Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Tuesday, December 21, 2010

Bertemu Cintaku Part 7

BAB 7 : SURAT CINTA LAGI?

Zafran Adha

“Aku tak suka surat cinta!”

“Err...akak ni Kak Liya kan?”tiba-tiba ada seorang budak perempuan comel menegur Liya ketika dia sedang mencuci tangan di bilik air.Liya berpaling sebelum mengangguk.

“Kenapa dik?”

“Err...saya Mia.Boleh tak akak tolong bagi surat ni dekat Abang Zafran?”tutur Mia dengan muka yang memerah.Liya memandang surat yang dihulurkan oleh Mia kepadanya.Abang? Ni adik Zafran ke?

“Surat apa ni, Mia?”soal Liya sebelum menyambut surat itu.Dia memasukkannya terus ke dalam poket baju.Takut kalau tercicir di tengah jalan nanti.

“Mia malu.”

Liya tersenyum.”Nak malu apa?”

“Tu surat cinta untuk Abang Zafran.”jawab Mia sebelum menundukkan kepala.

Liya terkejut.Lah! Bukan adik dia tapi secret admirer dialah, Liya oi.Yang kau ni slow sangat kenapa? Zafran manalah adik lain selain daripada Rina.

“Minat Abang Zaf eh?”usik Liya sambil tersengih.

Mia mengangguk sebelum tersenyum.”Akak tolong bagi dia surat ni ya.”

“Insya-Allah.Comellah Mia ni.Mia form berapa?”Tanya Liya ingin menyelidik.

Form 2”

Muda lagi rupanya.Liya tersengih.Dia cuba membayangkan Zafran bergandingan dengan Mia.Okey, memang padan! Mia comel dan Zafran pula kacak.Memang sesuai sangat.

“Akak kena balik kelas dulu.Nanti akak bagi surat ni dekat Zafran ya.”Liya keluar dari bilik air sebelum menuju ke kelas.Tiba-tiba ada lagi seorang pelajar comel menegurnya.

“Akak ni Kak Liya, kan?”

“A’ah..macam mana adik kenal?”tadi malas nak tanya tapi sekarang ini mesti kena tanya.Macam manalah mereka semua ni kenal aku?

“Saya selalu tengok akak berjalan-jalan dengan Abang Zaf.”jawab budak perempuan itu sambil tersenyum.

Liya tersenyum sambil melihat surat di tangan budak perempuan itu.Surat cinta lagi ke?

“Nama adik apa?”

“Syakila.”

“Nak minta tolong akak buat apa?”

“Kalau boleh, Kila nak minta tolong akak bagi surat ni dekat Abang Zaf.Please ye kak.”

Kan betul! Surat cinta lagi...Popular juga Zafran ni.

“Okey, nanti akak bagi dia ye...”baru sahaja Liya ingin mengambil surat Kila, tiba-tiba sahaja Zafran sudah berdiri tegak di sebelahnya.

“Apa kau buat dekat sini?”soalnya sambil memandang Syakila.Liya turut memandang Syakila.Ya Allah! Budak ni tak bernafas dah ke?

Liya mengibas tangan di hadapan muka Syakila.Kila, takkanlah sebab tengok Zafran jadi macam ini.

“Kenapa dengan budak ni?”soal Zafran pelik.

“Dia terkejut tengok kau.”balas Liya masih lagi cuba menyedarkan Syakila.Mak aih, melampau betul ni.Takkanlah sampai macam ni sekali nak terkejutnya.Liya mulai berasa geram.Ikutkan hati nak je dia ketuk budak ni.

“Kenapa pulak?”

“Nah, ambik ni.”Liya memberikan dua keping surat cinta kepada Zafran.Zafran mengambil surat-surat tersebut sebelum melihat sampul suratnya terlebih dahulu.Sah-sah nampak gambar love sana-sini.Surat cintalah ni!

“Lain kali jangan buat macam ni.”ucapnya tiba-tiba sambil memandang tepat ke arah Liya.

“Buat apa?”

“Buat nilah! Jangan memandai-mandai nak jadi posmen tak bertauliah!”suara Zafran tiba-tiba kuat.Liya terkejut.Dia betul-betul terkejut apabila diherdik oleh Zafran.Syakila yang pada mulanya terkejut sakan sebab terjumpa Zafran turut tersentak.Tak sangka lelaki yang selama ini nampak tenang boleh menjadi segarang ini.

“Err...saya pergi dulu.”cepat-cepat Syakila berlalu dari situ.Takut jika dia turut terkena bahang kemarahan Zafran.

Zafran mengetap giginya sebelum berlalu pergi juga.Surat-surat yang diterimanya terus dibuang ke dalam tong sampah tanpa membacanya terlebih dahulu.Entah kenapa Liya tersinggung sangat apabila Zafran memarahinya kerana memberikan surat cinta itu.Bukannya dia nak bagi tapi diorang yang suruh dia bagi.Kalaulah dia tahu yang Zafran akan marah macam ini, dia pasti tidak akan menerima untuk memberikan surat cinta itu semua.Baru sahaja baik dah bergaduh balik.Adakah sememangnya ditakdirkan yang dia dan Zafran tidak akan menjadi kawan baik? Liya mengeluh lemah sebelum turut melangkah ke kelas.

ASYRAF mengintai ke dalam kelas Liya.Bibirnya terus mengukir senyuman sebaik sahaja melihat tiada cikgu di dalam kelas tersebut.Dia menarik nafas sebelum melangkah ke tempat Liya.Kotak hadiah yang berada di tangan disembunyikan di belakang tubuhnya.

“Assalamualaikum Liya.”

Liya menoleh.Terkejut melihat Asyraf di dalam kelasnya.

“Waalaikumussalam.Ya, ada apa?”soal Liya acuh tidak acuh.

“Saya nak bagi awak ni.Terimalah ya.”

Liya melihat kotak hadiah di tangan Asyraf sebelum memandang Asyraf.Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.

“Tak apalah.Saya malu nak terima hadiah ni.”

Zafran, Taufiq dan Haikal mengerling ke arah Liya dan Zafran.Sesekali bibir Haikal dan Taufiq mencebik.Zafran pula lebih suka bersikap biasa.Malas untuk melayan.

“Asyraf tu tak reti bahasa ke? Dah Liya tak nak masih juga nak berkawan.”ujar Haikal.Taufiq mengangguk tanda setuju.

“Lantak dioranglah.Yang kau sibuk, kenapa?”soal Zafran sambil mengeluarkan kertas kajang milik Haikal.

“Amboi, sedap-sedap je guna test pad aku.”sindir Haikal sebelum menarik buku kertas kajang miliknya daripada Zafran.Dahlah baru beli masa rehat tadi.

“Ala, pinjamlah sekeping dua.Nanti aku gantilah balik.”Zafran cuba menarik kembali buku kertas kajang daripada Haikal.

“Kau nak buat apa?”

“Aku nak melukis.”

“Pergilah study.Bukan ke kau suka study waktu cikgu tak ada dalam kelas?”soal Haikal.Pelik juga apabila Zafran nak melepak di tempatnya waktu-waktu macam ini.Selalunya Zafran akan terus mengeluarkan buku latihannya tapi kali ini tak adalah pula.

“Nanti aku studylah.Sekarang ni mood untuk aku study belum datang.”

Taufiq dan Haikal berpandangan.Zafran tak ada mood nak study! Biar betul?

“Serius ke?”

“Apa bendanya tak serius?”soal Zafran pelik sambil tangannya sibuk melakar gambar seseorang.

“Kau tak ada mood nak study? Macam pelik.”kata Taufiq sambil menggelengkan kepalanya.

“Aku ni pun manusia biasa macam korang jugak.”balas Zafran.Ingat dia robot ke?

“Aku tahulah kau manusia biasa macam kami ni tapi jaranglah kau macam ni.”

Zafran meletakkan pensel sebelum memandang kedua-dua kawan baiknya.Sebenarnya temanmu ini sedang menghadapi masalah yang tersangatlah besar.Zafran menyebak rambutnya ke belakang sebelum memandang ke arah Liya yang sudah bersendirian.Asyraf telah keluar dari kelasnya selepas berjaya memujuk Liya supaya menerima hadiahnya tadi.

“Tadi aku termarah Liya.”ucap Zafran akhirnya.Taufiq dan Haikal segera merapatkan kerusi untuk mendengar cerita yang seterusnya.

“Kenapa kau marah dia?”

“Sebab dia jadi posmen tak bertauliah.”

“Posmen tak bertauliah? Maksud kau?”soal Haikal pelik.

“Budak-budak junior beri surat cinta untuk aku.Lepas tu diorang suruh Liya yang bagi dekat aku.Kau tahulah kan, betapa aku tak suka terima surat cinta.Jadi aku termarahlah Liya tadi.”jelas Zafran sambil menghela nafas yang panjang.

“Jadi kau rasa menyesallah sebab termarah Liya?”Tanya Taufiq sambil tersengih.

“Yalah.”

“Pergilah minta maaf!”kata Haikal sambil menumbuk bahu Zafran.Kalau dah rasa bersalah tu, pergilah jelah minta maaf.Apalah yang susah sangat?

“Aku malulah.”

Taufiq dan Haikal menggeleng.Malu? Hish-hish...

“Kalau nak malu tu biarlah bertempat, Zaf.Dah memang salah kau jadi memang wajarlah kau pergi minta maaf.Lagipun Liya manalah tahu kalau kau tak suka terima surat cinta.Dia baru je masuk tak sampai 5 bulan.What do you expect, Zaf?”kata Taufiq pula.Zafran menggigit bibir.Perlahan-lahan dia bangkit dari kerusi sebelum menarik kerusinya lalu duduk di sebelah meja Liya.

Liya hanya mengerling sekilas sebelum kembali menyiapkan karangan Bahasa Inggeris yang diberikan oleh Puan Aini pagi tadi.Hatinya masih terluka untuk melayan Zafran.

“Err...Liya.”

“Hmm..”

“Aku minta maaf ya.”

Liya mendiamkan diri.

“Liya...dengar tak?”

“Hmm....”

“Aku minta maaf ni.”

“Maaf diterima.”ucap Liya masih lagi tekun menyiapkan karangannya.Tiba-tiba idea melimpah ruah.

Zafran mula tersenyum.”Thanks.Nanti aku belanja kau makan aiskrim.”

“Apa kelas makan aiskrim? Aku makan chicken chop je.”dalam marah-marah, sempat lagi dia berlagak di hadapan Zafran.

“Yelah.Chicken chop pun chicken chop lah.Asalkan kau tak marah dah.Tapi lain kali tak payahlah layan budak-budak tu semua.Aku tak suka surat-surat cinta ni.”

Liya memandang Zafran sambil menjungkit kening.”Kenapa tak suka?”

“Sebab surat cinta ini sangat menyerabutkan dan membosankan.Surat-surat ni zaman lapuk punya style lah.”

“Apa pulak zaman lapuk? Bagi aku, surat cinta nilah yang lebih romantik.Kalau aku jadi kau, confirm aku suka tau dapat surat cinta.”kata Liya sambil tersengih.

“Sebab tu kau suka sangat terima surat cinta Asyraf tu kan?”sengaja Zafran menekankan perkataan ‘sangat’.

Liya menjeling Zafran.Sindir aku nampak!

“Aku suka terima surat cinta tapi bergantunglah kepada penghantar.Kalau Asyraf tu, hmm...aku tak rasa apa-apalah.”

“Ohh...”

“Kau suka Zeti kan?”soal Liya tanpa memandang Zafran.Matanya memandang tepat ke arah buku karangannya.

Zafran tersentak.Hampir-hampir sahaja nak jatuh dari kerusi ni.

“Err...kenapa tanya?”soal Zafran kembali.

“Perkara tu tak termasuk dalam peraturan kau.Sebab tu aku tanya.Kau suka dia kan?”ulang Liya sekali lagi.Kali ini dia memandang tepat wajah Zafran.Zafran turut memandang Liya sebelum tersengih.

“Biarlah rahsia ya.”

“Tak ada maknanya nak rahsia-rahsia.Bagitahu jelah.You love her, right? Sebab tulah kau malu masa kita dekat mall hari tu, kan? Aku tahulah...”kata Liya sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget.Angin agak kuat ya hari ini.Liya pandang luar tingkap.

“Dah tahu kenapa tanya?”

“Nak confirm je.”

Zafran tiba-tiba tergelak.”Kalau aku sayangkan orang tu, aku buatkan sesuatu yang istimewa untuk dia.”

“Untuk Zetilah kan?”

“Taklah...”

“Habis tu?”

“Untuk orang yang aku sayanglah.”

“Habis bukan kau sayang Zeti?”

“Siapa cakap?”

“Kau.”

“Mana adalah.Kau yang cakap.”sangkal Zafran masih lagi tersenyum.

“Malaslah layan kau.Pergilah sana.Aku tahulah kau suka Zeti.Tak payah nak sembunyi-sembunyi.”kata Liya sambil menolak-nolak kerusi Zafran supaya menjauhi mejanya.Sakit hati melihat senyuman Zafran.Tahulah kau handsome, janganlah asyik tersenyum je.Eh, apa yang kau merepek ni, Liya? Arghh!!

TUK! Tuk!

“Masuk.”

Risa masuk ke dalam bilik Liya sambil tersengih.Handphone di tangan dihulurkan kepada Liya.

“Kenapa?”soal Liya pelik.Tiba-tiba tayang handphone, apa kes?

“Baca mesej Rina.”

Liya mengambil handphone Risa lalu membaca mesej Rina.

‘Hari Ahad ni datang rumah saya tau.Ajak sekali semua family awak.’

“Tanyalah mak.Kalau mak kasi, bolehlah pergi.”ucap Liya sambil menyerahkan kembali handphone kepada Risa.

“Mak dah kasi.”

Good then.”

“Tapi ada syaratnya lah kak.Abang Zaf yang suruh cakap.”ujar Risa perlahan.Takut jika dimarahi oleh Liya.Bukannya dia tidak tahu, kalau Liya marah habislah bergegar satu rumah ini dengan jeritannya.

“Apa dia?”

“Dia cakap kalau akak wajib pergi tapi akak kena pakai gaun.”

Apa?!!! Liya menutup kuat novel yang sedang dibacanya.Gaun?!

“Mamat perasan suruh akak pakai gaun? Apa motifnya?”soal Liya geram.Pantas sahaja tangannya ingin menelefon Zafran tetapi segera dihalang oleh Risa.

Birthday party Abang Zaf, kak.”

Parti hari jadi? Hari jadi Zafran? Liya mengetuk dahinya berulang kali.Tak adalah pulak dia cakap hari Ahad ini hari jadi dia.

“Takkanlah sebab birthday party dia, akak kena pakai gaun.No way, okay!”Liya tetap bertegas dengan keputusannya.Dia takkan pakai gaun! Titik.

“Tapi akak tak boleh tolak.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab dia dah hantar gaun untuk akak.”ujar Risa sambil menunjukkan sebuah kotak yang terletak di tepi pintu biliknya.

Liya menggigit bibir.Apa kena dengan Zafran ni! Kerja gila apa pulak ni?Rambut yang sudah sedia kusut bertambah kusut apabila mendengar semua ini.

p/s : Enjoy BC 7 :) Comment ya..




Photobucket

3 comments:

  1. Moon!!!
    haha
    famous bebenor Zaf tu
    sampai dua surat cinta dia dapat
    xD
    sambung cepat2 tau?
    nak tau apa jadi kat party tu^^

    ReplyDelete
  2. hahahahah! bukan main lagi ada gaun segala...
    hahahahahaha!!

    ReplyDelete
  3. haaa~~
    so sweet!!!!~~ xDD
    mmg zaf dh angau ngan liya!!!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...