Saturday, January 15, 2011

Hanya Ingin Kau Tahu 12

BAB 12

“BOLEH Mak Kiah tanya kenapa Lisa buat keputusan untuk menerima Rafiq?”soal Mak Kiah ketika dia dan Lisa berada di dapur.Lisa yang ketika itu sedang memotong sayur tersentak.Dia memandang Mak Kiah sebelum mengukir senyuman tawar.

“Sebab...”

“Sebab Lisa tak nak kecewakan dia kan?”potong Mak Kiah terlebih dahulu.Lisa menundukkan kepalanya.Dia tidak mampu menjawab soalan Mak Kiah.

“Lisa, bagitahu Mak Kiah perkara sebenar.Kenapa Lisa terima Rafiq sedangkan Lisa cintakan Harith?”soal Mak Kiah lagi dengan nada suara yang sedikit tinggi.

Lisa hanya mampu menggigit bibirnya sambil menahan air matanya daripada mengalir.

“Lisa, jawab!”

“Sebab Lisa tak nak tengok Rafiq jadi macam hari tu dan Lisa tak nak tengok Mak Cik Zulaikha sedih.”jawab Lisa akhirnya.Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga.

“Rafiq gembira sangat bila Lisa terima lamaran dia.Lisa tak nak tengok dia sedih.Dia dah banyak tolong Lisa.”sambung Lisa lagi apabila melihat Mak Kiah terdiam.

Puan Zulaikha yang baru sahaja ingin melangkah ke dapur tersentak.Kata-kata yang keluar dari mulut Lisa mengejutkan dirinya.Lisa mencintai Harith tetapi menerima Rafiq untuk menjaga perasaannya dan juga anak terunanya itu.Tiba-tiba dia berasa sendu.Tidak menyangka gadis itu sanggup berkorban sedemikian rupa.Hatinya tersentuh tetapi dia tidak sanggup membiarkan Lisa hidup terseksa.Walaupun dia amat menginginkan agar Rafiq bersama-sama Lisa tetapi soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa.Dia harus berbuat sesuatu.

Perlahan-lahan langkah diatur semula memasuki dapur.Lisa yang sedang menangis segera mengelap air matanya sebelum kembali memotong sayur.Manakala Mak Kiah pula melepaskan helaan nafas sebelum kembali membasuh pinggan mangkuk.

“Esok mak cik nak buat makan-makan sikit.”ujarnya sebelum duduk di kerusi makan.Wajah Lisa dipandang.Dia masih dapat melihat sisa-sisa air mata di pipi gadis itu.

“Untuk siapa, Zu?”tanya Mak Kiah sambil memandang sekilas ke arah Puan Zulaikha.

“Saja je Zu nak buat makan-makan.Ingat nak ajak Izzah dengan keluarga dia.”balas Puan Zulaikha sambil tersenyum.

Lisa tersentak.Keluarga Harith?

“Rafiq tak kisah ke, mak cik?”tanya Lisa.

“Alah, ni rumah mak cik.Mak cik boleh ajak siapa-siapa je yang mak cik suka datang sini.”

Lisa terdiam mendengar jawapan Puan Zulaikha.Dia tidak mampu membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya dia berjumpa Harith.

Mak Kiah memandang Lisa sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Puan Zulaikha.Hatinya tidak sedap dengan semua ini.

HARITH memandang Rafiq yang sedang meneguk minuman dihadapannya. Setelah begitu lama mereka terputus hubungan, tiba-tiba sahaja Rafiq mengajaknya keluar minum.

“Kau mesti pelik kan kenapa aku ajak kau minum?”soal Rafiq tenang.Dia memandang Harith.

“Memang aku pelik.Kau dah maafkan aku ke?”

Rafiq tersenyum sinis.

“Aku cuma nak bagitahu kau yang tidak lama lagi, aku dan Lisa akan berkahwin.”tuturnya disertai dengan senyuman.

Harith tersentak.Kahwin?

“Err...congratulations.”hanya itu yang mampu diluahkannya.Debaran di dada tidak dihiraukan.Dia akui sememangnya dia berasa pedih mendengar kata-kata Rafiq.Lisa akan berkahwin dengan Rafiq dan ini bermakna Lisa tidak mencintainya.Dia hanya bertepuk sebelah tangan.Harith cuba mengukir senyuman tetapi dia tahu senyumannya itu pasti kelihatan janggal.

Thank you.Tapi tujuan aku berjumpa dengan kau bukan pasal tu je.Aku tak nak kau ada dekat majlis aku nanti.”

Sekali lagi Harith terkejut.Wajah Rafiq yang serius dipandang dengan pandangan kurang percaya.

“Kenapa aku tak boleh ada dekat sana? Kau kawan baik aku.Mestilah aku nak tengok kau bersanding.”

“Kalau kau memang anggap aku kawan baik kau, jangan jejakkan kaki ke majlis perkahwinan aku nanti.”Rafiq masih bertegas dengan kata-katanya.Dia tidak ingin melihat Harith berada di sana kerana dia bimbang Lisa akan bertukar fikiran dan meninggalkannya.Bukannya dia tidak tahu yang kata-kata cinta yang diluahkan oleh Lisa kepadanya adalah palsu.Dia bukannya bodoh dalam menilai semua itu.

“Baiklah...aku akan ikut cakap kau tapi aku nak tahu kenapa kau tak bagi aku pergi majlis perkahwinan kau?”

“Tak ada sebab sebenarnya cuma aku tak suka.”dalih Rafiq tanpa memberitahu Harith perkara sebenar.

Harith mendiamkan diri.Win your love! Dia tersenyum hiba.Dia tidak mampu menunaikan apa yang diinginkan oleh Farisya.Dia telah kalah.

“Aku...aku harapkan kau bahagia dengan Lisa.She’s the best girl for you.Kau bertuah.”ujar Harith setelah lama mendiamkan diri.Dia memandang Rafiq yang bereaksi selamba.

“Aku pergi dulu.Assalamualaikum.”Rafiq bangkit sebelum terus berlalu pergi dari situ.Harith hanya mampu memandang sambil menarik nafasnya dalam-dalam.Rasa sakit di hati tidak dipedulikan kerana dia yakin Rafiq lebih berhak mendapatkan Lisa berbanding dirinya.

Lagipun, Rafiq sanggup berkorban apa sahaja untuk Lisa.Kalau dia di tempat Rafiq, dia yakin yang dia tidak akan mampu melakukan apa yang dilakukan oleh Rafiq untuk Lisa.Kasih sayang Rafiq terhadap Lisa terlalu besar sehingga dia tidak mampu melawannya.

LISA melihat jam dinding yang terlekat di dinding dapur.Jantungnya semakin berdebar-debar ketika melihat jarum jam yang semakin menghampiri ke angka 8.Ketiadaan Rafiq di rumah juga menambahkan kerisauannya.Dalam hati, dia berdoa supaya Harith tidak turut serta agar usaha dia untuk melupakan Harith akan berjaya.Dia bimbang jika dia melihat Harith lagi, rasa cintanya terhadap Harith tidak terpadam sebaliknya semakin bertambah.Dia tidak mahu perkara itu terjadi.

“Mereka dah sampai.”ucap Mak Kiah sebaik sahaja masuk ke dalam dapur.Lisa menarik nafas dalam-dalam.Debaran di dada cuba dikurangkan tetapi sedikit pun tidak berkurang.

“Dia ada sekali ke, Mak Kiah?”

Mak Kiah hanya mengangguk.Ketika itu dia sedang memasukkan air ke dalam cerek elektrik.

“Lisa takut nak pergi depan.”

“Buat apa nak takut? Lisa kan dah buat keputusan.”

Kata-kata Mak Kiah seakan-akan memerli dirinya.Lisa terkedu.

“Mak Kiah, Lisa minta maaf.”ucap Lisa perlahan sambil memegang tangan Mak Kiah.

“Bukan pada Mak Kiah, Lisa patut meminta maaf tetapi kepada diri Lisa sendiri.”

“Mak Kiah nak Lisa buat apa?”

Mak Kiah memandang Lisa yang berdiri di hadapannya.Sebenarnya, dia amat kasihan melihat Lisa.Tapi dia tidak suka dengan keputusan Lisa.Itu tidak bermakna yang dia suka jika Lisa bersama-sama Harith tetapi sekurang-kurangnya dia tahu Lisa bahagia kerana bersama-sama dengan orang yang mencintai dan dicintainya.

“Mak Kiah nak Lisa fikir balik keputusan Lisa tu.Jangan menyesal di kemudian hari.”

“Tapi Lisa tak boleh tarik balik keputusan Lisa ni, Mak Kiah.Walaupun Lisa sangat sayangkan Harith, Lisa terpaksa padamkan semua perasaan tu.Lisa tak nak Rafiq bersedih.”

Deheman di belakang mengejutkan mereka berdua.Serentak kedua-duanya berpaling.Lisa segera menekup mulutnya kerana terkejut.Mak Kiah pula terdiam.Wajah Harith yang memandangnya dengan tajam dipandang dengan muka yang terkejut.

“Aku nak jumpa kau sekejap.”ucap Harith sebelum mengatur langkah ke arah pintu dapur yang berhadapan dengan kolam renang.Lisa perlahan-lahan mengikut langkahnya sebelum duduk di sebuah kerusi.Harith yang sedang berdiri menghadap kolam renang dipandang.

“Bagus keputusan kau untuk berkahwin dengan Rafiq.Dan aku sokong sepenuhnya keputusan kau tu.”kata Harith sambil menyebak rambutnya ke belakang.

Harith berpaling memandang Lisa.

“Aku nak kau buangkan semua perasaan kau pada aku dan cintailah Rafiq sepenuh hati kau.Aku pun akan cuba melupakan kau kerana aku pun tak nak tengok Rafiq terluka.Dia banyak menolong aku sejak aku kecil lagi.Kalau ini boleh membahagiakan dirinya, aku sanggup berkorban.”sambung Harith lagi.

Lisa menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Harith.

“Saya nak berterima kasih pada Encik Harith.”

“Untuk apa?”tanya Harith pelik.

“Sebab hadir dalam hidup saya walaupun sekejap.Walaupun saya tahu sukar bagi saya untuk melupakan encik tetapi insyaAllah saya akan berusaha.Terima kasih sekali lagi.”balas Lisa sambil memandang Harith.

Harith membalas pandangan Lisa sebelum meraup mukanya.Dia segera berlalu dari situ tanpa berpaling lagi.Mak Kiah yang berada di dapur dipandang sebelum dia tersenyum tawar.Langkah terus diatur menuju ke ruang tamu di mana ahli keluarganya yang lain berada.

p/s : :) Commentlah ye ♥



Photobucket

16 comments:

  1. Sangat perit kalau kita m'bhogi perasaan demi s'buah pengorbanan.!!!

    Cian Lisa n Harith.,, sama2 terseksa..
    Cinta memang aneh, Rapiq yg bk x bisa d'cnti Lisa,,
    Harith yg sering memerli, yg Lisa Cnta...

    Tp kejam juga Rapiq, buat Harith mcm tu, x boleh hadir dlm pesta pRkwinanye..
    M0ga je mrka x kawin,~ ahaks jahatnye pemikiran saya:-)

    ReplyDelete
  2. Anonymous ~ InsyaAllah :)

    Ema ~ Ye. btl.Moon setuju.Kesian diorang :(

    ReplyDelete
  3. sian lisa gan harith...pedih bila terpaksa korbankan perasaan cinta dihati...tak nak lisa jd kawen gan rafiq...smbg cepat2 ye...!!!

    ReplyDelete
  4. kenapa begini?
    rafiq tu kenapalah degil sgt?

    lisa tabahkan hati ya..=)

    ReplyDelete
  5. rafiq ego!!! x nk mngalah... T^T

    ReplyDelete
  6. Nape character Rafiq jd jahat lak???
    Waaa.....

    ReplyDelete
  7. Minho ~ Kadang2 tu manusia blh jadi jahat disebabkan cinta.Rafiq cuma nak mpertahankan cinta dia.Hehe..


    Hana ~ Setiap manusia ada sisinya yang jahat :) Btl tak?

    ReplyDelete
  8. adeh~ ngape jd gini...
    siannya Lisa...

    ReplyDelete
  9. Benz ~ Sabar :)

    Kiwi ~ Moon suka Lisa dgn Harith :D

    ReplyDelete
  10. sakit sgt2 bila korbankan jiwa demi kebahagiaan org lain...

    ReplyDelete
  11. kesian lisa ngan harith.... nape rafiq x fhm2... cpt la smbung...

    ReplyDelete
  12. dyaNZa : InsyaAllah nanti Moon sambung ye.sekarang ni busy sikit :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers