Saturday, September 18, 2010

Bertemu Cintaku Part 2

Bab 2 : LUKISAN

Zafran Adha

“Dia tu kalut betullah.Macam mak nenek!”

BAM!

Spontan Zafran mengangkat kepala.Bunyi bising yang agak kuat menganggu dirinya yang sedang sibuk mentelaah.Dia mengerling ke sebelah kiri.Tak ada apa.Haikal sibuk menulis karangan Bahasa Melayu.Kemudian, dia berpaling memandang ke arah Liya.Sah! Memang dia yang buat bunyi bising tu.Zafran memandang Liya yang sedang mengusap kepalanya yang kesakitan di bawah meja.

“Kecoh.”sepatah perkataan keluar dari bibir Zafran.

Liya mendongak dari bawah meja.Gigi diketap geram.Ingat aku tak dengar ke apa yang kau cakap?

“Sibuk!”balas Liya geram.Mulutnya terkumat-kamit memarahi Zafran yang asyik menyakiti hatinya.Dari semalam lagi, hanya Zafran sahaja yang bermulut lancang mengata itu ini mengenai dirinya.Yang lain tidak pun.Nahiyatul, Fatinah, Taufiq dan Haikal baik-baik aje.Cuma dia aje yang banyak karenah.Itu tak kena, ini tak kena.

“Kau nak ambil apa kat bawah meja tu?”

“Ni hah!”Liya tayang pemadam yang berada di tangannya.

“Kenapa tak suruh si Zul yang ambik?”soal Zafran.Pensel yang berada di tangan diketuk-ketuk di atas meja.

“Zul tengah tidurlah.”

Zafran memandang ke arah Zulhilmi.Memang Zul sedang tidur.

“Hmmm..Jangan buat bising dah.Duduk diam-diam je kat situ.”Zafran kembali menghadap buku di hadapannya.

Liya mencebik bibir.Lantak kaulah.Malas nak layan.Dia mengeluarkan buku lukisan yang terkoyak sana-sini dan menyimpan buku latihan matematik ke dalam begnya.Satu-persatu helaian dibuka dan kemudian dia berhenti di helaian yang terakhir.

Apakah?

Liya segera menekup mulut.Bulat matanya memandang lukisan itu.Zafran yang duduk di sebelah dipandang dengan pandangan tidak percaya.

‘Kenapa ada gambar mamat perasan ni?’hati Liya meraung.Mak!!!

BENCI! BENCI! BENCI!” kertas yang berada di tangannya digumpal-gumpal sebelum dilemparkan mengenai dinding.Puas hati aku!

Tidak lama selepas itu, dia mengambil kembali kertas tersebut sebelum dirapikan kembali.Tulisan kemas Zafran kembali terlayar di mata.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

1. Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!

2. Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.

3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!

4. Jangan mengelamun!

5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!

6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.

7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.

9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.

10. .Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!

Sepuluh kali Liya membaca peraturan yang ditulis oleh Zafran dan sepuluh kali juga dia mengutuk Zafran.Geram dan sakit hati!

Buku lukisan yang diletakkan di atas meja belajar diambil sebelum dibuka sehingga ke helaian terakhir.Laju sahaja dia melukis raut wajah Zafran sekali dengan tahi lalat di bawah mata kanannya itu.Di bahagian bawah lukisan itu, dia menulis ‘MAMAT PERASAN PALING KEJAM!’

“Puas hati aku!”Liya menutup buku lukisannya dengan hati yang lega.

PERISTIWA semalam menyedarkan Liya kembali.Pantas dia menutup buku lukisannya sebaik sahaja melihat pandangan pelik Zafran.

“Kau melukis ke?”soal Zafran.

“Err..a’ah.Kenapa?”

“Aku nak tengok buku lukisan kau, boleh?”

Liya kaget.Kalau Zafran tengok buku lukisan ni, mesti dia nampak lukisan tu.Dan bila dia nampak lukisan tu, pasti dia cakap yang aku dah terpikat dengan dia dan….habislah aku!

“Nak buat apa?”

“Nak tengoklah…takkan nak buat makan pulak.”

“Err…aku bukan tak nak bagi tapi…tapi….”susah betul untuk menyebutkan ‘tidak boleh.’Liya mengeluh lemah.

“Tapi?”

“Tunggu sekejap…”Liya berpaling membelakangi Zafran.Lukisan Zafran dikoyak dengan berhati-hati.Sekali-sekala dia melihat ke belakang untuk memastikan Zafran tidak mengintai untuk melihat apa yang sedang dilakukannya.

“Apa kau buat tu?”

“Tunggulah kejap.”

Liya menarik nafas lega.Dia tersenyum sebelum berpaling menghadap Zafran.Hilang? Mana mamat perasan pergi?

“Macam mana kau boleh lukis gambar aku ni?”soal Zafran pelik sambil menayangkan lukisan dirinya.

Erk! Sejak bila dia ambik?

“Kau ni stalker?”

Cepat-cepat Liya menggeleng.”Mana adalah!”

“Habis tu, ni apa?”

“Itu…hmm…susah nak terangkan dekat kau.”ucap Liya perlahan-lahan sambil memintal hujung tudungnya.

“Jangan cakap yang kau dah…”sengaja Zafran membiarkan ayatnya tergantung.Dia pasti Liya memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.

“Oh…tolonglah! Tidak sama sekali.”

So?” Zafran menarik kerusi supaya lebih dekat dengan Liya.Serentak, Liya menarik nafas dalam-dalam.Bau minyak wangi Zafran menyebabkan dia tidak selesa.

“Tak ada apalah..”

“Selagi kau tak bagi explanation dekat aku, selagi itu aku akan duduk dekat sini.”ugut Zafran cuba menakutkan Liya.

“Duduklah. Ada aku kisah?”

“Betul ke kau tak kisah?”duga Zafran semakin mendekatkan diri.

“Tak.”

“Betul?”

Kenapa dia semakin dekat ni?!

“Iya!”

“Betul ke?”

“A’ah..”nada suara Liya semakin perlahan.Jantungnya berdegup kencang.Apa ni?

Zafran tergelak kecil sebelum menarik kerusinya menjauhi Liya.

‘Macamlah aku tak tahu kau takut?’bisik hati Zafran.Bibirnya mengukir senyuman.

“ASSALAMUALAIKUM…” Zafran duduk di muka pintu sambil menanggalkan kasut dan stokingnya.

“Mak…”

Senyap.

“Mak…”

“Ya…mak ada kat belakang ni.”Puan Suraya menyahut panggilan anak lelakinya.

Perlahan-lahan Zafran menuju ke belakang rumah.Dia tersenyum apabila melihat ibunya terbongkok-bongkok menanam di belakang rumah.Dia memang tahu minat ibunya yang satu ini.Suka sangat berkebun.Habis halaman rumah mereka dipenuhi oleh pelbagai jenis pokok bunga dan sayur-sayuran.

“Macam mana sekolah hari ni?”tanya Puan Suraya sambil melabuhkan punggung di kerusi santai berhadapan dengan sebuah kolam ikan buatan manusia.Jus oren diminum untuk mengurangkan lelahnya.

“Okey je.”

“Macam mana dengan budak perempuan yang Zaf cerita semalam?”

Sebaik sahaja mendengar soalan ibunya, terus Zafran tersenyum lebar.Peristiwa yang berlaku di sekolah pagi tadi begitu menggelikan hatinya.Sebenarnya, itulah kali pertama dia mengusik pelajar perempuan dengan sengaja duduk begitu hampir dengan dirinya.Entah datang dari mana keberanian untuk mengusik Liya.Dan yang paling dia suka adalah apabila wajah Liya bertukar merah.

“ Dia pun okey.”

“Zaf ada kacau dia tak?”

Kening Zafran bertaut.Kacau?

“Maksud mak?”

“Zaf ada buat dia marah tak?”terang Puan Suraya sambil tersenyum.

Zafran menjungkit kening.Hebat! Macam mana mak boleh tahu yang aku ada buat Liya marah?“

Zafran mengangguk.”Tapi taklah teruk sangat.Kacau macam tu je.Dia tu kecoh sangat.”

Puan Suraya menggamit Zafran supaya duduk di hadapannya.Dia memandang lama wajah anaknya sebelum tersenyum kecil.

“Sejak bila anak mak reti nak kacau anak dara orang ni?”

Zafran tergelak kecil.”Sejak hari ni.”

“Kenapa dia?”soal Puan Suraya.Dia hairan bagaimana anaknya begitu tertarik dengan Liyana Damia? Dan yang paling memelikkan dirinya, kenapa anaknya memberikan peraturan yang pelik kepada Liya? Apakah motif anaknya yang satu ini?

“Kenapa dia?”soal Zafran kembali kurang mengerti soalan ibunya.

“Zaf suka dia ke?”

Hampir sahaja dia terjatuh daripada kerusi yang didudukinya.Wajah Puan Suraya dipandang dengan pandangan kurang percaya.Soalan mak begitu membunuhku? Aku, Zafran Adha sukakan Liyana Damia, si minah kecoh tu? Huh…impossible.

“Impossible.”

“Habis tu, kenapa mak tengok Zaf macam minat je dengan dia? Dan yang memelikkan mak, kenapa Zaf beri peraturan yang pelik dekat dia? Nanti confirm dia ingat Zaf ni perasan.”

“Dia dah memang ingat Zaf ni perasan, mak.”ucap Zafran perlahan.

“Iya?”

“A’ah…She called me ‘mamat perasan’.”jawab Zafran sambil menyebak rambutnya ke belakang.

Puan Suraya ketawa besar.Padanlah kamu berdua.Seorang mamat perasan, seorang lagi minah kecoh.Lepas ni, apa lagi ya?



Photobucket

8 comments:

  1. Moon!!!
    suka2x
    he~~~
    Zafran nie mmg minat dgn Liya ek?
    hahaha
    xD

    ReplyDelete
  2. hhahahaha
    bang kena tembak dengan mak

    ReplyDelete
  3. MaY_LiN ~ Terima kasih :D

    Hana ~ Zafran tak nak mengaku. Dua2 degil..kehkeh.. ;)

    fard_kay ~ Haha.. :D

    ReplyDelete
  4. kwang2.... moon, kira rse mcm dh sesuai je tajuk ni ngn cter ni.. sbb mmg tol kan mereka bertemu cinta masing2? hahahah

    kira suka zafran..! huhuhu

    ReplyDelete
  5. bla nk smbong...?
    citer ni best sgt..kena ngan tajok..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers