Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, September 6, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 7


Bab 7

LISA menilik telefon bimbit pemberian Rafiq sebelum meletakkannya di atas meja kecil.Kejadian sebentar tadi masih lagi berlegar-legar di dalam kepalanya.Berdasarkan perkiraannya hampir 7 tahun dia tidak bertemu dengan Arif.Dia memang berharap untuk bertemu Arif hanya sebagai kawan tetapi lain pula yang terjadi.

Saya rindukan awak.’

Lisa menghela nafas.Dulu dia memang akui, pernahlah juga dia terpikat pada Arif kerana Arif memang seorang lelaki yang baik dan sangat peramah.Hampir semua pelajar sekolah lamanya dulu ingin mendekati Arif lebih daripada seorang teman tetapi hanya dia sahaja yang mendapat perhatian yang lebih daripada Arif.Dia sendiri pun tidak tahu kenapa pada mulanya tetapi akhirnya semuanya terbongkar ketika dia menerima sekeping surat ringkas daripada Arif.Isi kandungannya sedikit tetapi mampu membuai hati remajanya ketika itu.Lisa bangkit dari pembaringannya sebelum mencapai beg lusuhnya di bawah katil.Sekeping sampul surat yang masih lagi elok terjaga dikeluarkan lalu isinya diambil.

Assalamualaikum Lisa,

First of all, saya nak minta maaf sangat-sangat pada awak.Saya harap awak tak terkejut dengan kehadiran surat saya ini.But please, lepas awak baca surat ni…saya nak awak balas tau.I just want the answer, that’s all.

A man reserves his true and deepest love not for the species of woman in whose company he finds himself electrified and enkindled, but for that one in whose company he may feel tenderly drowsy. .

Lisa, you do make me feel tenderly drowsy. I…love…you ;)

Arif Danish bin Kamarul

Lisa meletakkan kembali surat itu ke dalam sampul surat.Dia masih ingat lagi selepas dia membaca surat itu pada mulanya dia ingin membalasnya tetapi apabila memikirkan perbezaan yang amat ketara antara mereka, dia membatalkan niatnya itu.Malah, bukannya dia tidak tahu yang ibu Arif tidak menyukai persahabatan mereka berdua.Dan mungkin juga sudah takdir, Lisa dan sekeluarganya berpindah ke kampung lain tidak lama selepas itu.

“Lisa…boleh Mak Kiah masuk?”ketukan lembut di pintu menyedarkan Lisa daripada lamunan panjangnya.

“Masuklah Mak Kiah.”

“Kenapa duduk je dalam bilik ni? Selalunya Lisa sembang-sembang dulu dengan kami kat bawah.Lisa letih ya?”tanya Mak Kiah prihatin.Rambut panjang Lisa diusap lembut.Kasih dan sayangnya sudah tertumpah ke atas gadis comel ini.Pada Lisalah tempat dia mencurahkan kasih sayang seorang ibu sejak anak-anaknya meninggalkan dirinya terkontang-kanting seorang diri.

“Letih sikit aje, Mak Kiah.”

“Kalau letih, tidurlah.Jangan berjaga lama-lama.”

Lisa tersenyum kecil.”Baiklah Mak Kiah.Lisa pun dah nak tidur ni.”

“Esok temankan Mak Kiah ke pasar, boleh?”

“Boleh..Pukul berapa?”

“Pukul 8.00 pagi.”Mak Kiah sudah berdiri berdekatan dengan pintu bilik Lisa.

“Selamat malam.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam Mak Kiah.”

Lisa merebahkan tubuhnya di atas katil selepas Mak Kiah menutup rapat pintu biliknya.Dahi dipicit lembut.Perlahan-lahan dia menutup rapat matanya dengan harapan hari esok lebih baik dari hari ini.Insya-Allah…

LOKMAN DAN MIRA berdiri di luar bilik Harith sambil memandang abang angkat mereka yang sedang menaip di laptopnya.Hendak masuk bimbang akan mengganggu pekerjaan Harith.Akhirnya mereka duduk bersila di luar bilik Harith sambil menongkat dagu.

“Kenapa duduk luar? Marilah masuk.”Harith bangun lantas menghampiri Mira dan Lokman.

“Tak apalah.Kami tak nak ganggu abang.”balas Lokman tersenyum.

Harith mengusap kepala Lokman.”Kak Hani mana?”

“Kak Hani tengah study.”

Harith melihat jam di dinding.”Dah lewat ni.Pergilah tidur dulu.Kata esok nak teman mama dengan abang pergi pasar minggu.”

Lokman dan Mira masing-masing menyalami tangan Harith sebelum melangkah ke bilik tidur mereka.Sempat lagi mereka melambai Harith sebelum menutup pintu bilik.

Harith tersenyum.Semenjak Lokman dan Mira hadir di dalam kehidupan mereka sekeluarga, ternyata lebih berseri rumah banglo ini.Gelak tawa mereka sering menceriakan semua penghuni rumah ini.Papa yang sentiasa sibuk dengan urusan pejabat pun dah banyak kali balik awal semata-mata kerana ingin bermain-main dengan Lokman dan Mira.

“Kamu menungkan apa tu, Iz?”tegur Puan Izzah sebaik sahaja melihat Harith hanya berdiri di muka pintu sambil tersenyum seorang diri.

“Tak ada apa ma.Cuma Iz rasa happy tengok family kita sekarang.Papa pun dah tak balik lewat.Suka betul main dengan Lokman dan Mira.”

Puan Izzah tersenyum sambil menepuk bahu anak terunanya itu.”Papa tu dah tak sabar nak ada cucu sendiri.Bilanya kamu nak kahwin dengan Farisya?”

Harith terdiam.Bukannya dia tidak mahu mendirikan rumah tangga bersama-sama Farisya tetapi entahlah.Macam ada sesuatu yang menghalang niatnya itu.

“Nantilah Iz fikirkan ya, mak.”

“Harith gaduh dengan Risya ke?”

Cepat-cepat Harith menggeleng.”Mana adalah ma.”

“Habis tu, kenapa pulak nak fikir dulu? Kamu tu dah 30 tahun.Farisya pun bukannya makin muda.”

“Iz tahu ma tapi…”

“Kalau dah sayang, jangan tangguhkan lagi.Mama tak nak dah kamu bawa Risya tu ke sana kemari tapi tak kahwin-kahwin.Tak elok…”

Harith menghela nafas.Dia tahu dia berdosa membawa anak dara orang ke sana kemari terutama sekali ketika Farisya mengajaknya ke disko.Tapi dia sering kali tewas dengan pujukan Farisya.

“Insya-Allah ma, nanti Iz bincang dengan Farisya.”

“Baguslah…oklah, mama nak tidur dulu.Kamu pun janganlah tidur lewat sangat.Esok kata nak teman pergi pasar.”

“Iz pun dah nak tidur ni.Assalamualaikum ma.”

“Waalaikumussalam.”

Harith menutup pintu biliknya.Dia menyandarkan tubuhnya di balik pintu.Kahwin? Huh…

ARIF DANISH tenang memandu keretanya sambil mengekori kereta yang dinaiki oleh Lisa bersama-sama seorang lelaki dan seorang wanita yang agak berusia.Dia ingin mengenali siapa lelaki yang sentiasa berada di sisi Lisa.Terdetik cemburu di hatinya melihat kemesraan mereka berdua semalam.

Siapa dia Lisa? keluhnya di dalam hati.

“Mak Kiah nak beli apa?”tanya Rafiq.Dia mengerling Lisa yang berjalan di sebelahnya.Sejak dari tadi, Lisa langsung tidak bersuara dan dia lebih banyak mengelamun.

“Lisa, awak okey tak?”tanya Rafiq setelah dia tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.Perangai Lisa yang pelik menyebabkan dirinya tidak selesa.Dia tidak suka melihat gadis kesayangannya itu bermuram durja.

“Okey je.Kenapa?” Lisa cuba mengukir senyuman.

“Saya tengok awak asyik berangan je.Ada apa-apa yang menganggu awak ke?”

Lisa menggeleng.”Tak ada apa.”

“Kalau ada apa-apa, bagitahu saya ya.”

“Ya. Awak, saya nak pergi jalan dekat bahagian sana kejap.Awak tolong Mak Kiah ya.” Lisa melangkah pergi tanpa menunggu balasan daripada Rafiq.Sebentar tadi, dia dapat melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya.Apa yang dia buat di sini?

Lisa melangkah laju menghampiri seorang lelaki yang memakai t-shirt berwarna biru lembut dan berseluar jeans hitam.Arif hanya tersenyum memandang Lisa.

“Awak buat apa dekat sini?”

“Saya datang jumpa awak.”jawab Arif sambil tersenyum.

“Buat apa?”

“Saya nak tahu hubungan awak dengan lelaki yang selalu bersama dengan awak tu.”balas Arif.Cermin mata hitam yang dipakainya ditanggalkan.

“Maksud awak Rafiq?”

I don’t know his name.”

“Dia Rafiq dan dia cuma kawan saya je.”jawab Lisa tenang sambil berpeluk tubuh.

“Jadi saya masih ada peluang?”tanya Arif lagi dengan nada sedikit berharap.

“Peluang apa?”tanya Lisa kurang mengerti.

“Peluang untuk mendapatkan cinta awak.”

“Hah!”ucap Lisa sedikit kuat.Dia terkejut mendengar kata-kata Arif.Kata-kata yang tidak ingin dia dengari daripada Arif.

Cepat-cepat Lisa meninggalkan Arif.Dia malas dan tidak ingin sama sekali untuk menjawab soalan itu.Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Arif membuatkan dirinya terdorong ke belakang.

“Apa ni Arif!”bentak Lisa geram.Ikutkan hati ingin sahaja dia menampar pipi Arif.Dia merentap tangannya kuat daripada pegangan Arif.

“Sorry.Saya tak sengaja.”

Lisa mendengus sebelum kembali berjalan pergi.Tidak betah dia berlama-lamaan di situ.Tangan yang sakit diurut lembut.Arif di belakang masih lagi mengekorinya.Lisa mempercepatkan langkahnya sehinggalah dia terlanggar seseorang di hadapannya.

“Jalan tu elok-eloklah sikit!”Harith berpaling memandang orang yang melanggarnya.Dahlah ibunya menghilang bersama-sama Mira, Lokman dan Hani. Lepas itu kena langgar lagi.Haih..

“Kau!”Harith ternyata terkejut melihat Lisa.

Lisa hanya menundukkan kepala.Dia pasti akan dimarahi oleh Harith sekali lagi.

“Lisa!”sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh Arif sepantas kilat dia berdiri lebih dekat dengan Harith.Ini sahaja pilihan yang dia ada.

“Kenapa berdiri dekat dengan aku ni?”tanya Harith bingung.Wajah Lisa dipandang pelik.

“Encik, saya tahu saya tak layak untuk meminta pertolongan daripada encik tapi tolonglah…tolong saya untuk kali ini.”pinta Lisa bersungguh-sungguh.

“Tolong apa?”

Belum sempat Lisa menjawab pertanyaan Harith, Arif sudah berdiri di hadapan mereka berdua.

“Siapa ni, Lisa?”

“Ini….”Lisa teragak-agak.

“Teman lelaki dia.”celah Harith tenang.Lisa tergamam apabila Harith menarik lengan baju Lisa supaya berdiri lebih dekat dengan dirinya.

“Teman lelaki dia?”

Yes.

Arif memandang Lisa meminta kepastian.”Betul ke?”

“A’ah.Memang betul.”balas Lisa sambil mengenggam kuat kedua-dua belah tangannya.Haruman minyak wangi Harith membuatkan dirinya tidak keruan.

“Patutlah awak tak nak terima saya.”

“Maaf.”hanya itu yang mampu diluahkan oleh Lisa.Wajah Harith dikerling sekilas.Dia hairan kenapa lelaki di sebelahnya ini sanggup menyamar menjadi teman lelaki dia?

“Bukan salah awak. Saya yang terlambat…”perlahan Arif bersuara.Dia menghulurkan tangan kepada Harith.

“Jaga Lisa elok-elok.”itu sahaja pesanan Arif sebelum berlalu pergi.Hatinya yang remuk-rendam mungkin mengambil masa untuk diubati. Tapi tidak mengapa, dia hanya ingin supaya Lisa berbahagia.

“Dah…”tiba-tiba sahaja Harith bersuara.

“Terima kasih, Encik Harith.”

“Hmmm…okey.Aku pergi dulu.”ucap Harith sebelum meninggalkan Lisa bersendirian di belakang.Harith menyebak rambutnya ke belakang.Dia pelik.Pelik dengan dirinya sendiri.Mengapa dia sanggup menolong Lisa? Dia boleh membiarkan Lisa sendirian tetapi entah kenapa hatinya menidakkan pula.

Kenapalah agaknya dengan aku ni? gumamnya perlahan.



Photobucket

4 comments:

  1. hoho ;)
    sbnarnya, hana suka rafiq lg drpd harith..
    tp xplah...
    hehe
    sweet je ;)

    ReplyDelete
  2. sy suka harith...
    bila la harith nk sedar dia dh tertarik kt lisa ni :)
    tp rafiq pun okey...
    hurmmm, siapakah pilihan lisa ek?

    ReplyDelete
  3. suka rafiq!! Hehe
    tp haridth un ske gk..
    Ske dua2!! XD

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...