Thursday, December 30, 2010

Bertemu Cintaku Part 8


BAB 8 : JAMUAN

Liyana Damia

“Inilah kali pertama dan kali terakhir aku buat macam ni.”

GAUN labuh berwarna hitam berlengan panjang dengan sedikit jahitan labuci berwarna ungu di lengannya dan tudung berwarna sedondon dipandang tanpa perasaan.Bersusah-payah Risa menggosok gaun dan tudung itu dengan harapan Liya tidak akan memberontak dan akan bersetuju untuk memakainya.Sekali lagi gaun itu dipandang sebelum disentuh.Memang cantik gaun ni.

“Tuan kau tu gila ke apa? Aku tak suka pakai gaun tapi dia suruh aku pakai gaun jugak.”omelnya geram.

Liya menyentuh lagi gaun tersebut.Berapa agaknya harga gaun ini ya? Mesti mahal kan?

“Liya tak siap lagi?”soal Puan Karmila yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Liya.Puan Karmila menggeleng kepala melihat pakaian yang dipakai oleh anaknya.Anaknya itu masih lagi memakai baju t-shirt dan berseluar trek.Nak pergi ke tidak ni?

“Err...Liya malu nak pakai baju ni.Macam tak sesuai je.Macam mana kalau Liya tersadung batu lepas tu terjatuh.Mesti buruk kan, mak? So, boleh tak Liya nak pakai blouse dengan seluar slack?”Liya tersenyum manja cuba untuk memujuk emaknya.

“Tak bolehlah Liya.Kesian Zaf...Mahal-mahal dia beli gaun tu tapi Liya tak pakai.Nanti apa pulak kata dia.Lagipun, untuk hari ni.”Puan Karmila pula cuba untuk memujuk Liya.

Liya memejam matanya rapat-rapat sebelum menarik nafas dalam-dalam.Akhirnya, dia mengambil juga gaun pemberian Zafran sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.Puan Karmila tersenyum.Tahu sangat yang anaknya itu mudah dipujuk.

Selepas lebih kurang sepuluh minit berlalu, Liya keluar dari bilik air dengan muka yang berkerut.Dia memusingkan tubuhnya di hadapan Puan Karmila.

“Hodoh kan, mak?”

“Mana ada hodoh.You look beautiful.”puji Puan Karmila sambil tersenyum.Dia kemudiannya menarik tangan Liya ke arah meja solek.

“Mak nak buat apa ni?”soal Liya khuatir apabila melihat emaknya sudah mengeluarkan peralatan mekap dari laci meja.

“Nak mekap Liya lah.”

“Hah? Tak naklah mak.Liya tak suka mekap-mekap ni.”cepat-cepat Liya menggeleng.

“Ala, sekali ni je.”pujuk Puan Karmila lagi.

Liya menggigit bibir.Dia memang lemah bila emak pujuk macam tu.

“Okeylah...tap tak nak lebih-lebih tau.Simple but nice.”Liya duduk di atas kerusi sambil memejamkan matanya.Dia membiarkan sahaja ibunya menyolek mukanya.Yang penting dia tak nak kelihatan seperti pelakon opera.

“Okey.Dah siap.Cuba buka mata.”

Perlahan-lahan Liya mula membuka mata.Wow, berbezanya muka aku! Dia tersenyum lebar sebaik sahaja melihat wajahnya di cermin.

“Nice job, mak.”ucap Liya sambil menayangkan ibu jari kepada ibunya.Puan Karmila hanya tersenyum sebelum menghulurkan tudung kepada Liya.Perlahan-lahan dia menyarungkan tudung tersebut ke kepalanya dan merapikan tudung itu sedikit sebelum mengikut langkah ibunya ke bawah.

Lokman yang sedang membaca majalah mengalihkan pandangan ke arah tangga.Mulutnya terlopong luas.Betul ke itu adiknya, Liyana Damia?

Risa pula memandang Liya tanpa berkelip.Dia mengukir senyuman apabila melihat kakaknya memakai juga gaun pemberian Zafran.

“Akak terpaksa ye...Bukannya akak nak pun pakai gaun ni.”ucap Liya sambil memandang Risa yang masih lagi tersenyum.Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Lokman.

“Hodoh sangat ke Liya ni sampai abang pandang macam tu?”

Lokman pantas menggeleng.”You look gorgeous, adik.”

“Okey, jom bertolak sekarang.Nanti lambat sangat tak ada dah orang.”kata Encik Badrul sebelum berjalan seiring dengan Puan Karmila.

Risa berjalan di tepi Liya sambil tersengih.

“Adik confirm Abang Zaf mesti puji Kak Liya nanti.”ucapnya.

Liya terus ketawa.Zafran nak puji aku? Hahaha!

“Tak akannya, dik.”

“Macam mana kalau ya?”soal Risa.

Then,hmm...I’ll buy you a new pair of sneakers.”balas Liya sambil tersenyum.Pasti sangat yang dia akan menang.Mustahil Zafran akan memujinya.

“Janji tau.Jangan tarik balik.”

“Ya, akak janji.”ucap Liya sambil mengangkat ikrar.Risa mengukir senyuman.Nak beli sneakers macam mana ya nanti?

“Oh, lupa nak cakap.Party ni bukan dekat rumah diorang tu tau tapi tempat lain.”

Liya memandang pelik.Tempat lain?

“Mana?”

“Adalah.Akak ikut je.Okey?”

“Yelah...yelah...”

MULUT Liya terlopong luas melihat rumah banglo mewah di hadapannya sekarang.Rumah siapalah pula ni? Ayah dah sesat jalan ke? Liya mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tidak lama kemudian, keluar seorang gadis comel dari kawasan rumah itu dan menghampiri mereka.Liya yang tidak begitu dapat melihat dengan jelas muka gadis itu kerana cahaya yang suram hanya mendiamkan diri apabila melihat dia bercakap dengan Risa.Dia sibuk memerhatikan keadaan sekeliling.Sedar-sedar sahaja semua ahli keluarganya sudah berjalan ke hadapan tetapi kaki dia masih melekat di situ.Entah kenapa tiba-tiba dia berasa gemuruh? Macam mana agaknya keadaan kawan-kawannya terutama sekali Zafran apabila melihat penampilan pertama kalinya seperti ini? Liya mula menggigit bibir.

Is that you, Liya?”

Liya berpaling memandang lelaki yang tegak berdiri di hadapannya.Zafran sedang berdiri sambil tersenyum.Liya membalas senyuman Zafran sambil menggangguk.

I really have to say this.Kau nampak cantik malam ni.”puji Zafran ikhlas sambil memandang Liya.

Liya tergamam.Zafran memujinya? Dan ini bermakna duitnya bakal melayang.Oh, tidak!

“Err...”

“Aku tak sangka kau dah jadi minah bisu.”sindir Zafran sambil tersengih.

“Aku tak bisulah!”marah Liya.

Zafran terus ketawa.”Jomlah masuk.”

“Err...Zaf, tunggu kejap.”Liya menarik hujung kot hitam Zafran.

“Kenapa pulak?”soal Zafran pelik.Dia memandang wajah comel Liya.Comel? Biar betul Zaf ?!

“Aku...aku nak tanya kenapa kau bagi gaun ni dekat aku?”soal Liya tergagap-gagap.Haish! Apa kenalah pulak dengan aku ni?

“Sebab aku nak tengok kau pakai.”

“Membazir jelah beli gaun ni.Aku tahu harga dia mesti mahal.”kata Liya dengan dahi yang berkerut.

Zafran ketawa.”Anggaplah tu hadiah untuk kau dari aku.Sekarang ni jom masuk.”Zafran mula melangkah ke hadapan tetapi berpaling semula ke belakang apabila melihat Liya masih tercegat di situ.

“Kau nak aku dukung ke baru kau nak masuk?”

“Err...sebenarnya aku malu nak cakap pasal ni tapi...”Liya menayangkan kasut yang dipakainya kepada Zafran.Mata Zafran terbeliak sebelum dia ketawa besar.Perut yang senak ditekan-tekan.Liya tersenyum tawar.Aku hempuk jugak budak ni nanti!

Zafran melihat sekali lagi kasut yang dipakai Liya.

“Macam mana boleh salah pakai kasut ni? Ataupun kau memang suka kasut lain warna macam ni? Ataupun memang stail pakai kasut lain warna?”soal Zafran dengan ketawa yang bersisa.

“Aku tersalah pakai tadi.Aku pakai sarung je tadi.Tak sangka lain warna.”Liya tersenyum sumbing.

“Jomlah kita masuk ikut dapur.Kita minta tolong dengan mak aku.”ucap Zafran sebelum berjalan di hadapan Liya.Liya yang mengekori dari belakang memandang Zafran.Dia amat menyukai penampilan Zafran pada hari ini.Kot berwarna hitam dan kemeja berwarna ungu lembut menyerlahkan lagi penampilan Zafran.Senang jadi orang handsome ni kan? Pakai apa pun lawa.Sudah, aku melalut lagi! Dia memandang pula gaun yang dipakainya.Eh! Sama warnalah.

“Mak...”Zafran meliar-liarkan matanya untuk mencari ibunya.Segera dia mengukir senyuman sebaik sahaja melihat ibunya sedang menyiapkan air minuman.

“Eh, kenapa Liya ada sini? Zaf tak jemput Liya makan ke?”soal Puan Suraya pelik.Dia mengukir senyuman untuk Liya dan melihat pakaian yang dipakai oleh Liya.Bukankah ini gaun yang dibeli oleh Zafran bersama-samanya tempoh hari?

“Liya ni salah pakai kasut mak.Dia pakai kasut lain warna.Hmm...mak ada kasut lebih tak?”

“Lain warna?”

Liya menayangkan kasut yang sudah ditanggalkan dari kakinya.Puan Suraya memandang pelik sebelum ketawa keci.Liya hanya mampu tersenyum malu.

“Ada-ada...Liya tunggu sini kejap ye.Biar mak cik pergi ambil”

“Duduklah dulu.”Zafran menarik sebuah kerusi untuk Liya duduk.Perlahan-lahan Liya melabuhkan punggung sambil melihat hiasan di dapur.Cantik!

“Terima kasih.”

“Hmmm...”

“Ni rumah kau ke?”tanya Liya sambil memandang Zafran yang sedang meneguk air.

Yup.”jawab Zafran ringkas.

“Cantiknya...habis rumah kau dekat Taman Mega tu siapa punya?”soal Liya lagi.Dia mendongkat dagu sambil memerhatikan pemandangan di luar tingkap dapur.Cantik sebab menghadap sebuah kolam renang.

“Kami punya jugak.Tapi kami lebih suka tinggal sana daripada tinggal sini.Sekali-sekala je kami balik sini.”

“Ohh...”Liya menggangguk.

“Di sini rupanya birthday boy kita.”

Liya dan Zafran mengalihkan pandangan ke arah pintu dapur.Zeti yang kelihatan sangat cantik dengan gaun labuh berwarna merah jambu menghampiri mereka sambil tersenyum.

“Nah, birthday gift for you.”Zeti menghulurkan sebuah kotak yang berbalut cantik kepada Zafran.Zafran menyambutnya sambil tersenyum.Senang melihat Zeti datang ke majlis hari jadinya.

Thanks.

No problem.Eh, Liya...sorry tak nampak awak.Dah lama sampai ke?”

‘Eh tak adalah.Dari semalam lagi saya dah sampai.’Alangkah indahnya kalau ayat itu boleh keluar dari mulut aku.Takkanlah tak nampak aku tercongok depan Zafran ni?

“Baru je lagi.”jawab Liya tersenyum tawar.

I see...Hmm, jom Zaf.Kita pergi depan.”ajak Zeti sambil menarik lengan baju Zafran.Liya hanya memandang sebelum mengalihkan pandangannya ke arah tetamu yang lalu-lalang.

“Tak apalah.Saya nak temankan Liya.”kata-kata Zafran membuatkan Liya terlopong.Segera dia memandang Zeti yang ternyata terkejut mendengar kata-kata Zafran.Apa kau buat ni Zaf? This is your chance!

“Eh..it’s okay.Aku boleh duduk sini sorang-sorang.Kau pergilah depan.”

“Tak apalah.Biarlah aku duduk sini.”

Liya menjegilkan biji mata.Bengap betullah Zaf ni!

“Pergilah teman Zeti.”ucap Liya geram.Sedaya-upaya Liya menahan dirinya supaya tidak menjerit di situ.

“Aku nak duduk sini!”tegas Zafran.

“Tak apalah kalau macam tu.Saya pergi depan dulu ya.”Zeti meminta diri ke hadapan dengan muka yang agak kelat di pandangan mata Liya.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum merenung Zafran dengan tajam.

“Kenapa pandang aku macam tu?”

“Pergilah depan.Kesian Zeti tu...lagipun ni lah peluang kau nak rapat dengan dia.Lagipun aku tak kisahlah duduk sini sorang-sorang.”ujar Liya sambil menyandarkan tubuhnya.Sakit jiwa layan si Zafran ni!

“Tapi aku kisah.”sekali lagi jawapan Zafran membuatkan Liya terkedu.

“Kau ni kenapa?”soal Liya pelik.

“Kenapa apa?”

“Kenapa pulak nak kisah?”

“Sebab kau penting.”

“Sebab apa aku penting?”soal Liya lagi.

Zafran membetulkan kedudukannya sebelum tersenyum.Dia memandang wajah Liya yang serius.

“Sebab kau kawan aku.”

Jawapan Zafran membuatkan Liya tergelak sinis.

“Habis dia tu siapa?”

“Kawan aku jugak.”

Liya menghela nafas.Dia memandang Zafran.Memang mamat blurr sungguhlah!

“Dia memang kawan kau tapi dia lebih istimewa dan lebih penting.Kau suka dia.Jadi pergi jelah depan.Nanti bila mak kau dah bawak kasut tu, aku pergilah depan.”ucap Liya tenang sambil memuncungkan mulut ke arah ruang tamu.

Zafran tersenyum.”Aku tak nak.”

“Zaf!”suara Liya meninggi.Susahnya bercakap dengan orang yang lambat menangkap macam Zafran ni!

What?

“Pergi depan!”

“Tak nak!”

“Pergi!”

“Tak nak!”

Liya mendengus geram.Lantak kaulah Zaf.Kalau Zeti tak nak dekat kau, jangan nak meraung depan aku ya.Confirm aku tak layan!

Zafran tersengih melihat Liya sudah mendiamkan diri.Dia memang sengaja tak nak tinggalkan Liya seorang diri di situ.Sejak dari tadi, dia asyik memerhatikan Asyraf yang memang mencari peluang untuk mendekati Liya.Liya kawannya dan dia pasti bahawa Liya tidak akan suka dirinya diganggu oleh Asyraf ataupun mana-mana lelaki lain.Jadi sebagai seorang teman yang sangat baik, dia harus menemani Liya.

“Aku suka tengok kau pakai gaun yang aku beri.”

“Terpaksa.”jawab Liya dingin.

Zafran ketawa.Merajuk ke?

Liya sedaya upaya menahan debaran di dada.Entah kenapa hatinya berdegup kencang saat mendengar pujian yang keluar dari bibir Zafran untuknya.

“Di sini rupanya kawan-kawan aku.”Taufiq dan Haikal masuk ke dalam dapur sambil tersenyum.

Sorrylah bro.Aku kena temankan Liya ni.”Zafran menepuk bahu Haikal.

“Tak apa.Kami faham...and by the way Liya sumpah aku tak tipu, you look beautiful today!”puji Haikal sambil mengenyitkan biji mata.Taufiq menggangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Haikal.

Sorry...aku tak bawak duit banyak hari ni.”sindir Liya selamba.

“Aku puji ikhlaslah...”

Puan Suraya melangkah masuk ke dapur sebelum menghulurkan sepasang kasut berwarna hitam yang sangat cantik.Liya tersenyum sambil mengambil kasut tersebut daripada Puan Suraya.

“Terima kasih, mak cik.”

“Sama-sama.Pakailah ye.Nanti pergi depan tau sebab Zaf kena tiup lilin.”ucap Puan Suraya sambil tersenyum.

“Mak, tak naklah tiup-tiup lilin.”bantah Zafran.

“Kena jugak.Okeylah, mak cik nak pergi depan dulu.”

Zafran mencebik bibir.Liya, Haikal dan Taufiq ketawa melihatnya.Apa susah sangat? Tiup jelah.Bukan kena buat lilin tu dulu lepas tu baru tiup?

Liya memandang kasut di tangannya.Perlahan-lahan dia cuba menyarungkan kasut tersebut ke kakinya tetapi dia langsung tidak pandai untuk mengikat tali-tali yang terdapat pada kasut itu.Muka dah mula cuak.Nak minta tolong mak cik, mak cik dah pergi depan.Macam mana ni?

Zafran yang melihat keadaan Liya tersenyum.Dia melutut di hadapan Liya.

“Biar aku tolong.”

“Eh tak apalah.Aku boleh buat ni.”tolak Liya.Hatinya mula membebel geram.Dulu mak suruh kau belajar pakai high heels tak nak, sekarang ni kan dah kalut!

“Degillah kau ni.Kalau tunggu kau, sampai esok pun belum tentu siap.Biarlah aku buat.”Zafran menolak tangan Liya kemudian mula membetulkan ikatan yang diikat salah oleh Liya.Liya hanya memandang tanpa berkelip.Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.Mukanya merona merah apabila mengesan senyuman nakal di bibir Haikal dan Taufiq.Kurang asam betul!

“Okey, dah siap.Jom kita pergi depan.”ujar Zafran sebelum melangkah ke ruang tamu terlebih dahulu.Haikal dan Taufiq memandang Liya sambil tersengih.

“Kau dah terkena panahan cinta kan?”

“Tak ada panahan cinta langsung! Sudahlah tu.”balas Liya geram.Tak adanya panahan cinta ni!

Haikal dan Taufiq saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala.

Degil betul!

MATANYA meliar-liar mencari kelibat Zafran.Hadiah yang dipegangnya dipandang sekilas.Sekali-lagi kelibat Zafran dicari di celah-celah orang ramai.Ke mana kau menghilang wahai Zafran?

“Assalamualaikum semua.”

Liya segera berpaling.Dia dapat melihat Zafran sedang berdiri di pentas sambil memegang mikrofon.

“Zaf nak buat apa tu?”soal Nahi ketika dia berdiri di sebelah Liya.Liya hanya menjungkit bahu.Dia sendiri pun tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh Zafran.

“Ada piano lah..”

“Dekat mana, Tinah? Aku tak nampak pun.”soal Nahi sambil menjengketkan kakinya.Ketinggian yang tidak mencukupi menyukarkan dirinya untuk melihat dengan lebih jelas.

Liya memandang ke hadapan ketika dia melihat Zafran menuju ke arah piano.Bibirnya terus mengukir senyuman.Zafran main piano? Wah, best!

“Oh ye, sebelum saya memulakan saya ingin menjemput kawan saya naik ke atas pentas.Zeti Maisarah...”

Nahi dan Tinah terkejut.Liya pula hanya tersenyum.

“Wei, kenapa Zaf panggil Zeti?”soal Nahi tidak berpuas hati sambil menarik-narik lengan baju Tinah.

“Manalah aku tahu.”

Liya memandang ke arah pentas. Dia melihat Zafran yang sedang berbual bersama-sama Zeti untuk seketika sebelum Zeti melangkah ke arah piano manakala Zafran pula memegang sebuah sebuah gitar.Liya tersenyum saat mendengar alunan lagu yang dipersembahkan oleh mereka berdua.Kalau tidak salah, tajuknya adalah Remember.Lagu yang dalam Autumn In My Heart tu.Saat itu juga dia memandang bungkusan hadiah di tangannya.Mahukah Zafran menerima hadiah aku ini yang tidak seberapa? Dia tahu Zeti telah memberikan sebuah jam tangan kepada Zafran selepas diberitahu oleh Haikal yang sememangnya merupakan radio karat mereka.Harga untuk hadiah Zeti mahal, aku pulak? Tak berharga langsung.Mesti Zafran tak nak hadiah ni.

Erk? Liya terkedu.Mengapa pula dia sibuk membandingkan hadiah Zeti dengan hadiahnya?!

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.Segera dia mengeluarkan dari beg tangan dan menekan butang hijau.

“Ya mak?”

“Kami dah nak balik ni.”

“Ohh..okey.Sekejap lagi Liya keluar.Mak tunggu tau.”

Selepas mematikan talian telefon, dia cuba menghampiri Zafran yang sudah selesai membuat persembahan tetapi apabila melihat Zafran yang sedang berbual rancak bersama-sama Zeti, terus dimatikan niatnya itu.Bungkusan hadiahnya hanya dipesankan kepada Rina supaya diberikan kepada Zafran.

“Kenapa akak tak bagi sendiri?”soal Rina pelik.

Liya hanya tersenyum.”Dia tengah sibuk.”

Rina memandang ke arah Zafran sebelum menghela nafas.

“Akak nak balik dah ke?”

“A’ah..Kirim salam dekat mak cik dengan pak cik ya.Kak Liya tak jumpa dioranglah.”

Rina ketawa kecil.”Okey.”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Liya melambai sebelum berjalan pergi dari situ.Zafran yang baru sahaja menghampiri Rina memandang ke arah Liya.

“Liya nak pergi mana tu?”

“Balik.”jawab Rina sepatah.Bungkusan hadiah dihulurkan kepada Zafran.

“Kak Liya yang bagi.”

Perlahan-lahan Zafran mengambil bungkusan hadiah dari tangan Rina sebelum membawanya masuk ke dalam rumah.Dia menaiki ke tingkat atas dengan pantas.

Sebaik sahaja berada di biliknya, bungkusan hadiah Liya terus dibuka.Dia tersenyum melihat hadiah Liya.Comel dan sangat sweet!

p/s: Enjoy dan jangan lupa comment ya :D ♥

Photobucket

5 comments:

  1. hadiah apa tu agak2nya...
    hehehe....
    mesti cntikkan Liya...
    Zaf tu tak sedar ke yg dia tu syok kat Liya?
    haiz...

    ReplyDelete
  2. betul3
    tapi memang lawakla diorang ni
    cakap ajelah kalo dah suka tu
    xD
    sambung3
    :D

    ReplyDelete
  3. ececececece zaf.. takut liya tak selesa ashraf kaco liya ke.. jeles takut asyraf kaco liya?

    hadiah apa tu? ish! npe la dia tak gi halang dulu si liya tu g barulah bukak hadiah tu.. ish! tak menyabo tol! hahahahhaha

    ReplyDelete
  4. nk baca lg...cepat yer sambung...
    zaf tu mmg lawak lar...kata syok kat zeti,,tp sanggup tmn liya...ape lar...

    ReplyDelete
  5. Hananorisa ~ Zafran tu mmg.Menyakitkan hati je.

    Hana ~ Bak kata Dina "malu tapi mahu"

    Kira ~ Haha..org dpt hadiah mmg jdi mcm tu. :)

    nea ~ Haha..pelik kan dia?

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers