Tuesday, October 19, 2010

Bertemu Cintaku Part 3


BAB 3 : RINA DAN RISA

Diana Marisa

“Tak sangka orang yang selama ni akak cerita tu rupa-rupanya abang Rina.”

“Akak, jom teman Risa pergi rumah kawan.”kata Risa yang baru turun dari tingkat atas.Liya yang sedang menonton televisyennya mengalihkan pandangan ke arah Risa sebelum kembali menonton televisyen.

“Malaslah...”balas Liya.

“Alah...tolonglah.Risa ada kerja sekolah nak buat dengan dia.”

“Rumah dia kat mana?”tanya Liya.Kalau dekat bolehlah dia temankan tetapi kalau jauh, minta maaf banyak-banyak dia memang malas nak berjalan.

“Jalan Mega 3.”

Liya berfikir seketika.Jalan Mega 3 tidaklah jauh sangat daripada rumahnya.

“Okeylah tapi cepat bersiap..”Liya bangkit sebelum menuju ke biliknya.Dia tidak menyalin pakaian sebaliknya hanya menyarung tudung di kepalanya.Setelah merasakan penampilannya kelihatan kemas, barulah dia turun ke bawah.

Kemudiannya, dia menghampiri ibunya, Puan Karmila yang sedang menyiram pokok bunga di luar rumah.Kelibat Risa masih lagi belum kelihatan ketika itu.

“Mak, nanti Liya dengan Risa nak pergi rumah kawan dia boleh?”tanya Liya sambil duduk di kerusi santai yang menghadap kolam ikan.

“Pergilah tapi hati-hati.”pesan Puan Karmila sebelum menutup paip dan duduk di sebelah anaknya itu.

“Okey mak.Kami pergi kejap je.Risa nak bincang apa entah dengan kawan dia.”

“Rumah kawan Risa tu dekat mana?”

“Jalan Mega 3.”

“Ohh..dekat jelah.”

Liya mengangguk sebelum memandang muka pintu.Risa yang sudah bersiap segera menghampiri mereka.

“Kami pergi dulu ya, mak.Assalamualaikum.”Liya mencium tangan Puan Karmila sebelum diikuti oleh Risa.

“ASSALAMUALAIKUM...” Risa memberi salam.Liya yang sudah berpeluh mengelap mukanya menggunakan sapu tangan yang sering dibawa ke mana sahaja.

“Waalaikumussalam...”jawab seseorang dari dalam.Liya tersentak.Suara itu seperti pernah dia dengar sebelum ini.Takkanlah!

Terjengul muka Zafran untuk membuka pintu pagar.Tiba-tiba kepala Liya pening.Memang sah yang tadi itu suara mamat perasan!

Perlahan-lahan Zafran mengangkat kepala untuk memandang wajah-wajah tetamu adiknya.Naik tersembul biji matanya apabila melihat Liya berdiri di situ.Wajah Liya agak terkejut membuatkan dia ingin tergelak walaupun sebenarnya dia juga turut terkejut.

“Kau buat apa dekat sini?”soal Zafran setelah Risa meminta izin untuk masuk ke dalam terlebih dahulu.

“Aku temankan adik aku.”jawab Liya perlahan.Zafran hanya mengangguk sebelum masuk ke dalam rumah.

“Ek, tak nak ajak aku masuk ke? Takkanlah nak biarkan aku kepanasan di sini!”Liya menghentak kakinya sekali.Sakit hati betul! Takkanlah aku nak masuk sedangkan tuan rumahnya tak mengajak.

“Eh, astaghfirullahalazim..Zaf! Kenapa biarkan kawan kamu dekat luar?”marah Puan Suraya sebelum mendapatkan Liya yang masih berdiri di luar.

“Masuklah...maafkan Zaf ya.Dia memang macam tu sikit.Mak cik ni mak Zaf.Panggil je Mak cik Suraya.”kata Puan Suraya sambil tersenyum.

“Tak apa mak cik.Saya faham sangat.”jawab Liya turut membalas senyuman Puan Suraya.

“Nama apa?”

“Liyana Damia.Mak cik boleh panggil Liya.”

“Liya?”Puan Suraya mengerling ke arah Zafran yang sedang membaca surat khabar.Dia pasti inilah Liya yang selalu diceritakan oleh anaknya itu.Kemudian, Puan Suraya memandang pula Liya.Cantik budaknya.Manis bertudung.

“Zaf selalu cerita pasal Liya dekat mak cik.”ujar Puan Suraya sambil tersenyum.Zafran yang sedang khusyuk membaca surat khabar tersentak.Alamak!

“Zafran cakap apa pasal saya, mak cik?”tanya Liya ingin tahu.Manalah tahu kan, kalau-kalau Zafran ada mengutuk dia.Nak tahulah juga.

“Hmm...dia kata Liya ni...”

“Mak...Zaf dahagalah.Mak boleh tak tolong buatkan untuk Zaf?”celah Zafran tiba-tiba.Dia tidak mahu rahsianya terbongkar.Kalau minah kecoh tu tahu apa yang dia cakap, habis-habis! Zafran menggeleng sedikit.

Puan Suraya tergelak kecil.Tahu sangat yang anaknya itu takut jika dia memberitahu Liya segala-gala yang pernah Zafran ceritakan padanya.

“Okey.Zaf nak air apa?”

“Milo panas.”

Puan Suraya berpaling ke arah Liya.”Liya nak air milo? Mak cik boleh buatkan sekali.”

“Tak apalah, mak cik.Teh panas ni pun dah okey.”jawab Liya tersenyum.

“Mak cik ke dapur sekejap ya.Sembanglah dengan Zaf.”

Liya hanya mengangguk.Dia tahu yang Zafran takkan bersembang dengannya.

Zafran mengangkat muka untuk memandang Liya yang sedang melihat keadaan sekeliling rumahnya.Hatinya ingin juga berbual-bual dengan Liya tetapi mulutnya terasa berat pula.

Liya mengukir senyuman sebaik sahaja Puan Suraya keluar dari dapur.Suasana sepi di antara dia dan Zafran sangatlah tidak selesa.

“Liya ni pindah dari mana?”soal Puan Suraya sambil duduk di hadapan Liya.

“Dari Kedah, mak cik.”

Zafran yang masih lagi berpura-pura membaca surat khabar mengerling ke arah ibunya dan Liya.Baru sekarang dia mengetahui dari mana Liya datang.

“Sedih tak tinggalkan sekolah lama?”tanya Puan Suraya lagi.Dia tahu Zafran mendengar semua ini.

Liya mengangguk.”Sedihlah jugak, mak cik.Sebab saya dah lama kenal dengan diorang.Lepas tu kena pindah pulak.”

“Sedih tinggalkan kawan ke sedih tinggalkan boyfriend?”usik Puan Suraya sambil tersengih.Liya yang sedang meneguk air tersedak sedikit.Dia menepuk dadanya yang sakit.Terkejut juga mendengar soalan Puan Suraya.

“Err...saya tak ada boyfriend pun.”jawab Liya perlahan.

“Ohh...single lagilah ni? Baguslah...”kata Puan Suraya sambil memandang ke arah Zafran.Sengaja dia menekankan perkataan ‘baguslah’.

Liya hanya tersenyum.

“Nanti Liya dengan Risa makan tengah hari dekat sini ya.”

“Tak apalah, mak cik.Nanti mak risau pula dekat rumah tu.”

“Ajaklah mak makan sini sekali.Ayah ada dekat rumah?”

Liya serba-salah.Ingin menolak tetapi kasihan pula melihat Puan Suraya yang kelihatan begitu mengharap.

“Ayah pergi outstation.”

“Lah, samalah dengan ayah Zaf.Esok barulah balik.Makanlah dengan sini ya.Liya telefon mak Liya suruh datang sini.Cakap kat dia, mak cik nak berkenalan.Boleh?”

Perlahan-lahan Liya mengangguk.Segera dia mendail nombor telefon rumah menggunakan telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum mak.”Liya memberi salam sebaik sahaja suara Puan Karmila kedengaran.

“Waalaikumussalam.Lambat lagi ke nak balik?”

“Mak cik ajak kita makan dekat sini.”

“Ajak mak sekali ke?”soal Puan Karmila.

“A’ah.Mak datang ya.Mak cik Suraya nak berkenalan dengan mak.”balas Liya.

“Mak malulah, Liya.”

Puan Suraya memberi isyarat kepada Liya untuk memberikan telefon bimbit kepada dia.Liya mengangguk seraya memberikan telefon bimbitnya kepada Puan Suraya.

Liya hanya memerhatikan Puan Suraya berbual-bual dengan emaknya.Daripada gaya percakapan Puan Suraya, nampaknya emak sudah bersetuju untuk makan tengah hari di sini.Liya memandang Puan Suraya sebaik sahaja perbualan mereka tamat.

“Mak Liya akan sampai tak lama lagi.”ucap Puan Suraya dengan sengihan lebar.

MARISA tersengih sebelum menghampiri Liya yang sedang berbaring di atas katil.Dia melompat-lompat di atas katil Liya sebelum berbaring di sebelah kakaknya itu.

“Akak..”

“Hmmm...”

“Abang Zaf tu handsome tak?”tanya Marisa.

“Tak.”jawab Liya selamba.

“Tipu.”

“Betullah.Cuba Risa tengok elok-elok.Confirm Risa cakap dia tak handsome langsung!”sangkal Liya bersungguh-sungguh.

Risa menongkat dagu sambil memandang Liya.Kenapa dia dapat merasakan yang kakaknya itu sedang berbohong?

“Akak...Risa dah tengok.Sepanjang Risa kat rumah tu, Risa dah tilik dah muka Abang Zaf.Memang handsomelah.Muka putih, hidung mancung, bibir merah, rambut kemas, tinggi, mata kuyu dan lain-lain lagi.Mak pun kata dia handsome.”puji Risa.

Liya hanya mencebik.Okey! Dia akui memang Zafran kacak tapi taklah sekacak sampai macam itu sekali.

“Yelah..yelah.Dia taklah hodoh sangat.”

You like him?

Liya memandang Risa dengan pandangan yang tajam.”Tak!”

“Ya ke?”

“Yelah!”

“Mulut kata lain, hati kata lain.”cepat-cepat Risa berlari keluar sebaik sahaja selesai menuturkan kata-kata itu.Bimbang dirinya bakal dipukul dengan bantal peluk kakaknya itu.

“Tak ada maknanyalah dik.”ucap Liya perlahan.Peraturan Zafran masih lagi dia ingati sampai sekarang.Jangan pernah jatuh cinta pada dia.Tapi kenapa dia buat peraturan macam tu ya? Liya berfikir sendirian.

KAK LIYA tu cantik kan?”

Zafran mencebik sambil memberikan pandangan tidak percaya kepada Rina.Orang macam itu dikatakan cantik ke?

“Kenapa tidak?”soal Rina lagi.

“Sebab Kak Zeti lagi cantik.”jawab Zafran sambil mengeluarkan buku tulisnya dari dalam beg.Hampir setiap muka suratnya dipenuhi oleh lukisan.Bukannya Lisa seorang sahaja yang suka melukis, dia pun suka melukis juga sebenarnya tetapi dia lebih gemar melukis di buku tulis berbanding di kertas lukisan.

“Kak Zeti? Are you sure, bang?”

Yes.Perfectly sure.”

Jawapan Zafran membuatkan Rina menarik muka pelik.Bagi dirinya, Liya lebih cantik daripada Zeti, perempuan yang berjaya memikat hati abangnya itu.

Whatever abang.Tapi bagi Rina, Kak Liya lebih cantik daripada Kak Zeti.”balas Rina tanpa mempedulikan siapa Zeti di dalam hati abangnya.

“Tapi bukan Liya yang abang suka.”

“Abang sure ke?”soal Rina sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa Rina tanya macam tu? Kan Rina sendiri tahu berapa lama abang sukakan Zeti?”

Rina menghela nafas.”Abang, walaupun Rina baru 14 tahun, tapi Rina tahulah perasaan remaja ni. Lagipun Rina pun dah masuk kategori remajalah.I know things, okay!”

Well, kali ni Rina salah.Abang tak suka langsung dengan Liya.Kami pun asyik bergaduh je.Abang serabut dengan perangai minah kecoh tu.”

“Kalau macam tu, kenapa abang kacau dia kat sekolah? Kalau betullah abang tak pernah kisah pasal dia, abang takkan bercakap dengan dia kan? Abang akan biarkan dia buat kerja sendiri. Tapi abang tak buat macam tu kan? Abang tolong dia.Abang belikan dia lencana walaupun dia tak mintak.Kalau bukan suka itu apa, bang? You’re barely know her! Tapi abang layan dia macam abang dah kenal dia lama.Abang tak sedar ke?”kata Rina panjang lebar.

Ya! Dia akui memang dia tak suka langsung Zeti.Zeti yang sombong dan perasan bagus.Cuma di depan Zafran sahaja dia berlagak baik.Semua orang tahu perangai dia yang sebenar kecuali Zafran.Rina mendengus geram.

“Adik, please! Kita jangan lagi cakap pasal ni. Adik tahu abang suka siapa kan? So, jangan sebut lagi pasal abang dengan Liya.Abang tak suka dia.We’re just friends.”

Rina hanya mendiamkan diri.Kemudian, dia melangkah ke arah pintu bilik Zafran.Malas untuk berbahas dengan abangnya lagi.

“Kalau macam tu, ignore Kak Liya selepas ni.Jangan cakap dengan dia.Itupun kalau abang mampu.”ucap Rina sebelum melangkah keluar dari bilik abangnya.

Zafran mengeluh lemah.Kata-kata Rina kembali terngiang-ngiang di telinganya.

“Kalau macam tu, kenapa abang kacau dia kat sekolah? Kalau betullah abang tak pernah kisah pasal dia, abang takkan bercakap dengan dia kan? Abang akan biarkan dia buat kerja sendiri. Tapi abang tak buat macam tu kan? Abang tolong dia.Abang belikan dia lencana walaupun dia tak mintak.Kalau bukan suka itu apa, bang? You’re barely know her! Tapi abang layan dia macam abang dah kenal dia lama.Abang tak sedar ke?”

Sekali lagi Zafran mengeluh.Rambut disebak ke belakang.Betul ke apa yang Rina cakap yang aku ni sukakan Liya? Seorang yang aku baru kenali? Huh! Mustahil!

p/s: Harap enjoy :).Sorry kalau banyak merepek. :)


Photobucket

4 comments:

  1. hahaha..
    adik2 dyorng cm sje je nk cucuk dyorng...
    hehhee
    xDDD

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    liya and zafran...
    kiut2 ...

    lyke...

    ~Hana dah lama tak online....
    sekarang baru nk baca balik semua cerita yagn tertinggal...
    makin best cerita bc ni...

    ReplyDelete
  3. mesti zafran 2 suka kt liya kn2..
    bestttt

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers