Friday, December 10, 2010

Bertemu Cintaku Part 5


BAB 5 : PEMINAT.

Nur Fatinah
“Kau ada peminat, Liya!”

ZAFRAN tersengih sambil mengerling ke arah Liya yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya.Sesekali mata Zafran melekap pada stoking yang dipakai oleh Liya.Zafran tersengih lagi.Memang sah dia tak sedar yang dia pakai stoking lain warna.

Liya yang menyedari sengihan di bibir Zafran hanya membiarkan sahaja.Tahu sangat yang Zafran sedang mentertawakannya untuk sesuatu perkara yang dia sendiri tidak tahu apa.Nak kata tudung senget, tak.Okey je.Nak kata aku tak gosok baju, bukan juga sebab baru pagi tadi aku gosok baju ini.Jadi apakah yang menyebabkan Zafran tersengih seperti kerang busuk itu? Kemudian, dia menyedari pandangan mata Zafran yang memandang ke arah kakinya.Pantas Liya menundukkan kepala.Hampir sahaja dia ingin menjerit.Padanlah Zafran sibuk sangat mentertawakannya!

“Suka hati akulah nak pakai stoking lain warna pun!”bentak Liya tiba-tiba.Sakit hatinya melihat senyuman sinis di bibir Zafran.

“Ada aku cakap apa-apa ke? Tak ada kan?”

“Aku boleh tahu daripada senyuman sinis kau tulah.”

Zafran mengangkat keningnya sebelum tersenyum sinis lagi.Kemudian dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.Liya mencebik bibir sambil mengutuk dirinya sendiri.Macam manalah boleh tak perasan yang hari ini dia tersalah pakai stoking.Itulah! Bangun lambat lagi.

“Cikgu datang!”jerit Ikhmal yang duduk di hadapan kelas.Bergegas pelajar yang lain duduk di tempat masing-masing.Siapa yang tak kenal Cikgu Rahmah? Cikgu Matematik Tambahan yang paling garang.

“Assalamualaikum kelas.”

“Waalaikumussalam cikgu.”

“Duduk semua.Hari ni cikgu nak edarkan markah ujian bulanan kamu semua.Dukacitanya dimaklumkan hanya 2 orang sahaja yang mendapat A! Yang lainnya B dan C.Nasib baik tak ada D,E ataupun G.”kata Cikgu Rahmah sambil membetulkan cermin matanya.

“Agaknya siapalah yang dapat A tu kan? Selalunya kau je, Zaf tapi kali ni ada 2 orang pulak.”kata Haikal sambil memandang Zafran.Zafran hanya menjungkit bahu.

“Pertama, Zafran Adha bin Mohd Hakimi. 87 %.”

Perlahan-lahan Zafran bangun dari kerusinya sambil melangkah ke hadapan.Senyuman Cikgu Rahmah dibalas seadanya.

“Seterusnya, Liyana Damia binti Badrul Hisham. 87 % juga.” Liya mendongak. Yes! Markah aku dah naik.

Zafran pula terlopong.Terror juga minah kecoh ni!

Teragak-agak untuk Liya melangkah ke hadapan apabila melihat semua orang memandangnya termasuklah Zafran.Tiba-tiba langkahnya menjadi kaku semacam.Kenapa diorang tengok aku macam ni?

“Tahniah Liya.”ucap Cikgu Rahmah sambil tersenyum.

“Terima kasih cikgu.”

Cepat-cepat Liya berlalu ke tempatnya.Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai kertas kajang di atasnya.Sepantas kilat dia memandang Zafran.Hanyalah Zafranlah lelaki kertas kajang yang dia kenal.

Perlahan-lahan Liya membaca apa yang ditulis oleh Zafran.Ringkas sahaja.

Congratulations, minah kecoh!

Liya tersengih.Baiklah pulak mamat perasan ni.

Terima kasih.Kau pun! Tapi kenapa tiba-tiba baik sangat ni?

Liya menghulur kembali kertas kajang tadi kepada Zafran sambil tersengih.Apa agaknya jawapan dia?

Salah ke aku nak dapat pahala?

Ceh! Liya mencebik.

Baguslah kalau kau dah insaf ε :

Kali ini Zafran tidak membalas sebaliknya menjelir lidah.Liya turut membalas sambil tersengih.Kan bagus kalau dia baik macam ni selalu dengan aku. Liya tersengih lagi.

ERK! Apa ni?”Liya pelik apabila melihat sepucuk surat di bawah mejanya.Siapalah agaknya yang rajin sangat datang sekolah awal pagi macam ni untuk hantar surat dekat aku?

“Apa tu, Liya?”Tanya Fatinah yang baru sahaja sampai.

“Entah, kejap ye.Biar aku tengok apa isi kandungannya.”

Kepada Liyana Damia,

Apa khabar? Err...saya minta maaf kalau kehadiran surat saya ini mengganggu awak.Saya tak ada niat pun nak buat awak terganggu.Saya cuma nak cakap yang saya sukakan awak.Kalau boleh, saya nak sangat jadi kawan awak.Boleh tak? By the way, nama saya Asyraf Amir.Kalau awak nak balas, awak balaslah menggunakan surat.Kalau awak nak cakap terus dengan saya, pun tak apa.Saya menantikan jawapan awak.

Asyraf Amir

“Liya! Kau ada peminatlah!”kata Fatinah sambil memegang kuat bahu Liya.

Zafran yang baru tiba memandang pelik ke arah Fatinah yang kelihatan seperti nak tercekik.

“Kenapa dengan korang ni?”soalnya dingin.

Liya memandang sekilas sebelum menyerahkan surat tadi kepada Zafran.Perlahan-lahan Zafran mengambil surat tersebut sebelum mulutnya terlopong luas.Terkejut!

“Bila kau dapat surat ni?”

“Baru tadi.”

“Aku kenal Asyraf ni.Dia budak kelas 5 Sains 2.”kata Fatinah sambil duduk di tempat Zulhilmi.

“Dia handsome tak?”Tanya Liya.

“Amboi, Cik Liya oi...gatal sangat ke?”sindir Zafran yang masih lagi membaca surat cinta Asyraf.

“Suka hati akulah.Kenapa? Kau jealous eh?”

“Tak ada maknanya aku nak cemburu.”

“Bolehlah tahan tapi bagi aku Zafran lagi handsome.”puji Fatinah secara langsung.Zafran yang mendengar mengangkat ibu jari kepada Fatinah sambil tersengih.

Ceh, perasanlah kau!

“Dia cerdik tak?” soal Liya lagi.

“Cerdiklah jugak.”

“Dia kaya tak?”

“Materialistik betul kau ye, minah kecoh?” sekali lagi Zafran sengaja cuba menyakitkan hati Liya.

“Suka hati akulah, mamat perasan!”

“Korang ni kan, kalau tak bergaduh tak sah agaknya.Aku kahwinkan nanti baru tahu.”celah Fatinah apabila melihat Liya dan Zafran berterusan bertengkar.

“Kau tak boleh kahwinkan kami.”jawab Zafran.

“Kenapa pulak?”soal Fatinah pelik.

“Sebab kau tak boleh jadi wali!”serentak Liya dan Zafran membalas.Kemudian, mereka kembali memasamkan muka.

“Memang korang ni ada jodohlah...”keluh Fatinah sambil menggelengkan kepala.

ZAFRAN melihat keadaan sekeliling sebelum menyusup masuk ke dalam kelasnya.Dia bergegas menghampiri meja Liya sebelum mencari sesuatu di dalam lacik meja Liya.Terus senyuman terukir di bibirnya.

“Kau balas rupanya surat Asyraf.”

Kepada Asyraf Amir,

Saya hargai perasaan awak terhadap saya.

Zafran tersenyum sinis.

Tapi saya rasa lebih baik kita berkawan terlebih dahulu.Biarlah awak kenal dahulu siapa saya yang sebenarnya.Dan saya pun ingin mengenali awak terlebih dahulu.Kita kawan dulu ya? Awak tegur jelah saya nanti.Saya bukannya kenal siapa awak. J

“Dia nak kawan jugak dengan Asyraf rupanya...”

“Wei Zaf! Apa kau buat tu?”

Zafran terkejut.Sepantas kilat dia mengalihkan pandangan ke arah pintu.Asyraf!

“Err...Liya suruh aku bagi surat ni dekat kau.”sedaya upaya Zafran cuba berlagak selamba.

“Ohh...”Asyraf mula tersenyum.

“Nah, ambillah surat kau.Aku balik dulu ya.”

“Okey.Terima kasih ye.”ucap Asyraf sambil menayangkan surat Liya di tangannya.

No problem.

Zafran menarik nafas dalam selepas keluar dari kelas.Nasib baik dia tak tertangkap tadi.Tapi kenapa pulak dia beria-ia nak tahu jawapan Liya terhadap surat Asyraf?

“Kalau macam tu, ignore Kak Liya selepas ni.Jangan cakap dengan dia.Itupun kalau abang mampu.”

Kata-kata Rina kembali terngiang-ngiang di kepalanya.Betullah cakap Rina.Dia memang tidak boleh membiarkan Liya begitu sahaja.Tiba-tiba dia nak jadi menjadi seorang yang penyibuk.Ke mana agaknya Zafran yang cool dulu ya dan tak suka mengacau budak perempuan? Zafran tersengih sendirian.

“Hi Zaf.”tiba-tiba Zati sudah berdiri tegak di hadapannya.

“Hi Zeti...awak tak balik lagi ke?”

Zeti tersenyum.”Tak, saya ada kerja sikit tadi.Awak kenapa tak balik lagi?”

“Saya kena selesaikan sikit kerja hari ni.”

“Awak nak balik dah ke?”soal Zeti.

“A’ah.”

“Boleh temankan saya tak sementara tunggu ayah saya sampai?”pinta Zeti sambil

tersenyum manja.Tiba-tiba muka Zafran memerah.

“Okey...”

“Terima kasih! Jomlah...”

Zafran hanya menuruti langkah Zeti dari belakang.Dia gembira kerana akhirnya dapat juga dia berbicara tanpa gangguan dengan Zeti.Yes!




Photobucket

4 comments:

  1. best n3 nie...comel..
    tp asyraf azhar ke asyraf amir yg minat lat liya tu?

    ReplyDelete
  2. Hehe...salah taip..mak aih..nasib baik hana perasan :D

    ReplyDelete
  3. hahaha
    Moon!!! thanks for this n3!!!
    xD
    zafran jelous tu!!!! padan muka, bknnya nak cakap terus terang
    ^^

    ReplyDelete
  4. waaa!!!! asl zafran ske lak nk ckp2 ngn zeti ni...aiiissshhh.... ketuk gk kpale zafran ni!!!!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers