Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, September 26, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 8

Bab 8

HARITH IZDIHAR merebahkan tubuhnya di atas katil sebelum memejam matanya rapat-rapat.Kata-kata Hanif sewaktu mereka bertemu tadi terngiang-ngiang di telinganya.

“Kau pernah bencikan seorang wanita tak?”tanya Harith sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam ni?”

Harith melepaskan keluhan lemah.Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia ingin bertanyakan soalan sebegitu kepada Farouk.Sejak kebelakangan ini, hatinya tidak begitu tenang dan yang paling membimbangkan dirinya, wajah Lisa kerap muncul dalam mimpinya.Adakah ini kerana kebenciannya yang terlampau mendalam terhadap Lisa?

“Entahlah Nif. Hati aku tak tenang sejak kebelakangan ni.”

“Sebab perempuan?”duga Hanif sambil memandang tepat ke arah Harith.

Sekali lagi Harith menyebak rambutnya ke belakang.”I guess so.”

“Farisya?”

“Nope..someone else.”jawab Harith perlahan.

Hanif membetulkan kedudukannya.Jarang benar Harith menjadi gelisah kerana perempuan lain.Selalunya hanya Farisya yang mampu membuatkan Harith menjadi serba tak kena.

“Siapa?”

“Kau ingat tak perempuan yang aku cakap dulu tu? Yang Rafiq sokong sangat tu?”

Hanif mengangguk.Dia memang masih mengingati wanita itu.Kalau tidak salah, Lisa namanya.

“Kenapa dengan dia?”

Harith meneguk air di hadapannya.”Ada satu hari tu masa aku dengan mak aku pergi pasar tani, aku terserempak dengan dia…”

And then?”tanya Hanif tidak sabar.

“Ada seorang lelaki ni dan masa tu aku rasa dia tengah kejar Lisa sebab bila Lisa nampak dia.Terus je Lisa berdiri dekat dengan aku dan dia minta tolong aku.Masa tu aku memang tak faham maksud dia.Lepas tu barulah aku faham.Dia nak aku tolong dia lepaskan diri daripada lelaki tu.”terang Harith panjang lebar.Wajah Hanif yang tergamam dipandang sekilas sebelum dia menundukkan kepala.

“Kau tolong dia?”

Perlahan Harith mengangguk.”A’ah.”

“Kau cakap apa?”

“Aku cakap yang aku…ni…teman lelaki dia.”ucap Harith perlahan.Tangan digenggam kuat.

“What!”terbuka luas mulut Hanif.

“Janganlah terkejut sampai macam tu sekali.Tiba-tiba je terkeluar ayat tu.”

“Kalau Risya tahu memang masaklah kau Harith.”kata Hanif sambil menggelengkan kepalanya.

Harith menarik nafas dalam-dalam.Dia tahu kalau Farisya tahu mengenai hal ini, memang teruk dia akan dimarahi dan mungkin juga Farisya akan meninggalkannya.Tak! Dia tidak boleh membenarkan Farisya pergi meninggalkan dirinya kerana dia memang amat menyayangi Farisya.Tapi kenapa dengan hati ini?

“Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan Lisa lah.”ucap Hanif tiba-tiba.

“Gilalah kau.Mustahillah..”

“Tak ada apa yang mustahil.Selama ni kau benci sangat dekat dia.Tuhan boleh je terbalikkan hati kau.Dulu benci sekarang cinta.Kita ni merancang je tetapi Allah yang menentukan.Kau kena ingat benda tu, Rith.”kata Hanif panjang lebar.

Harith terdiam.Malas untuk memikirkan hal ini lagi.

PUAS dia mencari tetapi kelibat Mak Kiah masih tidak kelihatan.Lisa menarik nafas.Ke mana agaknya Mak Kiah menghilang? Lisa menuju ke ruang tamu dan menghampiri Puan Zulaikha yang sedang membaca surat akhbar.

“Mak cik ada nampak Mak Kiah tak?”

“Ada…tadi mak cik nampak Mak Kiah ada dekat dapur.”balas Puan Zulaikha sambil meletakkan surat khabar ke atas meja.

“Tak nampaklah pula tadi.Tak apalah mak cik.Lisa pergi cari lagi sekali ya.”baru sahaja kaki Lisa ingin melangkah, Puan Zulaikha menarik tangannya supaya duduk.

“Mak cik ada hal penting nak berbincang dengan Lisa.”

“Apa dia, mak cik?”

Puan Zulaikha tersenyum sebelum memegang tangan Lisa.”Mak cik dengan Rafiq dah berbincang.Kami nak Lisa sambung belajar.”

Lisa tergamam.Sambung belajar?

“Betul ke mak cik?”

“Betul.Kami tahu Lisa pandai cuma tak ada peluang.So, Lisa nak tak?”tanya Puan Zulaikha sambil tersenyum.

Lisa terdiam seketika.Perlukah dia menerima tawaran Puan Zulaikha dan Rafiq sedangkan mereka sudah banyak membantunya dirinya?

“Lisa…”

“Err..Lisa bukan tak nak terima, mak cik.Tapi Lisa tak nak susahkan mak cik dengan Rafiq.Mak cik dengan Rafiq dah banyak tolong Lisa.”

“Jangan ingat macam tu, Lisa.Kami ikhlas tolong Lisa.”ucap Puan Zulaikha perlahan.Dia menarik nafas sebelum memandang wajah Lisa.Gadis di hadapannya ini memang cantik.Bukan sahaja cantik, malah sangat lembut dan sopan-santun.Kalau boleh dia ingin menjadikan gadis ini sebagai menantunya.Sememangnya hatinya menjadi lebih tenang apabila mengetahui Rafiq mencintai Lisa.Sungguh, dia berasa lega.

“Lisa…”

“Lisa tahu Rafiq sukakan Lisa lebih daripada seorang kawan kan?”

Lisa tergamam.Terasa seperti dirinya dijerat.Adakah dia tahu yang Rafiq sukakan dia? Ya, memang dia tahu tapi dia cuba membuang semua itu.Kerana dia tidak menyukai Rafiq lebih daripada seorang kawan.

“Lisa minta maaf tapi Lisa anggap Rafiq sebagai kawan je.”jawab Lisa perlahan.Takut jika dia telah mengguris perasaan Puan Zulaikha yang sudah banyak membantu dirinya.

“Mak cik faham, Lisa.”balas Puan Zulaikha tenang.Biarlah Lisa dengan keputusannya.Dia tidak mahu memaksa mengenai hal perasaan ini.

“Tapi Lisa kena sambung belajar tau.”sambung Puan Zulaikha.

Lisa memintal hujung tudungnya.”Baiklah mak cik.”

Puan Zulaikha tersenyum senang.Dia yakin Lisa akan berjaya dalam hidupnya suatu hari nanti.

“Lisa minta diri dulu ya, mak cik.Nak cari Mak Kiah.”kata Lisa sebelum berlalu meninggalkan Puan Zulaikha.Rafiq yang mendengar segalanya hanya mampu mendiamkan diri.Briefcase sudah jatuh ke bawah.Pedih hatinya mendengar kata-kata Lisa.Tidakkah dia membawa makna kepada Lisa selain daripada seorang kawan? Dia mahukan lebih daripada itu.Rafiq mengeluh lemah.

HARITH meniup air teh o’ dihadapannya sambil memandang wajah Farisya.Hari ini dia telah nekad.Nekad untuk melamar Farisya setelah hampir seminggu dia berfikir.Dan yang paling mengganggu dirinya adalah wajah Lisa asyik muncul.Mengganggu ketenteramannya yang sedang sibuk memikirkan soal Farisya.Entah kenapalah wajah Lisa selalu sahaja muncul?

I dah buat keputusan.”ucap Harith memecahkan kesepian di antara mereka berdua.

“Keputusan apa?”

Harith bangkit sebelum mencapai kotak cincin dari poketnya.Perlahan-lahan dia melutut di hadapan Farisya sebelum tersenyum.

I nak kahwin dengan you.Sudi ke you menerima I?”

Farisya tergamam.Memang ayat itulah yang ditunggu sekian lama.Ayat yang sememangnya membuatkan dirinya terbuai.Dengan pantas dia mengangguk sambil mengelap air mata yang mengalir.

I sudi.”

Harith tersenyum sebelum menyarungkan cincin di jari runcing Farisya.Dia mendongak untuk memandang Farisya tetapi bukan wajah Farisya yang dia lihat tetapi sebaliknya wajah Lisa.Wajah Lisa yang sedang tersenyum manis.Harith menggelengkan kepalanya.Aduh, kenapalah dengan aku ni?

“Sayang, are you okay?”

I’m okay.”jawab Harith sebelum duduk di kerusi.Dia memicit lembut dahinya.

You nak pergi klinik?”

“Tak apa.I need to go now.”

“Okey.Makan ubat tau and thanks for the proposal.I happy sangat.”ucap Farisya tersenyum.

“I pun happy.”

Sebaik sahaja menghantar Farisya sehingga ke keretanya, Harith segera menuju ke keretanya.Dia mesti bertemu dengan Lisa.Dia perlu tahu ubat apa yang diberikan oleh Lisa sehingga dia asyik ternampak wajah Lisa di mana-mana sahaja.Hal ini bukan sahaja merimaskan tetapi juga menakutkan.Dia bimbang jika apa yang dikatakan oleh Hanif menjadi kenyataan.Tak! Dia tidak sanggup.

p/s : Harap anda semua suka :)


Photobucket

3 comments:

  1. alahai..
    nak rafiq ngan lisa

    ReplyDelete
  2. ala....
    nak rafiq dgn lisa....
    rafiq tu baek...
    :(

    ReplyDelete
  3. Saya nak Harith dengan Lisa.

    Tentang Rafiq,buatlah watak tentang seorang perempuan yang mungkin diciptakan untuk Rafiq.

    Rafiq baik jadi jangan la bagi dia kecewa dengan Lisa.

    I know, Harith is a good guy.

    Dia tak back up Lisa coz waktu tu ada Farisya.

    Sebenarnya Harith baik juga.

    Tengok la Lokman dengan Mira. Harith nak jaga diorang lepas Hani pujuk.

    Harith dan Rafiq baik...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...