Saturday, October 30, 2010

Bertemu Cintaku Part 4




BAB 4 : CEMBURU?

Taufiq Hanif

“Aku lebih suka kalau Liya bersama dengan Zafran.”

“LIYA!”

Liya berpaling ke belakang.Taufiq dan Haikal sedang berlari anak menghampirinya sambil tersengih.

“Ada apa?”tanya Liya sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.

“Aku, Taufiq, Nahi dengan Tinah nak ajak kau keluar Sabtu ni. Kitaorang nak raikan kau.”kata Haikal sambil membetulkan rambutnya.

“Raikan aku?”

Taufiq mengangguk.”Kan kau dah pindah hampir sini 2 bulan tapi kitaorang belum buat apa-apa lagi untuk kau.That’s why kami nak buat jamuan sikit untuk kau.”

Liya mengangguk sambil tersenyum.”Tak sangka korang ni baik jugak ya.”

“Kitaorang memang baik pun.”balas Haikal sambil tersenyum nakal.

“Blahlah kau.Perasan nak mampus!”Taufiq menumbuk perlahan bahu Haikal.

“Err...Zafran tak ikut ke?”soal Liya.

“Kau nak dia ikut?”

“Aku tak kisah.”

“Kalau macam tu, apa kata kau tanya dia sendiri? Dia tengah jalan dekat dengan kita ni.”ucap Taufiq sambil mengangkat tangan ke arah Zafran.

“Korang buat apa dekat sini?”soal Zafran sebelum memandang Liya sekilas.Tiba-tiba sahaja kata-kata Rina kembali terngiang-ngiang di telinganya.

“Kalau macam tu, ignore Kak Liya selepas ni.Jangan cakap dengan dia.Itupun kalau abang mampu.”

“Cakaplah Liya.”gesa Haikal sambil menunjuk ke arah Zafran.

Perlahan-lahan Liya menarik nafas.Apa salahnya mencuba walaupun dia dapat mengagak jawapan yang bakal keluar dari mulut Zafran.

“Kau nak tak join kami hujung minggu ni?Diorang nak raikan aku.”

Zafran hanya memandang Liya tanpa bersuara.

Sure.Aku pun dah lama tak keluar.”jawabnya bersetuju akhirnya.

“Betul ke?”soal Liya terkejut.Dia mati-mati ingat yang Zafran tidak akan bersetuju untuk menyertai mereka.

“Betullah.Kenapa? Kau tak suka ke kalau aku nak pergi?”

“Eh! Mana adalah.Aku sukalah.The more the merrier.”

Fine then.”ucapnya ringkas sebelum berlalu meninggalkan Liya, Taufiq dan Haikal.Liya hanya memandang langkah Zafran sehingga hilang dari pandangannya.Kadang-kala lelaki itu memelikkan dirinya.Sikapnya yang kadang-kala baik, dan kadang-kala jahat menyebabkan dirinya tertanya-tanya.Siapakah sebenarnya Zafran Adha ini?

AWAL-AWAL pagi lagi Liya sudah bersiap dengan memakai kemeja berwarna hitam berjalur putih di lengannya.Tudung berwarna hitam dirapikan di atas kepala.Kemudian,dia memilih beg yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaiannya.Setelah semua selesai, dia menuruni tangga sambil menyanyi kecil.

“Assalamualaikum adik.”ucap Abang Lokman yang ketika itu sedang menjamu selera.

“Waalaikumussalam abang.Tak ada kelas ke?”

It’s Saturday, dik.”

“Ohh...so, boleh tolong hantarkan Liya pergi mall?

“Nak buat apa dekat mall? Dating eh?”Lokman tersengih.

“Banyaklah abang punya dating.Nak keluar dengan kawan-kawan jelah.”

“Mesti ada budak lelaki kan?”

Liya hanya mengangguk sambil meneguk air teh panas yang disediakan oleh ibunya.

“Mesti ada yang special kan?”

Nope.”

“Adik tak pandailah tipu abang.Abang kenal adik-adik abang, okey?”kata Lokman sambil memandang ke arah Liya.

“Liya tak tipulah.I’m telling you the truth.”

“Suka hati adiklah.But if you want to talk about anything, cakap dengan abang tau.Jangan simpan dalam hati.”

“Okey bos!”ucap Liya sambil mengangkat tabik.Lokman ketawa kecil sebelum kembali menjamu selera.

SEJAK dari tadi Zafran masih lagi menghadap almarinya sambil membelek pakaiannya di dalamnya.Dia masih tidak dapat memilih baju yang sesuai.Rambut yang basah diusapnya ke belakang.

“Rina!!!”

Yes bang?”tidak sampai sepuluh saat, Rina sudah berdiri di dalam biliknya.Zafran hanya menggelengkan kepala.Tahu sangat yang adiknya sejak dari tadi berdiri di luar biliknya.

“Pilih baju untuk abang, boleh?”

“Untuk apa?”tanya Rina sambil mencari pakaian untuk Zafran.

“Abang nak keluar dengan kawan-kawan.”

“Ohh...”dia tersenyum sebaik sahaja menemui sehelai kemeja lengan pendek berwarna hitam.

“Nah!”

“Okey ke yang ni?”

“Okey.Mesti handsomenya.”

Zafran hanya mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk menyalin pakaian.Sepuluh minit kemudian, dia keluar sambil berdiri di hadapan Rina.

“Okey?”

“Okey sangat-sangat.”ucap Liya sambil tersenyum.Dia membetulkan kolar Zafran yang tidak kemas sebelum menepuk tangan.

“Handsome!”

Zafran tersengih.Senang dipuji oleh adiknya.”Thanks sebab tolong abang cari baju ni.”

“Sama-sama.Hmm..Kak Liya ada sekali ke?”tanya Rina walaupun dia sudah mengetahui jawapan bagi soalannya itu.Malah, dia juga sudah lama mengetahui yang Zafran akan keluar bersama-sama Kak Liya dan kawan-kawannya yang lain.

“Err...ada.”

“Abang tak boleh ignore dia kan? I told you so!

Cepat-cepat Zafran menggeleng.”Kami cuma kawan.Okeylah.Got to go now.”

Zafran mencapai beg galas sebelum melangkah keluar dari biliknya.Rina yang masih lagi berada di dalam biliknya tersenyum senang.

SORRY lambat.”kata Zafran sambil tersengih.Bukannya dia sengaja lewat cuma jalan raya agak sesak tadi.

“Tak apa.Kami pun baru je sampai.”balas Taufiq sambil menepuk bahu Zafran.Haikal yang berdiri di sebelahnya turut mengangguk.

“Mana girls?”

“Biasalah perempuan.Pergi toiletlah kecuali seorang.”

“Siapa?”

Haikal memuncungkan bibirnya ke arah seorang gadis yang sedang membelek alat-muzik di kedai berhadapan mereka.Zafran memalingkan kepala untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh Haikal.Dia hanya tersenyum sebaik sahaja melihat Liya yang sedang mencuba untuk memetik gitar.

“Memang berjanji ke nak pakai baju hitam?”soal Taufiq sambil tersengih nakal.

“Tak adalah.Adik aku yang pilih baju ni.”

Liya yang sedang asyik melihat alat-alat muzik memandang ke arah Haikal dan Taufiq.Dia cuba mencari kelibat Zafran tetapi malangnya lelaki itu masih belum tiba.Kenapalah lambat sangat? Bersiap macam perempuan ke?

“Kau reti ke main gitar tu?”soal seseorang begitu dekat di telinganya.

Tersentak Liya sehingga hampir-hampir dia melepaskan gitar di tangannya.Nasib baik Zafran sempat mengambil gitar itu terlebih dahulu.

“Kau ni kan! Terkejut aku!”

Zafran ketawa kecil sebelum duduk di sebelah Liya.Dia mula membetulkan kedudukannya sebelum menjeling Liya sekilas.

“Kenapa pakai baju hitam?”

“Aku malas nak gosok baju lain.”

“Nak dengar aku main gitar tak?”

“Pandai ke?”

“Tengok kaki lah.”balas Zafran sambil tersenyum sinis.

Perlahan-lahan jarinya mula memetik gitar menghasilkan alunan lagu.Lagu itu seperti pernah Liya dengari tetapi tidak dia pasti tajuk lagu berkenaan.

“Ni lagu dalam cerita Narnia tu kan?”

Zafran hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Liya.

“Tak sangkalah terror jugak kau main gitar ni.”puji Liya sambil tersengih.

Zafran tersenyum mendengar pujian Liya.

“Hai Zaf.Awak buat apa kat sini?”tiba-tiba sahaja petikan Zafran terhenti.Di hadapan mereka berdua, berdiri seorang gadis yang sangat comel di pandangan mata Liya.Rambutnya yang panjang mengurai dilepaskan.Manakala blouse merah dan seluar panjang berwarna hitam menyerlahkan penampilannya.

“Hai Zeti.Jalan-jalan dengan kawan-kawan je.Dan kenalkan ini Liyana Damia.”

Liya tersenyum sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.Zeti turut tersenyum sambil menyambut huluran tangan Liya.

“Boleh saya join awak semua?”

”Sure.”

Thanks...by the way, korang nak pergi mana?”

“Tak tahu lagi.Ni semua plan Haikal dengan Taufiq.Kami ikut je.”balas Zafran sambil memetik gitar.

“Awak pandai main gitar ya?”

“Bolehlah...”

“Boleh mainkan untuk saya?”tanya Zeti teruja.Dia segera menarik sebuah kerusi untuk duduk di sebelah Zafran.Liya yang merasakan dirinya menganggu Zafran dan Zeti segera bangun sambil menggalas beg sandangnya.

“Kau nak pergi mana?”

“Aku nak pergi kedai sebelah kejap.”

“Kenapa?”

Dahi Liya berkerut.”Saja jelah.”

“Duduk sini boleh?”

“Zeti kan ada?”

“Aku nak kau ada dekat sini jugak.”

Makin berkerut dahi Liya.Kenapa tiba-tiba mengada sangat si mamat perasan ni?

“Tak apalah Zaf.Saya kan ada.Liya nak pergi jalan-jalan.Biarkanlah...”celah Zeti sebaik sahaja melihat Zafran yang seolah-olah tidak membenarkan Liya pergi dari sisinya.

Zafran tidak menjawab sebaliknya memandang tajam Liya yang sudah berdiri hampir di pintu masuk.Liya pula mulai serba-salah.Dari nada percakapan Zeti, dia ingin bersama-sama Zafran di situ tanpa ada orang lain tetapi Zafran pula ingin dia berada di sini.Pening! Pening!

Tiba-tiba sahaja Zafran sudah berdiri sambil meletakkan gitar tersebut ke tempat asalnya.Dia menarik beg sandang Liya sebelum melangkah keluar dari situ meninggalkan Zeti tercengang seorang diri.Liya yang terkejut hanya menurut tanpa melawan.Zafran pun turut terkejut.Entah apalah agaknya yang telah berlaku terhadap dirinya.

Haikal, Taufiq, Nahi dan Tinah yang melihat segalanya tersengih sambil memandang Zafran dan Liya yang sedang menuju ke tingkat atas.

“Kan aku dah kata! Zafran tu kita tak boleh agak.Dan aku pasti dia pun keliru tu.”ucap Haikal sambil mengangkat keningnya berulang kali.

“Aku rasalah dulu memang dia suka Zeti tapi sekarang ni dia dah tak pasti.”sokong Nahi pula.

“Yang pasti aku suka kalau Zafran bersama-sama Liya.”kata Taufiq sambil tersenyum.

LIYA mencebik sambil mengekori Zafran dari belakang.Sejak dari tadi, sepatah perkataan pun langsung tidak keluar dari mulut lelaki itu.Dahlah dia tinggalkan begitu sahaja Zeti di dalam kedai muzik itu.Daripada gaya, nampak macam dia sukakan Zeti tetapi kenapa dia tinggalkan Zeti macam itu je?

“Kau nak makan apa?”akhirnya Zafran bersuara.Dia berpaling memandang Liya.

“Ikut suka kau.”

“KFC?”

“Okey je.”

“Jomlah...”

Liya masih tidak berganjak.Takkanlah dia nak makan berdua sahaja dengan Zafran.Dia nak juga makan dengan kawan-kawannya yang lain.

“Aku nak makan jugak dengan orang lain.”

“Diorang dah tunggu kita kat sana.”balas Zafran selamba sebelum berjalan meninggalkan Liya.

“Diorang dah ada dekat sana? Kenapa kita tak pergi sana dari tadi?”soal Liya sebaik sahaja dia berjaya menyaingi Zafran yang sememangnya berjalan laju.

“Sebab diorang nak bagi peluang dekat kau untuk dating dengan aku.”ucap Zafran selamba sebelum melangkah ke hadapan.Liya yang tergamam berhenti berjalan.Kurang asam mamat perasan! Tolonglah, perasan nak mampus! Tak hinginlah aku dating dengan kau!


p/s: Entry terakhir sebelum Moon SPM :) Enjoy dan komen ya. Thank you so much.Doakan Moon ya.

Photobucket

4 comments:

  1. wa!!!!!
    haha..
    so sweet liya dgn zafran
    xD

    ReplyDelete
  2. Good Luck on your SPM!

    ReplyDelete
  3. seronok cerita ni cepatlah sambung.
    Doakan semuga berjaya dengan cemerlang dlm SPM. Amin.....

    ReplyDelete
  4. zafran suka act cool ea...
    i lyke...<3 <3 <3
    hehehe...

    ~btw - gd luck in ur s.p.m..
    jawab elok2 ya...
    jgn panik...
    klu panik o blank..
    try ihnhale n exhale perlahan2..
    =)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers