Thursday, December 16, 2010

Bertemu Cintaku Part 6

BAB 6 : SIAPA SUKA SIAPA?

Haikal Emir

“Aku tak reti nak explain dekat kau betapa abstraknya hubungan diorang”

“HAI Liya.”sapa seorang pelajar lelaki ketika Liya dan kawan-kawannya yang lain sedang menuju ke kantin.Zafran yang berjalan di hadapan memalingkan kepalanya untuk memandang ke arah Liya.

Liya memandang pelik.”Awak ni siapa?”

“Saya Asyraf.Yang hantar surat dekat awak semalam.”jawabnya sambil tersenyum.

“Ohh...”Liya menganggukkan kepala.

“Terima kasih sebab sudi kawan dengan saya.”sambung Asyraf lagi.

“Err...”

Kenapa tiba-tiba rasa tak selesa ni? Liya mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Asyraf! Jomlah join kami makan.Liya mesti suka.”tiba-tiba Zafran memaut bahu Asyraf sambil tersengih ke arah Liya.

“Boleh ke?”

“Bolehnya...betul tak, Liya?”Zafran memandang Liya sambil mengenyitkan mata.Suka melihat wajah Liya yang sudah mulai kelat.

“Boleh...saya tak kisah pun.”balas Liya cuba tersenyum.

“Kalau macam tu, okeylah.”

Liya mula menggigit bibirnya tanda geram.Zafran memang sengaja nak kenakan dia.Lagi satu, bila masa aku terima nak jadi kawan Asyraf?

Sebaik sahaja mereka semua sudah sampai di kantin, Liya segera mengambil tempat di sebelah Nahiyatul.Tetapi tiba-tiba sahaja Asyraf menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya.Liya mulai sesak nafas.

“Thanks sebab tarik kerusi untuk aku.”ucap Zafran tiba-tiba sebelum duduk di sebelah Liya.

Asyraf tercengang.Liya dan yang lain pula terkejut.

“Sama-sama.”kata Asyraf perlahan sebelum mengambil tempat di sebelah Haikal.

“Apa kau buat ni?”bisik Liya perlahan.Bimbang didengari oleh Asyraf.

“Aku tengah selamatkan kaulah.”

“Bukan ke tadi kau yang suruh dia ikut kita? Aku ingatkan kau sengaja nak kenakan aku.”balas Liya.

Erk? Zafran tersentak.Iyalah!

“Err...lain kalilah aku kenakan kau.Hari ni mood aku baik.”jawab Zafran sambil tersengih.Liya memandang pelik.Apa kena dengan lelaki ini?

“Kenapa kau happy sangat hari ni?”Tanya Liya ingin tahu.Jarang Zafran kelihatan segembira ini.Senyuman langsung tak lekang dari bibirnya.

“Biar saya pergi beli makanan.Awak nak makan apa, Liya?”tiba-tiba Asyraf bangkit dari kerusi sambil memandang ke arah Liya dan Zafran.

“Err...tak apalah.Biar saya beli sendiri je.”Liya bangkit lalu menarik lengan baju Zafran supaya mengikutnya.

Asyraf hanya memandang.Kenapa dia rasa seperti Liya dan Zafran mempunyai hubungan yang istimewa?

“Zaf dan Liya tu ada apa-apa ke?”soalnya pada Taufiq dan Haikal yang sedang menjamu selera.Masing-masing memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk.

“Ada tapi diorang tak sedar.”jawab Haikal selamba sambil meneguk air milo ais.

“Tak sedar?”

“A’ah.Aku pun tak reti nak explain dengan kau macam mana abstraknya hubungan diorang.”jawab Haikal lagi.Fatinah dan Nahiyatul memandang Haikal sebelum ketawa besar.Sejak bila Haikal pandai guna bahasa hiperbola dan metafora macam ni?

Asyraf diam.Dia memandang ke arah Zafran dan Liya yang sedang membeli makanan.

“Aku pergi dululah.”Asyraf terus berlalu dari situ.Tak sanggup melihat kemesraan Liya dan Zafran.

LIYA memusingkan badannya ke kiri dan kanan.Kemudian dia bangun sebelum menghampiri meja belajar.Telefon bimbit dicapai lalu dengan segera dia mendail nombor Zafran.

“Assalamualaikum Zaf!”

The number you have dialled is not in service.Sorry...”

“Melampau betul kau Zaf! Aku tahulah tu kau.Selalunya dia sebut sorry dululah...”marah Liya sambil mengetap bibir.Suka sangat nak mengenakan aku!

Zafran gelak.Baru je nak mainkan si Liya ni.

“Yes, may I help you?”

“Surat yang Asyraf cakap tu.Surat apa ya?”Tanya Liya.Dari tadi dia asyik memikirkan surat yang diterima oleh Asyraf daripadanya.Rasa-rasanya dia tidak pernah pun menghantar apa-apa surat kepada Asyraf.

“Apa kau cakap ni, Liya? Memang kau ada hantar surat kat dia lah.”jawab Zafran sambil menggaru kepalanya.Minah kecoh ni dah hilang ingatan ke?

“Mana adalah! Selepas aku baca surat dia, terus aku simpan dalam beg tanpa ada niat pun nak balas surat tu.Aku ni manalah suka benda yang macam ni.”

“Tapi aku sendiri baca surat tu.Kau memang cakap yang kau nak kawan dengan dia dulu.Lagipun aku camlah tulisan tangan kau.”

“Apa isi kandungan surat tu?”

“Kepada Asyraf Amir,Saya hargai perasaan awak terhadap saya. Tapi saya rasa lebih baik kita berkawan terlebih dahulu.Biarlah awak kenal dahulu siapa saya yang sebenarnya.Dan saya pun ingin mengenali awak terlebih dahulu.Kita kawan dulu ya? Awak tegur jelah saya nanti.Saya bukannya kenal siapa awak”

Liya terdiam.Zafran hafal ke isi kandungan surat tu?

“Wei Liya, kenapa senyap?”Tanya Zafran akhirnya selepas hampir 5 minit Liya mendiamkan diri.

“Kau hafal ke isi kandungan surat tu?”

Zafran menepuk dahi.Habis aku! Habis!

“Taklah...”

“Ataupun kau yang tulis surat tu!”serkap Liya.Manalah tahu kalau Zafran nak kenakan dia.

“Sorry sikit.Banyak lagi kerja yang aku nak buat selain menulis surat.”

“Kau kan mamat kertas kajang.”

“Sedap-sedap je kau kutuk aku ya! Baik kertas kajang daripada kertas lukisan.Mahal!”balas Zafran kembali.Tahu sangat yang Liya ni minah kertas lukisan.

“Suka hatilah.Aku memang high taste.”

“Kesian laki kau nanti.Dapat isteri high taste macam kau.”balas Zafran tidak mahu mengalah.

“Entah-entah kau suami aku nanti!”jerit Liya tiba-tiba.

Erk! Dua-dua senyap.Liya rasa macam nak pengsan.Mulut, kenapa kau ni becok sangat? Padanlah Zafran panggil aku minah kecoh.

“Err...aku letak phone dululah ye.Assalamualaikum”terus Liya menekan butang end call.Tak sanggup rasanya untuk menunggu lama-lama.Terus dia menekup mukanya dengan bantal sebelum menjerit sekuat-kuat hatinya.

Zafran pula terkesima seorang diri di dalam bilik.Terkejut! Suami Liya? Apa yang kau fikirkan ni Zaf?


p/s : Watak Asyraf Amir telah dimasukkan dalam Intro :) Lepas tu, sorry ya sebab entry kali ni pendek :)


Photobucket

6 comments:

  1. hoho
    tersasul la pulak^^
    suka la dengan duorang nie
    :D

    ReplyDelete
  2. comel2....
    jahatnya si Zafran tu...
    kan dah kantoi...

    hahaha...

    =)

    ReplyDelete
  3. bestnyer...
    sy tergelak sorang2 bace...
    xsabar tuk smbungannye

    ReplyDelete
  4. Hana~ Hehe...

    Hananorisa~ Haha...dua2 pun dh terkedu :D

    Benz~Terima kasih <3

    Jinggo~ Hehe..trima kasih.

    SHamie~Terima kasih :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers