Friday, August 13, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 6


Bab 6

“ARGHH!”Farisya memandang bajunya yang basah.Dia merenung tajam dua orang kanak-kanak yang sedang bermain air di situ.Mira mengenggam tangan Lokman seraya menarik tangan adiknya untuk mendekati Harith.

“Who are they?”tanya Farisya sambil menunjuk ke arah Mira dan Lokman.Harith hanya tersenyum sambil memeluk bahu Lokman dan Mira di kiri dan kanannya.

“Adik I.”jawab Harith selamba.Sedaya upaya dia cuba menahan rasa geli hati melihat Farisya.Habis rambut dan make-upnya rosak.Harith menghulurkan tuala kecil kepada Farisya untuk mengelap rambutnya.

Since when you ada tiga orang adik? Bukan ke Hani je adik you?”

Since two days ago.

You ambil diorang ni dari mana?”tanya Farisya lagi sambil memeluk tubuh.

I jumpa dekat pantai.Kenalkan ini Mira dan yang kecil ini Lokman.Pergi salam kakak.”Harith menyuruh Mira dan Lokman untuk mendekati Farisya.Mereka kelihatan teragak-agak apabila melihat pandangan tajam Farisya yang seolah-olah ingin menerkam mereka.

Perlahan-lahan Farisya menghampiri Harith lalu memegang lengan teman lelakinya itu sambil tersenyum.”Jom keluar.I bosanlah.”

Harith memandang Farisya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mira dan Lokman.Dia sebenarnya sudah berjanji untuk membawa mereka ke zoo memandangkan hari ini dia cuti.Hani juga sudah berjanji untuk turut serta.Tak sanggup pula untuk dia memungkiri janji yang telah dibuat.

“Err…sorry Risya.I tak boleh temankan you hari ni sebab I dah janji dengan adik-adik I nak bawa diorang pergi zoo.”

Muka Farisya terus mencuka.Bibirnya dimuncungkan tanda protes.Jarang sekali Harith tidak menuruti permintaannya tetapi sekarang sanggup Harith mengenepikan dia semata-mata untuk membawa adik-adiknya itu ke zoo.

Fine then! You memang dah tak sayangkan I lagi.”marah Farisya sebelum berlalu pergi.Harith hanya mengangkat bahu sebelum ketawa bersama-sama Mira dan Lokman.

“Jom bersiap.Kita pergi zoo.”kata-kata Harith disambut dengan jeritan gembira oleh Mira dan Lokman.

LISA FARIHAH mengurut kepalanya di balik tudung.Sekali-sekala terdengar keluhan yang terbit dari bibir merah itu.Kolam ikan buatan manusia dihadapannya dipandang kosong.Dia merasa cukup bosan.Puan Zulaikha tiada di rumah kerana pergi ke rumah kawannya.Mak Kiah pula sedang berehat di rumahnya selepas makan tengah hari dan Rafiq pula telah pergi ke pejabatnya untuk menyelesaikan beberapa perkara walaupun hari minggu macam ini.

“Nak buat apa ya?”tanyanya lebih ditujukan kepada dirinya.

“Nak keluarlah…”putus Lisa akhirnya sebelum mendapatkan Mak Kiah di biliknya.

“Mak Kiah, Lisa nak keluar boleh?”Mak Kiah yang sedang membaca surat khabar memandang Lisa dengan pelik.

“Nak keluar ke mana?”

“Jalan-jalan je.Lisa bosan duduk dalam rumah.”

“Nak Mak Kiah temankan ke?”

“Tak apa.Kesian Mak Kiah nak rehat.”jawab Lisa sambil tersenyum.

“Tak apa ke Lisa sorang-sorang?”

“Tak apa.”

“Jaga diri baik-baik.Bawak handphone tu.Senang kalau nak telefon nanti.”

Lisa mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik Mak Kiah.Dia kemudiannya naik ke tingkat atas untuk menyalin pakaian sebelum melangkah keluar dari rumah Puan Zulaikha dengan hati yang riang.

Tempat pertama yang ditujunya adalah Taman Tasik Titiwangsa yang terletak tidak jauh dari rumah Puan Zulaikha.Perlahan-lahan dia mula berjalan mengelilingi taman itu sebelum melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang disediakan untuk pengunjung.Nafas ditarik sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.Sesekali dia melihat ke kiri dan kanan untuk melihat telatah orang-orang di situ.Ada yang berdua-duaan dan ada yang datang bersama-sama keluarga.Dia memandang ke belakang pula.Di sebuah kerusi yang tidak begitu jauh dari tempat duduknya, terdapat seorang lelaki yang sedang khusyuk membaca buku.Lisa ralit memandang lelaki itu dan terkejut apabila lelaki itu mengangkat muka dan memandang ke arahnya.Jantungnya hampir berhenti berdegup akibat terlalu kaget.Lelaki itu!

“Buat apa kat sini?”tanya lelaki itu sambil membetulkan juntaian rambut di dahi.

“Err…ambil angin je.Awak?”

“Saya pun.Nak relakskan minda selepas exam.Awak belajar dekat mana sekarang?”tanya lelaki itu lagi.

“Tak belajar dah.”

Lelaki itu hanya mengangguk.Liya pelik.Kenapa dia mengangguk sahaja? Tidakkah dia pelik dengan jawapan aku? Ataupun adakah dia sudah mengetahui segalanya mengenai aku?

“Lisa…”

“Err…ya?”

“Saya tahu saya bukan sesiapa bagi awak tapi if you need any help, just call me, okay?”kata lelaki itu sambil memandang ke arah Lisa dengan mata coklatnya itu.

“Insya-Allah Arif.”

“Saya rindukan awak.”

Erk! Lisa tergamam.Dia memandang Arif Danish yang sedang memandang ke arah tasik.Dulu, memang dia akui sewaktu dia masih bersekolah, Arif memang merupakan lelaki idaman dia.Sikap Arif yang baik, peramah dan menghormati dirinya sering membuatkan dia terbuai-buai.Tetapi itu dulu bukan sekarang.Sekarang ini hatinya masih belum diisi oleh sesiapa pun.Masih kosong dan dia lebih suka begitu.

“Saya….”

“Tak apa.Saya tahu awak tak rindukan saya.I’m fine with that.”celah Arif terlebih dahulu seolah-olah mengetahui perasaan Lisa yang bergolak.

“Err…saya tak tahu nak cakap apa.”Lisa menundukkan kepala.

“Biar saya hantar awak balik, boleh?”

“Eh, tak apalah.Rumah saya pun bukan jauh sangat.”

“Please..biar saya hantarkan awak ya.Lepas ni, mungkin kita tak akan berjumpa lagi.”

Lisa terdiam seketika.Dia melirik jam di tangan.”Okeylah.”

“Thanks sebab sudi.Jomlah…”Arif berdiri terlebih dahulu sebelum berjalan seiring dengan Lisa menuju ke keretanya.

IKHMAL RAFIQ mundar-mandir di luar rumahnya.Resah sungguh hatinya apabila sebaik sahaja dia pulang dari kerja, Lisa tiada di rumah.Menurut Mak Kiah, Lisa pergi mengambil angin tetapi ke mana? Dia risau memikirkan keselamatan Lisa walapun dia tahu Lisa dah besar panjang dan mampu menjaga dirinya sendiri tetapi dia masih juga risau.Risau jika wanita idamannya itu diapa-apakan.Kemudian, dia menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbitnya.Nombor telefon Lisa didail tetapi malangnya langsung tidak diangkat.Ke manalah agaknya Lisa? Rafiq mengeluh untuk kesekian kalinya.

“Kenapa awak nak saya berhenti dekat sini?”soal Arif bingung.Gadis di sebelahnya dipandang dengan dahi yang berkerut.

“Err…saya nak jalan kaki sikit.”jawab Lisa cuba menahan kegugupannya.Sesekali dia memandang ke arah pintu pagar untuk memastikan Rafiq tidak berada di situ.Dia tidak mahu Rafiq melihat dia menaiki kereta Arif kerana dia malas untuk bersoal jawab mengenai hubungannya dengan Arif.Biarlah hanya menjadi rahsia dan kenangan.

“Awak tinggal dengan siapa dalam rumah besar tu?”

Lisa diam.Dia memikirkan sama ada ingin menjawab atau tidak pertanyaan Arif itu.

“Dengan keluarga angkat saya.”jawab Lisa ringkas akhirnya.”I really need to go now.Terima kasih sebab sudi hantar saya.Assalamualaikum.”ujar Lisa sebelum membuka pintu kereta dan berlari anak menuju ke rumah Puan Zulaikha tanpa berpaling lagi untuk memandang kereta Arif yang sudah meluncur pergi dari situ.

Lisa tergamam ketika melihat Rafiq yang sedang mundar-mandir di luar rumah.Air liur yang ditelan terasa kesat.Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke arah Rafiq sambil mencuba untuk mengukir senyuman.

“Kenapa duduk kat sini sorang-sorang?”tanya Lisa.

Rafiq berpaling memandang Lisa.Pantas bibirnya mengukir senyuman lega sebaik sahaja melihat Lisa sudah tercegat berdiri di hadapannya.

“Awak pergi mana Lisa? Saya call awak tak angkat.Saya risau tahu tak?”

“Saya jalan-jalan kat tasik je.Bosan duduk dalam rumah.Pasal tak angkat call tu pula, bateri phone dah habis.Terlupa nak charge.Sorry ya.”kata Lisa sambil menepuk kedua-dua belah tangannya.

Rafiq tersenyum lagi.”Tak apa.Tapi lain kali jangan buat dah.Saya risau kalau ada apa-apa terjadi dekat awak.”

“Insya-Allah.Awak janganlah bimbang sangat ya.Saya masuk dalam dulu.”

Rafiq hanya memerhatikan Lisa masuk ke dalam rumah.Dia menghela nafas sambil mengigit bibir bawah.

“Macam mana saya tak risau, Lisa? Awak kan cinta hati saya.”ucap Rafiq perlahan sambil menyebak rambutnya ke belakang.Tidak lama selepas itu, dia turut masuk ke dalam rumah.

Manakala Arif yang sedang bersembunyi di balik dinding memandang dengan pelik.Dia sengaja berpatah balik ke rumah Lisa kerana ingin mengetahui apa yang menyebabkan Lisa menahan dirinya daripada menghantarnya hingga ke pintu pagar.Siapa lelaki itu dan apakah hubungannya dengan Lisa? Adakah dia itu teman lelaki Lisa? Adakah ini bermakna dia sudah tidak berpeluang untuk merebut hati Lisa? Arif mengeluh perlahan.Dia harus mendapatkan jawapan daripada Lisa.Harus!

p/s: Moon ingin memohon maaf kalau entry kali ni tak best.Insya-Allah Moon akan perbaiki lagi selepas ni. :)

Photobucket

5 comments:

  1. nak lg...smbg cepat2 ye...!!!
    nak ada ceta lisa gan harith,
    makin seronok je...

    ReplyDelete
  2. suka dgn rafiq, baik sgt2222x ;)
    ntah nape trbayang2 sung min plak as rafiq :)

    ReplyDelete
  3. Hani~ Lambat lg cite Lisa dgn Harith :)

    Hana~Yep..dia mmg baik

    MaY_LiN~ kenapa?

    fard_kay~ Ye Rafiq..jgn baik sgt. :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers