Ema ~ Hilman tu kurang crdik.Sbb tu dia jd mcm tu.Hahaa..tp Siwon tak. <3 Siwon.Hahaa

    kak Zura ~ Hehe..jgn cubit kak zura ;) Hehe...moon pun sian jugk dkt nia.sian dia.jom sekeh hilman sama2.

    Nina ~ Yup.btl tu.Jom sekeh dia.Dari dulu dia ikut kpala dia je.Sabar nina.Moon mngerti prasaan mu :)

    Kiwi ~ Kdg2 tu bila kita tgh sakit ni, kita tak fikir sgt.lps ikut emosi.Jom sepak Syahmi. :)

    ReplyDelete
  6. npe rasa mcm nak tembak je hilman tu!

    oh~ moon~ jgnlah wat kita benci hilman!!! sob4

    ReplyDelete
  7. Kira ~ Sabar :) Hehe...moon pun nak tmbak zahid.blh tak? ;) Haha..tak2.kita tak buat sume org bnci Man.

    ReplyDelete
  8. jahat la hilman tu..
    sanggup wat nia cenggitu..

    ReplyDelete
  9. MaY_LiN ~ :'( Sian Nia kan? Mgkin Man trauma kut lps accident.

    ReplyDelete
  10. Whaaaaaaa,suka gila cite nieee. Comel jehhh. Apelah masalah Syhmi ngn Sofi tuu, haihh, kalau dorang ade depan mate dah lame sekeh-2 dorang. HAHAHA. Opsss! Terlebih sudaaa. Sambung-2 pleaseee :D

    ReplyDelete
  11. sy sngat suka crter nie...:)
    <3

    ReplyDelete
  12. Moon...
    sedihla Man wat Nia camtu...
    :(

    ReplyDelete
  13. hilman..nape wt cm 2..
    moon..nex2..bez la
    thumbs up ^__^

    ReplyDelete
  14. sedap gila cite nie.. nape x smbung lg..

    ReplyDelete
  15. sedap gila cite nie... smbung la lg...

    ReplyDelete
  16. sial..pegi mampos la korang..moon,tlong matikan syahmi nga sofi nih..bawak sial je..ak tmbk mmpus..mympah ak..eih

    cept smbong

    ReplyDelete
  17. DHFC : Hehee..sabor2. Saya pun menyampah dgn diorang tu :)

    ReplyDelete
  18. eii....bongok2...huh...sket nyer hatii......huh...penyebok tol si sofi tuh...huhu.....si hilman tu pulak tetibe je nak emo pesal...huhuhhu ...cdeynye kat nia...xpe2...ade lori ade bas ade hari nnti tuhan bls..

    (terlebih emosional pulak bile bace cite nih..huhuhu..ape2pon best cite nih..hahha...Ganbette Moon!!...10 star to u Moon)

    ReplyDelete
  19. Minzu : Ye.betul2.. :) Haha..takpe2.terima kasih ♥

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers