Monday, December 13, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu 10

BAB 10

FARISYA merenung jauh ke luar jendela.Sejak seminggu yang lalu, nafsu makannya telah hilang dan dia lebih suka duduk terperap di biliknya.Air matanya juga sudah lama kering.Dia merasakan tiada gunanya untuk dia bersedih lagi.Harith telah pergi.Pergi meninggalkan dirinya untuk Lisa.

Dia bangkit dari kerusi yang didudukinya sebelum mendapatkan sehelai kertas dan pen.Dia yakin inilah yang perlu dilakukan olehnya.Betul kata-kata abangnya.Kalau orang dah tidak cinta, buat apa lagi dia berharap.Dia pun tidak tahu kenapa dia boleh membiarkan sahaja semua ini.Mungkin kerana cintanya terhadap Harith tidaklah sehebat mana.Mungkin juga kerana dia mencintai Harith dengan tidak setulus hatinya.Ya mungkin itulah sebabnya.Kerana itulah dengan mudahnya dia membiarkan Harith pergi.

Datin Salmah yang berdiri di luar pintu bilik Farisya menarik nafas dalam-dalam.Perlahan-lahan pintu itu diketuk dengan harapan Farisya sudi untuk membukanya.Sudah hampir seminggu anaknya itu langsung tidak keluar dari bilik.Dia masih teringat lagi Farisya pulang seminggu lalu sambil menangis dan apabila dia ingin bertanya, Farisya hanya menggeleng sebelum bergegas naik ke biliknya.

“Risya, buka pintu ni sayang.”lembut suara Datin Salmah memujuk anaknya itu.

Tidak lama selepas itu, Farisya mula membuka pintu.Muka anaknya yang tidak bermaya menyentuh hatinya.Kasihan melihat tubuh anaknya yang semakin kurus.

“Anak mama okey?”

Farisya hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di atas katil.Dia hanya memerhatikan langkah ibunya yang memasuki biliknya sekarang.

“Risya dah sedia nak ceritakan pada mama apa yang sebenarnya berlaku?”

“Tak ada apa, mama.”

“Risya tak pandai bohong mama.Mama tahu anak mama sedih.Cakaplah apa dia?Mungkin mama boleh tolong.”

“Tak ada yang boleh mama buat.”kata Farisya tenang.Dia malas untuk memikirkan hal ini lagi.

“Mama...”

“Ya sayang?”

“Risya nak keluar sekejap.”

“Risya nak pergi mana?”

“Risya kena jumpa seseorang. Tapi sebelum itu, Risya nak minta ampun dengan mama.Risya dah banyak buat dosa dekat mama.Risya minta maaf ye.”ucap Farisya sambil mengucup tangan ibunya.

“Mama sentiasa maafkan Risya.”

Farisya tersenyum sebelum menghampiri almari pakaian.Dia mengeluarkan sehelai blouse putih dan sehelai seluar berwarna putih juga.Kemudian, dia mencari tudung yang pernah diberikan oleh Mak Kiah pada hari jadinya lama dahulu.

“Risya nak pakai tudung ke?”soal Datin Salmah pelik.

“A’ah.”

“Mama keluar dulu ya.”

Farisya hanya mengangguk.Dia sedang ralit membetulkan kedudukan tudung tersebut di atas kepalanya.Hatinya merasa lebih tenang sekarang.

LISA memandang pelik gadis yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.Dia cukup mengenali wajah itu tetapi ada sesuatu yang berubah.Gadis itu kini sudah mula memakai tudung.Lisa tersenyum senang.

“Jemputlah masuk, Cik Risya.”

“Terima kasih Lisa.”Farisya membalas senyuman Lisa buat pertama kalinya dengan ikhlas.Lisa agak terkedu seketika.

“Cik Risya nak minum apa?”

“Apa-apa pun boleh.”

Mak Kiah yang baru keluar dari biliknya tergamam melihat Farisya yang sedang duduk di ruang tamu.Dia pasti itu adalah Farisya walaupun dia kelihatan lebih cantik apabila bertudung.Sejuk hati Mak Kiah ketika memandangnya.

“Cik Risya buat apa dekat sini?”soal Mak Kiah sebelum duduk di sisi Farisya.Pantas tubuh itu dibawa ke dakapannya.Dia memang merindui Farisya walaupun Farisya sering berkasar dengannya.Farisya telah dijaga sejak dari kecil masakan dia langsung tidak menyayangi gadis ini.Sekalipun mulut berkata marah tetapi hati tetap menyayangi.

“Risya rindu Mak Kiah.”

“Mak Kiah pun.”

“Risya nak minta maaf.Risya dah banyak buat salah dekat Mak Kiah dan Lisa.Risya rasa berdosa sangat.”tutur Farisya sambil menangis.Lisa hanya memandang sambil meletakkan dulang air di atas meja.

“Saya dah lama maafkan Cik Risya.”

“Mak Kiah tak pernah marahkan Risya pun.”

Tersentuh hati Farisya mendengar kata-kata mereka.Ternyata begitu baik sekali hati Mak Kiah dan Lisa.Dia sahaja yang buta dalam menilai kebaikan mereka selama ini.Dan dia amat berterima kasih kepada Harith.Kerana Harithlah, dia telah sedar segala kesilapan dia.Masa selama seminggu telah digunakan sebaik-baiknya untuk memuhasabahkan diri.

“Lisa, saya dah putus dengan Harith.”

Kata-kata yang terbit dari bibir Farisya mengejutkan Lisa.Tiba-tiba terbit rasa bersalah di hatinya.Adakah ini semua salahnya?

“Jangan bimbang.Ni bukan salah awak.Saya sendiri yang memutuskannya.Lagipun saya tahu siapa sebenarnya yang dia cintai.”

Lisa hanya mampu menunduk ke bawah.

“Awak jagalah dia sebaik mungkin ya.Saya tahu awak pun cintakan dia bukan? Selama ni awak hanya menganggap Rafiq sebagai teman baik sahaja kan?”

“Saya...”

“Lisa, saya nak awak bahagia dengan Harith.Saya tahu dia selalu sakitkan hati awak tapi dia buat semua itu kerana dia masih lagi tunang saya ketika itu.Jadi, mungkin sebab itu, dia berdendam dengan awak tapi saya tahu tidak pernah timbul pun perasaan benci untuk awak dalam hatinya.”

Mak Kiah yang mendengar setiap butir bicara Farisya lebih memilih untuk mendiamkan diri.Sebenarnya, dia terkejut juga melihat betapa mudahnya Farisya mengalahkan sedangkan selama ini dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan sesuatu atau seseorang yang dia suka.

“Saya tahu mungkin awak pelik dengan semua ini.Mungkin awak ingat saya berpura-pura sahaja kan? Tapi sebenarnya tidak.Saya pun tidak tahu kenapa selepas saya berpisah dengan Harith, saya mula sedar segala kesilapan saya.Dosa-dosa saya yang banyak membuatkan saya sesat.Jadi sebab itu, saya tidak mahu lagi menagih kasih.Saya tahu cinta Harith hanya untuk awak, Lisa.”ujar Farisya lagi.Dia mengenggam tangan Lisa sambil tersenyum.Dia betul-betul berharap agar Lisa sudi bersama-sama dengan Harith.

“Saya tak layak untuk Encik Harith.”

“Siapa kata awak tak layak? Awak cantik, baik, sopan-santun, dan cerdik.Saya tahu awak cerdik cuma kerana masalah kewangan, awak tak boleh sambung belajar kan?”

“Sebab itulah saya tak layak untuk Encik Harith.Encik Harith merupakan seorang lelaki yang berjaya, Cik Risya.Siapalah saya untuk digandingkan dengan dirinya?”

Farisya menghela nafas.”Sekarang ni pipit pun dah boleh terbang bersama-sama enggang, tau tak? Hmm..baiklah, saya perlu balik sekarang.Ada hal penting yang perlu saya uruskan.Jaga diri ya, Mak Kiah..Lisa.”

“InsyaAllah Cik Risya.”jawab Lisa dan Mak Kiah serentak.

“Assalamualaikum.”Farisya mengangkat tangan sebelum keretanya meluncur meninggalkan perkarangan rumah Puan Zulaikha.

“Waalaikumussalam.”

DATIN SALMAH sejak dari tadi tidak henti-henti untuk cuba menghubungi anaknya.Sejak dari petang tadi, dia cuba menghubungi Farisya tetapi tiada satu panggilannya pun yang berjawab.Hatinya mula dipagut rasa bimbang.Takut jika ada apa-apa yang tidak elok berlaku terhadapnya anaknya itu.

“Kenapa ni Mah?”tanya Datuk Husin pelik ketika melihat isterinya sejak dari tadi tidak senang duduk.

“Anak kita bang.Dari pagi tadi lagi dia tak balik-balik.Mah risaulah..”

“Bukan ke dia dah biasa balik lewat.”

“Tadi dia cakap nak keluar sekejap je.Kalau dia cakap sekejap, memang sekejap tapi kali ni, dia tak balik-balik lagi.Risau saya ni, bang.”

“Tak payahlah risau sangat.Mungkin dia keluar dengan Harith.Cuba call Harith.”usul Datuk Husin.

Datin Salmah mengangguk sebelum mula mendail nombor telefon Harith.Di dalam hati dia berdoa supaya Farisya bersama Harith ketika ini.

“Assalamualaikum Harith.”Datin Salmah bersuara sebaik sahaja mendengar suara garau Harith mengangkat telefon.

“Waalaikumussalam mak cik.Ada apa mak cik?”

“Risya...Risya ada tak dengan Rith sekarang?”

“Tak ada, mak cik.Kenapa?”

“Risya tak balik dari pagi tadi lagi.Tadi dia cakap nak jumpa seseorang.Mak cik benarkanlah sebab dia dah lama tak keluar rumah.Lepas tu, dia lain sangat Rith.Dia pakai tudung.”kata Datin Salmah.

Harith terkejut.Farisya pakai tudung?

“Mak cik agak dia pergi mana?”soal Harith bimbang.Khuatir jika Farisya bertindak di luar kawalan.

“Dia tak cakap apa-apa pun.Mak cik risau sangat Rith.”

“Sabar ya, mak cik.Rith pergi rumah mak cik sekarang ya.”

Harith terus bergegas mengambil kunci keretanya.Semua ini salahnya! Kalaulah dia tidak menyakiti hati Farisya, semua ini tidak akan terjadi.

DATIN SALMAH menyambut kedatangan Harith dengan linangan air mata.Surat yang dipegangnya terus diserahkan kepada Harith.

“Surat apa ni, mak cik?”

“Surat Risya.Abang dia baru jumpa dekat dalam bilik dia tadi.”ucap Datin Salmah sambil mengelap air matanya.

Mama dan Papa,

Risya minta maaf sangat-sangat dekat mama dan papa sebab pergi tanpa bagitahu apa-apa.It’s just Risya perlukan masa bersendirian.Semua ni bukan salah Harith ataupun sesiapa.Semua ni disebabkan Risya.Risya yang nak pergi tenangkan fikirkan untuk sementara waktu.Mama, Papa halalkan makan minum Risya.Risya sayang mama dan papa sangat-sangat.

Farisya Hanim

Harith melipat kembali surat Farisya sebelum memandang Datin Salmah yang sedang mengelap air matanya.Sungguh dia langsung tidak mempunyai sebarang idea mengenai keberadaan Farisya.Kalau dia tahu, sudah lama dia akan pergi mendapatkan Farisya dan meminta maaf bagi segalanya.Semua ini memang salahnya.Kalaulah dia tak berpaling kasih, pasti semua ini tidak akan terjadi.Harith meraup mukanya dengan penuh kekesalan.


Photobucket

7 comments:

  1. Ahlhamdulillah
    taubat pun
    :)

    *btw, lisa, kalo tak nak sama Rafiq, bagi kat Hana la. berkenan betul dengan perangai dia tu^^

    ReplyDelete
  2. Setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat...nak Harith gan Lisa...!!!

    ReplyDelete
  3. MaY_LiN~ Kita tggu shigga bab yg akan dtg :)

    Hana~Daku serahkan Rafiq kepadamu :)

    Hani~Hehehe..btl2.Sentiasa ada ruang utk bertaubat :)

    ReplyDelete
  4. Moon,Risya accident ke nnti??
    Pastu Harith rsa bersalah x??
    Dan dia pon salahkn Lisa gak kn??
    Pas tu diorang terpksa kahwin ats sbb tertntu ke??
    Tp Harith msih x dpt memaafkn dirinya n Lisa??
    Mcm tu ke??
    (Kalau slah maaflah...Sy ni mmg dh byk terpngaruh dgn cerekarama dan novel)
    Hehehe~~

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers