Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Saturday, August 7, 2010

Bertemu Cintaku Part 1


Bab 1 : ( Perkenalan Kami )

Liyana Damia

-“First time jumpa lelaki yang terlampau perasan macam dia tu.”-

Liyana tercegat berdiri di hadapan pintu pagar sekolah.Lama dia memerhatikan pintu pagar itu dengan perasaan yang berbaur.Kadang-kadang rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih, kadang-kadang gemuruh dan kadang-kadang macam tak ada perasaan.Entahlah dia pun sendiri bingung.Ikutkan hati sebenarnya tidak ada niat sedikit pun di hati dia untuk berpindah ke sekolah baru tetapi disebabkan oleh kerana ayah terpaksa bertukar ke negeri lain dia terpaksa mengikut sahaja.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah.

“Kak Liya! Kak Liya!”

Liya tercengang.Seorang budak perempuan yang memakai uniform sekolah berwarna kuning lembut sedang menghampirinya sambil tersenyum.

“Saya Qila.Akak ni Kak Liya kan?”

“A’ah.Kenapa adik panggil akak?”

“PK HEM suruh saya jumpa akak.Kan akak budak baru jadi saya yang akan menjadi pembantu akak hari ni.”balas Qila sambil tersenyum.

Liya tercengang.Pembantu? Sekolah apakah ini? Inilah kali pertama dia pergi ke sebuah sekolah di mana pelajar baru akan mendapat seorang pembantu untuk menolongnya.Tiba-tiba dia merasakan dirinya umpama seorang puteri yang dikelilingi oleh dayang-dayang.Liya tersengih seorang diri.

“Akak…”Qila menggerakkan tangannya di hadapan muka Liya.

“Tak menyusahkan ke?”

“Taklah kak.Qila suka tolong akak.”

“Oklah…tapi Qila hanya perlu bantu akak dalam masa satu minggu.Lepas ni, akak dah tak perlukan pembantu.”kata Liya dengan suara yang sedikit tegas.

“Beres kak! No problem!”jawab Qila sambil tersenyum.

Liya berjalan perlahan-lahan menghampiri kelasnya.Sebaik sahaja selesai urusan di pejabat, Qila dengan sukarelanya ingin menemaninya ke kelas 5 Sains 1.Alasannya mudah sahaja.”Kan akak dah bersetuju nak biarkan saya tolong akak.Jadi ini kiranya saya menolong akaklah.” Dan seperti tadi, dia hanya mampu mengiyakan sahaja.

Buk!

“Aduh!Sakit-sakit!”Liya mengurut hidungnya yang terasa sengal.Sakit!

“Akak! Ya Allah, kak! Macam mana boleh langgar dinding tu?”Qila berlari anak mendapatkan Liya yang terduduk sambil mengurut hidungnya.Liya hanya mampu tersengih.

“Tak nampak dinding ni tadi.Akak memang macam ni.Cuai…”perlahan-lahan Liya bangkit sebelum kembali menyandang beg sekolahnya.Qila hanya menggeleng kepala sebelum menarik tangan Liya untuk mengikutnya.

“Ni kelas akak.Good luck!”ucap Qila sambil tersenyum sebelum berlalu pergi ke kelasnya.Liya menarik nafasnya dalam-dalam selepas Qila hilang dari pandangan matanya.

“Relaks Liya…Relaks…”

“Excuse me.”suara garau di belakang mengejutkan Liya yang sedang sibuk menenangkan dirinya yang sedang gemuruh.

“Kau nak diri dekat sini macam tiang bendera sampai balik nanti ataupun kau nak masuk sekarang?”soal lelaki itu dengan muka yang serius.Dia langsung tidak tersenyum sebaliknya memandang Liya dengan tajam.

“Nak….nak…masuk.”jawab Liya tergagap-gagap.’Masamnya muka!’

“Assalamualaikum cikgu.”kata lelaki itu sambil mengetuk pintu kelas.Serentak semua pelajar berpaling ke arah mereka berdua.Liya dah mula berasa cemas.Langkah yang diatur terasa sedikit kaku.

“Siapa yang berdiri di belakang kamu tu, Zafran?”tanya Puan Suhaily sambil memandang Liya yang seperti bersembunyi di sebalik tubuh Zafran yang tinggi lampai.

“Saya tak tahu, cikgu.Mungkin dia pelajar baru.Dari tadi saya tengok dia berdiri je kat luar kelas.”balas Zafran sebelum meminta izin ke tempat duduknya.

“New student?”tanya Puan Suhaily.Dia tersenyum mesra.

Perlahan-lahan Liya mengangguk sebelum membalas senyuman guru di hadapannya ini.Matanya melirik ke arah tag nama guru berkenaan yang tertera nama Suhaily.

“Nama apa?”

“Nama saya Liyana Damia.Panggil Liya.”jawab Liya sebaik mungkin.Tiba-tiba sahaja dia berasa kurang selesa apabila hampir semua pelajar di dalam kelas itu ralit memandang ke arahnya kecuali seorang.Siapa lagi kalau bukan lelaki yang bernama Zafran itu.Hanya dia sahaja yang sibuk menulis.

“Baiklah Liya.Kamu boleh duduk..hmm..di mana ya?”mata Puan Suhaily meliar-liar untuk mencari tempat duduk yang kosong.”Hah! tepi Zafran tu kosong.Kamu duduk situ ya.”

Liya memandang ke arah tempat kosong yang ditunjukkan oleh Puan Suhaily.Terasa nafasnya seperti tersekat apabila melihat pandangan tajam Zafran yang seperti mengatakan bahawa dirinya tidak akan bakal tenang jika duduk di sebelahnya.

“Pergilah duduk.Jangan malu-malu.Kalau kamu ada masalah, bagitahu aje dengan Zafran.Dia ketua pengawas sekolah ni.”kata Puan Suhaily lagi.

Perlahan-lahan Liya melangkah menuju ke tempatnya.Jantung yang berdegup kencang tidak dihiraukan.Pandangan mata-mata pelajar di dalam kelas itu juga dia cuba endahkan.Pesanan emaknya diterapkan di dalam hati dan juga di dalam mindanya.

“Kita datang sekolah nak cari ilmu.Perbetulkan niat dan insya-Allah, kita akan berjaya.”

Liya tersenyum setiap kali teringat akan pesanan emaknya itu.Sebaik sahaja beg diletakkan di atas kerusi, terus sahaja dia mengeluarkan buku latihan Matematiknya.Semangatnya untuk belajar semakin berkobar-kobar.

“Baiklah..masa cikgu pun dah habis.Bangun semua.”ujar Puan Suhaily sebelum menutup buku teks.

Mata Liya membulat.Lah! Masa dah habis rupanya.


“NAH!”Zafran meletakkan tiga helai lencana kain di atas meja Liya semasa waktu rehat.Liya memandang lelaki di hadapannya ini dengan riak wajah yang pelik.

“Untuk apa?”

“Untuk kau pakailah.”

“Err..thanks.”ucap Liya perlahan sebelum mengambil lencana-lencana itu dan terus dimasukkan ke dalam beg sekolah.Orang dah bagi free buat apa kita menolak.Dia ketawa kecil.

“Lagi satu, lain kali jangan pakai pin tudung.Peraturan sekolah tak membenarkan pelajar perempuan untuk memakai pin tudung yang fancy.”ucap Zafran tanpa memandang wajah Liya.Tangannya lincah menulis sesuatu di kertas kajang.

“Okey.”jawab Liya ringkas.

And one more thing, cuba keep up.Jangan slow sangat.”

Liya tercengang.Slow? Maksud dia apa? Sejak bila aku slow?

“Maksud kau?”

“Kami kat sini belajar laju.Sebab kami nak cepat habiskan syllabus.Bila syllabus dah habis, bolehlah kami buat ulang kaji.”jawab Zafran sebelum menghulurkan kertas yang ditulisnya tadi kepada Liya.

"Ambil kertas ni."

“Kertas apa ni?”

“Apa kata kau baca dulu sebelum tanya apa-apa.”kata Zafran mendatar sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Liya mencebik bibir.Hodoh sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak tengok.Sombong! Dia menatap kertas kajang di hadapannya.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

Terbuntang luas mata Liya ketika baru membaca tajuknya dulu.Belum lagi tengok isi kandungannya lagi.Kalau dah tengok mesti tersembur terus biji mata aku ni.Peraturan ketika duduk di sebelah aku! Ceh, macamlah dia tu Menteri Besar!.bebel Liya meluat.

1. Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!

2. Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.

3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!

4. Jangan mengelamun!

5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!

6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.

7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

Liya mencebik.Suara aku sedaplah! Kalau aku nyanyi confirm kau terus tidurlah.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.

9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.

10. .Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!

Liya yang ketika itu sedang meneguk air botol tersedak sehingga tersembur keluar air dari dalam mulutnya.Nasib baik dia sempat mengalihkan mukanya ke luar tingkap.Pantas wajah lelaki di sebelahnya ini dipandang.Giginya diketap tanda geram.Wajah lelaki itu yang selamba menyakitkan hati Liya.Zafran budak perasan! Boleh blah! Lagipun apa yang istimewa sangat pasal dia sehingga mampu membuatkan aku yang memang hati batu ni terpikat dengannya.Macamlah aku hingin sangat nak duduk tepi dia.Kalau cikgu tak suruh, confirm aku takkan duduk sini.Kenapalah aku kena duduk di sebelah budak yang terlampau perasan! Liya menepuk dahinya.

“Zafran, aku dengan senangnya menerima setiap peraturan kau dengan hati yang terbuka especially yang nombor sepuluh tu.Sebab aku tahu yang itu mungkin mustahil untuk berlaku! Dan lagi satu, ada satu perkara yang aku tak boleh ubah iaitu aku ni seorang yang cuai sikit dan agak kelam-kabut.Jadi, mungkin kau akan tension jugak tapi jangan bimbang, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak menganggu kau!”ucap Liya geram sebelum menyimpan kembali kertas tersebut ke dalam begnya.

“Kenapa kau simpan kertas aku tu?”

“Aku nak simpan sebagai peringatan.”balas Liya selamba sebelum mengeluarkan buku lukisannya.Sebenarnya itu bukan alasannya untuk dia menyimpan kertas Zafran tetapi dia sebenarnya suka melihat tulisan Zafran yang kemas dan tersusun.

Tak sangka lelaki perasan macam Zafran boleh mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik.Mengalahkan aku yang perempuan ni tapi mustahil untuk aku memuji dia terang-terangan.Mesti bertambah perasan dia nanti.desis Liya di dalam hatinya sahaja.

“Kalau nak kutuk aku, jangan kutuk dalam hati…Berdosa.”sekali lagi suara dingin itu berkata-kata.Liya hanya mampu mengenggam pensel sekuat mungkin.Ikutkan hati ingin sahaja dia cili-cilikan mulut Zafran tu.Biar lagi merah! Sakit jiwa! Sakit jiwa!

“Tak ada masalah aku nak kutuk kau.Banyak lagi kerja yang boleh aku buat.Perasan!”balas Liya dingin.Zafran hanya mengangkat bahu sebelum kembali menulis.Entah apa yang ditulisnya pun Liya tidak tahu.Semenjak dia masuk ke kelas, tak habis-habis Zafran menulis.Tak letih ke?

“Ni senarai buku yang kau kena ada.”ujar Zafran tiba-tiba sebelum meletakkan sehelai kertas kajang lagi di atas meja Liya sebelum melangkah ke tempat duduk kawannya.Liya memandang kertas itu sebelum membacanya perlahan.

“Kenapa aku rasa dia ni macam penjaga aku je?”ucap Liya perlahan sambil memandang Zafran yang sedang berbual-bual dengan rakannya.

‘Dan yang paling penting, jangan sesekali terpikat dengan aku.’

Liya menggelengkan kepalanya laju-laju.”Tak akan terpikatnya!”



Photobucket

4 comments:

  1. kwang22!! ahahah! best la moon, kelakar je... ahahah!

    smbglah lg...

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..peraturan yg ke-10 best..
    kekekeke

    ReplyDelete
  3. OMG!! I lyk dis kinda story. So sweet. Nice idea writer... i'll cont reading. Hehe.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...