Saturday, July 3, 2010

One Love Part 24



"Kenapa Encik Husin? Ada apa-apa ke yang berlaku dekat Encik Danish?"tanya Rania.Suaranya dah mula bernada cemas.

"Encik Hilman kemalangan.Dia sekarang dah dihantar ke hospital.Nombor Cik Rania saya jumpa melalui panggilan terakhir yang dibuat."

Terlepas terus telefon bimbit dari pegangan Rania.Tak tahu nak buat apa lagi..tanpa mengendahkan panggilan Shita, dia berlari keluar sebelum memecut laju kereta ke hospital.Mulut terkumat-kamit membaca doa.Ya Allah, selamatkanlah Encik Danish.

Syahmi memerhatikan Rania dari jauh.Bibirnya mengukir senyuman sinis.Dia mencapai telefon bimbit sebelum mendail nombor Sofi.Dia yakin adik tirinya itu pasti akan membantunya.

"Hello adik.."

"Kenapa bang?"

"Hilman.."

"Kenapa dengan Man?"

"I don't know what happened to him.Cuba adik try call sape-sape."

"Apa maksud abang ni? Sofi tak faham."

Syahmi tersenyum kecil."Buat je apa yang abang suruh.Ni peluang adik untuk dapatkan Hilman."

"Really?!"tanya Sofi dengan gembira.Sememangnya memang itu yang dia inginkan.Dia ingin mendapatkan Hilman, lelaki yang telah bertakhta di hatinya selepas Farouq menceraikan dia 2 tahun yang lalu.Patah hatinya apabila berjumpa Hilman bersama-sama tunangnya dahulu.

"Iya..pernah ke abang tipu Sofi?"

Sofi tergelak kecil.Dia tahu Syahmi tak pernah tipu dia.Walaupun mereka hanyalah adik-beradik tiri tapi Syahmi amat menyayanginya.Mungkin kerana jarak usia mereka yang dekat.

"Tak..oklah.Nanti Sofi try call sape-sape.Thanks tau abang.Love you.."

Syahmi menekan butang merah untuk mematikan panggilan.Dia pasti apa yang berlaku terhadap Hilman mesti disebabkan oleh panggilan telefonnya sebentar tadi.

"Hello.."suara garau Hilman menyambut panggilan.Syahmi tergelak kecil.

"Hello Man.Ni aku Syahmi.."

"Apa kau nak?"

"Aku nak kau tahu yang aku dengan Nia akan bertunang tak lama lagi."

"Sudahlah Syahmi! Kau ingat aku nak percaya semua tu ke?"

"Aku dah jumpa dengan Pak cik Izhar.Dia dah kasi green light kat aku."

"Huh..memang kau ni dasar penipu kan?"

"Man, aku tak paksa kau untuk percaya tapi aku cakap benda yang betul.Lagipun, you're too late bro.Kalau nakkan sesuatu tu kenalah cepat bertindak."

"Syahmi! Better kau senyap! Teruk kau aku kerjakan nanti."

Syahmi ketawa."Masa tu nanti Rania pasti akan backing aku.Dia sayang sangat dekat aku."

"Kurang ajar kau Syahmi!"terus Hilman mematikan telefon.Sakit di hatinya tidak tertahan lagi.Membara satu badan.Bukannya dia percayakan segala kata-kata Syahmi tapi dia geram! Geram sangat-sangat.Syahmi sengaja membuatkan dia marah.

Pedal minyak ditekan sehabis mungkin.Sedar-sedar dirinya sudah tidak sedarkan diri.

~~~~~

"Encik..tolong jangan tinggalkan saya.Saya tak nak kehilangan encik."Rania tersedu-sedan di luar bilik ICU.Semua ahli keluarga Hilman telah berkumpul.Sudah hampir 3 jam Hilman berada di dalam bilik ICU.Berkali-kali Rania membaca doa memohon agar segalanya selamat.Cukuplah dia kehilangan Hilman 7 tahun yang dulu.Dia tidak ingin kehilangan Hilman buat kali kedua.

"Nia, pergilah balik dulu.Rehatkan badan.Bila Man dah sedar, mak cik call Nia."pujuk Puan Dian .Dia mengusap kepala Rania.Kasihan dia melihat keadaan Rania.Sejak dari tadi tak berhenti-henti menangis.

"Nia nak tunggu sini.Nia nak tunggu Encik Danish."

"Nanti bila Man dah sedar, mak cik call Nia."

"Tak apalah mak cik.Nia nak tunggu dekat sini."Rania bangun dari kerusi.Air mata yang mengalir diseka.Dia mencapai beg tangan sebelum melangkah seorang diri menuju ke surau.

Rafiq dan Radi memandang Rania.Ingin memujuk tetapi tidak tahu macam mana caranya.Mereka berdua memandang Puan Rohaya dan Encik Izhar.Mereka juga menggeleng kepala.

"Tadi pihak polis ada bagi Fuad bungkusan ni.Mereka jumpa dekat dalam kereta Man."ujar Fuad sebelum menyerahkan satu bungkusan kepada Puan Dian.Kemudiannya, dia mengusap lembut bahu Heliza yang juga tidak berhenti-henti menangis.

Perlahan Puan Dian mengeluarkan bungkusan itu keluar dari beg plastik.Matanya tertancap kepada sekeping kad yang diselitkan di atas sebuah kotak yang berbalut indah.

Danila...
Ich liebe dich
(I love you)

Puan Dian tersenyum.Air mata yang ditahan mengalir juga.Dia memanjat doa supaya anaknya sempat menyatakan perasaannya kepada Rania walaupun dia yakin Rania sudah mengetahui isi hati anaknya itu.

Kemudian, dia mengambil sepucuk surat yang diletakkan di dalam sampul berwarna ungu.

Assalamualaikum Danila..

First sekali, aku nak minta maaf sebab mungkin bahasa aku tunggang-langgang.Dah lama tak tulis surat :)

Hmm..aku tak reti nak bermadah pujangga.Senang cakap aku ni memang tak romantik.Aku..aku..cuma nak cakap yang aku sayang dekat kau.Kau penyeri hidup aku.You're my torchlight! ;) Kalau tiba-tiba blackout, asal kau ada pun dah cukup.Tak payah nak guna lampu.

Kita dah lama kenal kan? Aku dah kenal hati budi kau, kau pun dah kenal hati budi aku.Aku masih ingat masa kita mula-mula jumpa.Masa tu kau jadi orang gaji kat rumah aku.Sorry tau sebab nyaris-nyaris nak pukul kepala kau guna kayu besbol.Nasib baik tak kena kan..kalau tak aku nak kahwin dengan sape nanti.

Puan Dian tergelak kecil.Kelakar juga anaknya ini rupanya.

Hmm..aku pun tak tahu kenapa boleh jadi blur sekarang ni.Jantung ni pun tak berhenti-henti pump darah.Danila...kau rasa apa yang aku rasa tak?

Danila, aku nak ajak kau kahwin.Kau nak tak?Kau kena nak jugak sebab kalau tak aku bawak kau lari pergi Siam.

Aku ada lagu untuk kau..

I will never find another lover sweeter than you,
Sweeter than you
I will never find another lover more precious than you,
More precious than you
Girl you are Close to me youre like my mother,
Close to me youre like my father,
Close to me youre like my sister,
Close to me youre like my brother
You are the only one my everything and for you this song I
Sing

All my life I pray for someone like you
I thank God that I, that I finally found you
All my life I pray for someone like you
I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do, love me too

K-CI and Jojo-All of My Life.

Lagu ni menggambarkan perasaan sebenar aku dekat kau.

Je t'aime :)

p/s:Mungkin aku ada jugak romantiknya..

Perlahan-lahan Puan Dian melipat kembali surat Hilman dan kemudiannya meletakkannya kembali ke dalam beg plastik tadi.Dia tahu apa isi kandungan kotak itu.

"Liza.."panggil Puan Dian kepada Heliza.

"Ya ma?"

"Liza pergi dekat surau.Beri beg ni dekat Nia."

Heliza menyambut beg lalu dia melangkah ke arah surau.Sebaik sahaja menolak pintu surau, dia melihat Rania sedang bersolat.Perlahan-lahan dia masuk ke dalam sebelum duduk bersimpuh sambil bersandar di dinding.Dia ingin bersolat tapi keadaan tidak mengizinkan.Dia lagi uzur ketika itu.

Rania berdoa sebaik sahaja selesai bersolat.Dia mengerling memandang Heliza.Senyuman cuba diukir tetapi dia yakin senyumannya itu tidak ada serinya.

"Mama suruh Kak Liza beri ni dekat Nia."Heliza hulur beg plastik tadi kepada Rania.

"Apa ni kak?"

"Nia bacalah.."

Rania mengeluarkan surat Hilman sebelum membacanya.Sepanjang dia membaca surat itu tidak henti-henti air matanya mengalir.

"Nia..cintakan abang Man?"tanya Heliza.Dia mengusap lembut belakang Rania.

Rania mengangguk.Sakit sangat rasa di hatinya.Ingin sahaja dia melaungkan kepada Hilman bahawa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Hilman.

"Jangan sedih..Insya-Allah abang Man akan okey.Dia kuat!"

"Nia takut..Nia tak nak kehilangan dia.."

"Nia takkan kehilangan dia.Jangan cakap macam tu.Sekarang ni kita berdoa supaya dia selamat.Dah, jangan nangis ya."ucap Heliza sambil mengesat air mata Rania menggunakan jarinya.

"Nia pakailah cincin tu.Nanti bila Man dah sedar,mesti dia suka tengok Nia pakai cincin tu."Heliza mengeluarkan sebentuk cincin berlian dari kotak cincin.Disarungkan ke jari manis Rania.

"Cantik..sesuai dengan Nia."

"Terima kasih kak.."Rania menilik cincin di jarinya.Cincin yang bertakhtakan tiga butir berlian.Dia teringat kembali kata-kata Hilman dulu.

"Tiga ni maksudnya I Love You."

"Bukan I Hate You?"

"Buat apa beri benda yang berharga kalau cuma nak cakap I Hate You?"selar Hilman.Tahu yang Rania sedang mengusiknya.

"Yelah..yelah."

"Nanti aku akan berikan cincin yang bertakhtakan tiga butir berlian kepada orang yang aku cintai."

"Cik Risya?"

"Bukan."

"Siapa?"

"Orang yang aku cintailah.."

~~~~~

Mata Sofi membulat sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh setiausaha Hilman.Hilman accident?

"Bila kejadian tu berlaku?"

"Semalam."

Sofi terdiam.Tiba-tiba sahaja dia teringat pada syahmi.Setiap tutur kata Syahmi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

"Dia okey tak?"

"Saya tak pasti, cik."

"Ohh..okey.Thanks for the information."

Sebaik sahaja menamatkan panggilan, segera dia mendail nombor Syahmi.Dia pasti syahmi ada kaitan dengan apa yang terjadi pada Hilman.Dia pasti!

"Hello adik.Ada apa?"

"What have you done?"

Dahi Syahmi berkerut."What do you mean?"

"Hilman kemalangan."

"What?!"Syahmi terkejut.Dia sama sekali tidak menyangka yang Hilman kemalangan.Dia ingatkan semalam Hilman merajuk dengan Rania sehingga Rania bergegas meninggalkan pejabat.

"Abang tak tahu ke pasal ni?"

"I have no idea, adik."

"Habis tu kenapa abang suruh Sofi tanya dekat orang apa yang dah terjadi dekat Hilman?"

"Abang just nak tahu kalau dia gaduh dengan Nia ke? Itu aje."

"Habis tu, apa yang kita nak buat sekarang?"

Syahmi diam seketika."Kita pergi hospital."

"Hospital? Lawat Hilman?"

"Ikut aje abang.I'll pick you up.Pukul 12.00 tepat."

"Okay."

p/s: Sorry kalau tak best.Hanya ini yang mampu diberikan. :) Masa tulis OL, tgh dengar lagu syahdu..kerjanya nak menangis aje.Entah hape2. :)



7 comments:

  1. alah
    xnk la pape jd kt hilman
    fight 4 ur love

    ReplyDelete
  2. eeeee...
    geram la ngn syahmi ni....
    obses sngt...
    hrp2 hilman x apa2x...
    nia brikan smngt ngn danish...
    hrp2 danish cpt smbuh....

    ReplyDelete
  3. jahat betul syahmi tu...
    hope hilman cpat2 sembuh....
    sabar ya Nia..

    ReplyDelete
  4. huwa!!!!! hilman... jgn pergi!! sob3...

    mne de hilman tk romantik?? surat tu je dh rasa terharu sgt.. mesti rania suka kan????

    please moon!! jgn pape jd kat hilman.. ish! syahmi ni.. ak cepuk jugak kang!!

    ReplyDelete
  5. moga jodoh mereka ke akhir hayat

    ReplyDelete
  6. romantiknye hilman tu!
    hehe ;)
    hilman, jgnlah tggalkan nia!!!

    ReplyDelete
  7. x sabarnya nk taw ending........jgn la sad ending

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers