Saturday, January 1, 2011

Hanya Ingin Kau Tahu 11


BAB 11

“Encik Harith, ada surat untuk encik.”ujar Sarah ketika Harith sebaik sahaja Harith sampai.Surat yang berada di tangan Sarah dipandang sebelum diambil.

“Siapa yang bagi?”

“Cik Risya.Semalam lepas Encik Harith balik untuk lunch, dia ada datang sini.She asked me to give this letter to you.”jawab Sarah.Wajah kacak Harith dipandang.Sesekali dia tersenyum sendirian apabila melihat mata-mata yang memandang.Bukannya dia tidak tahu ramai yang tidak menyukainya kerana berjaya menjadi setiausaha kepada Encik Harith.Sudahlah kaya, kacak pula tu.

Oh, okay.Thanks.” tergesa-gesa Harith masuk ke dalam biliknya sebelum merebahkan badannya di atas sofa yang tersedia di dalam biliknya.Diteleknya surat Farisya sebelum membukanya.

Harith,

I dah boleh terima sekarang yang you dah tak cintakan I lagi.I mengaku pada mulanya I sangat bencikan you sebab berpaling arah tetapi kemudiannya I sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa.Dan kerana itulah juga baru I sedar yang selama ini I tak menyayangi you sepenuh hati.Perasaan I ketika bersama you adalah bangga.Bangga kerana I mempunyai seorang teman lelaki yang kaya dan kacak macam you tapi bukannya cinta.I tahu yang I ni pentingkan diri.Dan memang betul I pentingkan diri sendiri.Sebab itulah sekarang ni I nak you bahagia.Bahagia bersama-sama Lisa.Cuma dia sahaja yang boleh membahagiakan you.Bukan I ataupun orang lain.I nak you kahwin dengan dia.Luahkan perasaan you terhadap dia.Let her know before it’s too late.Andai kata I tak ada dah lepas ni, I tetap nak you bersama dengan Lisa.You kena janji dengan I.Kalau tak I takkan maafkan you sampai bila-bila.She loves you too...Percayalah cakap I.Jangan lepaskan Lisa to anyone.This is your chance untuk hidup bahagia.Take care, buddy and take a good care of her. I wish you all the best.Win your love okay! J Don’t worry about me.I’ll be fine.

Farisya Hanim.

Harith menghela nafas sebaik sahaja selesai membaca surat Farisya.Win your love?Harith meraup mukanya.Tidak sanggup rasanya untuk merampas Lisa daripada Rafiq.Bukannya dia tidak tahu Rafiq amat mencintai Lisa.Kalau tidak, masakan Rafiq sampai sanggup tidak berkawan dengannya.Dia sangat yakin yang cinta Rafiq terhadap Lisa melebihi cintanya terhadap Lisa.

Dia menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Nombor Farisya didail tetapi seperti semalam langsung tidak diangkat.Rambutnya disebak ke belakang.Perasaannya sekarang ini berbelah bahagi.Lisa dan Rafiq? Kedua-duanya amat penting baginya.Yang mana satu harus dia pilih?

Harith bangkit dari kerusi sebelum melangkah keluar dari pejabatnya.Tanpa mempedulikan panggilan Sarah, dia melangkah keluar dari situ.Dia memerlukan ketenangan dari semua masalah ini.Dia perlukan rehat.

LISA memandang Rafiq sambil menunggu jawapan bagi persoalannya sebentar tadi tetapi Rafiq hanya mendiamkan diri sambil memusingkan cawannya.Soalan yang baru sahaja ditanyakan oleh Lisa begitu menganggu fikirannya.Farisya meminta Lisa supaya berkahwin dengan Harith? Otaknya masih tidak dapat mencerna tujuan Farisya berbuat demikian dan yang paling dia tidak senang adalah Lisa bersetuju dengan cadangan itu.Alasannya kerana Farisya begitu mengharapkan supaya dia menerima Harith.

“Saya langsung tak faham.Kenapa awak nak ikut cakap Risya? Dia dah banyak sakitkan hati awak.”akhirnya Rafiq bersuara.Dia memandang Lisa.

“Saya...err...”

“Ataupun awak cintakan Harith?”Rafiq memandang tajam.Lisa terkedu.Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Kalau saya cakap ya, macam mana?”

Rafiq terdiam.Adakah dia mengharapkan jawapan itu yang bakal keluar dari mulut Liya? Tidak, langsung tidak!

“Saya tak suka.”ucap Rafiq perlahan.Bibirnya digigit.

“Kenapa awak tak suka, Rafiq?”

Tiba-tiba Rafiq bangun sebelum menghampiri Lisa.Ditariknya lengan Lisa supaya mengikutnya.

“Apa ni, Rafiq?! Lepaskan saya.”jerit Lisa geram.Dia paling tidak suka disentuh oleh orang yang bukan mahramnya.

“Ikut saya!”

“Saya tak nak! Jangan paksa saya.Awak nak bawa saya pergi mana?”tanya Lisa kuat.Dia menarik-narik tangannya daripada dipegang oleh Rafiq.

“Saya cintakan awak!”ucap Rafiq sambil melepaskan tangan Lisa.

Lisa tergamam.Tangannya pantas menekup mulut.Wajah Rafiq yang serius dipandang tidak percaya.

“Apa awak cakap ni?”

“Saya cintakan awak! Sejak dari hari pertama saya kenal awak sampailah sekarang, saya dah jatuh cinta pada awak.”ucap Rafiq kuat.Dia menyebak kasar rambutnya.

Lisa terduduk lemah.Perlahan-lahan air matanya mula mengalir.Sakit, pedih, kecewa dan segala macam rasa menyeksa hatinya saat ini.Rafiq cintakan dirinya? Hakikat yang tidak sanggup dia terima kerana akhirnya dia tahu yang dia terpaksa melukakan hati insan yang paling banyak membantu dirinya di kala kesusahan.

“Tak pernah ada ke walaupun sekelumit perasaan cinta awak terhadap saya, Lisa?”soal Rafiq sebelum melutut di hadapan Lisa.Lisa hanya mampu memandang rumput kerana dia tidak sanggup memandang wajah kecewa Rafiq.

“Saya minta maaf.”

Rafiq terkedu.Kata-kata maaf daripada bibir Lisa telah menjawab pertanyaan.Memang Lisa langsung tidak mencintainya.Lisa mencintai lelaki yang pernah membencinya sebelum ini iaitu Harith Izdihar.Rafiq tertunduk lemah.Sakit di hatinya hanya Tuhan yang tahu.

Lisa bangkit sebelum berlari masuk ke dalam biliknya.Dia tahu Rafiq sedang menangis kerana dia dapat merasakan beberapa titik air mata lelaki itu jatuh di atas tangannya.Andai hatinya dapat diubah pasti dia akan cuba mencintai Rafiq tetapi dia tidak boleh kerana di hatinya sudah terukir nama Harith.Lisa memandang ke luar tingkap.Rafiq masih lagi duduk di atas tanah sambil menangis hiba.Air matanya mengalir lagi.

“Lisa, kenapa dengan Ra...”kata-kata Mak Kiah terhenti sebaik sahaja melihat air mata yang mengalir di pipi Lisa.Perlahan-lahan dia menghampiri sebelum memeluk tubuh Lisa.Terhambur semua air mata Lisa saat dipeluk oleh Mak Kiah.

“Rafiq cintakan Lisa, Mak Kiah...”

Kata-kata Lisa menyebabkan Mak Kiah terkejut.Dia memandang wajah sembab Liya.
“Tapi Lisa tak cintakan dia.Cik Risya...”

Lisa tidak mampu menghabiskan kata-katanya.Air mata yang mengalir laju dibiarkan sahaja.

“Shh...jangan menangis.”pujuk Mak Kiah sambil menepuk lembut belakang Lisa.Kasihan pula dia melihat keadaan Lisa.Malah dia tahu, Lisa tersepit di tengah-tengah.Farisya mengharapkan agar dia bersama-sama Harith manakala Rafiq pula ingin memiliki Lisa sebagai isterinya.Hatinya turut hiba melihat keadaan Lisa.

“Sabarlah Lisa.”

“Lisa bingung Mak Kiah.”

“Mak Kiah faham.Lisa buatlah apa yang patut.Ikut kata hati Lisa.Jangan menyesal di kemudian hari.”kata Mak Kiah perlahan.

Lisa mendiamkan diri sambil memeluk tubuh Mak Kiah.Apakah yang harus dia lakukan sekarang?

PUAN IZZAH mundar-mandir di ruang tamu sambil matanya tidak berhenti-henti memandang keluar tingkap.Hatinya mula tidak berasa enak memikirkan keselamatan Harith.Jarum jam yang semakin menghampiri ke angka 12 menambahkan kerisauan di hatinya.Ke mana agaknya Harith pergi? Telefon tidak dijawab, mesej tidak dibalas.

“Janganlah risau sangat.Nanti dia baliklah tu.”ucap Encik Amir sambil menarik tangan isterinya supaya duduk.

“Zah risaulah bang.Dia mana pernah balik lewat macam ni.Kalau dia keluar pun, pukul 12 mesti dah balik tapi sampai sekarang dia masih juga belum balik.”

Encik Amir tersenyum.”Dia dah besar panjang.Tahulah dia jalan balik.”

Puan Izzah mencebik.Geram apabila kerisauannya dipandang remeh oleh suaminya.

“Bang, walaupun dia tu dah besar panjang tapi kadang-kadang tu perangai dia macam budak-budak.Zah risau dia buat benda tak elok sebab terlalu tension dengan masalah.”ujar Puan Izzah khuatir.Sekali lagi dia meninjau ke luar tingkap.

“Abang yakin yang anak kita tu boleh berfikir mana yang betul dan mana yang salah.”

“Memanglah tapi...”

“Zah percayakan anak kita tak?”soal Encik Amir mematikan kata-kata Puan Izzah.

Perlahan-lahan Puan Izzah menggangguk.Dia memang percayakan Harith.

“Jadi jangan risau sangat.Nanti dia baliklah tu.Mungkin dia nak cari ketenangan.”

Puan Izzah hanya mampu menggangguk mendengar kata-kata suaminya.Harap-harap begitulah.

“Mama, abang belum balik ke?”

Puan Izzah dan Encik Amir memandang ke arah tangga.Lokman dan Mira sedang berdiri di situ sambil memandang ke arah mereka berdua.

“Belum lagi.Kenapa anak-anak papa belum tidur lagi ni?”soal Encik Amir sambil menggamit mereka supaya menghampirinya.

“Mira risau sebab abang tak balik lagi.”

“Lokman pun!”

Encik Amir mengusap kepala kedua-dua anak angkatnya itu.

“Nanti abang baliklah tu.Mungkin dia ada hal.Man dengan Mira pergilah tidur dulu.Nanti esok susah nak bangun pergi sekolah.”kata Encik Amir sambil tersenyum.Mira dan Lokman menggangguk kepala.Tangan Encik Amir disalami diikuti oleh tangan Puan Izzah.Puan Izzah memberikan ciuman kepada mereka berdua sebelum kedua-duanya naik ke tingkat atas.

Harith yang berada di luar pintu rumah sempat mendengar segala-galanya.Senyuman tiba-tiba mekar di bibirnya.Bertuah sungguh dirinya kerana mempunyai ibu bapa dan adik-adik yang sangat baik.

“Assalamualaikum...”pintu rumah dibuka.Puan Izzah segera menghampiri.

“Kamu ke mana, Iz? Mama risau.”

Harith tersenyum.”Iz pergi ambil angin, mama.Nak rehatkan minda sikit.”

“Lain kali kalau nak pergi ambil angin pun bagitahulah mama dengan papa.Mama dah naik risau bila Sarah cakap Iz tiba-tiba keluar dari pejabat.”

“Okey mama.Iz takkan buat dah macam ni.”ujar Harith sambil mengangkat tangannya seolah-olah berikrar.

Puan Izzah tersenyum dengan hati tenang.Senyuman yang berada di bibir anak terunanya dipandang.Dia tahu itu semua hanyalah senyuman palsu kerana di balik keceriaan wajah anaknya itu, dia dapat melihat sendu yang bertamu di hati anaknya itu.Sabarlah wahai anakku.Semua ini ada hikmahnya.

PUAN ZULAIKHA mengetuk bilik Rafiq sambil memanggil lembut nama anaknya itu.Risau pula apabila memikirkan sejak dari pagi tadi, anaknya tidak keluar-keluar dari bilik.Wajah Lisa yang muram ketika di meja makan turut merisaukan dirinya.Sekali lagi pintu diketuk.

“Fiq tak nak diganggu ma.”suara Rafiq kedengaran tetapi dia masih tidak ingin membuka pintu.

“Kenapa ni Fiq? Fiq ada masalah ke?”

Rafiq tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri.Album gambar yang dipenuhi gambar Lisa dipeluk rapat ke dada.

“Fiq, bukalah pintu.Kalau Fiq ada masalah, boleh cakap dengan mama.”pujuk Puan Zulaikha lagi.

Lisa yang berdiri tidak jauh dari situ memerhati dengan hati yang pedih.Dia terluka dan sedih melihat keadaan Rafiq.Perkara ini yang paling membimbangkan dirinya.Dia tidak mahu Rafiq menjadi lemah kerana hal ini.Air mata yang mengalir di pipi diseka.Hatinya sudah bulat.Perlahan-lahan dia menghampiri Puan Zulaikha yang masih mengetuk pintu bilik Rafiq.

“Mak cik, biar Lisa yang pujuk Rafiq ye.”ucapnya lembut sambil mengukir senyuman tawar.Puan Zulaikha hanya mampu menggangguk sebelum berlalu pergi dari situ.

Lisa menarik nafas sebelum mengetuk pintu bilik Rafiq.

“Ma, I want to be alone!”ucap Rafiq sambil membuka pintu bilik.Dia tergamam melihat bukan ibunya yang berdiri di situ sebaliknya Lisa.Rafiq tertunduk lemah.Dia membiarkan pintu biliknya terbuka luas sebelum kembali berteleku di atas katil.

“Awak okey?”soal Lisa sambil menghampiri Rafiq.

“Awak rasa?”

“Saya minta maaf.”

Rafiq tersenyum sinis.”Adakah dengan meminta maaf, segala kesakitan di hati saya ini akan hilang?”

Lisa menggigit bibirnya.Album gambar yang terbuka dipandangnya.Dia dapat melihat berpuluh-puluh gambarnya di situ.Semuanya diambil tanpa sedar.Lisa berpaling memandang Rafiq yang memandang ke luar tingkap.

“Awak betul-betul ke cintakan saya?”

Rafiq mendengus.Wajah Lisa dipandang tajam.

“Awak nak saya buktikan dengan cara yang macam mana lagi? Jangan tanya soalan yang awak sendiri dah tahu jawapannya.”

“Kalau awak betul-betul cintakan saya, awak takkan lemah macam ni.Rafiq yang saya kenal tak pernah berperangai macam ni.Mak cik risaukan awak...tak baik buat mak awak macam tu.”ujar Lisa perlahan.

“Saya sangat cintakan awak, Lisa.Saya tinggalkan kawan baik saya sebab awak.Saya bermusuh dengan dia disebabkan awak tetapi awak cintakan dia!”

“Saya tak cintakan dia.”ujar Lisa dengan hati yang perit.

Rafiq terkejut.Dia memandang Lisa.

“Betul ke?”

Lisa menggangguk.

“Awak cintakan siapa?”

“Saya cintakan awak.”jawab Lisa perlahan.Dia rela berkorban asalkan Rafiq tidak menjadi seperti ini lagi.Tidak sanggup dia melihat kesedihan di wajah Puan Zulaikha.

“Betul ke?”soal Rafiq gembira.

“Ya.”

“Awak nak kahwin dengan saya?”soalnya lagi.

Lisa memandang wajah Rafiq.Dia cuba mengukir senyuman manis.

“Nak.”

Terus Rafiq tersenyum lebar.Wajahnya yang mendung telah menjadi ceria.Dia melompat-lompat kegembiraan.

“Saya janji saya akan bahagiakan awak, Lisa! Saya janji!”ucapnya dengan gembira.Lisa hanya menggangguk sambil memandang ke arah pintu.Mak Kiah berdiri di situ dengan wajah yang terkejut.

Rafiq yang ternampak Mak Kiah segera menarik tangan wanita itu sambil melompat-lompat kegembiraan.

“Mak Kiah dengar tak tadi? Lisa nak kahwin dengan Fiq!”

Mak Kiah tersenyum tawar.Dia memandang Lisa mengharapkan jawapan.Lisa hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Mak Kiah segera memahami maksud gelengan Lisa.Akhirnya Lisa telah membuat pilihannya.

p/s : Enjoy dan comment ye :) ♥


Photobucket

4 comments:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers