Tuesday, July 27, 2010

One Love Part 25

I love you not because of anything you have, but because of something that I feel when I'm near you.

Rafiq memandang adiknya yang sedang tidur di luar wad Hilman.Semalaman Rania menemani Hilman sebaik sahaja Hilman keluar dari bilik pembedahan.Perlahan-lahan dia mengangkat kepala adiknya itu lalu diletakkan di atas ribanya.Radi pula mengambil tempat di kaki Rania dan meletakkan kaki Rania di atas ribanya.Wajah Rania yang tidak bermaya diperhatikan dengan penuh kasih.

"Nia kuat kan?"kata Radi sambil memandang Rafiq.

"Kuat sangat."balas Rafiq tersenyum kecil.

"Di tak tahan tengok dia macam ni, long.Kasihan..."

"Along pun tak tahan."

"What should we do?"

"Kena tunggu sampai Man sedar."jawab Rafiq dengan suara yang mendatar.

"Hmmm..."

"Assalamualaikum."satu suara memecahkan lamunan Rafiq dan Radi.

"waalaikumussalam."jawab mereka serentak sebelum memandang ke arah yang sama.

Kelihatan Syahmi sedang berdiri di samping Sofi sambil tersenyum.Rafiq hanya memandang sebelum meletakkan kepala Rania kembali ke atas kerusi.

"Apa kau nak?"tanya Rafiq dingin.

"Aku baru dengar pasal Hilman.Is he okay?"Syahmi memandang ke arah Rania dan Radi.Radi hanya membalas pandangan Syahmi dengan tajam sebelum memandang ke arah lain.Meluat melihat Syahmi berada di situ.

"Bukan kau suka ke?"kata Radi sama dinginnya dengan Rafiq.

"Aku pun sedih."balas Syahmi sambil menundukkan kepala.Sofi hanya mendiamkan diri.Dia memandang ke arah Rania yang masih lagi tidur.Bunyi bising di sekelilingnya kelihatan tidak langsung menganggu lenanya.

"Aku tak percaya."

"It's up to you, Fiq.Aku cakap perkara yang betul je."

Tanpa membalas kata-kata Syahmi, Rafiq berlalu kembali ke kerusi dan kembali meletakkan kepala Rania di atas ribanya.Malas untuk terus berbicara dengan Syahmi.Pandai-pandailah Syahmi membawa diri.

Syahmi hanya memerhatikan Rafiq sebelum menarik tangan Sofi ke kerusi yang bertentangan.Sofi hanya menurut tanpa bersuara sedikit pun.

"Abang..nak buat apa lagi sekarang?"bisik Sofi perlahan.

"Kita tunggu sampai Man sedar."

"What is your plan actually?"

"Nantilah abang cerita.Sekarang ni kita tunggu je."

Sofi memandang Syahmi seketika sebelum mengeluh lemah.Dia yakin apa-apa sahaja yang sedang difikirkan oleh Syahmi pasti akan mengundang kesedihan terhadap Rania dan Hilman.Dia yakin!

~~~

"Nia..bangun..Man dah sedar."mata Rania bergerak-gerak.Dia cuba mencerna apa yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi.

"Siapa yang dah sedar?"tanya Rania dalam keadaan mamai.

"Man.."balas Rafiq sambil mengusap-ngusap kepala Rania yang dilitupi tudung.

"Hah!"bingkas Rania bangkit sebelum berdiri di hadapan Rafiq dan Radi.

"Encik Danish dah sedar.Alhamdullilah."Rania mengucapkan syukur.Air mata kegembiraan meluru keluar dari mata.Dia masih lagi belum menyedari kehadiran Syahmi dan Sofi.

"Nia nak pergi jumpa Encik Danish."dia berpaling memandang ke belakang dan tersentak ketika melihat Syahmi dan Sofi.Ekspresi wajahnya segera berubah.Dari gembira bertukar menjadi marah.

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Rania dengan kasar.

"Saya nak lawat Hilman.Sama macam awak."jawab Syahmi lembut.Dia tersenyum.

"Tak payah! Dia tak suka tengok kau dekat sini."

"Tak baik macam tu Nia.Saya cuma nak lawat dia.Nak minta maaf."balas Syahmi cuba meraih simpati Rania.

Rania hanya mencebik sambil memeluk tubuh.Dia mengerling ke arah Sofi."Do I know you?"

Sofi bangun sebelum berdiri di sebelah Syahmi."Nama saya Sofi.Kita jumpa masa kat mall dulu."

Rania terdiam seketika.Cuba mengingatkan kembali di mana dia pernah jumpa wanita di hadapannya ini.

"Ohh...kawan Encik Danish kan?"

"Yes."

"Apa hubungan awak dengan dia?"tanya Rania sambil bibirnya dimuncungkan ke arah Syahmi.

"He's my stepbrother."jawapan Sofi sedikit mengejutkan Rania.

"Hmm...I see."Rania berpaling memandang Rafiq dan Radi.

"Nia nak pergi jumpa Hilman.You wanna come?"

Rafiq dan Radi mengangguk serentak.

"Kami nak ikut boleh?"tanya Syahmi.

Rania hanya memandang sebelum berlalu pergi.Rafiq mengerling Syahmi sebelum memandang Radi.Sebaik sahaja melihat anggukan Radi, Rafiq mengeluh lemah sebelum turut mengangguk.

"Jomlah..."ajaknya sambil memandang Syahmi.

Syahmi tersenyum lebar.Sofi lebih memilih untuk mendiamkan diri.Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang dirancang oleh Syahmi.

Perlahan-lahan mereka berdua mula mengekori langkah Rafiq dan Radi yang sudah jauh ke hadapan.


~~~~~

Perlahan-lahan Rania membuka pintu sebelum menjengahkan kepala ke dalam wad Hilman.Dia tersenyum sebaik sahaja melihat Hilman yang sedang nyenyak tidur.Keadaan Hilman yang berbalut sana sini menyebabkan hatinya terasa pedih.Ingin sahaja dia menggantikan tempat Hilman ketika itu.Paling tidak pun, dia ingin berkongsi semua kesakitan yang ditanggung oleh Hilman.Biar mereka tanggung bersama.

"Nak air...air..."suara Hilman yang parau mengejutkan Rania.Pantas Rania mengambil air lalu disuakan ke arah mulut Hilman yang kering.

"Terima kasih..."ucap Hilman dengan mata yang masih lagi tertutup rapat.

"Sama-sama..."

"Hilman tidur lah.."suara Rafiq kedengaran sebaik sahaja dia, Radi, Syahmi dan Sofi berada di dalam wad Hilman.

"Syhh!! Slow sikit suara tu."marah Rania sambil memandang Hilman.Dia membetulkan selimut Hilman sebelum duduk di kerusi yang disediakan.

"Yalah-yalah."

"Kesian Encik Danish kan bang.Mesti sakit..."ucap Rania perlahan.

Rafiq dan Radi hanya mengangguk.

"Saya sayangkan Encik Danish.Cepat sembuh ya."bisik Rania perlahan di telinga Hilman.Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada menitik di atas muka Hilman.

Syahmi yang mendengar kata-kata Rania menggigit bibir sebelum tersenyum sinis.'I'm still going to win the fight, Man.'

p/s : Lelaki macam Syahmi ni wujud tak?

Photobucket

10 comments:

  1. siyes jahat syahmi ni..

    ReplyDelete
  2. sayang nye nia kat man..
    mestila ade moon..

    ReplyDelete
  3. argh! sedihnya! sian hilman, sob22,,

    ada moon, mesti ada lelaki macam tu.. huhuhu

    oh ya terbaca kat atas tu, xnklah hilman lepaskan rania begitu. huhuhu

    ReplyDelete
  4. ala moon
    cam x best je bunyi quote hilman kat atas tu :(
    xnaklah diorang pisah
    giler punya kejam si syahmi tu, sian man n' nia :(

    ReplyDelete
  5. orang yg tak boleh menerima hakikat......contohnya...syahmi ni lah

    ReplyDelete
  6. citer ni best...
    tp klu watak syahmi tu x wujud..mgkin lg best...

    ReplyDelete
  7. rasenyer dh dpat teka plan syahmi tue..huhh..mencinyer..pasni kne spare tisu bnyk2..huhuhu...

    p/s~gud luck writer..:)

    ReplyDelete
  8. jahat nya shahmi nie..

    rasa nk buat flying kick bertubi-tubi jer...

    ReplyDelete
  9. Alaa kenape die still panggel encik danish . Takbest la berencik encik nih , moon buat la sesuatu.

    ReplyDelete
  10. bibi ~ Betul2.Moon sokong.

    MaY_LiN ~ :)

    Kira ~ Jangan sedih2 :)

    Hana ~ Uit,sabar2 :D

    kak aqilah ~ Akak, btul sangat2!

    syazana ~ Haha... :D Thanks

    Minah gendot ~ Terima kasih ;D

    Hananorisa ~ Jom kita flying kick dia~

    Anonymous ~ Haha..okey2 :D Moon cuba buat ssuatu ;)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers