Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Wednesday, October 20, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu/Dialah Cinta Terakhirku 9

BAB 9

BERULANG kali Harith mengucapkan bismillah di dalam hatinya.Loceng pintu hanya dipandang tanpa ada niat untuk menekannya.Entah kenapa dia rasa takut pula untuk berhadapan dengan Lisa.Perlahan-lahan dia menekan loceng dan menunggu selama beberapa minit.Tidak lama kemudian, muncul wajah yang sememangnya ingin dia temui.

Lisa terkejut melihat Harith yang berdiri di luar pagar.Pakaian yang dipakai oleh lelaki itu menunjukkan dia bekerja pada hari ini tetapi kenapa dia ke sini? Takkanlah dia tidak tahu yang Rafiq bekerja pada waktu ini.

“Encik Harith nak jumpa Rafiq ya? Maaflah.Rafiq tak ada sekarang ni.Dia ada dekat pejabat.”kata Lisa seraya membuka pintu pagar untuk membolehkan Harith masuk ke perkarangan rumah.

“Taklah.Aku nak jumpa kau.”

“Jumpa saya? Ada apa?”tanya Lisa dengan wajah yang pelik.

“Err...aku...”Harith menyebak rambutnya ke belakang.Kenapa tiba-tiba dia menjadi gagap ni?

“Kenapa encik?”soal Lisa apabila melihat keadaan Harith yang serba tidak kena.

“Aku..err..”

Belum sempat Harith berkata-kata, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Puan Zulaikha.Dengan muka yang serius, Rafiq keluar dari perut keretanya dan menghampiri Lisa dan Harith.

“Kau buat apa dekat sini?”soalnya dengan dingin pada Harith.

Harith hanya tersenyum.”Aku nak jumpa Lisa.”

“Buat apa?”

“Aku ada hal penting nak bincang dengan dia.”jawab Harith tanpa memandang Rafiq.Dia tahu Rafiq cemburu melihat dia bersama-sama dengan Lisa.

Lisa segera mencelah apabila melihat Rafiq seperti ingin membuka mulutnya lagi.Dia tidak mahu perbalahan berlaku di antara mereka.Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi sekarang.

“Biarkan saya bercakap dengan dia, Rafiq.”

Rafiq berpaling memandang Lisa yang berdiri di belakangnya.Wajah Lisa yang tenang akhirnya membuatkan dia beralah.

“Baiklah..saya masuk dulu.Kalau ada apa-apa, panggil saya.”ucap Rafiq sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.Niat untuk makan tengah hari di rumah terus sahaja terbantut.Kakinya terus melangkah naik ke tingkat atas.Dia ingin bersendirian.

Sebaik sahaja Rafiq hilang daripada pandangan mata mereka berdua, Lisa segera memandang Harith untuk menagih jawapan.Apa sebenarnya tujuan Harith datang untuk menemuinya?

“Sebenarnya ada apa encik nak jumpa saya?”

Harith menarik nafasnya dalam-dalam.Kali ini nafasnya sedikit teratur.Wajah Lisa dipandang sebelum dia menarik nafas sekali lagi.

“Aku nak tahu kenapa aku asyik nampak kau je? Bila aku ada dekat rumah, aku nampak kau.Bila aku ada dekat pejabat, aku nampak kau.Bila aku dengan Farisya pun, aku nampak kau.Kenapa? Kau tahu sebabnya?”kata Harith sambil memandang Lisa.

Lisa tergamam.Terkejut dengan pertanyaan Harith.

“Maaf.Tapi saya tak ada jawapannya.”jawab Lisa perlahan.Memang betul dia tak ada jawapan untuk pertanyaan daripada Harith itu.Soalannya agak menakutkan.

“Habis tu, kau buat apa? Kau jumpa bomoh ke?”serkap Harith.Dia perlu tahu apa yang telah terjadi pada dirinya sekarang.

“Mana adalah! Saya tak sekejam itulah.Saya masih lagi boleh berfikir.”marah Lisa.Ada ke patut tuduh aku pergi jumpa bomoh!

“Habis tu?’

“Manalah saya tahu.”

“Kenapa agaknya?”

“Entah.”

Harith mendiamkan diri.Dia berfikir sejenak sebelum kembali memandang Lisa.

“Adakah kerana aku dah jatuh cinta dekat kau?”tuturnya perlahan tetapi tetap jelas di telinga Lisa.

Secara spontan Lisa menepuk dadanya.Kata-kata Harith telah menyebabkan darah menyerbu ke muka.Terasa bahang mukanya ketika itu.

Harith pula terdiam.Tidak sangka dia akan menuturkan kata-kata itu.Dia memandang Lisa yang menunduk ketika itu.Pasti Lisa terkejut mendengar kata-katanya sebentar tadi.

“Err..aku minta maaf.Err..aku balik dululah.Assalamualaikum.”cepat-cepat Harith berlalu di situ.Dia tidak tahu lagi mana lagi harus diletak mukanya ketika itu.Malu betul!

Lisa hanya mampu memerhatikan Harith pergi.Entah kenapa dia ingin menahan lelaki itu daripada pergi.Kata-kata Harith masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

‘Adakah kerana aku dah jatuh cinta dekat kau?’

Adakah itu tidak mustahil? Adakah aku juga turut merasakan perkara yang sama? Entahlah.Lisa bingung sendiri.

“MAK, macam mana mak boleh kahwin dengan ayah.”soal Lisa yang baru berusia 13 tahun ketika itu.

“Sebab mak sayangkan ayah.”jawab Puan Farah sambil tersenyum.Rambut ikalnya anaknya diusap lembut.

“Ohh...walaupun ayah tak sekaya lelaki lain?”

“Ya..sebab bagi mak, ayah Lisa lah lelaki yang paling kaya.Lelaki yang kaya dengan budi bahasa dan kaya dengan kasih sayang.”jawab Puan Farah lagi.

“Mak, ada kawan Lisa cakap...yang kita tak boleh benci orang sebab nanti kita akan sayang dia.Kenapa ya, mak?”

“Sebab Allah bila-bila masa je boleh ubah hati kita.Dulu kita benci sangat dia tapi lama-lama kita boleh sayangkan dia.Boleh cintakan dia.Perasaan manusia ini pelik, Lisa.”

Lisa menganggukkan kepalanya.

“Lelaki yang menjadi pilihan kita tak semestinya sempurna.Lisa nak tahu kenapa?”

“Nak.”jawab Lisa cepat.Tekun dia mendengar setiap tutur kata dari mulut maknya.

“Sebab manusia tak sempurna.Dan lagi satu, sebab nanti bila kita dah jumpa dengan pasangan hidup kita, dialah dah cukup sempurna di mata kita.Dialah yang paling kacak, paling baik, paling romantik, paling memahami dan banyak lagi.Macam tulah mak rasa bila mak kahwin dengan ayah.”balas Puan Farah sambil memandang suaminya yang sedang menyiapkan kerjanya di luar rumah.

“Ohh...Lisa dah faham sekarang.”

“Dan mak nak nasihatkan Lisa.Kahwinlah dengan lelaki yang mencintai Lisa dengan sepenuh hatinya.Jangan kahwin kerana jasa baiknya.Kahwinlah kerana Lisa tahu dia yang akan menjaga Lisa dan mencintai Lisa hingga ke akhir hayat.Memanglah kita kena hargai pertolongan dia tetapi kalau dia ikhlas, dia tidak akan pernah memaksa untuk kita mencintai dia.Betul tak?Kadang-kadang lelaki ni, kita tidak boleh agak perasaan mereka.Mereka kan ego tetapi tak semestinya lelaki yang ego itu tidak boleh menjadi baik.”sambung Puan Farah lagi.Kemudian dia mengambil sikat lalu menyikat rambut Lisa.Dia dapat melihat anaknya itu menganggukkan kepala.

“Kahwin kerana dia cinta bukan kerana jasa.”ulang Lisa perlahan.Kenangan sepuluh tahun lalu kembali bermain-main di mindanya.Sehingga sekarang, kata-kata ibunya masih lagi diingatinya.

Kemudian dia teringat kembali kata-kata Harith tengah hari tadi.Betul ke Harith dah jatuh cinta dengan aku? Lisa berbaring di atas katil sambil memikirkan hal itu sehingga dia terlelap dengan pelbagai persoalan yang masih belum dijawab.

PUAN IZZAH sejak dari tadi asyik memerhatikan tingkah-laku Harith yang sejak dari tadi duduk di kerusi santai di luar rumah.Kemudian, dia datang menghampiri anaknya itu.Daripada gaya Harith, dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran Harith.

“Boleh mama duduk sini?”

Harith hanya mengangguk.Dia ralit memandang ikan-ikan yang sedang berenang di dalam kolam ikan.

“Kenapa dengan anak mama ni? Macam tak ada mood je.Selalunya Iz rajin pergi office tapi kenapa hari ni malas pula?”soal Puan Izzah sambil menepuk bahu anaknya.

“Entahlah ma.”

“Ada masalah ke?”

Harith menarik nafas.Sekarang ini kepalanya begitu serabut dengan pelbagai perkara.Soal Rafiq yang masih lagi tidak mahu bercakap dengannya, soal Lisa yang sering kali muncul di mana-mana dan soal Farisya yang sudah dilamarnya.

“Iz tension.”kata Harith lemah.Dia memandang wajah Puan Izzah.

“Iz boleh ceritakan dekat mama.”

Sekali lagi Harith menarik nafas.Perlukah dia menceritakan segalanya kepada mama? Dia tidak mahu membebankan mama dengan masalah dirinya yang tidak berpenghujung ini.

“Iz tak nak susahkan mama.”

“Seorang anak tidak pernah menyusahkan ibunya Iz.”balas Puan Izzah sambil tersenyum.Dia mengusap rambut anaknya.Dia pasti masalah anaknya itu pasti berat.

“Iz rasa Iz dah jatuh cinta.”perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Puan Izzah.

“Baguslah macam tu.Iz kan dah lamar Farisya.”

“Bukan Farisya yang Iz cintai.”

“Habis tu siapa?”

“Lisa.”

Puan Izzah terkejut.Lisa? Bukan ke gadis itu gadis yang dibenci oleh Harith dan disukai oleh Rafiq, kawan baik anaknya itu sendiri?

“Kamu pasti ke?”

“Iz asyik nampak dia ma.Everywhere and everytime.Masa Iz lamar Risya pun, Iz nampak dia.”ujar Harith sambil menyebak rambutnya ke belakang.Serabut betul!

“Tuhan dah terbalikkan hati kamu.Dulu Iz benci dia tapi sekarang, dialah orang yang sebenarnya Iz cintai.”kata Puan Izzah sambil tersenyum.Entah kenapa, dia tidak marah sebaliknya senang.Senang apabila mengetahui anaknya menyukai orang yang sangat baik dan cantik seperti Lisa.

“Hanif pun cakap macam tu.”

Farisya yang sejak dari tadi mendengar segalanya menekup mulutnya sambil membiarkan air matanya mengalir laju.Hatinya sakit mendengar kata-kata Harith.Lelaki itu sudah berpaling kepada orang lain.Dan orang lain itu adalah orang yang paling dibencinya!

Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri Harith dan Puan Izzah.Dia inginkan penjelasan.Penjelasan yang kukuh di atas semua ini.

“Kenapa? Kenapa dia yang you cintai? Kenapa dia, Rith!?”

Harith tersentak.Sepantas kilat dia berpaling ke belakang dan melihat Farisya berdiri di situ sambil menangis.

“Risya, you buat apa dekat sini?”

I tak sangka.I sayangkan you dan you pun dah lamar I tapi kenapa! Kenapa you buat macam ni?”

“Risya, I don’t know.Perasaan cinta I untuk dia tiba-tiba aje datang.”ucap Harith sambil menundukkan kepala ke bawah.Tak sanggup untuk melihat air mata di pipi Farisya.Perasaan bersalahnya semakin menggunung kerana telah menghancurkan hati Farisya.

I hate you! Hate you!”jerit Farisya lantang sambil melemparkan cincin yang diberikan oleh Harith ke lantai.Kemudian, dia berlari keluar dari situ tanpa memandang ke belakang lagi.Ikutkan hati ingin sahaja dia menampar Harith sehingga dia berasa puas tetapi dia tahu walaupun berapa kali dia menampar sekalipun, cinta Harith padanya telah hilang.

Harith hanya mampu memerhatikan Farisya yang telah jauh pergi meninggalkan rumahnya.Dia pasti Farisya amat membencikan dirinya sekarang.


p/s: Lagu yang didengari ketika mengarang : Starlight Tears Instrumental :) Commentlah ye :D


Photobucket

4 comments:

  1. Terima kasih :)

    Moon hrp pembaca x marah Moon pasal Rafiq tu ya. Sorry...

    ReplyDelete
  2. xpe2...
    tggu hana bayangkan rafiq tu u-know, blehla hana amik rafiq tue..
    haha
    xD

    smbung lg ek?

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...